Keputusan PRK Dun Kajang diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Dun Kajang N25, Datuk Hassan Nawawi di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi pada jam 9.12 minit malam dengan Wan Azizah meraih undi sebanyak 16,741 manakala Mei Fun sekadar mendapat 11,362 undi.
Kemenangan tersebut mengulangi keputusan pada PRU13 lalu apabila PKR menang dengan majoriti 6,824 undi. PRK Kajang diadakan selepas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lepas bagi memberi peluang kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.
Bagaimanapun, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail diangkat sebagai Adun Kajang yang baru setelah menggantikan Anwar apabila ketua pembangkang itu tidak layak untuk bertanding kerana gagal dalam kes liwat di Mahkamah Rayuan.
Pada PRU13, Lee menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan