Tragedi banjir terbesar yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur dan seuruh semenanjung Malaysia sekarang ini adalah sesuatu yang mengejutkan dan tidak pernah di duga oleh mana-mana pihak sekali pun. Ia merupakan musbiah yang dilihat lebih besar daripada bah yang berlaku pada tahun 1971 dan sebelumnya. Jika dulu, banjir berlaku pada zaman negara belum membangun dan sudah pastilah kerosakannya dan kerugian harta benda tidaklah sehebat mana. Namun, hari ini banjir yang berlaku dianggap luar biasa dan memang diluar jangkaan.
Susulan itu, berbagai persiapan yang dilakukan oleh pihak kerajaan banyak yang berlaku sebaliknya. Malah, apa yang paling ketara dilaporkan mengenai kekurangan jentera untuk misi bantuan kemanusiaan setiap kali musim banjir. Kali ini ia lebih parah lagi, apabila beberapa negeri dan bandar mengalami situasi yang amat kritikal. Ramai mangsa yang menghadapi tekanan akibat kelewatan mendapatkan bantuan. Malah ada yang kebulur dan ikat perut akibat tidak dapat makan selama beberapa hari. Ramai juga yang terpaksa bermalam di bawah rintikan hujan dengan cuaca yang amat sejuk akibat kelewatan bantuan. Semua ini menyebabkan mangsa berkenaan menjadi marah dan kecewa dengan kerajaan yang diihat gagal menangani misi bantuan dengan segera seperti dijanjikan.

Jawapan kekurangan jentera untuk membantu amatlah tidak wajar sama sekali kerana saban tahun tatkala musim tengkujuh melanda kerajaan mendakwa sudah bersiap sedia menhadapi banjir. Malah, Datuk Seri Shahidan Kassim selaku menteri berkenaan pernah keluarkan kenyataan bahawa pengurusan banjir di Malaysia antara yang terbaik di dunia, malah lebih baik dari Amerika Syarikat. Persoalannya kenapa masih banyak berlaku kepincangan hingga menyusahkan mangsa yang berkenaan.
Justeru, pada masa akan datang Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) mencadangkan supaya kerajaan menggunakan semula pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk menyumbang bakti berkhidmat kepada negara ketika ditimpa musibah seperti ini. Pelatih PLKN telah dilatih selama tiga bulan dengan kos yang menelan belanja jutaan ringgit. Maka itu, kenapa tenaga mereka tidak langsung digunakan sebagai sukarelawan banjir. Mereka boleh digunakan di Pusat-Pusat Pemindahan Banjir untuk melancarkan urusan yang berkaitan. Sampai bila bakat yang ada kepada pelatih PLKN ini perlu disimpan begitu saja?. Merekalah yang sepatutnya dijadikan aset sukarelawan banjir di seluruh negara. Mereka mempunyai berbagai asas dan kemahiran untuk membantu dan menolong orang ramai ketika ditimpa bencana seperti ini. Kenapa masih mengharapkan KRT, JKKK, RELA dan sukarelawan biasa yang tidak terlatih sepenuhnya dalam misi bantuan kemanusiaan seperti ini. Bukankah elok jika bekas pelatih PLKN yang kebanyakannya sedang bercuti dari pengajian mereka di institusi pengajian tinggi dipanggil semula untuk menyumbangkan bakti kepada negara dikala ditimpa bencana seperti ini.
Cadangan kami, perkara ini diperhalusi dan dipertimbangkan demi memudahkanlah lagi operasi dan kerja-kerja bantuan yang diperlukan. Jumlah bekas pelatih PLKN bukan seorang dua sebenarnya. Malah saban tahun puluhan ribu peatih menamatkan latihan mereka di PLKN seluruh negara. Inilah masa mereka perlu menunjukkan "Khidmat Kepada Negara" dan bukannya tidur enak dibantal empuk ketika rakyat ditimpa musibah, sedangkan kerajaan menghabiskan ratusan juta ringgit untuk membentuk mereka menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Jika bukan sekarang, bila agaknya masa yang paling sesuai untuk mereka buktikan keberkesanan Latihan Khidmat Negara yang telah dilalui selama ini. Alangkah indahnya, tatkala banjir menimpa kelihatan pelatih PLKN dengan pakaian seragam mereka bertugas membantu mangsa-mangsa banjir di sana-sini. Dengan cara ini, barulah ada kesan postif terhadap PLKN itu sendiri sebenarnya.
Mohd Shukri Mohd Ramli
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan