Terjah Temerloh 30 Disember, Naik Bot Hantar Misi Bantuan Bersama NGO IKRAM
Edisi Terjah 30 Disember, Skuad Terjah Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) telah bergerak bersama dengan NGO IKRAM Pahang untuk ke lokasi seterusnya di Temerloh. Kami bertolak dengan menaiki tiga truck (Hilux) menerusi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Kuantan ke Maran sekitar jam 2.30 Petang.
Setiba di Plaza Tol Maran, kami dimaklumkan bahawa laluan Simpang Jengka (Tajau) dan Simpang Chenor sudah tidak boleh dilalui. Ini menyukarkan misi bantuan kemanusiaan IKRAM untuk sampai ke destinasi yang ditetapkan iaitu Paya Pulai, Temerloh.
Akhirnya kami terpaksa berpatah balik memasuki LPT menuju ke Exit Plaza Tol Chenor. Dari sini kami terus ke laluan banjir di Felda Sg.Nerek ke Kg.Awah.
Ternyata lalaun utama Jengka-Temerloh ini sudah ditutup dan tidak boleh dilalui oleh mana-mana kenderaan sama sekali.
Kami terpaksa menggunakan bot Unit Amal PAS untuk membawa barangan ke seberang yang jaraknya lebih kurang satu kilometer dengan kedalaman air mencecah enam meter di situ. Ketika sampai, orang ramai telah berpusu-pusu di kawasan terbabit untuk melihat sendiri banjir di situ.
Terdapat juga gerai-gerai jualan yang dibuka kepada orang ramai di situ. Barangan banjir telah diagihkan sepenuhnya di lokasi terbabit. Pada asalnya, kami ingin membawa sebahagiannya ke Jengka 8. Namun selepas dimaklumkan ada mangsa yang memerlukan bantuan di situ maka ia ditinggalkan di lokasi terbabit.
Sekitar jam 5.30 petang kami bertolak ke Jambatan Temerloh untuk menyaksikan pula keadaan air banjir di KM126, Exit Temerloh yang masih dinaiki air. Ternyata air bertambah dan jaraknya juga semakin jauh. Air amat deras disitu, kelihatan beberapa orang petugas bantuan banjir sedang mengagihkan barangan untuk di hantar ke Kuala Krau.
Laluan LPT Kuantan ke Kuala Lumpur, masih ditutup sepenuhnya di situ. Kelihatan sebuah lori membawa amang tersangkut dalam air akibat kegagalan untuk meredah banjir.
Kami berada dis itu kira-kita setengah jam sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kuantan. Sebelum balik singgah solat Maghrib dan Isyak di R&R Temerloh. Suasana sungguh lengang, tiada kenderaan dan tiada satu pun gerai makanan yang dibuka.
Mujurlah ada sebuah kedai serbaneka yang dibuka kepada orang ramai untuk membeli sesuatu. Kami sampai di Kuantan sekitar jam 9.30 malam. Edisi Terjah Temerloh gagal tapi cukup bermakna kerana merasia pengalaman menaiki bot ketika banjir. #cmkterjah
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan