SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Adnan Yaakob Masih Relevan Di Kekalkan Sebagai MB Pahang


Saya tidak yakin  dengan  kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob bahawa beliau tidak akan bertanding lagi pada PRU akan datang, Ini kerana, berita tentang Adnan akan dipindahkan ke pusat untuk menjadi menteri kabinet dan jawatan MB diserahkan kepada orang lain sudah lama kedengaran sebenarnya.

Apa yang berlaku Adnan masih tetap kekal sebagai Menteri Besar Pahang hingga ke hari ini. Paling panas sebelum PRU-13 yang lalu, apabila satu nama besar dari Pekan disebut-sebut akan mengambil alih jawatan MB dari Adnan. Namun, selepas calon tersebut menang PRU, apabila kerajaan dibentuk Adnan masih kekal sebagai MB. Biar pun calon yang diwar-warkan itu adalah orang kanan Najib ketika di Kementerian Kewangan.

Calon panas terbabit juga tidak dilantik ke barisan exco Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh Adnan dan sekadar menjadi wakil rakyat biasa hingga ke hari ini.

Adnan masih boleh menjalankan tugas beliau sebagai MB, biar pun berbagai cacian dan tohmahan yang dilontarkan dari kalangan pembangkang mahukan dalam UMNO sendiri. Biarpun dia dilihat agak garang di luar, namun ramai yang tidak tahu Adnan sebenarnya adalah seorang yang cukup prihatian kepada rakyat terutamanya dalam soal pendidikan dan golongan warga emas. Dia tidak lokek untuk memberi sumbangan kepada mana-mana pelajar yang menegur beliau tidak kiralah  ibubapa mereka kuat pembangkang sekali pun.



Adnan juga bukanlah seorang pendendam kepada musuh-musuh politik beliau. Saya sendiri melalui situasi ini sebenarnya. Walau pun berbagai artikel panas yang saya tulis tentang Adnan sejak sekian lama (dari awal menjadi MB) hinggalah sekarang, namun Adnan tetap menganggap itu adalah adat resam dalam perjuangan politik beliau. Baginya, perlu ada pembankang yang hebat barulah kerajaan boleh jadi yang terbaik. Sebab itu otang seperti saya tetap menghormati Adnan walau pun saya tidak lagi aktif dalam politik sejak 2011 yang lalu sebenarnya.



Saya melihat Adnan masih relevan untuk dikekalkan sebagai Menteri Besar Pahang dari kalangan pemimpin UMNO negeri yang ada hari ini. Beliau juga tidak nampak mana-mana penganti yang sesuai untuk gantikan Adnan pada masa ini, iaitu selagi beliau ada. Melainkan jika Adnan benar-benar bersara dari politik. 



Buat masa ini, biarlah Adnan terus mentadbir  kerana dia mempunyai hubungan yang cukup baik dengan istana Pahang sendiri. Faktor inilah yang mendorong beliau lebih mudah untuk menguruskan negeri ini jika dibandingkan dengan pemimpin lain kelak. Apa pun jika Adnan tetap mengundur diri saya fikir calon-calon yang sesuai untuk menggantikan beliau ialah Shahiruddin Moin (Dong), Ir Soffi Razak (Benta), Sharkar (Semantan) dan Wan Rosdy (Jelai) dan Shafik Fauzan (Inderapura). Semua mereka ada dalam bairsan exco kerajaan negeri pimpinan Adnan sekarang ini.

Saya juga bersetuju, dalam apa jua keadaan sekali pun kepimpinan Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar Pahang masih diperluka sebenarnya. Dalam politik katanya tidak semua orang akan suka dengan cara kita bekerja, tapi kita harus melihat ke hadapan dan bergerak dalam satu barisan kepimpinan yang mantap demi masa depan rakyat tercinta. #CMK

0 Komen Artikel Ini: