SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

PRU14 Semakin Hampir, Bertanding Atau Pun Tidak Saya Masih Belum Putuskan Lagi !


PRU14 dah makin dekat, namun ramai tertanya-tanya kenapa saya masih belum memutuskan sama ada bertanding atau tidak pada kali ini.

Saya masih dalah mood tunggu dan lihat. Namun, saya nampak jelas kemeriahan PRU kali ini bila ramai rakan-rakan aktivis rakyat di Pahang yang menawarkan diri untuk bertanding pada kali ini

Jika diberi peluang dia mungkin bertanding kerusi parlimen dan DUN pada kali ini.

Mungkin belum sampai seru untuk saya umumkan, saya dah ada pengalaman bertanding tiket parti (PRU12) dan bebas (PRU13), maka itu ramai  melihat kenapa saya tidak sertai PRU14 .

Ramai rakan-rakan yang sering bertanya, saya bertanding di kerusi  mana kali ini. Namun saya tidak dapat memberi keputusan pada masa sekarang kerana segalanya berkemungkinan. Saya boleh umum di saat akhir jika mahu.

Mutakhir ini terdapat desas-desus mengatakan saya akan bertanding di kerusi Parlimen Kuantan atau pun Parlimen Indera Mahkota. Malah ada yang mendakwa beliau juga mungkin kekal bertanding di DUN Semambu atau di DUN lain seperti Teruntum, Chenor dan Pulau Tawar.

Saya lihat kemeriahan pertembungan tiga penjuru antara BN-PH-GS kian terasa, jika ada calon bebas maka ia menjadi empat penjuru pula. Ramai akan menuduh calon bebas pecah undi. Namun, demokrasi perlu disuburkan. #CMK

0 Komen Artikel Ini: