SELAMAT DATANG KE BLOG CUCUMATKILAU OFFICIAL | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Jika UMNO Berkerjasama Dengan DAP Pada PRU-15, Mungkin 2/3 Kerusi Majoriti Menjadi Milik Mereka Dalam 'Kerajaan Perpaduan' !

Musuh marah dan buat lawak hina, kutuk dan hentam pemimpin UMNO yang nak berbaik-baik dengan DAP. Sebab bagi mereka DAP adalah parti yang menyemarakakan ideologi 'komunis' di negara ini. UMNO pula parti keramat org Melayu. Bagi saya, jika UMNO dan DAP boleh bersama pada PRU-15 ini.. maka kemungkinan besar 2/3  majoriti dalam dewan rakyat akan jadi milik mereka dalam "Kerajaan Perpaduan".

Rasionalnya, DAP adalah parti yang disokong oleh majoriti kaum Tionghua di negara ini, biar pun mereka ahli MCA, GERAKAN dan PKR. Sbb mereka ini bersatu atas nama undi, walau pun brpecah atas nama parti. Semua orang Melayu tahu. Jika tempat tersebut tak ada calon DAP maka undi akan diberi kepada proksi. Sebab itulah PH boleh menang majoriti di bandar.

Sebabnya, undi kaum Cina akan pergi ke calon proksi PH, tidak kepada MCA, Gerakan dan lain2 parti lawan mereka. Ini jelas dan memang terbukti, tak perlu dinafikan.

Maknanya DAP kuat di semua kerusi bandar. Sebab itu PH berjaya menakluki semua kerusi yang menempat ibu negeri pada PRU-14 lalu.


UMNO pula parti keramat orang Melayu dan sudah pasti sukar untuk ditumbangkan di kerusi majoriti Melayu terutamanya kawasan Felda. Orang Melayu sudah sebati dengan UMNO sebab parti itu bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. Makanya, nenek moyang orang Melayu dan wasiatkan anak-anak cucu agar terus pegang perjuangan parti itu untuk kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan tanahair (ABATA). 

UMNO sukar ditumpaskan dikawasan majoriti Melayu kerana rakyat ingat jasa-jasa pejuang terdahulu dalam menuntut kemerdekaan. Di Pahang, benar ada beberapa kerusi Felda yang UMNO tumbang kepada PAS. Namun, segala yang berlaku hanyalah permainan politik pihak tertentu yang membuat percaturan untuk menjatuhkan pemimpin tidak sehaluan dengan mereka. 

Maka, undi protes dihantar untuk menghukum pemimpin terbabit dengan arahan "parlimen pangkah BN, tapi DUN bagi PAS". Sebab itulah ramai calon popular yang sepatutnya menang tiba-tiba dikalahkan secara mengejut. Itu kata orang-orang yang lebig tahu. Sebab sumber mereka daripada ahli akar umbi. Sebab itulah bila UMNO dan PAS membentuk "Muafakat Nasional", mereka akan kuat. Tapi hanya di kerusi majoriti Melayu sahaja. Bagaimana dengan kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak serta majoriti kaum lain?.  Mereka boleh bersama dalam perjuangan, tapi untuk jadi calon ia mematikan peluang pemimpin UMNO yang tewas kepada PAS pada PRU-15 lalu.

Walhal jika PAS dan UMNO berentap semula di kerusi terbabit, mungkin UMNO boleh menang dan merampas semula kerusi tersebut. 

PAS pernah bersama DAP dalam Pakatan Rakyat dulu. Parti Islam boleh menerima DAP atas nama perjuangan, maka kenapa tidak UMNO? Jika parti Islam boleh bersama DAP,  parti Melayu UMNO lagilah mudah untuk berbuat demikian sebenarnya.

Justeru, saya melihat dan risau jika UMNO dan DAP bersama atas nama perjuangan rakyat. Mungkin mereka akan sapu bersih kerusi parlimen di seluruh negara, lebih dari 2/3 majoriti. Semakin susah susah untuk parti lain berjuang jika UMNO dan DAP bersama. UMNO kuat di kerusi majoriti Melayu, DAP pula kerusi majoriti Tionghua. Parti lain harap tempias jika mahu dapatkan undi.

Oleh itu, saya berharap semua ini sekadar teori semata-mata dan tidak menjadi kenyataan. Sebabnya, mungkin ramai ahli akar umbi UMNO yang tidak boleh terima kenyataan mereka duduk semeja dengan DAP. Namun hakikatnya memang selama ini pemimpin UMNO itu sendiri punyai hubungan rapat dengan tokey-tokey balak, emas, bijih besi, pasir dan lain-lain projek yang kebanyakkan mereka ahli DAP seumur hidup. Cuma ahli akar umbi yang tidak biasa dengan semua itu dan memandang jahat kepada DAP. Walhal, proksi-proksi DAP inilah yang menyokong politik pemimpin UMNO sejak sekian lama.

Makanya, tidak janggal untuk UMNO berbaik dengan dap sebab mereka adalah parti yang berdaftar secara sah dengan ROS, bukan pertubuhan haram yang mahu hancurkan kerajaan. Mereka sertai pilihanraya secara sah dalam sebuah negara demokrasi sejak zaman berzaman. Hanya provokasi keterlaluan yang menakutkan ahli UMNO dengan DAP.  Malahan, jika dilihat kepada undang-undang tubuh DAP, parti itu adalah parti berbilang kaum. Bukan hanya untuk satu sahaja. Malah, wakil rakyat DAP ada Cina, Melayu dan India. Namun, momokan berbaur 'rasist' menyebabkan orang Melayu dimomokkan DAP itu 'komunis, inilah yang menakutkan orang Melayu. Iulah senario yang berlaku selama ini. Sekadar pandangan mata kasar.


BLOGGER CUCUMATKILAU

www.cucumatkilau.blogspot.my


0 Komen Artikel Ini: