Tuesday, June 16, 2020

Di Siasat Polis Sekali Lagi, Gara-Gara Terjah Isu Premis Warga Asing Di Kuantan !


Saya sekali lagi disiasat oleh pihak polis susulan laporan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan isu warga asing hari ini.

Saya tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada jam 10.15 pagi. Siasatan dibuat atas kes jenayah kononnya menfitnah PBT iaitu Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tentang isu premis warga asing di bandar ini.

Saya beri kerjasama penuh kepada pihak polis. Mereka membawa saya ke rumah dan merampas laptop peribadi saya sebagai barang bukti kes.

Siasatan selesai pada kira-kira jam 12.00 tengahari tadi. Ternyata PBT begitu marah dan mendakwa saya fitnah premis warga asing yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan di bandar ini.

Kemungkinan besar kes ini akan dibawa ke mahkamah berdasarkan siasatan yang di buat oleh pihak polis hari ini. Saya hargai tugas polis tapi saya tidak akan menyerah kalah.. Lawan tetap lawan, demi kedaulatan negara.

Saya pohon doa dan sokongan daripada semua pihak untuk membantu perjuangan ini. Saya tidak sama sekali akan mengalah dan terus bangkit menyedarkan seluruh rakyat bahawa isu lambakan warga asing ibu sudah cukup parah di Kuantan khasnya dan negara amnya.

Perjuangan ini akan diteruskan sehingga ke akhir hayat. Misi selamatkan bumi tercinta dari terus dijajah oleh warga asing adalah satu perjuangan bukan sekadar angan-angan semata-mata. Justeru, rakyat perlu bangkit demi masa depan anak cucu kita.

Saya amat harapkan sokongan rakyat atas perjuangan isu warga asing ini. Moga semua pihak sedia membantu sekirannya kes ini dibawa ke mahkamah kelak. Bantuan dari segi dana dan guaman adalah dialu-alukan.

Salam Perjuangan Leluhur,

MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN

Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat

0 Komen Artikel Ini: