Tuesday, January 12, 2021

Hak Mangsa Usah Di Nafikan, Hentikan Aktiviti Penyelewengan (Songlap) Barangan Banjir !

  

Saya menggesa mana-mana pihak yang menyelengkan barangan keperluan mangsa banjir agar menghentikan aktiviti itu dengan segara.

Rakyat sudah mula celik mata dan berani bersuara untuk mendedahkan isu yang sering terjadi setiap kali musim banjir di negeri ini. Bukan sekali, malahan berkali-kali dakwa Shukri.

Malah isu berkaitan sikap petugas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang melayan mangsa banjir secara pilih kasih memang sudah lama berlaku, cuma tiada pihak yang berani bersuara untuk mendedahkannya. 

Saya dah jemu dengan karenah birokrasi dalam isu banjir ini. Kerajaan dah melaksanakan tanggungjawab mengbantar bekalan barangan keperluan secukupnya untuk mangsa banjir di PPS, namun ada saja maklumat yang menyedihkan kami terima.

Rakyat mengadu, maka kami menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya. Jika tidak isu sorok barang banjir, pilih bulu, pilih kroni, jual barangan banjir dan sebagainya akan terus berlaku.

Mereka yang terlibat pula ialah petugas yang diberi amanah oleh kerajaan untuk mengagihkan barangan banjir kepada mangsa. Namun, ramai mangsa dinafikan hak sedangkan mereka tahu barangan banyak yang disimpan dalam stor. Bila habis musim banjir, barangan tersebut diisytiharkan sebagai lebihan banjir dan ada yang dijual kepada pihak ketiga untuk mengaut keuntungan. 

Terlalu banyak aduan yang saya terima selepas  edisi terjah ke daerah Kuantan, Maran, Temerloh dan Pekan baru-baru ini. Mangsa yang banjir dinafikan hak, mereka yang tak terlibat banjir dapat bahagian. 

Sampai bila adengan ini harus berlaku? Sampai kiamat? Saya sedih dan terharu menerima aduan rakyat marhaen. Sampai ada yang dilayan umpama pengemis meminta-minta barangan keperluan. Sedangkan stok barangan ada disimpan dal stor di PPS berkenaan.

Ada lokasi sudah tiada banjir tapi PPS masih
di buka agar ada bantuan dana disalurkan ke kawasan terbabit. Malah ada yang banyak hari banjir sudah reda, tiada lagi mangsa tapi PPS sengaja dibuka bagi membolehkan bantuan kewangan ribu-ribu sampai. Ada pihak yang sanggup menipu untuk memanipulasi bantuan dana yang tidak diagihkan kepada mangsa (sebab banjir dah surut, mangsa dah balik). 

Saya juga mendapat aduan ada kes barangan banjir seperti beras, gula, tepung, minyak masak diagihkan sesama petugas sebelum diberikan kepada mangsa banjir. Akhirnya mangsa banjir dah tak dapat bantuan (tidak cukup) , sebab sudah di "sapu bersih" oleh petugas untuk ahli keluarga, saudara mara dan kroni2 mereka. Perkara ini memang berlaku pada setiap kali musim banjir.

Lebih teruk lagi, bantuan barangan lain seperti tilam, bantal, kipas, peti ais, dapur gas dll juga diseleweng oleh mereka yang tidak amanah ini.  Ambil sikit-sikit  mungkin tak jadi masalah, tapi jika ambil hak mangsa banjir hingga mereka tidak dapat makan dna bantuan yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan maka itu sudah jadi masalah besar sebenarnya.

Nama yang buruk ialah kerajaan dan agensi yang berkaitan. Jika selepas banjir, ada barangan lebihan untuk diagihkan mungkin tidak menjadi isu. Namun jika sebaliknya, rakyat akan bangkit membongkarkan.

Menurut Shukri lagi, jika barangan bantuan banjir pun ada yang sanggup menyeleweng, apatah lagi dengan bantuan dana lebih besar yang disalurkan oleh pihak kerajaan sebenarnya.S

Saya tidak menuduh sesiapa dan mana-mana pihak, cuma "siapa yang makan cili mereka akan rasa pedasnya". Jangan sampai rakyat dedahkan penyelewengan yang berlaku. Sila jujur kepada tanggungjawab dan amanah. Isu ini bukan melibatkan semua PPS, tapi segelintir sahaja. 

Saya pernah mencadangkan dulu agar petugas di PPS dipilih dari kalangan anggota tentera agar tiada sikap bias, pilih kasih, pilih bulu, pilih kroni, double standard dan sebagainya. Jika diberi kepada petugas yang ada sekarang, sudah pasti kegiatan ini tidak dapat dibenteras sampaoli bila-bila. Kerajaan juga ada gunakan khidmat ATM ketika musim Covid-19 ini, maka apa salah gunakan mereka beberapa hari pada musim banjir,m

Saya menggesa mangsa banjir yang teraniaya dan dinafikan hak untuk hubungi beliau di https://www.facebook.com/cmkshukrieramly/ bagi melaporkan isu berkenaan penyelewengan bantuan banjir di lokasi masing-masing.

Usah bersekongkol lagi dengan semua ini, Saya sedia dimaki hamun dan dibenci oleh pengkhianat demi mempertahankan hak rakya marhaen. Ingat, Allah melihat apa yang anda kerjakan. 

0 Komen Artikel Ini: