SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Resort Atas Tanah Sendiri Di Saman, Tapi Penceroboh 'Musang King' Bebas Keluar Masuk Tanah Kerajaan Bila Nak Di Dakwa ?

Saya sempat bersama Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil. Kami dibawa melawat Tanah Aina Farrah Sodata di Raub untuk melihat sendiri situasi dikatakan pencerobohan seperti yang didakwa oleh Kerajaan Negeri Pahang.

Beliau yang didakwa di Mahkamah Sesyen Raub hari ini atas tiga pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah.
Saya tengok alam sekitar terjaga di Tanah Aina, malah tiada pokok ditebang dan hutan yang digondolkan. Kenapakah beliau perlu didakwa?
Adakah kerana undang-undang, atau hanya kerana dendam gara-gara beliau banyak dedah isu berkaitan pencemaran alam sekitar dan kemusnahan flora dan fauna akibat aktiviti guna tanah tak terkawal di Pahang selama ini.


Malah beliau juga disaman kerana dakwaan isu pembalakan di Tanah Tinggi Bentong punca banjir balak yang meragut nyawa di Sungai Telemong dan Janda Baik baru-baru ini.
Untuk makluman, sudah puluhan tahun isu penceroboh tanah haram kerajaan di Pahang ini sebenarnya. Malah di Raub semua tahu pencerobohan tanah haram kerajaan ditanam dengan durian musang king.

Pernahkah kita dengan ada penceroboh itu didakwa? Sampai hari ini tiada seorang pun yang didakwa. Kenapa kerajaan tidak bertindak tegas?. Hanya 101.1 hektar pokok musang king yang diceroboh telah ditebang.


Tapi ingat, kawasan tanah kerajaan yang diceroboh secara haram ialah seluas 4,400 hektar. Kenapa baki lebih 4,298 hektar lagi hingga kini masih lagi dibiarkan?


Adakah kerana majoriti penceroboh bukan bangsa Melayu? Maka nasib mereka itu lebih istimewa daripada bangsa sendiri?

Nanti kita dedahkan kes durian Musang King.. Dakwalah mereka, kenapa masih senyap sunyi belaka. Siap boleh merayu lagi di mahkamah dan keputusan sampai hari ini tak didengari atau ditanguhkan. Penceroboh pula bebas keluar dan masuk ke ladang musang king masing-masing tanpa sekatan.


Ke mana perginya pihak berkuasa yang bertanggungjawab? Jika profesional, buatlah tindakan dengan berani dan tegas. Jangan hanya pilih pihak mana nak didakwa. Pihak yang lain berpuluh tahun ceroboh tapi nasib mereka baik. Malah, langsung tidak didakwa ke mahkamah atas kesalahan menceroboh tanah kerajaan seperti yang sepatutnya.


Anehnya resort Tanah Aina yang saya melihat amat baik dalam penjagaan alam sekitar pula dikenalan tindakan. Hanya kerana ada sedikit tanah-tanah yang digunakan termasuk dalam kawasan tanah kerajaan, seperti alur sungai.


Jika resort bangsa sendiri kamu saman, lepas ini kita akan banyak lagi resort di Pahang ini yang gunakan anak sungai dan tanah kerajaan untuk pembangunannya pastikah akan alami nasib yang sama?

Beranikah mereka buat tindakan menyaman pemilik yang gunakan tanah kerajaan ini?. Tindakan terhadap Tanah Aina pasti akan menakutkan pengusaha eko pelancongan kebanyakkannya terdiri daripada pengusaha tempatan dan berbangsa Melayu. Sedarkah?
Apa yang saya hairan, Tanah Aina selamatkan alam sekitar, malah pokok-pokok langsung tak diusik. Ia adalah lebih afdal daripada dibiarkan pembalakan yang rakus, merosak dan juga memusnahkan hutan-hutan itu sebenarnya.
Apa pun, kita sama-sama nantikan perbicaraan kes ini. Jika beliau bersalah dan dikenakan tindakan, maka rakyat mahu melihat tindakan sama dilakukan terhadap penceroboh tanah haram Musang King di Raub sebenarnya. Barulah nampak ada keadilan dalam isu ini.
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
[ Suara Rakyat Marhaen ]

0 Komen Artikel Ini: