SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Majoriti Exco Kerajaan Negeri Pahang Terdahulu Bertanggungjawab Atas Segala Bentuk Kemusnahan Tasik Chini !

 

Majoriti Ahli Majlis  Mesyuarat Kerajaan (MMK) dalam Kerajaan Negeri Pahang terdahulu harus bertanggungjawab atas segala kemusnahan alam sekitar di Tasik Chini. Mereka semua ini adalah barisan anggota exco Pahang sebelum tahun 2019 lagi. Tasik Chini telah diisyrtiharkan sebagai Tapak Rizab Biosfera UNESCO pada tahun 2009. Bermula dari tahun 2009 hingga 2019 mereka semua adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat setiap minggu pada hari Rabu, untuk segala urusan berkaitan pengeluaran lesen, permit serta melancarkan hal ehwal pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur. 

Mereka juga pasti tahu Tasik Chini mendapat penghargaan peringkat dunia apabila menjadi Tapak Rizab Biosfera UNESCO. Namun, kenapa mereka tidak lawan dan tentang habis-habisan agar kerajaan menolak sebarang usaha untuk mencemar, merosak dan menghancurkan mula bumi serta alam sekitar kawasan Tasik Chini?.

Kenapa baharu sekarang mereka mahu cerita soal pemulihan dan pemeliharaan, sedangkan meraka ada suara majoriti dulu untuk menolak sebarang aktiviti guna tanah di kawasan yang terbabit. Mereka adalah tujuh orang daripada sepuluh exco yang dilantik ketika itu. Kenapa mereka tidak bersuara jika benar-benar jujur dan ikhlas serta sayangkan alam sekitar untuk diwarisi oleh anak cucu, generasi akan datang 

Atau jika benar mereka komited untuk menjaga kelestarian alam sekitar Tasik Chini, kenapa mereka tidak membangkang  atau menghalang kelulusan 14 lesen pajakan melombong di sekitar kawasan tasik air tawar semulajadi kedua terbesar di Malaysia itu?. Kenapa mereka tidak terdetik rasa bersalah atas kehancuran yang akan berlaku itu? 

Gara-gara tangan merekalah, maka 14 lesen lulus di sekitar Tasik Chini. Malah pada 2019 diumumkan Tasik Chini akan diwartakan sebagai Hutan Simpan. Selepas itu pada 2020 mahu diwartakan pula sebagai Taman Negeri. Tapi hingga ke hari ini pewartaan tidak menjadi kenyataan dan belum diluluskan secara rasmi lagi. Maknanya dari tahun 2019 pun rakyat marhaen diperdayakan dengan "lihat bukti bukan janji" oleh mereka yang berkenaan. 

Apakah mereka mahu tunggu segala hasil mahsul dan khazanah alam dijarah, ditarah, ditebang, digondol dan dimusnahkan baru mahu bertindak seperti sekarang? Semuanya sudah terlambat kerana rakyat sudah boleh menilai apa yang berlaku hari ini adalah juga kerana kamu tidak bersuara menghalang dulu. 

Justeru, usahlah mendabik dada konon kamu sayangkan alam sekitar hari ini. Tapi selama lebih 10 tahun kamu biarkan Tasik Chini hancur dek tangan-tangan manusia. Kini selepas segalanya telah dikorek dan digali, hingga ke tebing-tebing tasik yang mencemarkan alam sekitar, barulah kamu mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa kamu sayangkan Tasik Chini?

Rakyat tidak selamanya boleh diperdaya oleh golongan kayangan. Tiba masanya rakyat itu akan bangkit bersuara demi menyelamatkan alam sekitar Tasik Chini yang sudah dirogol, diperkosa, dinodai oleh nereka yang rakus mencari harta kemewahan dan kekayaan duniawi ini. Apabila sudah gondol segalanya, barulah kamu mahu tunjuk kepada rakyat betapa prihatinnya kamu terhadap alam sekitar Tasik Chini. Walhal kami ada kuasa dulu untuk melindungi dan mempertahankan keindahan flora dan fauna Tasik Chini itu sebenarnya.

Sejak 10 tahun dulu kamu exco dalam kerajaan terdahulu, dan hari ini juga kami adalah exco dalam kerajaan yang ada sekarang. Makanya kamu sepatutnya dipersalahkan sebab gagal mainkan peranan menjaga muka bumi negeri Pahang ini. Kamu benarkan, yang kaya raya siapa? Yang makan hasil siapa?  Yang tarah dan gondolkan hutan dan bukit bukau siapa? Pernahlah kamu terfikir diakhirat kelak jika ditanya oleh Allah SWT apa kamu nak jawab? Kamu nak mencari helah dan alasan sama macam atas dunia ini? Maka insaflah semua.

Terkini, mereka mendakwa perlukan dana RM20 juta untuk pulihkan Tasik Chini. Malah menggesa mana-mana NGO atau individu untuk sama-sama membantu. Persoalannya, siapa pihak yang dapat hasil daripada aktiviti perlombongan di Tasik Chini. Sebelum hutan ditebang, kayu balak siapa yang dapat? Kamu sepatutnya mohon simpati daripada 14 operator lesen dan pihak yang mendapat hasil daripada kelulusan yang diberikan. Bukannya merayu rakyat menyumbangkan dana itu.

Mereka yang makan hasil jutaan ringgit, kini bila dah musnah dan hancur kamu meminta rakyat membantu? Apakah benar semua ini? Kamu sepatutnya arahkan semua pihak yang melombong baik dengan berlesen atau pun secara haram untuk membantu. "Mereka yang berak, rakyat yang disuruh cuci tahi?".

Justeru sepatutnya kamu mendakwa semua pihak yang terlibat agar memulihkan semula alam sekitar Tasik Chini daripada keluarkan duit kerajaan yang diperolehi hasil kutipan cukai daripada rakyat marhaen. Mereka yang  merosakkan haruslah bertanggungjawab!.

Lebih menyedihkan kesemua mereka adalah satu bangsa satu agama. Tapi yang makan hasil siapa?  Pernahkan mereka fikir semua ini. Banyak lagi kawasan lain di Pahang yang kini mengalami nasib yang sama seperti Tasik Chini sebenarnya. Ayuh, lakukan perubahan !

Di bawah ini adalah senarai nama exco kerajaan negeri terdahulu dengan portfolio yang disandang pada tahun 2013 dulu. Portfolio baharu, sila rujuk gambar :. 


1. DATO' SRI WAN ROSDY WAN ISMAIL

    (Perumahan Dan Perbandaran) 


2. DATO' SRI MOHD SHARKAR SHAMSUDDIN

    (Kebudayaan Dan Pelancongan) 

3. DATO' SRI IR.MOHD SOFFI ABD RAZAK

    (Kemudahan Asas Dan Alam Sekitar) 

4. DATO' SRI SHAHANIZA SHAMSUDDIN

     (Pembangunan Wanita Dan Keluarga,

     Komunikasi Dan Multimedia) 

5  DATO' SRI JOHARI HUSSAIN

    (Belia Dan Sukan)

6. DATO' SRI NOROL AZALI SULAIMAN

    (Kesihatan, Sumber Manusia, Tugas2  Khas) 

7. DATO' SRI SYED IBRAHIM SYED AHMAD

    (Dakwah Islamiah Dan Tugas-Tugas Khas)


MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

WAKIL RAKYAT MARHAEN

[  D U N  0 0 7  T E R J A H  ]


BLOGGER CUCUMATKILAU

www.cucumatkilau.blogspot.com


ANGKATAN PEMBELA RAKYAT

www.angkaraterjah.blogspot.com


SUBSCRIBE CHANNEL CMK TV

https://youtube.com/channel/UCOMX71-R0Nw0VI5uwexZmPg

0 Komen Artikel Ini: