Jawapan Isu 'Papan Tanda' Pajakan Lombong Di Tasik Chini Oleh PTG Pahang Makin Mengelirukan Rakyat Marhaen !

 


Saya tertarik dan ingin menjawab beberapa perkara yang mengelirukan rakyat marhaen berkenaan jawapan PTG Pahang terjadap isu papan tanda pajakan melombong seperti yg saya dedahkan baru-baru ini.

Saya ingin maklumkan, saya setuju dengan kenyataan PTG Pahang bahawa lesen yang diluluskan pada papan tanda itu ialah bagi tahun 11 Disember 2013 cuma ia didaftarkan pad 17 September 2020. Lulus dan daftar itu berbeza kita terima, walau pun agak lama tempoh sampai 7 tahun. Biasanya yang belum lulus lesen tak sabar dah nak ambil bahan mineral berkaitan, malah pelombong haram juga bersepah beroperasi secara tidak sah.

Agak pelik, LULUS 2013 DAFTAR 2020. Itu kenyataan PTG Pahang, maka kami terima sebagai RASMI DAN SAH. Namun untuk operasi permohonan telah pun ditolak pada 28 April 2021.

Persoalannya, jika ditolak kenapa papan tanda dipacak pada lokasi terbabit. Tidak adakan Penguatkuasa PTG Pahang yang meronda dan ambil tindakan pemasangan papantanda haram? Jika isu Tasik Chini ini tidak meletop seperti hari ini, adakah papantanda itu akan dibiarkan?  Dalam kawasan PBT, menaikkan papantanda tanpa mendapat kelulusan itu adalah menyalahi undang-undang. Maka PTG wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat terbabit.

Dari 28 April 2021 keputusan tidak lulus operasi hingga 14 Jun 2021 (kami dedah) apakah Penguatkuasa PTG Pahang tidak menyedari kewujudan papan tanda itu?

Kedua, timbul persoalan berdasarkan kenyataan rasmi PTG Pahang yang terdahulu. Jelas sekali memaklumkan bahawa :

"Daripada 14  kawasan perlombongan yang diluluskan, hanya dua yang masih beroperasi.  Itu pun yang satu lesen akan tamat pada Jun 2021, dan satu lagi tamat pada hujung tahun 2021"

Namun sedarkah PTG Pahang bahawa pada papan tanda itu jelas tertera:

Tempoh Pajakan :  LIMA (5) TAHUN

Tarikh Habis Tempoh:   16 SEPT 2025

Maknanya ada kawasan pajakan melombong ini yang akan berakhir pada 2025. Mujurlah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) katanya TOLAK lesen operasi tersebut. Justeru saya menggesa JMG keluarkan BUKTI SURAT TOLAK pada 28 APRIL 2021 seperti yang dinyatakan.

Pihak kami akan terus memantau perkara ini. Kita tidak mahu ada unsur2 yang tidak sihat dengan kenyataan yang dibuat oleh PTG Pahang. Apa pun kami ucapkan terima kasih atas penjelasan yang diberikan. Moga segakanya dipermudahkan.

Jika hutan dan tanah dalam bandaraya Kuantan iaitu ibu negeri Pahang pun mereka gagal menjaganya dengan baik, apalah nak diharapkan dengan tanah dan hutan di hulu sebenarnya. Depan mata pun tak nampak, apatah lagi yang jauh nun dipedalaman.

#SelamatkanHutanKita #PulihkanAlamSekitar

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

[ Wakil Rakyat Marhaen ] 

D U N  1 3 7  T E R J A H

www.cucumatkilau.blogspot.com

www.angkaraterjah.blogspot.com

0 Komen Artikel Ini: