SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Kenyataan PTG Pahang Sahkan Adanya Aktiviti Perlombongan Telah Di Luluskan Oleh Kerajaan Negeri Di Sekitar Tasik Chini !

 

Kenyataan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang bahawa tiada lagi lesen baru perlombongan dikeluarkan selepas kawasan seluas 4,600 hektar di Tasik Chini, Pekan diwartakan sebagai Hutan Simpan Chini pada 13 Mac 2019 bukan bermakna pencemaran alam sekitar tidak berlaku di tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia. 

Bagi saya kenyataan PTG Pahang itu hanya di atas kertas, tapi di atas padang situasinya berbeza sama sekali. 

Malah kenyataan PTG Pahang itu dilihat boleh menjera Kerajaan Negeri Pahang dalam kemelut isu ini sebenarnya. 

Menurut kenyataan PTG Pahang hari ini, sebanyak 14 lesen telah dikeluarkan sebelum pewartaan itu dibuat dan daripada jumlah tersebut, hanya dua masih beroperasi.

Satu lesen akan tamat pada hujung bulan ini manakala lesen satu lagi pemegang pajakan atau operator berakhir pada hujung tahun ini.

Pihak berkuasa negeri (PBN) di dakwa komited memastikan tiada lesen baru akan dikeluarkan di kawasan Tasik Chini selain tidak akan berkrompromi atas kegagalan pematuhan syarat oleh pemegang pajakan atau operator.

Pada 17 Jun 2020, PBN telah mengeluarkan arahan berhenti kerja serta-merta kepada 11 pemegang pajakan atau operator di kawasan Tasik Chini kerana berlaku ketidakpatuhan pada syarat kelulusan perlombongan. 

Bagi saya Kerajaan Negeri Pahang jelas sekali telah bertindak salah dalam hal ini. Kenyataan PTG dilihat untuk menyelamatkan pentadbiran Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail sebenarnya. 

Saya ingin bertanya, bagaimana Kerajaan Negeri Pahang boleh luluskan 14 lesen melombong di sekitar kawasan Tasik Chini?. Bukankah Tasik Chini telah diikhtiraf oleh UNESCO sebagai rizab biosfera pada Mei 2009. 

Maknanya selepas dapat pengikhtirafan boleh pula Kerajaan Negeri Pahang luluskan lesen di kawasan terbabit.

Benar, selepas 2019 ia dihentikan. Namun antara 2009 hingga 2019 ada tempoh 10 tahun mereka merosak dan memusnahkan alam sekitar di kawasan Tasik Chini. 

Mudah benar alasan lesen diluluskan bukan dalam hutan simpan, sebab kawasan ini diwartakan sebagai hutan simpan pda 2019. 

Maknanya selepas mereka korek, gondol dan tarah hutan hingga ke tepi tasik kini mereka nafikan secara "teknikal" sebab dulu kawasan itu bukan hutan simpan. 

Tapi sedarkan mereka biar pun bukan hutan simpan, Tasik Chini ialah rizab biosfera sejak 2009? Kenapa Kerajaan Negeri Pahang tidak mengawal aktiviti perlombongan dan pembalakan ketika itu. 

Saya rasa, ketika itu Menteri Besar Pahang dan beberapa orang barisan exconya sudah berada dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Datuk Sri Diraja Adnan Yaakob. 

Jika selepas 2019, PTG selamatkan Wan Rosdy maka kenapa ketika bergelar exco kerajaan negeri pada pentadbiran terdahulu beliau tidak menghalang kelulusan lesen melombing di kawasna Tasik Chini? 

Bukti jelas berlaku aktiviti melombong di sekitar tasik. Inilah yang menjadi isu yang dipersoalkan oleh rakyat marhaen. Bukan dengan jawapan tiada kelulusan lesen melombong dalam hutan simpan sebelum 2019. Bukankah ketika itu ia belum diwartakan sebagai hutan simpan. 

Malah, saya juga ingin menegaskan bahawa arahan berhenti kerja serta-merta kepada 11 pemegang pajakan atau operator di kawasan Tasik Chini pada 17 Jun 2020 bukanlah kerana kerana berlaku ketidakpatuhan pada syarat kelulusan perlombongan seperti yang dinyatakan oleh PTG Pahang. 

Arahan itu dikeluarkan kerana ketika itu Pilihan Raya Kecil DUN Chini diadakan dan saya adalah calon bebas yang memainkan isu perlombongan yang mencemarkan Tasik Chini sebenarnya. 

Saya masih ingat, arahan itu dikeluarkan bagi menghalang lori-lori yang menjalankan kerja lombong keluar masuk ketika PRK DUN Chini sedang berlangsung. Jika tidak ia boleh menjadi isu. 

Susulan kenyataan PTG Pahang ini juga, saya ingin bertanya memang benar lesen melombong tidak diluluskan selepas 2019, tali sedarkah PTG terdapat lombong haram yang beroperasi tanpa lesen ketika itu. 

Mereka inilah yang tidak mengikut SOP yang telah ditetapkan. Adalah PTG sedar semua ini?. Jangan hanya nak menyelamatkan satu pihak, PTG lupa tugas hakiki mereka untuk mengawal pencemaran alam sekitar di Tasil Chini, akibat lombong-lombong haram di lokasi terbabit.

Malah, dilaporkan pada 2019 ada dua lombong haram berjaya dikesan oleh orang awam di Tasik Chini. Peliknya PTG gagal mengesan lombong terbabit. Lombong terbabit terletak di sebuah kawasan projek pembinaan dan ditepi tasik berhadapan dengan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC).

Menurut laporan eksklusf akhbar arus perdana Berita Harian bertarikh 23 Februari 2019, pemeriksaan mendapati dua kawasan itu tidak mempunyai permit melombong bijih besi dan pelombong menjalankan kegiatan dengan beraelindung disebalik kawasan yang ada permit. 

Melihat kepada komen daripada para netizen, jelas sekali kenyataan PTG ini menimbulkan kekeliruan. Antara kenyataan panas yang dibuat ialah daripada Netizen Joye Isma;

Beliau turut melampirkan pelan berkenaan.


Justeru saya menggesa jika benar kenyataam yang dibuat oleh PTG Pahang itu, sila lampir dan sertakan dengan bukti dokumen seperti yang berkenaan. 

Rakyat mahu lihat sendiri apakah benar kawasan lombong berada di luar kawasan atau pun dalam kawasan seperti yang dilaporkan. 

Justeru saya tidak merasakan kenyataan yang dibuat oleh PTG Pahang ini boleh menghalang perjuangan selamatkam TSik Chini. Malah kreadibiliti PTG Pahang itu sendiri juga boleh dipertikaikan dalam banyak hal terutamanya berkaitan isu tanah dalam negeri ini sendiri sebenarnya. 

"CAKNA DEMI RAKYAT" 

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

Wakil Rakyat Marhaen

D  U  N    T  E  R  J  A  H

www.cucumatkilau.blogspot.com

www.angkaraterjah.blogspot.com

Dapatkan Lagi Berita Suara Rakyat, Sila

Like, Follow, Share Subscribe > CMKTV

https://youtube.com/channel/UCOMX71-R0Nw0VI5uwexZmPg [[ SUPPORT US ]]

 

0 Komen Artikel Ini: