SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Jika Gambar Tasik Chini Tular 2019, Bossku Jadi Ahli Parlimen Pekan Sejak Tahun Bila Agaknya ?

Bukan isu dua tahun atau 10 tahun. Apa yang sy nak tau BOSSKU tak sedar atau tak tau ker Tasik Chini dah hancur? Bossku kata sejak 2 tahun lepas dah ada pemulihan.  Bukan sejak dua tahun lepas, tapi sejak 10 tahun lepas tau. Masalahnya pencemaran alam sekitar Tasik Chini terus berlaku dengan rakus. Ada pihak yang ada lesen dan ada yang secara haram.

Takkanlah bossku tak tau langsung selama ini Tasik Chini hancur lebur jadi debu? Masa PRK Chini baru ni bossku ada melawat dan berjanji nak pulihkan juga. Saya calon bebas PRK DUN Chini, sebab tu saya tahu. Saya tak salahkan bossku, tapi kena bersuara. Bossku dah lama jadi Ahli Parlimen Pekan, takkan benda macam ni pun bossku tak perasan. Bukankan Chini tu dalam Parlimen Pekan. Bossku tak risik2 ker, ada pemimpin setempat yang ada lombong di sekitar Tasik Chini, guna nama proksi, kroni?

Chini terkenal dgn "Lagenda Naga", Langkawi pula terkenal dengan "Lagenda Mahsuri". Tapi lihat alam sekitar di Langkawi macam mana?. Pulau Langkawi jadi popular dan terkenal dek kerana usaha Atokku sbgai Perdana Menteri. Kenapa selama bossku jadi Perdana Menteri, bossku sedikit pun tidak terdetik hati untuk mempopularkan Lagenda Naga Tasik Chini agar ia menjadi tarikan prlancong dari dalam dan luar negara. Apa beza Bossku, Atokku? Bukankah kedua2 pernah jadi nombor satu?

Bukan soal gambar lama atau baru Bossku, soalnya apakah langkah drastik yang dibuat untuk mengatasi masalah. Saya tiada kuasa, saya kalah bertanding PRK DUN Chini sebab saya bawa isu "Selamatkan Tasik Chini". Tapi kenapa pihak yang menang tidak lakukan yg terbaik untuk pemulihan tasik Chini ini?.

Gambar lama atau baru, apa yang penting rakyat dah tahu memang alam sekitar Tasik Chini sudah musnah.  Usaha pemulihan hanya "indah khabar dari rupa". Pulih diluar di dalam sudah lompong, balak tumbang, hutan gondol dan bukit bukau hancur ditarah. Cakap mahu pulihkan memang mudahz hakikatnya apakah Bossku sedar Tasik Chini makin hari semakin hancur dibuat dek tangan2 manusia yang nak keuntungan semata-mata, hingga sanggup merosakkan alam sekitar isu sendiri.

Apa saja jawapan Bossku sudah tidak berguna lagi sebab Bossku bukan lagi Perdana Menteri. Kalau saya Perdana Menteri, awal-awal lagi saya sudah tubuhkan Task Force di peringkat kementerian untuk membangunkan Tasik Chini bukannya membiarkan ia terus hancur lebur.

Sebelum Bossku, Ahli Parlimen Pekan ialah Allahyarham Tun Razak. Bukankah ayahanda Bossku sendiri. Pada zaman Allahyarham, isu Tasik Chini tidak seteruk begini. Namun hari ini hancur dan musnah. Malu saya kat dunia luar. Ketika Bossku ada kuasa, Bossku gagal untuk selamatkan Tasik Chini. Kini, Bossku sudah tiada kuasa, agak-agak Bossku boleh berjaya?

Justeru, Bossku ke merayu kepada Kerajaan Negeri Pahang agar serius selamatkan Tasik Chini. Bukankah 2019 dah diwartakan Hutan Simpan Kekal dan 2020 diwartakan sebagai Taman Negeri. Namun, di dalam kawasan ada lagi aktiviti penyalahgunaan tanah berlaku dengan sewenang-wenangnya. Bossku kena sedar, zaman ini maklumat hanya dihujung jari sahaja. Bosskukan bijak main media sosial.

Jika dua tahun lepas belum jadi Ahli Parlimen Pekan mungkin rakyat boleh terima itu gambar lama 2019 bukan 2021. Namun Bossku dah berapa penggal  jadi Ahli Parlimen Pekan? Sy kena bersuara sbb tak nak selamanya rakyat dipermainkan oleh mereka2 yang berkuasa. Setiap kali pilihanraya Bossku berjanji untuk memulihkan Tasik Chini. Namun, setiap kali juga rakyat terus berharap dengan janji-janjim Tapi, apa yang berlaku? Setiap tahun itu juga Tasik Chini terus hancur dan dimusnahkan pihak-pihak yang berkenaan. Mungkin Bossku  kenal nama-nama pemimpin di Chini yg kaya raya dengan aktiviti perlombongan ini. Adakah Bossku menegur mereka? Atau Bossku kena diamkan sebab sokongan mereka selamatkan politik Bossku di Parlimen Pekan agaknya?.

Maka tiba masanya rakyat marhaen bangkit bersuara. Zaman cover line dan tutup mulut sudah berlalu. Benda yang berlaku di Tasik Chini sudah tersebar ke seluruh dunia. Saya bukan nak menderhaka kepada Bossku sbb Bossku bukan raja. Tapi Bossku kena Cakna dan jangan selamanya membiarkan mereka yang berkenaan merosakkan alam sekitar di Tasik Chini. Bangunkanlah Tasik Chini sbgai destinasi pelancongan popular. Jika Atokku Tun Mahathir boleh majukan Langkawi mcm sekarang hanya kerana Lagenda Mahsuri jer. Takkanlah Bossku tak boleh majukan Tasik Chini dengan Lagenda Naga. Usahakanlah.

Bossku sudah jadi Ahli Parlimen Pekan sejak tahun 1976 kan. Lama tu Bossku, jika dahulu Bossku ku kata tak tau dan gambar lama OK. Tapi setakat gambar lama 2019 ketika Bossku masih lagi wakil rakyat Pekan, apa masalah? Jangan cari alasan untuk menafikan suara ralyat yang mahukan kebenaran. Cubalah Bossku siasat lombong-lombing halal dan haram di sekitar Tasik Chini ada kaitan dgn siapa? Cuba Bossku selidiik, adalah pemimpin politik atau proksi mereka di Chini juga ada kepentingan dengan mana-mana lombong terbabit. Bossku boleh tanya orang Asli di sekitar Tasik Chini sebab mereka lebih tahu.

Masa Bossku jadi Ahli Parlimen Pekan saya baru berusia 5 tahun pada 1976. Jika waktu itu Bossku ambil berat dan cakna alam sekitar Tasik Chini, saya rasa alam sekitar di tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia itu tidak seteruk ini. Sekarang baru bossku terkejut dan nak bercakap soal gambar dua tahun lepas. Rakyat yang boleh dicucuk hidup dengan dedak dan gula-gula setiap kali pilihanraya bolehlah Bossku bersuara. Tapi bagi rakyat yang bijak dan berfikiran ke hadapan tetap akan anggap lebih baik Bossku berdiam diri daripada cuba bersuara yang akhitnya akan nampak terus kelemahan Bossku sendiri sebenarnya.

Justeru saya harap Bossku dapat maklum kepada kerajaan negeri, sudah-sudahlah  dengan janji untuk pulihkan Tasik Chini jika gagal hapuskan aktiviti tanah sedia ada di kawasan itu sekarang. Manusia pentingkan duit semata-mata di akhir zaman ini Bossku. Mereka tidak nampak kelestarian alam sekitar itu perlu dijaga untuk warisan generasi akan datang. Ampun maaf atas teguran ikhlas ini.

S E L A M A T K A N  T A S I K  C H I N I

"CAKNA DEMI RAKYAT" 

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

Wakil Rakyat Marhaen

D  U  N    T  E  R  J  A  H

www.cucumatkilau.blogspot.com

www.angkaraterjah.blogspot.com

Dapatkan Lagi Berita Suara Rakyat, Sila

Like, Follow, Share Subscribe > CMKTV

https://youtube.com/channel/UCOMX71-R0Nw0VI5uwexZmPg [[ SUPPORT US ]]

0 Komen Artikel Ini: