SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Tanah 'Hutan Gondol Bukit Sekilau' Jadi Milik Persendirian, Siapa Dalang Jual Tanah Kerajaan Kepada Individu Itu ?


Biar pun kawasan hutan yang digondolkan bersebelahan Pejabat Hutan Daerah Kuantan merupakan tanah milik persendirian dan bukannya kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) seperti didakwa dan ditularkan sesetengah pihak.

Namun seluruh rakyat Kuantan tetap mahu tahu, kenapa tanah kerajaan itu boleh terlepas atau dijual kepada individu? Siapa dalang terlibat dan kenapa Kerajaan Negeri Pahang biarkan?. Sebab ia begitu hampir dengan kawasan perumahan penduduk. Bukit dan hutan itu adalah tadahan hujan sebenarnya. Bil ia digondolkan, ia agak bahaya kepada taman perumahan disekitar lokasi terbabit. 

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Datuk Mohd. Hizamri Mohd. Yassin pernah mendakwa, kawasan tersebut  merupakan dua lot tanah milik persendirian seluas 20 hektar yang terletak di luar kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Galing.

Beliau memberitahu bagaimanapun beberapa aktiviti penguatkuasaan telah dilakukan di kawasan itu pada Jun 2016 atas beberapa kesalahan yang dikenalpasti.

Jabatannya  pernah menahan kerja projek memecah batu granit di kawasan ini pada 2016 kerana ketika projek ini dijalankan pejabat mendapati pihak kontraktor telah melakukan kerosakan pada tanda cat sempadan Hutan simpan Bukit Galing.

Kemudian difahamkan pada 21 Jun 2017 sekali lagi jabatan itu menahan kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor di kawasan yang sama kerana telah melakukan kesalahan membuang sisa tanah dan melonggok tanah dalam HSK, menggali kolam takungan air dalam HSK, merosakkan tanda sempadan HSK dan juga memasuki kawasan HSK tanpa kebenaran. 

Menurut beliau lagi selepas aktiviti penguatkuasaan tersebut pihak kontraktor tidak lagi menjalankan kerja-kerja memecah batu atau meratakan tanah di kawasan berkenaan. 

Susulan itu juga pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang  telah mencadangkan Kerajaan Negeri menjadikan kawasan yang telah digondolkan tersebut sebagai kawasan Hutan Simpanan Kekal.

Alasannya, dengan dijadikan hutan simpan kawasan ini boleh diuruskan dengan lebih baik seperti dilaksanakan kerja-kerja tanaman semula kawasan yang telah digondolkan ini dan seterusnya dapat memulihkan semula kawasan ini daripada berlakunya hakisan serta bencana lain.

Persoalannya, kenapa tanah milik persendirian tiba2 dicadangkan sebagai Hutan Simpanan Kekal. Mereka dah tarah, gondol ambil segala hasil mahsul kemudian nak jadikan hutan simpan. Mudah benar urusan mereka ini. Selepas dibiarkan ia gondol, baru terfikir nak dipulihkan dan ditanam semua hutan. Ini satu lagi kes "orang lain berak, kita yang kena cuci taik". Hasil mahsul dan untung mereka sapu. 

Kenapa terlalu "bijak" orang kita uruskan hal berkaitan? Apakah ini SOP menjaga hutan?? Biarkan gondol, sapu hasil kemudian tanam semula untuk pulihara dan peliharan hutan?.

Sebab itu saya mahu urusan penjualan tanah tersebut didedahkan kepada rakyat marhaen. Berapa kos jual beli, adakah ikut harga pasaran atau sebaliknya. Siapa yang uruskan dan tanda tangan urusan penjualan tersebut dan lain-lain. Sebab pelancong melihat, hutan dalam bandar digondolkan. Tidak malukah kita dengan situasi yang berlaku ini.

Apakah semua pihak sanggup mendiamkan diri begitu sahaja? Risiko rakyat yang tanggung akhirnya. Benda tak berlaku tak apalah, bayangkan jika berlaku kejadian tidak diingini, bukankah kesalahan itu akhirnya akan diletakkan kepada pihak yang menjual tanah kerajaan ini. Kerajaan ada hak mengambil semula tanah tersebut dan menggantikan kawasan lain sebenarnya. Namun, kenapa ia tidak dilakukan?

Justeru saya akan mengangkat isu ini agar rakyat yang prihatin dengan alam sekitar dapat memahami isu yang berlaku di sebalik tabir isu bukit gondol dibelakang Pejabat Hutan Daerah Kuantan seperti yang divirallan dimedia sosial sebelum ini. Kidahnya tanah kerajaan itu sudah menjadi tanah milik persendirian.

Jika hutan dan tanah dalam bandaraya Kuantan iaitu ibu negeri Pahang pun mereka gagal menjaganya dengan baik, apalah nak diharapkan dengan tanah dan hutan di hulu sebenarnya. Depan mata pun tak nampak, apatah lagi yang jauh nun dipedalaman.

#SelamatkanHutanKita #PulihkanAlamSekitar

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

[ Wakil Rakyat Marhaen ] 

D U N  1 3 7  T E R J A H

www.cucumatkilau.blogspot.com

www.angkaraterjah.blogspot.com

0 Komen Artikel Ini: