SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Maaf Di Pinta Kepada Pengundi PRK DUN Chini, CMK Gagal Dalam Misi Selamatkan Tasik Chini !

Saya menggesa Kerajaan Negeri Pahang agar mengeluarkan kenyataan apakah benar yang lesen melombong (ML) baharu telah  diluluskan di sekitar Tasik Chini seperti yang didedahkn oleh Malaysiakini? 

(https://m.malaysiakini.com/news/577368).

Isu pencemaran dan kehancuran Tasik Chini telah saya perjuangkan semasa Pilihan Raya Kecil DUN Chini pada Julai 2020. Namun saya akur kalah atas mandat rakyat. 

Namun saya terkejut jika benar lesen perlombongan telah diluluskan. Ini jelas pun telah melanggar janji kerajaan kepada rakyat terutama warga Chini. 

Bukankah Tasik Chini sudah diwartakan sbgai Taman Negeri pada Nov 2020 yang lalu dan kerajaan berjanji akan menghentikan aktiviti perlombongan dan juga pembalakan di sekitar Tasik Chini?. Mohon penjelasan (dengan izin)

Saya juga nak memohon maaf kepada rakyat dan pengundin DUN Chini, kerana gagal untuk menyelamatkan Tasik Chini gara-gara tewas pada pada pilihanraya kecil itu. 

Saya tak sangka aktiviti pencemaran alam sekitar di Tasik Chini akan diteruskan. Saya mencuba, rakyat dah memilih. Begitu yang terjadi sebab rakyat Chini yg mahukan, maka tanggunglah akibatnya. 

Saya tidak nampak usaha selamatkan Tasik Chini dapat dilaksanakan, sebab inilah punca pendapatan yang dinantikan oleh sesetengah pihak. 

Jika saya menang, sudah pasti aktiviti ini saya akan bongkarkan di Sidang Dewan Undang Negeri (DUN) dan halang aktiviti ini diteruskan terutamanya bagi lombong haram. Sedih rasa Tasik Chini kini terus tidak terbela dek mereka yang berkuasa.

Justeru saya menggesa sahabat saya yang menang PRK DUN Chini, ambil tindakan dengan menghalang aktiviti ini guna kuasa  serta mandat rakyat yang telah diberikan. 

Usah bersekongkol dengan aktiviti yang jelas merosakkan alam sekitar Tasik Chini. Kuasa dah ada, buat siasatan dan pastikan semua ini tidak berlaku hendaknya. 

#selamatkantasikchini #selamatkantasikchini

Wakil Rakyat Marhaen

[  D U N  T E R J A H  ] 


0 Komen Artikel Ini: