SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

PTG Dakwa Tidak Lulus Lesen Melombong Selepas 2019, Tapi Ada Signborad Lombong Baharu Lulus 2020 !

Pada 12 Jun 2021 lalu, dalam satu kenyataan rasmi yang disebarkan kepada media Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang menafikan dakwaan wujudnya aktiviti perlombongan dalam rizab hutan simpan di sekitar Tasik Chini.

Pada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PTG Pahang memberitahu, sebanyak 14 kawasam lombong telah diluluskan sebelum pewartaan dibuat tahun 2019, bagaimanapun selepas pewartaan, tiada lesen baharu dikeluarkan.

Namun, pada 14 Jun 2021 saya dikejutkan dengan aduan daripada rakyat marhaen di Chini yang pertikai kenyataan PTG Pahang. 

Mereka mendakwa terdapat bukti ada lombong yang diluluskan pada tahun 2020. Turut disertakan kepada saya gambar 'signboard' yang dengan jelas menunjukkan nombor lesen ML15/2020. PTG Pahang dakwa 14 lesen lulus sebelum 2019, namun kini ada ke 15/2020.

Malah dakwa PTG Pahang daripada 14 kawasan perlombongan ini, hanya dua perlombongan yang masih beroperasi. Namun lesen itu dijadualkan akan tamat pada bulan ini dan satu lagi akan pada hujung tahun juga meragukan.

Ini kerana pada 'sigboard' tersebut tertera  tarikh habis tempoh pada 16 September 2025. Tarikh pendaftaran lesen ini pula pada 17 September 2020.

Jika dilihat kepada peta lokasi yang di paparkan jelas sekali kedudukan kawasan yang dinyatakan itu berdekatan dengan Tasik Chini. Mungkin juga termasuk dalam kawasan yang diwartakan Hutan Simpan (2019) dan Taman Negeri (2020).

Jika benar dakwaan ini, jelas sekali ia bercanggah dengan kenyataan awal bahawa kawasan yang diberikan lesen diluar kawasan yang diwartakan sebelum ini

Justeru saya menggesa supaya PTG Pahang menunjukkan bukti dokumen dan pamerkan 14 lesen pajakan melombong yang diberikan agar rakyat yakin dengan kenyataan yang dibuat. 

Jika tidak, rakyat akan mengesyaki PTG Pahang sudah buat kenyataan mengelirukan rakyat marhaen. Kebenaran bila disembunyikan akhirnya pasti akan terdedah jua. 

Saya mempunyai ramai rakan di sana yang terdiri daripada orang asli dan peneroka Felda Chini yang akan salurkan maklumat terkini. Justeru jangan dinafikan suara rakyat marhaen.

Pendedahan terbaharu ini cukup mengejutkan, sebab itu saya pelik kenapa kenyataan PTG Pahang tidak dibuat oleh Pengarahnya? Hanya dilaporkan 'kenyataan PTG Pahang' tanpa ada pegawai yang bertanggungjawab.

Malah saya percaya semua ini pasti dilakukan atas arahan pihak tertentu yang lebih berkuasa. Ini bukan tuduhan tapi satu persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat marhaen. Jangan pulak nanti 'signboard' tersebut tercabut sudahlah. 

Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memerintahkan aktiviti perlombongan di kawasan Tasik Chini dihentikan.

Baginda juga menitahkan supaya kawasan Hutan Simpan Chini, Pekan seluas 4,600 hektar ditambah bagi menjaga kepentingan flora dan fauna di kawasan Tasik Chini serta kawasan persekitarannya. 

Moga dengan keprihatinan Pemangku Raja Pahang ini, kerajaan akan lebih berhati-hati dengan segala tindakan. Tiba masanya rakyat menjadi "mata dan kepala" kerajaan bagi melaporkan segala kepincangan dan kebobrokan yang berlaku selama ini.

Ingatlah, Allah melihat segala apa yang kita kerjakan di atas muka bumi. Jangan, depan rakyat cakap lain tapi dibelakang rakyat lain pula jadinya. Berpijaklah di bumi yang nyata. Sayangilah alam sekitar Tasik Chini. 

"CAKNA DEMI RAKYAT" 

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

Wakil Rakyat Marhaen

D  U  N    T  E  R  J  A  H

www.cucumatkilau.blogspot.com

www.angkaraterjah.blogspot.com

Dapatkan Lagi Berita Suara Rakyat, Sila

Like, Follow, Share Subscribe > CMKTV

https://youtube.com/channel/UCOMX71-R0Nw0VI5uwexZmPg [[ SUPPORT US ]]

0 Komen Artikel Ini: