SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Kejayaan Kutipan Hasil Lepasi RM1 Bilion Tiga Tahun Berturut-Turut Bukti Tiada Sebab Tukar MB Pahang

 

Kejayaan luar biasa Kerajaan Negeri Pahang mencatatkan kutipan hasil melepasi sasaran RM1 bilion  untuk tiga tahun berturut-turut membuktikan pentadbiran Menteri Besar, Dato' Sri Diraja Hj Wan Rosdy Wan Ismail bersama pasukannya ternyata cekap, profesional dan wajar dikekalkan.

Saya cukup kagum kerana jumlah kutipan hasil  sudah mencecah RM1.06 bilion, biar pun tahun 2023 ada sebulan lagi untuk berakhir.

Ini sesuatu yang menakjubkan. Bukan mudah untuk mencapai sasaran seperti itu jika tiada sokongan padu dari pada semua pihak terutamanya daripada kakitangan kerajaan negeri.

Slogan 'PAS Teraju Pahang' yang dilaung-laungkan oleh parti pembangkang di negeri ini yang mahu rakyat menyokong mereka untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang sudah tidak releven lagi sebenarnya.

Untuk apa rakyat mahu tukar kerajaan yang sudah melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan terbukti berkesan?. Tukar kerajaan tidak boleh dijadikan bahan ujikaji buat rakyat. Tambahan pula ketika prestasi kerajaan untuk menunjukkan peningkatan yang terbaik.

Saya tidak nampak atas alasan apa, pembangkang nak tukar kerajaan yang berwibawa seperti hari ini. Jika hanya kerana mahu mengambil alih kuasa politik, rakyat tidak boleh dijadikan alat untuk berbuat demikian. Lainlah jika rakyat langsung tidak mendapat nikmat atas pencapaian dan kejayaan tersebut.

Prestasi yang ditunjukkan oleh Kerajaan Pahang hari ini adalah satu sejarah yang tidak pernah terjadi selama ini. Justeru sudah semesti barisan kepimpinan yang ada hari ini dikekalkan. 

Menteri Besar Pahang seorang pemimpin yang cukup berwibawa dalam membawa perubahan besar atas kejayaan ini. Tidak ada sebab untuk rakyat memperjudikan nasib mereka dengan memilih pihak lain yang belum tentu boleh melakukan perkara yang sama.

Rakyat Pahang usahlah terpedaya dengan dakyah politik murahan yang langsung tidak releven dengan senario hari ini. 

Lainlah, kerajaan Pahang hari ini gagal meningkatkan ekonomi dan membantu rakyat menerusi berbagai sumbangan seperti Bantuan Prihatin Pahang (BPP) yang mencecah ratusan juta ringgit sejak ia dilaksanakan.

Rakyat Pahang perlu berikan sokongan padu agar kepimpinan Kerajaan Pahang yang ada sekarang ini terus kekal releven menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 nanti. Buat pilihan yang bijak, usah terpedaya dengan emosi politik semata-mata. #CMK

Read more »

Kerajaan Perlu Bertindak Tegas Terhadap Lambakan Premis Warga Asing Yang Terus Kuasai Ekonomi !

 

Lambakan kebanjiran premis warga asing kini semakin parah dan perlu diambil tindakan serius oleh pihak kerajaan untuk menanganinya. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di bandar ini, malahan seluruh negara.

Kerajaan digesa berbuat sesuatu jika tidak mahu negara ini dijajah kembali menerusi ekonomi. Jika kerajaan gagal melakukan tindakan dengan lebih berkesan,  sudah pasti ia akan terus membarah dan akhirnya empayar perniagaan warga asing akan menguasai negara kita.

Ini bukan perkara main-main. 

Premis warga asing terutamanya daripada Indonesia,Thailand, Bangladesh, Pakistan, China, India dan Rohingya kini tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan di seluruh negara. Mereka memonopoli perniagaan terutamanya di bandar-bandar besar.

Mereka gunakan lesen alibaba atas nama orang tempatan untuk membuka lesen perniagaan dan bebas menjalankan operasi tanpa sekatan. Mereka buka kedai makan, kedai runcit, mini market, kedai hardware, kedai karpet, kedai cuci kereta, kedai gunting dan berbagai-bagai jenis perniagaan lagi sehingga mematikan perniagaan warga tempatan..

Benda dah berlaku sejak sekian lama sebenarnya. Namun entah kenapa rakyat terus disajikan dengan operasi "tangkap lepas, tutup buka' setiap kali operasi dilakukan oleh pihak berkuasa.

Selepas 67 tahun, kini lambakan itu mencetuskan kebimbangan rakyat kita. Apalah erti kemerdekaan jika hak rakyat dirompak sewenang-wenangnya oleh warga asing. Mereka datang ke sini untuk bekerja dalam bidang-bidang yang dibenarkan sahaja, namu sesuatu yang mengejutkan apabila sebahagian besar dari kalangan mereka tidak balik selepas tamat kontrak dan menggunakan wang yang mereka kumpul untuk menjalankan perniagaan dalam negara ini,

Saya amatlah berharap kerajaan dapat berbuat sesuatu sebelum senario ini lebih para. Kerajaan perlu batalkan semua lesen alibaba termasuk atas nama 'bini kontrak' iaitu taktik licik warga asing berkahwin dengan wanita tempatan untuk memudahkan urusan guna nama dan IC bagi membuka perniagaan di negara ini.

Hasilnya, kini wanita tempatan dijadikan alat oleh warga asing untuk  menghalalkan aktiviti mereka. Peliknya, pihak berkuasa tidak menganggap itu satu keslahan dan terus membiarkan lambakan perniagaan mereka terus beroperasi.

Walhal, sebahagian besar daripada mereka menggunakan pekerja asing yang tiada dokumen atau pendatang haram untuk bekerja di premis-premis berkenaan. Inilah yang digusarkan oleh rakyat tempatan. Hidup kita semakin serabut dan tidak tenteram dengan kebanjiran warga asing ini sebenarnya. Kerajaan perlu bertindak dengan menghukum, bukannya terus mengampunkan pendatang haram seperti yang berlaku sekarang.

Amatlah tidak munasabah pendatang haran yang sudah bertahun-tahun mencuri hak rakyat kita dan mengumpul wang ratusan ribu ringgit hasil perniagaan dalam negara ini, tiba-tiba diampunkan dan hanya perlu membayar kompaun RM500 jika  mahu pulang ke  negara masing-masing secara sukarela.

Ini tidak wajar, sepatutnya mereka diberi hukuman sebat, dipenjara dan kompaun yang tinggi agar insaf dengan perbuatan tersebut (masuk secara haram). Jika kerajaan terus ampunkan mereka, saya bimbang ia akan menggalakkan lebih ramai puak-puak mereka datang ke negara ini pada masa akan datang. Sebab mereka tahu, hukuman hanya bayar kompaun RM500 jika nak balik.

Kerajaan perlu lakukan sesuatu dan kenakan hukuman yang lebis tegas jika mahu isu lambakan warga asing dalam negara ini diselesaikan. Jika terus membiarkan adengan-adengan yang memualkan ini berlaku, sudah pasti mereka akan terus bermaharajalela dan menguasai ekonomi negara kita.~ CMK

Read more »

Kelewatan Pihak Berkuasa Tangani Isu Jalan Licin Dan Berminyak Jadi Punca Utama Kemalangan Sebenarnya !

Kemalangan yang yang berlaku di kilometer 34 Jalan Maran-Bandar Jengka berhampiran Kilang Sawit Felda Jengka 3 dekat sini semalam boleh dielakkan sekiranya pihak berkuasa cepat bertindak terhadap aduan rakyat berkenaan jalan licin dan berminyak sejak dua bulan lalu.

Saya sedih akibat kealpaan pihak tertentu dalam menangani isu tersebut, akhirnya orang awam yang tidak berdosa cedera dan kehilangan nyawa.

Sebelum ini telah berlaku beberapa kemalangan di lokasi terbabit dan termasuk juga di simpang Kilang Sawit Felcra Simpang Jengka di Pekan Tajau.

Sudah ada mangsa yang cedera akibat kenderaan mereka terbabas gara-gara jalan licin dan berminyak di laluan keluar masuk di kedua-dua lokasi terbabit. Malah, isu juga ditularkan dalam media sosial membuktikan kejadian memang sudah lama berlaku.

Orang ramai sudah bising dan saya sendiri menerima aduan tersebut. Kebimbangan itu timbul apabila beberapa buah kenderaan termasuk kereta dan lori tiba-tiba gagal dikawal ketika memalui jalan tersebut akibat licin dan berminyak.

Ahli Dewan Negeri Kuala Sentul iaitu Dato' Jasri Jamaluddin juga ada membawa isu tersebut ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah (MJPD) Maran Bilangan 02/2024 pada 17 Julai lalu. 


Difahamkan mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh   Pegawai Daerah Maran iaitu Dato' Khairun Nisa Aris. Turut hadir mewakili Menteri Besar Pahang ialah  Dato' Mohamad Nizar Najib yang merupakan exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Pahang. 


Yang turut hadir ialah Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin (Ketua UMNO Bahagian Maran), Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau), Mohd Sofian Abd Jalil (ADU Luit), Ustaz Mujibur Rahman Ishak (ADUN Chenor) serta lain-lain ketua jabatan yang berkenaan.

Persoalannya apa fungsi Jawatankuasa Pembangunan Daerah (MJPD) Maran, jika isu rakyat yang penting seperti jalan licin dan berminyak yang mengakibatkan kemalangan itu gagal diambil tindakan segera untuk mengatasinya.

Sepatutnya semua yang terlibat turun padang buat pemantauan dan keluarkan arahan lisan serta bertulis kepada kilang sawit terbabit agar mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Lori keluar masuk ke kilang terbabit perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum berada di atas jalanraya, sama macam kes Baiksit di Kuantan.

Gunakan pekerja sembur tayar lori atau sediakan takungan air untuk laluan lori agar kesan minyak dapat dibersihkan terlebih dahulu. Kegagalan inilah menyebabkan jalan licin dan berminyak hingga menggangu keselesaan orang awam menggunakan jalanraya melalui simpang masuk ke kilang terbabit sebenarnya. 

Paling mengejutkan ketika berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori berkahmpiran Kilang Sawit Felcra, Pekan Tajau pada 27 Ogos lalu, ADUN Kuala Sentul juga telah memuat naik hantaran di facebooknya menyatakan beliau sudah mengangkat isu itu dan menyuarakan kebimbangan jika tindakan tidak dilakukan. 



Bukti jelas memang jalan licin dan berminyak dapat dilihat pada tanda anak panah yang saya dipaparkan ini. 

Cuba lihat jalan di sebelah kanan tidak licin dan berkeadaan elok. Inilah punca utama mengapa terjadinya kemelangan demi kemalangan di kedua-dua lokasi terbabit sebenarnya. Sudah sewajarnya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak kilang yang tidak mematuhi peraturan dengan membiarkan lori dengan tayar berminyak keluar masuk. 


Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan menggeza mereka mmelantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap semua pihak yang gagal melaksanakan tanggungjawab memastikan keselamatan orang awam ini.

Saya mendesak tindakan diambil oleh kerajaan terhadap kilang Felcra dan Felda yang cuai kepada tanggungjawab ini. Keuntungan yang lebih diutamakan, keselamatan pengguna jalanraya diabaikan. 

Blogger Cucumatkilau

Read more »

Dua Kali Kemalangan Maut Akibat Lori Siram Pokok Bunga Di Lokasi Sama Di Kuantan, Kontraktor Wajar Di Ambil Tindakan !

Dua kemalangan maut libatkan lori kontraktor kerja-kerja menyiram pokok berlaku dalam tempoh tidak sampai sebulan di Bulatan Cengkih, jalan pintasan Kuantan - Kemaman.

Ini membuktikan terdapatnya pelanggaranan Standrd Operation Procedur (SOP) yang gagal dipatuhi oleh kontraktor terbabit. Justeru, pihak berwajib digesa mengambil tindakan tegas termasuk menamatkan operasi syarikat terbabit.

Bayangkan 7 Ogos lalu sudah berlaku kemalangan maut melibatkan kenderaan pacuan empat roda dan semalam 19 Ogos satu lagi kemalangan membabitkan motosikal pula. Kenapa tiada tindakan diambil terhadap kontraktor atas kejadian pertama?.

Sekurang-kurangnya hentikan operasi dan pihak berwajib buat kejadian apakah ada pelanggaran SOP yang berlaku. Bila tidak dihentikan kerja-kerja berkaitan maka akhirnya satu lagi kemalangan maut terjadi. Dua nyawa melayang begitu saja tanpa pembelaan.

Saya pernah mengikuti belakang lori terbabit selepas kejadian pertama berlaku bagi melihat sendiri kerja-kerja penyiraman pokok bunga yang dilakukan.

Ternyata, memang jelas tidak ada ciri-ciri keselamatan langsung untuk orang awam. Jika dikawasan lain boleh diterima lagi sebab jalan yang ada banyak lampu isyarat. Maka kenderaan dibawa perlahan terutamanya  sekitar Indera Mahkota 2, Indera Mahkota 7 dan Indera Mahkota 8.

Namun di kawasan bulatan Cengkih, lokasi kejadian itu ternyata berbahaya kerana lori berada dilaluan laju sebelah kanan. Hanya satu dua kon sahaja yang diletakkan, itu pun terkadang tidak disediakan. Papan tanda kerja dan pemegang bendera (merah) hanya berada di atas lori yang sedang melakukan kerja.

Ini menyebabkan, pengguna jalanraya yang begerak laju dilaluan terbabit tidak sempat mengelak dan mengganggap lori berkenaan sedang bergerak di laluan kanan (memotong). Bila dah dekat baru perasan, dah pasti tak sempat nak elak dan merempuh belakang lori terbabit.

Saya menggesa langkah pembaikan dilakukan demi keselamatan orang awam yang lain selepas ini. Sepatutnya selepas kejadian pertama ia sudah dibuat penambahbaikan. Namun, akibat kealpaan pihak terbabit maka terjadilah kemalangan kedua di lokasi sama.

Sepatutnya beberapa kon diletakkan pada jarak 50  meter dari lori, ia memudahkan pengguna jalanraya memperlahankan kenderaan masing-masing bila tiba di lokasi. Ini menyebabkan mereka akan lebih berhati-hati melalui kawasan tersebut.

Keduanya, teknik menyiram pokok menggunakan lori dilaluan utama adalah berbahaya. Kenderaan begerak laju dari kedua-dua arah, mereka tidak sempat mengelak bila tidak nampak isyarat jelas kerja-kerja menyiram pokok sedang dilakukan.

Langkah terbaik, di kawasan itu disediakan paip khas dalam jarak 20 meter yang boleh menyebur air secara automatik untuk tempoh tertentu. Tidak perlu lagi lori kontraktor mengganggu laluan jalan utama hingga menyebabkan kemalangan.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi yang terlibat perlu bertindak segera agar nyawa orang awam yang lain dapat diselamatkan daripada tragedi seperti ini di kemudian hari. Kesemalatan pengguna jalanraya haruslah diutamakan. #CMK

Read more »

Dakwaan Kerajaan Pahang Akan Tumbang, Langkah Terdesak Pihak Tertentu Yang Kemaruk Untuk Ambil Alih Kuasa !

Mutakhir ini iklim politik di Pahang kembali panas apabila ada dakwaan kerajaan negeri akan bertukar dalam masa terdekat ini. Tular di media sosial satu mesej "Pahang sdg goyang! New state goverment akan naik. Anak Bossku sudah jumpa PN".

Persoalannya kenapakah isu ini ditimbulkan semula selepas ia hangat diperkatakan seketika menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai pada 7 Oktober tahun lalu. Siapa punya kerja? Adakah ia dilakukan oleh cybertrooper Perikatan Nasional (PN) atau dari kalangan orang dalam UMNO sendiri?.

Inilah yang sedang hangat diperkatakan, ditambah lagi dengan keadaan kesihatan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail yang dipertikaikan oleh pihak berkenaan. Walhal, sudah dimaklumkan Wan Rosdy akan kembali menjalankan tugasnya bermula pada Rabu ini.

Beliau kini masih berehat selepas menjalani  prosedur pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7 Jun lalu. Selama dua bulan rehat, pentadbiran dan politik di Pahang berjalan lancar tanpa ada sebarang insiden yang tidak diingini.

Cuma, tiba-tiba bagai 'bom jangka' di saat Wan Rosdy akan kembali menjalankan amanah dan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar cerita jatuhkan Kerajaan Pahang ini dihebohkan.

Isu Kerajaan Pahang Bertukar Gagal Di PRK Pelangai

Masih saya ingat, ketika PRK Pelangai ada dakwaan pembangkang tawarkan kerajaan negeri yang baharu jika menang. Alasannya, terdapat beberapa orang ADUN Barisan Nasional (BN) yang akan melompat dan menyebabkan Kerajaan Pahang tumbang.

Malah diawar-warkan terus, Timbalan Presiden PAS yang juga merupakan ADUN Cheka, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man bakal dilantik menjadi Menteri Besar Pahang yang baharu, 

Dakwaan itu meleset apabila Calon BN, Dato' Amizar Abu Adam menang dan sekali gus mempertahankan kerusi tersebut. Amizar menang dengan majoriti undi  sebanyak 2,949 undi, menerusi saingan tiga penjuru, Beliau  memperolehi 7,324 undi, sementara dua lagi pencabarnya, calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat mendapat 4,375 undi dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya memperoleh 43 undi.

Dengan kemenangan itu, maka cerita Kerajaan Pahang akan bertukar tangan senyap seketika. Kononnya, mereka yang akan melompat ialah beberapa orang ADUN yang kecewa tidak dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri yang baharu. Malah, ada senarai nama yang telah disebarkan bagi menyokong dakwaan tersebut. Namun, ternyata rakyat DUN Pelangai lebih bijak dan tidak melayan 'khabar angin' dan 'omongan kosong' tersebut. 

Rakyat lebih yakin dengan susuk tubuh Wan Rosdy sebagai Menteri Besar. Ditambah lagi dengan kejayaan Kerajaan Pahang mencatatkan kutipan hasil melebihi RM1.0 bilion sejak kebelakangan ini. Ia satu pencapaian yang cukup luar biasa dan menjadi satu rekid yang bersejarah sebenarnya bagi negeri ini. 

Pertumbuhan Ekonomi Pahang Terus Meningkat

Malahan  Wan Rosdy juga telah berjaya meletakkan negeri Pahang di tempat kedua dalam senarai empat buah negeri yang mengatasi pertumbuhan ekonomi di peringkat nasional bagi prestasi ekonomi iaitu sebanyak 5.2 peratus. 

Empat negeri mengatasi pertumbuhan di peringkat nasional tahun lalu iaitu Selangor yang berkembang 5.4 peratus, Pahang 5.2 peratus, Johor 4.1 peratus dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 3.7 peratus.

Kejayaan luar biasa yang diraih oleh negeri Pahang dibawah petadbiran Wan Rosdy inilah mungkin dicemburui oleh sesetengah pihak. Lantaran itu mencari jalan untuk menjatuhkan beliau dalam apa jua cara sekali pun. Tambahan pula dengan tahap kesihatan beliau yang mungkin sedikit menurun selepas menjalani pembedahan jantungnya itu.

Siapa Yang Sebar Cerita Kerajaan Pahang Akan Tumbang?

Adakah 'khabar angin' Kerajaan Pahang tumbang ini dilakukan oleh  pembangkang? Atau mungkin juga kerja-kerja oleh orang dalam UMNO sendiri?. Sebelum ini sudah ada usaha pihak-pihak tertentu mahu menjatuhkan kepimpinan Wan Rosdy, namun usaha itu gagal kerana ia telah dihidu terlebih dahulu. 

Malah saya sendiri telah menulis artikel panas "Agenda Jatuhkan MB, Usaha 'Tikam Belakang' Oleh 'Musuh Dalam Selimut' Wajar Di Halang Demi Selamatkan Kerajaan Pahang!lebih awal terhadap isu tersebut. Ini menyebabkan pihak terbabit, bagai 'cacing kepanasan' dan usaha itu akhirnya tidak menjadi kenyataan apabila pemilihan UMNO ketika itu menyaksikan orang-orang Wan Rosdy menang menang bergaya.

Selepas kegagalan menerusi pemilihan parti, maka usaha tersebut dilihat kian lenyap dan Wan Rosdy terus kekal sebagai Menteri Besar Pahang. 

Hentikan Fitnah, Demi Keharmonian Politik Di Pahang

Justeru, saya menyeru pihak-pihak yang kemaruk sangat untuk melihat pemimpin mereka berkuasa agar menghentikan fitnah tersebut. Hormati Wan Rosdy yang kini menjalani rawatan kesihatan akhirnya untuk kembali bertugas pada bulan Ogos depan.

Rentak sumbang mereka ini boleh dibaca sebenarnya. Sebagai orang lama yang arif fengan senario politik di Pahang memang saya melihat kerja-kerja ini sengaja dibuat untuk menimbulkan keadaan 'gawat' politk di negeri ini.

Malah, dakwaan kononnya anak 'Bossku" Dato' Sri Nizar ada bertemu dengan pemimpin PN juga sudah dinafikan oleh beliau. Maknanya, cerita pertemuan sengaja dibuat untuk memberi persepsi negatif dikalangan UMNO sendiri. Maknanya 'Dato Jaja' sudah cuba 'tikam belakang' Wan Rosdy melalui kerjasama dengan PN. Benda macam ini nampak tidak masuk dek akal, tetapi apa pun boleh berlaku jika tidak ditangani dengan betul oleh Kerajaan Pahang.

Saya juga melihat, senario ini sedikit boleh mengganggu tahap kesihatan Wan Rosdy sebenarnya. Namun, sebagai orang yang berpengalaman dalam politik di Pahang, saya amatlah berharap beliau tabah melalui semua ini. Kenyataan penafian telah dibuat oleh individu terbabit, makna segala dakwaan ini adalah sekadar 'khabar angin' semata-mata.

Jika dilayan, ia sudah pasti akan menyeronokkan mereka. Maka, jalan terbaik 'persetankan' khabar angin dan fitnah yang dilontarkan demi masa depan perjuangan. #CMK

Read more »

Isu Lambakan Premis, Penempatan Warga Asing Tidak Selesai Jika Rakyat Tidak Sama-Sama Bangkit Pertahankan Hak Kita !

Susulan begitu banyak pendedahan yang telah saya buat tentang isu warga asing mutakhir ini, maka puak-puak terbabit mula tidak senang duduk dan kepanasan sekarang. Mungkin dek kerana mereka koyak, lantas cuba mngambil tindakan untuk melawan bagi mempertahankan hak mereka kononnya.

Sudah banyak kali saya dedahkan bahawa isu lambakan premis dan penempatan warga asing atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam negara ini tidak akan selesai jika mereka langsung tidak takut dan menghormati pihak berkuasa dalam negara ini.

Bukti jelas, mereka bukan sahaja tidak takut malahan merasa selesa pula berada di sini. Lantaran itu mereka tidak kisah ada berapa banyak kali pun operasi bersepadu yang dijalankan oleh pihak berkuasa, mereka pasti akan dapat menanganinya dengan mudah.

Seperti biasa, adengan 'tutup bukak, tangkap lepas' terus disajikan kepada rakyat hingga membuatkan warga tempatan semakin hari semakin serabut dan bimbang keselamatan anak-anak mereka akibat terlalu ramai lambakan warga asing disana sini sekarang.

Saya banyak bersuara lantang, terutamanya di laman TikTok terhadap isu ini. Ada beberapa perkara yang digariskan untuk diberi perhatian sebenarnya.

Dalam isu warga asing ini, antara isu yang saya angkat ialah soal kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (IZIN) yang masuk secara haram ke negara ini. Mereka masuk melalui 'lorong tikus' dengan kerjasama agen-agen yang terdiri daripada warga tempatan atau warga asing yang sudah lama berada di dalam negara ini dan mendapat taraf pemastautin tetap.

Keduanya, soal warga asing yang masuk secara sah untuk bekerja beradasarkan permit namun mereka tidak pulang ke negara asal selepas tamat kontrak bekerja di sini. Mereka yang sepatutnya pulang, tidak berbuat demikian dan terus berada dalam negara ini dengan menjalankan berbagai jenis perniagaan menggunakan lesen 'alibaba' atas nama warga tempatan. Mereka memonopoli banyak perniagaan dan mengganggu ekonomi penduduk tempatan  tanpa rasa bersalah kerana melanggar undang-undang.

Ketiganya, warga asing yang lari dari majikan dan menjadi kosong kemudian bertebaran di seluruh pelusuk negara menjalani kehidupan bersama rakyat tempatan. Ramai dikalangan mereka yang mengambil kesempatan berkahwin dengan wanita tempatan untuk membolehkan mereka mempunyai lesen sah berada dalam negara ini.

Keempatnya, saya menekannya betama lemahnya undang-undang di Malaysia yang mana membiarkan warga asing yang masuk ke negara ini sebagai pelancong untuk bekerja atau menjalankan perniagaan sesuka hati mereka. Malah mereka tanpa rasa bersalah menguasai dan memonopoli perniagaan seperti restoran dan kedai runcit.

Kelemahan pihak berkuasa kita melaksanakan tindakan dengan tegas telah diambil pelaung oleh warga asing untuk menipu, mempermain dan memperdayakan mereka setiap kali ada operasi yang dijalankan secara bersepadu.

Malah, setiap kali operasi ada sahaja premis yang ditutup dan warga asing berbondong-bondong pindah kediaman untuk mengelakkan mereka ditangkap. Persoalannya, bagaimana mereka mendapat maklumat sesuatu operasi jika tiada orang dalam dan 'talibarut' yang memaklumkannya.

Inilah isu yang sering saya mainkan, kerana jika tidak masalah jutaan kebanjiran warga asing dalam negara ini tidak akan selesai. Itu belum termasuk lagi pelarian Rohingya yang semakin ramai menetap di negara ini dengan membina rangkaian perniagaan dan pemempatan hampir di seluruh negara.

Jika kerajaan masih tutup mata dan tidak sedah perkara ini, nescaya suatu hari nanti warga asing akan menakluki ekonomi kita dan seterusnya anak-anak cucu mereka pula akan menguasai pentadbiran dan politik negara ini akhirnya.

Apakah kita harus membiarkan semua ini berlaku begitu sahaja di depan mata kita?. Mahukan kita warisi negara ini dalam keadaan sebegitu rupa untuk generasi akan datang?. Justeru, sebab itulah saya mengajak rakyat bangkit dan terus memberikan kesedaran kepada semua pihak agar memainkan peranan penting untuk mempertahankan kedaulatan dan keluhuran perlembagaan negara ini agar tidak diperkotak-katikan oleh warga asing buat selama-lamanya.

Ayuh, bangkitlah teruskan perjuangan demi masa depan negara tercinta. Isu ini tidak akan selesai jika rakyat tidak sama-sama bangkit untuk pertahankan hak kita, Selamatkan Malaysia, Selamatkan Tanar Air Kita. #rakyatbangkit #benteraswargaasing

Read more »

Lebih 10 Tahun Kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri Milik MUIP Di Bukit Kuin Terbiar, Mohon Tindakan Segera

Saya sempat  luangkan masa meninjau ke kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri milik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang dah lebih 10 tahun terbiar di Bukit Kuin, Jalan Sungai Lembing semalam.

Apa sudah jadi dengan kawasan ini? Penuh dengan semak samun dan tidak digunakan lagi hingga ke hari Ini?. Sedangkan jirat Cina yang terletalk bersebelahan kawasan ini sudah lama beroperasi dan dah hampir penuh digunakan.

Sepatutnya kawasan tanah Perkuburan Islam yang terletak di jalan utama Kuantan - Sungai Lembing itu sudah la dimanfaatkan oleh umat Islam. Namun akibat keadaan tanah yang tidak rata, ia menyukarkan urusan berkaitan.

Difahamkan, bersebelahan kawasan ini telah ada persetujuan untuk didirikan sebuah maahad tahfiz.

Anehnya setakat ini tiada langsung kerja-kerja tanah berkaitan atas tanah terbabit. Sekurang-kurangya kawasan bukit bersebelahan diratakan untuk tindakan selaniutnya.

Inilah yang menjadi persoalan orang ramai terutamanya umat Islam yang lalu lapang di kawasan ini setiap hari.

Situasi terbiar ini boleh menjatuhkan imej agama Islam sebenarnya. Justeru saya menggesa pihak MUIP Dan Kerajaan Pahang dapat menyegerakan apa saja tindakan ke arah kebaikan kawasan ini.

Membiarkan ia terbiar terlalu lama bukan sahaja merosakkan pemandangan, malah pemilik tanah Perkuburan terbabit iaitu MUIP itu sendiri sebenarnya.

Moga dipermudahkan segala urusan. #CMK


Read more »

Sedih: Selepas Empat Nyawa Orang Awam Terkorban, Barulah Lampu Jalan Gelap Di Perbaiki !

 

Selepas empat nyawa melayang akibat kemalangan bas dengan treler berlaku di simpang Keratong - Bahau di jalan Kuantan - Segamat ini, barulah pihak bertanggungjawab baiki lampu jalan yang rosak dan tidak berfungsi itu.

Pelik, selama ini ke mana pergi pihak berkuasa yang sepatutnya memantau isu lampu jalan ini? Atau ke mana pergi pemimpin masyarakat setempat? Tak boleh ker bila tengok lampu jalan itu gelap, terus lapor.  Paling lekeh, viral dalam media sosial biar mereka ambil tindakan segera untuk perbetulkan.

Benda ni bukan terjadi di lokasi ini sahaja, malahan di seluruh negara. Sikap tidak cakna menyebabkan ada mangsa terkorban akibat jalan gelap.

Beberapa tahun lalu, kes yang sama terjadi kepada sahabat saya di simpang Chini. Juga akibat lampu jalan tiada dan gelap. Sahabat saya terbabas dari arah Chini ke Jalan Kuantan-Segamat.


Dia kata, memang tak perasan dan ketika itu kereta bergerak laju dari arah Chini. Tak sempat belok ke kanan untuk ke arah Kuantan. Tiga mangsa dalam kenderaan cedera akibat terbabas ke dalam gaung (sama kes bas terbabas di Simpang Keratong).


Mujurlah sahabat saya tidak kritikal dan tiada kenderaan lalu ketika mereka terbabas. Bayangkan kalau treler lalu? Sudah pasti tragedi lebih buruk akan berlaku.


Sekarang, simpang Chini dan terang benderang ada lampu jalan. Barulah nampak selesa dan selamat untuk pengguna. Adakah sahabat saya ada pengaruh dadah atau mengantuk ketika kejadian? Tidak sama sekali, dia kata memang gelap kat simpang dan tak perasan langsung (tak sedar).


Samalah dengan kes baru-baru ini. Gara2 gelap menjadi asbab pemandu bas tidak perasan untuk membelok ke kiri untuk melalui jalan Muadzam Shah.


Makanya bas bergerak lurus ke arah gaung. Ketika kejadian lori treler lalu dan bas terlanggar belakangnya. Jika tak ada treler yang lalu sudah pasti bas tercampak laju ke dalam gaung.


Mungkin tragedi lebih dasyat berlaku.

Kesimpulannya, pihak bertanggung jawab terhadap jalan raya perlulah cakna dan prihatin isu lampu jalan ini.


Ada sesetengah kawasan, sampai bertahun tidak diperbetulkan. Belum ada kejadian seperti ini tak apalah, tapi bila berlaku tragedi yang korbannya nyawa maka sudah pasti semua pihak menggelabah.


Sekali tegur sekali buat kerja, macam 'paku dengan penukul'. Unit Pantau lampu jalan tak ada ker? Apa pun salam takziah buat kesemua ahli keluarga mangsa yang terkorban. Moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan kalangan orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. Amin


Suara Rakyat Marhaen,

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

(People's Activist And

Freedom Journalist) 


Blogger CUCUMATKILAU

[ Wakil Rakyat Marhaen ]

https://cucumatkilau.blogspot.com


Penyelaras NGO Terjah

Angkatan Pembela Rakyat

[ A N G K A R A ]

https://skuadterjah.blogspot.com


Subscribe Channel CMK TV

https://youtube.com/@cmktvofficial?si=8oKMJbJDcvroNXIx


Like, Follow, Comment, Copylink, Repost Dan Subscribe TIK TOK https://www.tiktok.com/@cmkshukrieramly1?_t=8mTKTgNKycD&_r=1

Read more »

Kemalangan Di Simpang Keratong, Lampu Jalan Gelap Jadi Salah Satu Punca !!

Saya terkilan apabila dimaklumkan lokasi jalan gelap akibat lampu rosak jadi salah satu punca kemalangan awal pagi tadi.

Sebab itulah bila lampu jalan rosak, terutamanya kawasan simpang jalan maka pihak bertanggungjawab perlu segera memperbetulkannya.

Kenapa dibiarkan terlalu lama? Saya selalu juga gunakan laluan ini untuk ke Johor. Memang gelap bila lampu jalan di simpang Keratong tidak berfungsi.

Sebab itu pemimpin setempat wajib segera melaporkan kepada pihak bertanggungjawab bila lampu jalan rosak terutamanya di kawasan simpang seperti yang berlaku awal pagi tadi.

Cuma pemandu kena berhati-hatilah jika berada dalam situasi seperti ini. Sudahlah jalan Keratong - Bahau agar teruk dan tidak rata di beberapa lokasi.

Saya pernah terjah kawasan ini dulu. Namun apakan daya, pihak yang sepatutnya ambil tindakan bukan saya tetapi mereka. Akhirnya apa yang saya takutkan berlaku.

Mujurlah bas terbabit terbabas dan melanggar belakang treler lalu terjunam ke dalam gaung. Bayangkan jika terlanggar depan treler, sudah pasti tragedi yang lebih dasyat akan berlaku sebenarnya.

Apa pun, saya harap dengan kejadian ini maka semua pihak perlu cakna bila lampu jalan di kawasan simpang tidak berfungsi atau rosak. Jangan dibiarkan atau tengok saja. Keselamatan orang ramai terutama pengguna jalanraya perlulah diutamakan.

Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat. Moga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan lalangan orang2 beriman serta beramal soleh. Al-Fatihah. 


Suara Rakyat Marhaen,

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

(People's Activist And

Freedom Journalist) 


Blogger CUCUMATKILAU

[ Wakil Rakyat Marhaen ]

https://cucumatkilau.blogspot.com


Penyelaras NGO Terjah

Angkatan Pembela Rakyat

[ A N G K A R A ]

https://skuadterjah.blogspot.com


Subscribe Channel CMK TV

https://youtube.com/@cmktvofficial?si=8oKMJbJDcvroNXIx


Like, Follow, Comment, Copylink, Repost Dan Subscribe TIK TOK https://www.tiktok.com/@cmkshukrieramly1?_t=8mTKTgNKycD&_r=1

Read more »

Usah Terus Bermain Sentimen, Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Wajar Kemukakan Rayuan Terus Kepada Menteri Besar Pahang

Susulan laluan masuk ke premis Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant ditutup oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) baru-baru ini, saya menggesa pemiliknya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil  bertabah atas musibah yang berlaku ke atasnya.

Walau pun tindakan tersebutr menimbulkan kemarahannya kerana hanya itu sahaja laluan masuk untuk pelanggan ke restorannya, namun inilah takdir yang beliau harus hadapi di bulan Ramadan Al-Mubarak ini sebenarnya

Saya mengikuti kes tersebut sejak dari awal lagi dan tidak mahu ia dijadikan polemik bagi menyalahkan Kerajaan Negeri Pahang sepenuhnya dalam isu ini.

Sebenarnya kes ini sudah bermula sejak dua tahun lalu, apabila Puan Sri Shariffa Sabrina yang ketika itu merupakan Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA)  dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub atas tiga atas tiga pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah,

Menurutnya pertuduhan pertama, Puan Sri Shariffa Sabrina  didakwa melakukan kesalahan tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah kerajaan di Lot 26148, GM4135, Mukim Bentong iaitu kawasan Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant di Bentong.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa melakukan kesalahan tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah kerajaan di Lot 1053, PM0053, Mukim Ulu Dong iaitu kawasan Tanah Aina Fahad Glamping Resort di Raub pada jam 2 petang, 10 Jun tahun lalu.

Manakala pertuduhan ketiga pula, Puan Sri Shariffa Sabrina  didakwa melakukan kesalahan tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah kerajaan di Lot 10061, GM1572, Mukim Tras iaitu kawasan yang ketika ini didiami Tanah Aina Farrah Soraya Exclusive Eco Resort, Raub.

Maknanya disini, tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang bukanlah tergesa-gesa kerana beliau sepatutnya sudah tahu dan mengambil tindakan memperbetulkan keadaan termasuk mencari alternatif jika berhadapan dengan kemungkinan seperti hari ini.

Dua tahun lamanya, sepatutnya beliau sudah melakukan sesuatu. Namun sikap sambil lewa dan menganggap berada di pihak yang benar menyebabkan dia terpaksa berhadapan dengan tindakan tegas.

Saya juga amat rapat dengan Puan Sri Shariffa Sabrina, justeru saya menggesa beliau mengemukakan rayuan seperti disarankan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang tidak pernah menghalang warganegara Malaysia terutama rakyat Pahang untuk berbuat demikian.

Apa pun saya mempersoalkan tindakan Pengurus Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant, Syarifah Sheila Syed Mustafa yang mendakwa tindakan tersebut seolah-olah mahu menutup periuk nasi orang Melayu setelah dilihat berjaya menghidupkan kawasan hutan berkenaan.

Syarifah Sheila juga ada berkata, jika benar kafe berkenaan melanggar peruntukan undang-undang mengapa kerajaan negeri tidak bertindak sejak dulu lagi.

Saya nak bagi tahu, sebagai sahabat..undang-undang tetap undang-undang. Jika enam tahun lalu diambil tindakan sudah pasti mereka langsung tak boleh cari makan. Selama enam tahun dah banyak keuntungan dibuat oleh pihak terbabit sebenarnya.

Jika Kerajaan Pahang zalim, sudah pasti dua tahun lepas sudah diambil tindakan tegas, bukannya hari ini. Namun atas timbang rasa maka operasi Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant dibiarkan.

Namun, tindakan diambil dengan menutup laluan masuk ke tempat parkir dan satu lagi laluan masuk ke restoran menggunakan batu konkrit kerana mengambil kira undang-undang berkaitan tanah yang telah ditetapkan.

Sesiapa sahaja menceroboh tanah kerajaan, sewajarnya diambil tindakan agar tidak wujud sikap double standard.

Saya juga terkejut dengan kenyataan Syarifah Sheila yang mendakwa, penggunaan tanah parkir itu dibuat selepas pengurusan Tanah Aina mendapat persetujuan mulut dengan pihak berkuasa tempatan Bentong enam tahun lalu.

Agak pelik, hanya persetujuan mulut maka Tanah Aina boleh gunakan tanah kerajaan?. Sedangkan orang lain tidak berpeluang untuk berbuat demikian. Ini bermakna sudah ada sikap tolak ansur antara kerajaan dengan pihak terbabit sebelum ini.

Makanya, tidak perlulah diperbesarkan isu berkenaan. Ternyata kesalahan yang dilakukan itu adalah jelas iaitu menggunakan tanah kerajaan untuk dijadikan parkir. Bayangkan kalau saya yang berbuat demikian, sudah pastilah sejak awal lagi sudah diambik tindakan tegas oleh pihak kerajaan. Ini tidak adil untuk rakyat yang lain.

Malah saya turut difahamkan  Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant  ada membuat permohonan untuk mendapatkan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) untuk tanah yang digunakan sebagai laluan dan tempat parkir kenderaan sejak Mac 2022, namun sehingga kini tiada kelulusan diberikan dan masih menunggu jawapan.

Bagi saya, Tanah Aina sudah beroperasi lebih awal dan seharusnya perkara itu telah diselesaikan. Mac 2022 adalah waktu yang sama Puan Sri Shariffa Sabrina didakwa di Mahkamah Sesyen Raub atas pertubuhan menceroboh tanah kerajaan.

Kenapa bila sudah didakwa baru mahu memohon TOL, kenapa tidak lakukan lebih awal ketika mendapat kerjasama yang baik daripada pihak Majlis Perbandaran Bentong (MPB) dan mendapat lesen serta membayar cukai yang diperlukan tanpa masalah sejak awal-awal operasi perniagaan itu dibuka?.

Kenapa bila sudah didakwa, baru mahu bertindak?. Sepatutnya ia diusahakan lebih awal agar tidak menyusahkan pihak terbabit. Soal sudah ada tempahan untuk  bulan Ramadan seperti yang didakwa maka saya rasa ia boleh saja dibatalkan secara terhormat. Tambahan pula isu ini sudah menjadi tular dan pasti pelanggan terbabit juga mengikutinya dan tahu masalah yang melanda, bukannya segaja dibatalkan.

Saya menasihatkan Puan Sri Shariffa Sabrina agar tidak bermain sentimen kononnya Kerajaan Pahang mahu bermusuh dengan beliau dan sengaja menzaliminya. 

Apa yang berlaku adalah berlandaskan undang-undang dan saya juga bimbang jika dibiarkan maka lebih ramai lagi penceroboh akan mengambil kesempatan kerana melihat kes ini. Bermuhasabahlah dan cari jalan penyelesaian yang terbaik dengan pihak Kerajaan Pahang, bukan dengan membuat tuduhan dan dakwaan liar yang tidak berasas.

Sebagai seorang aktivis yang sama-sama berjuang dengan beliau dulu, maka tindakan terbaik ialah mengemukan rayuan secara rasmi dan berbincang ke arah kebaikan negeri Pahang pada masa akan datang. Salam perjuangan leluhur. ~ CMK

Read more »

Beri Bantuan Sama Rata Kepada Anak-Anak Pahang, Bukti Tok Wan Tidak 'Pilih Kasih' Soal Peruntukan Kepada Rakyat.!

Berita berkenaan seramai 200 anak-anak Pahang yang melanjutkan pelajaran di Jordan mendapat AS$100 seorang oleh kerajaan negeri, jelas sekali membuktikan bahawa kepimpinan Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail amat cakna dan prihatin soal pendidikan.

Malah difahamkan  kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang turut menyalurkan sumbangan RM10,000 kepada Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan.

Apa yang dilakukan ini jelas sekali membuktikan kerajaan Pahang salurkan bantuan kepada rakyat tanpa membezakan fahaman politik kepartian ibubapa mereka sebenarnya.

Saya rasa, daripada 200 orang anak-anak Pahang yang belajar di Jordan itu sebahagian besarnya pastilah penyokong pembangkang terutamanya daripada parti PAS.  Malah, ketika agihan bantuan dibuat, tidak pula MB (Tok Wan) mengarahkan bantuan hanya diberikan kepada anak-anak penyokong kerajaan sahaja.

Maknanya bantuan itu sampai kepada rakyat tanpa ada sikap pilih kasih dan double standard seperti yang didakwa pemimpin pembangkang selama ini. Mereka kata tidak dapat dan dinafikan peruntukan, walhal kerajaan bagi terus kepada rakyat termasuk juga anak-anak mereka.

Justeru, beliau menggesa pemimpin pembangkang agar menghentikan tohmahan dan tuduhan liar bahawa mereka dinafikan hak peruntukan bermakna rakyat dikawasan DUN mereka juga tidak dapat.

Amalan biasa bagi sesebuah kerajaan yang kekuatan politiknya sama dengan pembangkang (17-17 DUN) untuk mengkaji bab-bab peruntukan ini sedalam-dalammnya. Ia adalah demi kelangsungan politik sesebuah parti itu sebenarnya.

Bukan sahaja mahasiswa dan pelajar-pelajar sekolah menikmati bantuan Kerajaan Pahang, malahan Tok Imam, Bilal dan Siak juga turut mendapat elaun dan bonus tanpa membezakan fahaman politik kepartian masing-masing, walau pun kerajaan tahu majoriti mereka tidak menyokong kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu.

Apa yang penting, peruntukan itu ada disalurkan terus melalui penyelaras DUN untuk diagihkan kepada rakyat di kawasan masing-masing. 

Bukanlah terus ke poket wakil rakyat yang tidak sealiran dengan aspirasi kerajaan. Berbeza di negeri-negeri yang kerajaannya mempunyai kerusi majoriti, memang tiada masalah sebab kedudukan selesa. Tapi di Pahang situasinya jauh berbeza, kena fahamlah tu kan. 

Suara Rakyat Marhaen, 

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

(Blogger Cucumatkilau) 

www.cucumatkilau.com

Read more »

Laporan SPRM Isu Kepincangan Dalam Hal Ehwal Uruskan Warga Asing Di Sekitar Kuantan !

 

Satu laporan akan dibuat esok kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dengan isu kepincangan yang berlaku di dalam hal pengendalian warga asing di Kuantan.

Laporan terpaksa saya buat susulan ada dakwaan dan bukti kukuh bahawa isu lambakan warga asing yang tinggal dan membuka premis di Kuantan dek kerana kegagalan pihak tertentu buat pemantauan dan tindakan sebenarnya hingga menimbulkan kebimbangan serta kegusaran dikalangan rakyat marhaen mutakhir ini.

Justeru, saya mengajak seluruh warga Kuantan dan anda yang prihatin hal kebanjiran warga asing ini, untuk turun beramai-ramai pada Khamis, jam 2.00 petang, 14 Disember 2023 di Pejabat SPRM Pahang, Bandar Indera Mahkota.

Tibalah masanya rakyat sendiri perlu berani bangkit dan bersuara demi mempertahankan hak dan kedaulatan negara ini daripada dijajah dalam diam oleh puak-puak warga asing.

Ingat masa depan anak cucu kita dan generasi akan datang. Ayuh, bangkit bagi menyatakan bantahan agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang dalam menangani isu ini di Kuantan khasnya dan ssluruh negara amnya.

'Terjah Kasi Rebah, Terjah Sebelum Parah. Selamatkan Tanahair Kita Ini'

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN,

(Blogger Cucumatkilau) 

Penyeleras, 

Gerakan Suara Rakyat

Benteras Warga Asing

www.cucumatkilau.com

Read more »

Banjir Bentong: Kes Saman RM1 Juta Oleh Kerajaan Pahang Terhadap CMK 'Selesai' Luar Mahkamah !


Alhamdulillah, kes saman sivil RM1 juta berkaitan isu banjir Bentong pada 2021 yang difailkan oleh Kerajaan Negeri Pahang terhadap saya akhirnya mendapat persetujuan untuk penyelesaian luar mahkamah. 

Saya disaman akibat posting facebook bertarikh 27 Disember 2021 atas tajuk 'Banjir Besar Akibat Air Bukit, Bukan Air Sungai Pahang Dari Hulu Sebenarnya, Mangsa Boleh Saman Pihak Berkenaan'.

Antara lain, tanpa usul periksa dan maklumat yang tepat saya mendakwa kejadian banjir lumpur yang berlaku di sekitar kawasan Temerloh,  Mentakab, Lanchang, Karak dan Bentong ketika itu akibat kerakusan tangan-tangan manusia yang mahu mengumpul dana, duit, harta dan kekayaan. 


Saya turut mengaitkan banjir tersebut berlaku di kawasan-kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK). 

Hantaran penuh saya yang disaman itu adalah seperti berikut:-

BANJIR BESAR AKIBAT AIR BUKIT, BUKAN AIR SUNGAI PAHANG DARI  HULU SEBENARNYA !!
MANGSA BOLEH SAMAN PIHAK BERKENAAN
======================================
[ Banjir Kawasan Pembalakan Di Hutan2 HSK ]
---------------------------------------------------------------------------
Selepas dua hari melihat kesan banjir di sektar  kawasn Temerloh, Mentakab, Lanchang, Karak dan Bentong maka saya mengesahkan banjir lumpur yang berlaku memang akibat kerakusan tangan-tangan manusia itu sendiri sebenarnya.

Rakus untuk mengumpul dana, duit, harta dan kekayaan maka akhirnya menggunakan kuasa politik untuk nemohon, melobi dan meluluskan kwasan Hutan Simpan Kekal (HSK) atas nama projek ladang hutan. Walhal beribu-ribu ekar kawasan hutan ditebang, digondolkan untuk tanaman kelapa sawit dan musang king.

Siapa yang dapat? Kontraktor sebagai proksi orang politik dan tokey2 sebagai pemaju dan pemberi dana. Mewah orang politik hasil duit kelulusan kawasan terbabit. Mereka langsung tidak mahu ambil kira, hutan yang ditarah itu adalah kawasan tadahan hujan. Apa yang lebih penting ialah duit. Wang adalah segalanya !!

Selama ini mereka seronok mengumpul harta cara ini kerana kes banjir lumpur tidak libatkan kematian. Namun kali ini berbeza, ramai yang maut akibat rempuhan air deras bersama kayu balak yang turun dari atas bukit.

Akibat hantaran panas tersebut saya telah disaman sebanyak RM1 juta oleh Kerajaan Negeri Pahang.


Selama hampir dua tahun kes ini berjalan dan mutakhir ini saya terpaksa berulang alik ke Mahkamah Tinggi Temerloh selepas peguam saya menarik diri awal tahun ini.


Maka terpaksalah saya membela diri, berhadapan kes  ini tanpa peguam. Perbicaraan penuh kes ini dijadualkan selama empat hari bermula pada 18 sehingga 22 Disember 2023 ini.

Memandangkan hubungan saya dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail semakin baik mutakhir ini, maka saya telah menghantar surat permohonan maaf bertarikh 21 Jun 2023. 

Surat tersebut telah dijawab oleh Tetuan Nurul Hidayah & Partners iaitu syarikat guaman yang mewakili Kerajaan Pahang pada 21 Julai 2023 lalu. 

Dan semalam, 26 Julai 2023, Jam 10.30 pagi saya telah hadir ke pejabat syarikat guaman terbabit di Jalan Tun Ismail, Kuantan untuk menyatakan permohonan maaf secara terbuka dihadapan media rasmi kerajaan, Pahang Media


Saman sivil terhadap saya telah difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada awal 2022.

Kenyataan penuh saya, 

"Saya, Mohd Shukri Bin Mohd Ramli, dengan ini ingin membuat permohonan  maaf secara terbuka kepada Kerajaan Negeri Pahang atas khilaf saya dalam menyebabkan penerbitan bertarikh 27.12.2021 melalui akaun ‘Facebook’ 
peribadi saya yang dikenali sebagai ‘Cmk Shukrie Ramly

"Saya telah menyedari bahawa Penerbitan tersebut disifatkan sebagai mengaibkan dan menghina Kerajaan Negeri Pahang sehingga menerima pelbagai kritikan sinis dan hentaman daripada masyarakat umum di Pahang dan di seluruh Malaysia. 

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak sama sekali berniat untuk memburukkan nama baik serta reputasi tersohor Kerajaan Negeri Pahang, apatah lagi mempengaruhi masyarakat umum di Pahang dan di seluruh 
Malaysia untuk berbuat sedemikian. 

"Saya sedar bahawa perbuatan saya dalam menyebabkan Penerbitan tersebut adalah silap dan tidak sepatutnya berlaku. Sehubungan dengan itu, saya telah memadam Penerbitan tersebut 
daripada akaun Facebook saya dengan kadar yang segera. 

"Saya juga amat kesal kerana tindakan saya dalam menerbitkan Penerbitan tersebut telah menyebabkan keaiban yang berpanjangan kepada Kerajaan 
Negeri Pahang sehingga mencemarkan nama baik Kerajaan Negeri Pahang. 

"Adalah menjadi harapan saya agar dengan permohonan maaf terbuka saya ini, masyarakat umum akan berhenti daripada terus-menerus mengecam, mengkritik, dan mengeluarkan kata-kata yang negative terhadap kerajaan Negeri Pahang. 

"Secara peribadi, saya percaya bahawa Kerajaan Negeri 
Pahang merupakan sebuah kerajaan negeri yang tidak dapat disangkal 
prestasi baiknya selama ini yang terbukti dengan reputasinya yang tersohor. 

"Dengan ini, saya sekali lagi memohon maaf atas kekhilafan saya dan saya akan memastikan perkara sebegini tidak akan berulang pada masa hadapan. Sekian terimakasih. 

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang atas keterbukaan menerima permohonan maaf saya ini. Besar harapan saya agar rakan-rakan aktivis lain juga akan berbuat demikian selepas ini. 

Insya Allah pada 18 Ogos 2023, ini saya akan ke Mahkamah Tinggi Temerloh untuk penyelesaian rasmi kes ini. 

Moga apa yang berlaku terhadap saya akan dijadikan tauladan oleh semua pihak agar  berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang diperolehi secara 'hear say' daripada mana-mana pihak. 

Ingatlah, ada kalah kita perlu buang sikap ego dan merendah diri dalam semua hal. Moga segala urusan saya dipermudahkan selepas ini. ~ CMK



Read more »

Isu Ceroboh Tanah, Sila Dakwa Juga Dalang Yang Jadi Pengkhianat Makan Hasil Haram Itu Selama Ini !

Susulan kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail di Karnval Tanah di Raub baru-baru ini, yang menyatakan Kerajaan Negeri Pahang tidak akan memberi kompaun sebaliknya akan terus menghadapkan penceroboh tanah haram ke muka pengadilan,

Beliau juga meminta Penasihat Undang-Undang Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai -pegawai daerah supaya sekiranya ada berlaku penangkapan, dia tidak benarkan kompaun lagi. 

Ini kerana dia mendapati kompaun ini tidak menakutkan mereka dan seolah-olah Kerajaan Negeri tidak serius. 

Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri akan memerangi habis-habisan pencerobohan tanah haram ini dengan meminimakan atau mensifarkan penerokaan tanah haram dan perlombongan haram serta apa jua aktiviti yang berkaitan dengan aset Kerajaan Negeri.

Kata beliau, aset hak milik Kerajaan Negeri adalah tidak dibenarkan sama sekali diteroka secara haram berikutan ia akan merugikan Kerajaan Negeri.

Dalang Terlibat Juga Perlu Di Dakwa

Justeru, sebagai aktivis saya menggesa kerakaan turut menjejaki, menangkap dan mendakwa dalang yang selama ini jadi pengkhianat dan makan hasil atas isu pencerobohan haram di negeri ini.

Bukan hanya bertindak terhadap penceroboh itu semata-mata, sebab pencerobohan tidak akan berlaku jika tiada maklumat yang disalurkan oleh 'orang dalam' terutama mereka yang bekerja di jabatan yang berkaitan.

Perkara ini sudah lama dan mereka yang terlibat sudah kaya raya terima imbuhan bulanan daripada para penceroboh haram. Inilah punca yang perlu dikenalpasti dan diambil tindakan sebenarnya. Sampai bila harus dibiarkan dalang ini ambil kesempatan dan hidup senang lenang.

Bukan seorang dua yang terlibat, malah ia sudah jadi 'kartel tanah' dari atas sampai ke bawah main peranan. Sebab itilah penceroboh tidak takut dan dengan berani melakukannya.

Banyak info dan maklumat yang saya terima dan benda ini sudah berlaku sejak sekian lama sebenarnya.

Jika tangkap dan dakwa penceroboh sahaja, isu tidak akan selesai kerana dalang akan tetap beroperasi dengan pihak lain pula selepas itu.

Pembersihan ini perlu dilakukan dari dalam, bukan sekadar melihat lokasi yang diceroboh semata-mata.

Siasat sama siapa yang bagi pelan tanah dan tutup mata atas aktiviti pencerobohan tersebut. Mana mungkin mereka tidak tahu jika benar amanah terhadap bertanggungjawab?.

Waktu tanah diceroboh dibersihkan dan ditanam pokok sawit, musang king atau sebagainya, bukankah pegawai yang berkenaan sudah boleh menghidu dan mengambil tindakan lebih awal. 

Teknologi zaman ini bukan seperti dulu, sekarang dah canggih. Hairannya semakin moden semakin lemah operasi yang dijalankan. Inilah punca para penceroboh mengambil kesempatan.

Saya sedia memberi kerjasama kepada Kerajaan Pahang untuk turun padang bagi memastikan hasil mahsul negeri tidak mengalir ke kantung penceroboh dan dalang yang terlibat begitu sahaja.

Kerajaan rugi apabila gagal kutip hasil cukai, tapi mereka kaya raya makan hasil jutaan ringgit setiap tahun. Inilah yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan sebenarnya. 

Bukan penceroboh sahaja diambil tindakan mahkamah, malahan juga dalang serta kuncu-kuncu mereka juga harus dibawa ke muka pengadilan.

Apa yang berlaku hari ini, penceroboh sebenar  tanah jarang kita dengan ditangkap dan diambil tindakan, tapi hanya pekerja warga asing yang diupah mereka yang ditahan pihak  berkuasa. 

Mereka yang dibelakang tabir itulah yang wajar dibenteras, bukan hanya pelakon tambahan semata-mata. 

Jika tidak isu mendakwa penceroboh ini tidak akan bertahan lama, kerana tiada sokongan serius daripada pegawai kerajaan dilapangan. Inilah yang menyebabkan ia terus berakar umbi dan berleluasa di negeri ini.

Moga Kerajaan Pahang di bawah pimpinan Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail dapat lakukan yang terbaik untuk membenteras adengan ini hendaknya. Insya Allah saya sedia untuk membantu bagi mempermudahkan segala urusan berkaitan. 

Dalang-dalang yang bersekongkol dengan penceroboh haram inilah yang merosakkan imej Kerajaan Pahang selama ini sebenarnya. Mereka jual diri dengan harga yang murah untuk mencari kekayaan. #CMK

Read more »