SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Banjir Lumpur Ragut Nyawa 'Terbesar', Akibat Daripada Kerakusan Tangan Manusia [ Video ] !

    

Hutan Simpan Kekal diluluskan untuk Ladang Hutan sewenangnya atas nama pembangunan tanaman pokok kelapa sawit, musang king dan  sebagainya. Bila rakyat tegur dan menghalang projek tersebut, maka dituduh pengkhianat sebab cuba tolak pembangunan. Kita dah cakap usah ditarah hutan itu secara rakus kerana ia adalah 'pasak bumi', kelak 'bala' melanda kerana alam ini marah akibat perbuatan dan kerakusan tangan-tangan manusia.

Bila kita bangkit menentang, mereka lawan dan menggunakan berbagai akta untuk menghalang. Siapa yang kaya? Beberapa kerat pemimpin yang luluskan projek, proksi yang guna mana, kroni-kroni yang buat kerja dan tutup mata, pekak telinga !

Mereka makan hasil jutaan ringgit, tanpa mahu memperdulikan tangisan serta  rintihan rakyat!. Selamatkan alam sekitar, selamatkan hutan kita.

Bila sudah gondol sana sini, bukit bukau serta gunung ganang mereka kaburi pula mata kita dengan menanam pokok-pokok lain bagi tujuan menghijaukan kembali alam sekitar yang telah ditarah. Mereka bawa media ambil gambar dan tunjukkan kepada dunia, konon mereka prihatin alam sekitar dan tersangat sayangkan hutan.

Konon mereka bertanggungjawab terhadap hutan untuk dinikmati generasi akan datang. Ladang Hutan yang dijenamakan, supaya kita percaya usaha mereka. Bagi yang berlesen itu mereka yang luluskan. Namun, lebih banyak lagi kawasan haram yang mereka biarkan hingga habis beratus ekar ditarahnya dengan rakus.

Bila tinggal beberapa ekar lagi barulah mereka panggil media dan buat kenyataan berlakunya pencerobohan hutan. Walhal sebelum ceroboh sudah ada unsur-unsur kautim belakang dengan pihak yang berkenaan. Rakyat telah ditipu hidup-hidup oleh mereka yang kaut untung di atas penderitaan.

Kita sudah maklum, bala Allah datang semua akan kena. Mereka tak percaya. Bila berlaku banjir lumpur, mereka cepat-cepat nafikan ada berlaku pembalakan di hulu sungai. Mereka tutup rapat-rapat adengan ini, hanya Allah SWT sahaja yang lebih mengetahui. Duit kautim itu digunakan untuk tabur dan bagi dedak kepada rakyat setiap kali pilihan raya. Malah digunakan juga untuk membeli undi setiap kali ada pemilihan parti. Inilah hakikat yang berlaku sejak sekian lama sebenarnya. 

Bila berlaku 'banjir lumpur' mereka tetap menafikan pembalakan jadi puncanya. Anehnya, pada kali ini, tiada lagi banjir lumpur dilokasi sama kerana pokok-pokok ladang hutan yang ditanam sudah mula membesar dan telah selamatkan hakisan akibat air hujan yang mencurah-curah ke bumi. Maka ada kawasan yang dulu banjir lumpur kini sudah tidak berlaku lagi. 

Namun, bila berlaku kejadian ada mangsa maut dan hilang dibawa arus berlumpur seperti hari ini, maka apa lagi yang mahu diperkatakan. Malah jelas, ada sisa-sisa kayu balak yang hanyut dari kawasan yang sudah ditarah oleh mereka selama ini. Mereka rela melihat nyawa rakyat yang tidak berdosa melayang demi kemewahan kantung masing-masing dengan wang. Mereka laungkan hidup rakyat atas pentas politik, namun hakikatnya adalah retorik belaka.

Justeru, saya nak nasihatkan kerajaan agar sudah-sudahlah berlakon depan rakyat dengan aktiviti pembalakan ini. Seluruh negeri ditarah sesuka hati, dan diluluskan kawasan kepada proksi dan kroni untuk menyokong politik mereka. Sedangkan akhirnya rakyat yang jadi mangsa. Adakah mereka mahu bertanggung jawab atas kemusnahan alam ini. Sedarlah banjir besar yang melanda kali ini adalah bukti jelas kemurkaan Allah terhadap tangan-tangan manusia yang rakus membina kekayaan dan kemewahan hidup mereka sebenarnya.

Justeru jadikanlah apa yang berlaku ini sebagai tauladan. Hikmah disebalik banjir besar yang melanda, usah kamu rosakkan alam ini dengan kuasa yang ada. Usah kamu jadikan alam ini tempat kamu merampok segala hasil dan khazanah sesuka hati tanpa memperdulikan akibatnya kemudian.

Kamu luluskan lesen pembalakan di kawasan yang berisiko berlaku bencana alam hingga meragut nyawa manusia seperti yang terjadi di Bentong sekarang. Rakyat bangkit menghalang sejak sekian lama kamu diamkan. Kamu suka melihat rakyat memberontak, sedangkan dengan kuasa yang ada kamu guna jentera untuk mengjalang dan menakut-nakutkan mereka. Kini Allah buka segala kebenarannya.

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/12/mayat-empat-mangsa-dihanyutkan-arus-deras-di-jambatan-telemong-ditemukan/

Kembalilah ke pangkal jalan, ingatlah mangsa yang tak berdosa telah maut akibat kerakusan tangan-tangan manusia ini pasti akan bersuara dan mendoakan kehancuran kuasa kamu suatu hari nanti. Dunia ini seumpama roda, hari ini kamu di atas, esok lusa kamu akan berada di bawah. Mati adalah pasti, usahlah lagi terus memperjudikan nyawa rakyat dengan luluskan lesen, permit pembalakan (tidak termasuk yang haram) di kawasan yang tidak sepatutnya.

Perkataan 'kepala air' digunakan untuk menukar bahasa 'banjir lumpur' agar lembut sikit. Walhal, hujan yang turun dengan lebar dari atas bukit, air yang mencurah sudah tidak ada penahan lagi selepas hutan-hutan kamu tarah dan gondolkan. Sebab itulah air turun dengan deras umpama 'tsunami membadai' pada ketika kejadian. 

Cukup-cukuplah dengan apa yang berlaku sejak sekian lama. Enam kematian di Telemong dan tiga lagi hilang di Janda Baik sudah membuktikan segala-galanya. Merek dapat hasil, rakyat hilang nyawa. 

 'Selamatkan Alam Sekitar' kita.

Suara Rakyat Marhaen,

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

[ Blogger Cucumatkilau ]


http://cucumatkilau.blogspot.com

https://youtube.com/c/CMKTVCHANNEL

0 Komen Artikel Ini: