SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Gara-Gara Ada Petugas PPS Tidak Jujur Dan Amanah, Banyak NGO Lebih Selesa Agih Barang Sendiri Terus Kepada Mangsa Banjir !

 

Isu ini dah lama berlaku dan mereka yang buat keje, tak pernah serik malah makin semangat bila musim banjir tiba. Maklumlah ada banyak barangan serta sumbangan wang ringgit yang disalurkan oleh kerajaan serta pihak2 tertentu.

Saya dah banyak kali tegur, namun isu ini tidak selesai selagi petugas di Pusat Pemindahan Banjir (PPS) itu diberi kepada pemimpin politik setempat termasuk JKKK, KRT, SRS dan lain2.

Bukan kita nak salahlah keseluruhan mereka, tapi ada jenis yang tak reti bahasa. Panjang  tangan dan suka 'kelepet', 'sepelet', 'rembat', 'seludup' barangan banjir agih kepada kroni, proksi dan geng-geng mereka. Bila mangsa2 banjir minta barangan, mereka kata dah tak ada, tapi bila puak-puak mereka minta maka elok jer ada djberikan tanpa rasa bersalah.

Jangankan  barangan makanan, malah turut termasuk barangan keperluan lain seperti cadar, selimut, lampin, tilam, bantal dan lain2.

Lebih parah lagi, bila ada sumbangan barangan elektrik dan perkakas rumah seperti TV, peti ais, dapur gas, periuk letrik dan sebagainya. Terkadang, individu yang tidak terlibat banjir atau air naik paras buku lali kat longkang di hadapan rumah pun dapat.

Tapi, mangsa yang rumah mereka air naik separuh tiang tak pula dapat. Ini kerana yang dapat itu adalah kroni mereka. Sebab itu layak dapat walau pun tiada hak. Ini kerana hubungan mereka dengan pihak petugas PPS amat rapat. Mudah nak subahat!

Ada pula kes, sorok beras bawak balik rumah. Boleh makan enam bulan tak payah beli beras dah.  Ada juga kes yang sorok dalam stor dan tunggu banjir surut, tiada lagi mangsa di PPS. Lepas tu mereka 'letgo' kat kedai runcit atau pasaraya yang  berminat, jual borong untuk dapatkan wang tunai.

Inilah senario yang telah terjadi sejak sekian lamanya. Kerajaan tak sedar semua ini sebab petugas PPS biasanya adalah penyokong kuat calon pilihanraya pihak kerajaan. Maka lebih elok tutup mata daripada bising kemudian petugas PPS 'u-turn' undi. Lagi bahaya. Maka diam dan biarka saja, yang jadi mangsa ialah rakyat yang tak berdosa.

Sebab itulah saya pernah cadangkan kepada kerajaan agar petugas banjir di PPS ini dipilih kalangan mereka yang bebas dan berkecuali. Tidak berpihak dan bias dalam agihan. Paling layak ialah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  dan pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN). Panggil mereka bertugas. 

Ini masa gunakan segala ilmu yang mereka pelajari selama tiga bulan di kem-kem latihan seluruh negara. Sia-sia duit kerajaan habis berbillion ringgit, tapi mereka tidak dapat menyumbang khidmat masyarakat untuk negara, iaitu sebagai sukarelawan banjir.

Jika tidak, selagi itulah petugas PPS akan 'main politik' agih barangan banjir. Penyokong dan pengundi mereka akan dilayan terbaik, tapi bagi yang tidak menyokong akan dilayan acuh tak acuh sahaja. Malah lebih sakit akan tanya 'dulu undi siapa, dah daftar mengundi ker' dan macam-macam lagi perkataan yang ditanya.

Mereka langsung tidak mahu fikir, banjir itu adalah musibah. Semua rakyat tanpa bezakan fahaman politik terlibat. Maka, tak perlu ada unsur-unsur politik dibawa dalam agihan bantuan banjir. Sikap 'pilih kasih', 'pilih bulu' dan 'double standard' yang diamalkan selama ini perlulah dibuang jauh-jauh ketika bencana alam seperti ini melanda. Berubahlah demi kehidupan yang lebih aman dan selesa.

Bila mangsa banjir 'komplen' di media sosial, maka mereka marah 'tak habis-habis komplen',  ini tak betul, itu tak betul. Tak bersyukur apa yang ada. Kena ke rakyat yang jadi mangsa banjir. Tapi kena atas batang hidung mereka, seleweng barangan banjir pun dibolehkan.

Maka itulah saya tidak hairan, banyak NGO dan individu lebih selesa saluran bantuan terus kepada mangsa banjir yang terlibat. Itu lebih afdhal daripada beri kat PPS kemudian tidak diagihkan dengan betul. Saya hanya menegur secara umum. 'Siapa yang  makan cili dia rasa pedasnya'. Tak nak pedas, jangan buat lagi.

Justeru, untuk banjir kali ini edisi Terjah PPS akan digerakkan. Mangsa banjir yang tidak berpuas hati dengan layanan 'double standard' di PPS boleh salur maklumat kepada saya di www.wasap.my/60123854400/TerjahBanjir.

Insya Allah untuk kali ini, kita akan UP mana2 petugas dan nama PPS dengan gambar atau video-video sekali jika ada bukti berlaku isu2 peyelewengan dan sikap tak betul itu tadi. Usah jadikan banjir tempat kami mahu ambil. kesempatan pula.

Bertugaslah dengan jujur kerana amanah yg telah dipertanggungjawab dan kerana Allah SWT. Ingat, Allah melihat apa yang kamu kerjakan. Mangsa-mangsa banjir boleh ambil gambar dan rakam video siapa saja petugas yang berkenaan.

Kami terpaksa bertindak untuk membela nasib rakyat. Hak-hak mangsa banjir usah dinafikan kerana mereka adalah manusia atau haiwan yang perlu dilayan sedemikian rupa. Ubahlah.


Suara Rakyat Marhaen,

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

(Blogger Cucumatkilau)


https://cucumatkilau.blogspot.com

https://angkaraterjah.blogspot.com

https://youtube.com/c/CMKTVCHANNEL

0 Komen Artikel Ini: