SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Jika Benar Kerajaan Prihatin Nasib Rakyat, Hentikan Projek 'Ladang Hutan' Di Kawasan Berisiko Seluruh Negeri Pahang !!


Nampak teguran ini dianggap gurauan dan di pandang sebelah mata oleh mereka. Tapi bila melihat begitu banyak kematian  berlaku, maka sudah tiba masanya kerajaan bertindak demi keselamatan serta nyawa rakyat yang tidak berdosa. Apakah harga kematian itu dianggap mudah, dalam masa yang sama kerajaan rasa prihatin dan sedih melihat nasib mangsa?

Terlalu banyak lesen pembalakan diluluskan di dalam kawasa  Hutan Simpak Kekal (HSK) di Pahang. Benar, niat mahu bangunkan Ladang Hutan dikawasan terbabit, namun ia berisiko apabila menjejaskan alam sekitar dan tadahan hujan. Hasilnya, bukit bukau dan gunung ganang yang sudah ditarah, dijarah, digondol secara besar-besaran itu sudah ditidak selamat untuk menampung kuantiti air hujan yang banyak terutamamya pada musim tengkukuh.

Ia bukan sahaja merosakkan alam sekitar, malah telah menyebabkan berlakunya banjir lumpur yang boleh mengorbankan nyawa manusia. Kini ia sudah berlaku di Pahang. Sudah tidak perlu dinafikan lagi, terbukti banjir lumpur yang melanda akibat kawasan tadahan hujan sudah tidak berfungsi lagi.


Akibatnya bila hujan lebat, air turun dengan dasyatnya dari atas bukit dan menghancurkan segala apa yang ada dibawahnya. Inilah hakikat yang terjadi baru-baru ini. Usah lagi bermain dengan sindrom penafian untuk menutup kebobrokan yang berlaku sejak sekian lama.

Pihak yang untung hanya beberapa kerat manusia yang ketagih kekayaan dengan projek ini. Akhirnya ladang hutan yang sepatutnya di tanam pokok hutan bertukar jadi ladang kelapa sawit dan musang king untuk tujuan komersial.

Kontraktor biasanya proksi orang-orang politik. Orang politik dapat tempias hasil kelulusan projek tersebut di kawasan masing-masing. Duit itulah digunakan untuk tabur kepada rakyat setiap kali mereka balik kawasan.

Proksi dan kroni kaya raya membina rumah mewah, kerata mewah, harta wang berjuta. Mereka membina mahligai di bandar besar. Sekali sekala mereka ikut pemimpin politik balik kawasan. Mereka tabur wang dan yang pasti pemimpin akan urus lagi kawasan baru untuk dikerjakan. Tokey Sawmill kaya raya dan sudah pasti amat rapat dengan pemimpin itu. Terkadang belum masuk kawasan, pemimpin sudah dapat habuan. Asalkan ada kawasan.

Mereka semua tidur ditilam empuk tatkala rakyat menerita dibadai banjir lumpur yang melanda. Mereka hanya saksikan nasib rakyat menerusi media sosial kemudian keluar kenyataan bersimpati atas apa yang terjadi.

Walhal, tangan-tangan mereka yang luluskan kawasan pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK). Mereka persetankan suara rakyat yang menentang. Orang asal, penduduk kampung. Siapa yang melawan akan dibuat tindakan. Mereka gunakan pihak berkuasa untuk halang rakyat yang bersuara dan bangkit menentang.

Apa yang penting, projek jalan baru wang besar masyuk. Macam-macam alasan digunakan untuk halalkan cara. Kadang, hutan ditarah tanpa halangan walau pun hingga ke tebing sungai. Pemantauan hanya gunakan teropong gelap waktu malam, siang hari mereka tidur dibuai mimpi indah. Sebaliknya rakyat terpaksa tidur dengan mimpi ngeri, takut banjir lumpur melanda dan memusnahkan harta benda mereka. Kini apa yang tersirat sudah tersirat.

Banyak nyawa terkorban dek kerana keenganan mendengar suara rakyat, kerakusan mahu membina empayar kekayaan. Cuba lihat pemimpin yang dapat projek jadi kontraktor pembalakan ini.. Hidup mereka bertukar mewah sekelip mata. Adakah mereka mahu mendengar rintihan dan tangisan rakyat yang ditimpa bencana. Mereka ikut pemimpin hulur bantuan sekadar apa yang ada.

Namun, dalam masa yang sama mereka bisik ke telinga pemimpin "Datuk, jangan lupa lobi kawasan saya 500 hektar. Bahagian Datuk tokey sudah ekjas, janji lulus saja wang besar tokey kasi sama Datuk". Mungkin ada banyak lagi permohonan baharu yang masih menanti kelulusan sekarang ini.

Mereka tunggu banjir reda, untuk misi seterusnya. "Haiya, lu jangan risau... banjir satu kali... kita makan berkali-kali... diam-diam dulu.. nanti kita boleh kautim ma.. talak kawasan macam mana I mau kasi u wang.. kasi U menang?.. Pandai makan pandai simpan ma".

Maka saya menyeru jika kerajaan telus mahu jaga alam sekitar dan prihatin nasib rakyat, sila batalkan kelulusan baharu (jika ada). Kawasan lama sila pantau lontraktor yang berkenaan. Apa guna kemudahan helikopter, jika lesen dan lulus tapi tidak dipantau dengan profesional.

Jangan hanya tau nak dapat untung di dunia sahaja kerana Allah melihat apa yang kamu kerjakan. Kematian rakyat harus dibalas dengan jujur, batalkan lesen pembalakan projek ladang hutan. Selamatkan nyawa rakyat dan selamatkan hutan kita deme masa depan.


#CaknaDemiRakyat

#SuaraRakyatMarhaen

#suararakyatsuarakeramat


Suara Rakyat Marhaen,

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

[ Blogger Cucumatkilau ]


https://cucumatkilau.blogspot.com

https://angaraterjah.blogspot.com

https://youtube.com/c/CMKTVCHANNEL

0 Komen Artikel Ini: