SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Banjir Lumpur, Sisa Kayu Balak Hanyut Di Sungai Semantan: Buktikan Ada Kawasan Tadahan Hujan Yang Sudah Di Musnahkan !!


Selepas dua hari melihat kesan banjir di sektar  kawasn Temerloh, Mentakab, Lanchang, Karak dan Bentong maka saya mengesahkan banjir lumpur yang berlaku memang akibat kerakusan tangan-tangan manusia itu sendiri sebenarnya.

Rakus untuk mengumpul dana, duit, harta dan kekayaan maka akhirnya menggunakan kuasa politik untuk nemohon, melobi dan meluluskan kwasan Hutan Simpan Kekal (HSK) atas nama projek ladang hutan. Walhal beribu-ribu ekar kawasan hutan ditebang, digondolkan untuk tanaman kelapa sawit dan musang king.

Siapa yang dapat? Kontraktor sebagai proksi orang politik dan tokey2 sebagai pemaju dan pemberi dana. Mewah orang politik hasil duit kelulusan kawasan terbabit. Mereka langsung tidak mahu ambil kira, hutan yang ditarah itu adalah kawasan tadahan hujan. Apa yang lebih penting ialah duit. Wang adalah segalanya !!

Selama ini mereka seronok mengumpul harta cara ini kerana kes banjir lumpur tidak libatkan kematian. Namun kali ini berbeza, ramai yang maut akibat rempuhan air deras bersama kayu balak yang turun dari atas bukit.

Orang awam yang tidak berdosa jadi mangsa, mereka dapat hasil dan kemewahan tapi rakyat dapat derita dan kemusnahan. Bila tiba pilihan raya, rakyat akan undi mereka lagi sebab duit hasil balak yang ada digunakan untuk beli undi dan tabur dedak kepada rakyat marhaen.

Bila dah menang, siapa yang mereka jaga dan pelihara? Siapa lagi kalau bukan tokey2 balak, tokey sawit, tokey musang king dan tokey2 lombong. Kerana disitu adalah lubuk duit mereka. Kautim sponsor ketika pemilihan parti dan pilihanraya, dah menang mereka akan urus kawasan balak, lombong, tanah dan sebagainya.

Begitulah setiap tahun. Rakyat digula-gulakan dengan 'dedak'  dan janji bagi tanah setiap kali musim pilihanraya. Lepas habis pilihanraya, 'habuk pun tak ada'. Siapa yang dapat? Proksi dan kroni mereka sahaja. Habis tanah difaraid sesama keluarga dan sudara mara dengan di sokong oleh pemimpin politik setempat.

Banjir yang berlaku ini menyedarkan rakyat, apa guna 'dedak' RM500 - RM1,000 setiap kali pilihanraya. Kini segala harta benda mereka. musnah akibat banjir lumpur bercampur balak yang berlaku baru-baru ini.

Mereka kehilangan harta benda mencecah puluhan, malah ratusan ribu ringgit. Sudah tidak berguna lagi segala dedak pilihan raya yang diberikan untuk undi.

Kini rakyat harus sedar bahawa nasib mereka telah diperjudikan oleh pemimpin untuk kaut segala hasil mahsul terutamanya kayu balak. Rakyat hanya dapat sisa-sisa balak yang menghancurkan harta benda mereka.

Apakah ini berbaloi untuk terus mengundi mereka pada pilihan raya umum akan datang? Ubahlah demi masa depan yang lebih terbela.

Banjir yang berlaku adalah dari air bukit yang turun bersama lumpur dan sisa kayu balak dari atas bukit di Bentong dan Temerloh. Tidak dapat disangkal lagi, kerana bukti air bukit mengalir ke Sungai Pahang melalui Sungai Semantan.

Sebab itulah banjir besar berlaku di sepanjang laluan sungai terbabit ke Sungai Pahang. Saksi mendakwa air Sungai Semantan tinggi lebih dua kaki datang dari arah bukit le Singai Pahang, jauh lebih tinggi dari biasa.

Sedangkan air Sungai Pahang masih tenang dan tidak mengganas seperti biasa. Sebab itu banjir tidak kritikal di hulu Sungai Pahang terutamanya di Lipis dan Jerantut. Banjir yang berlaku memang bukan dari air Sungai Pahang.  Itulah bakikat yang berlaku sebenarnya.

Air bukit yang mencurah-curah itulah yang menghentam chalet, resort, kenderaan yang melalui kawasan sekitarnya. Sebab itulah lokasi seperti Janda Baik, Karak, Bentong, Lanchang, Mentakab dan Temerloh serius.

Ini kerana pertembungan aliran air bukit masuk ke Sungai Semantan, mengalir pula ke Sungai Benus (Bentong) dan juga ke Sungai Pahang.

Maknanya, punca banjir lumpur dan balak yang hanyut itu jelas akibat pencerobohan tanah Hutan Simpan Kekal (HSK) berskala besar yang telah dimusnahkan. Bukan ratus ekar tetapi ribu-ribu ekar. Inilah punca. jelas dan nyata senario banjir yang berlaku baru-baru ini sebenarnya.

Sebab itulah pihak berkuasa tidak berani keluarkan kenyataan sehingga ke hari ini untuk menafikannya. Kerana mereka tahu salah kerana meluluskan kawasan pembalakan di kawasan berisiko, tanpa memikirkan impaknya kepada rakyat marhaen seperti apa yang terjadi baru-baru ini.

Maka itu rakyat yang bijak, fikir-fikirkanlah. Apakah anda mahu biarkan hidup anda dibelenggu dengan keresahan. Buatlah penilaian dengan bijaksana. Saya hanya suarakan pandangan yang ikhlas dari hati nurani untuk melihat perubahan.

0 Komen Artikel Ini: