BLOG INI SEDANG DIKEMASKINI | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE SINI | SOKONGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI | SILA DATANG LAGI
@ybterjah2

Cucu Berceramah Di Markas PAS Kg.Kuala Sentul Bersama Ustaz Idris Ahmad (PAS) Pada 26 Jun Ini

Berita baik buat rakan-rakan dan sahabat seperjuangan yang berada di sekitar daerah Maran terutamanya Jengka Pahang. Cucu mendapat jemputan khas untuk mengadakan ceramah isu-isu semasa di Markas PAS, Kg.Kuala Sentul pada 26 Jun ini. Khabarnya, Cucu akan digandingkan dengan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Sebenarnya, Kuala Sentul bukanlah asing bagi Cucu, tambahan pula kebanyakkan penduduk di sana adalah merupakan salur galur daripada keturunan Mat Kilau di Pulau Tawar Jerantut. Ketika kecil, Cucu sering ke kampung itu untuk mandi di Air Terjun Lubuk Ujid akibat sering ketiadaan air di kampung Cucu dekat Jengka 7. Ayahanda Cucu, Jamaluddin Md Yunus amat dikenali oleh orang di sana. Malah, kami juga mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beberapa orang penduduk di sana termasuk Tok Empat Ali (orang kuat UMNO di kampung itu dulu). Cucu juga sering ke Kuala Sentul ketika bersekolah di Sek. Men Jengka 2 sekitar tahun 1987 dan 1988 dulu. Ramai rakan-rakan satu asrama dengan Cucu menetap disitu antaranya Farix Abd Hadi, Najihah, Rosmawati, Zakaria dan ramai lagi. Pendek kata kampung tersebut memang tidak asing bagi Cucu. Tambah menyeronokkan pula, Cucu juga mempunyai seorang sahabat yang kini menjadi orang kuat UMNO di Maran iaitu Kamali Fauzi. Beliau kini merupakan Timbalan Pengarah Biro Tata Negara Pahang dan merupakan penduduk asal disitu. Cucu rapat dengan beliau ketika sama-sama mengajar di Sek Men Jengka 6 sekitar tahun 1994 hingga 1995 dulu. Oleh itu, Cucu menyeru semua rakan yang mengenali Cucu baik dari Jengka 7, Jengka 6, Jengka 5, Jengka 4, Jengka 2, Jengka 3, Hulu Jempul dan Bandar Pusat Jengka untuk hadir beramai-ramai pada malam itu nanti. Cucu berjanji akan membuat banyak pendedahan menarik untuk makluman semua. Kesedaran itu adalah lebih penting dari segalanya. Salam perjuangan buat semua sahabat. Nantikan kunjungan Cucu !!

Read more »

Satu Analisis: Kemenangan DAP Di Parlimen Sibu, Petanda Awal Penolakan Rakyat Terhadap UMNO BN Dalam Pilihanraya Umum Ke-13 Akan Datang !



Sumber: Pahang Daily Online

Rakyat Malaysia seluruh negara berasa amat berpuas hati dan gembira apabila melihat Barisan Nasional (SUPP) tumbang di Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu semalam. Satu keputusan "up-set" yang dianggap memberi petanda awal zaman kejatuhan BN di Sarawak sudah mula muncul. Harus diingat Sarawak dan Sabah adalah "talian hayat BN" dalam Pilihanraya Umum yang lalu. Jika mereka tewas majoriti kerusi parlimen di sana maka lembaran baru politik negara sudah bermula selepas 8 Mac 2008 lalu. Namun, segala perancangan untuk memastikan kemenangan BN sudah diatur sejak awal-awal lagi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Mereka menambah begitu banyak kerusi parlimen di kedua-dua negeri itu, sebagai persediaan untuk memastikan BN terus berkuasa biarpun sudah ditolak oleh majoriti rakyat di negara ini. Bagai sudah dijanjikan, keegoaan dan kesombongan pemimpin UMNO BN mendabik dada kononnya mereka adalah "juara rakyat" kini "memakan diri sendiri". Laungan keramat, "rakyat didahulukan" langsung tidak terkesan dihati pengundi Sibu. Malah, mereka cukup benci dan meluat dengan "ugutan kerajaan BN" supaya mengundi calon BN jika mahu segala projek dan wang yang dijanjikan "turun kepada rakyat". Malah, berbagai projek "mee segera" yang senantiasa dicanang-canangkan oleh mereka akhirnya menjadi "bukti" betapa rakyat sudah tidak rela diperbodohkan oleh pemimpin UMNO BN yang sememangnya sudah "tidak keruan" itu. Berbilion projek pembangunan dijanjikan jika BN menang, malah media arus perdana juga begitu bangga memaparkan wajah-wajah pemimpin UMNO BN melawat ke penempatan rakyat yang begitu daif dan memilukan hati kita, walhal mereka tidak terfikir bahawa paparan itu menyebabkan majoriti rakyat di Sibu melihat itulah "kegagalan BN" sejak dulu, kini dan selamanya. Mereka hanya dilayan dan "ditatang bagai minyak yang penuh" tatkala ada pilihanraya kecil sahaja. Sebaliknya, mereka akan dipinggirkan selepas semua itu berakhir. Malah, di Sarawak banyak lagi kawasan parlimen yang masih mundur dan perlukan pembelaan. Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa sememangnya kerajaan BN pusat gagal membawa pembangunan kepada rakyat Sarawak Bumi Kenyalang sebenarnya. Maka itulah mereka akhirnya ditolak di parlimen Sibu.

Strategi SPR Tidak Menjadi Buatkan BN Tewas


Pemimpin dan penyokong UMNO BN perlu menyalahkan diri mereka sendiri kali ini. Janji-janji manis dan ugutan pembangunan sudah tidak relevan lagi untuk politik alaf baru. Rakyat didahulukan, tetapi dengan bersyarat "undi BN baru rakyat didahulukan" jelas sekali menyebabkan pengundi Sibu memberontak. Malah, ramai diantara mereka mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu keluar mengundi. Lantaran itulah sasaran SPR untuk melihat 80% pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka akhirnya tidak terlaksana. Inilah yang membingungkan kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yussof (foto) semalam. Beliau amat kecewa dengan senario itu, dan beliau juga gusar akan dimarahi oleh Perdana Menteri, Najib Razak atas kekalahan yang memalukan ini. Biarpun SPR sudah bersedia dengan "undi pos" dan BN berjaya memperolehi majoritinya, namun takdir menentukan segalanya. BN akhirnya ditewaskan dengan majoriti tipis 398 undi sahaja. Inilah yang menyebabka puak-puak BN tidak dapat tidur lena. Mimpi ngeri menghantui mereka kini. Inilah balasan akibat sikap "tidak cakna rakyat" yang ditunjukkan oleh kerajaan BN selama ini. Jika dulu (PRU-12) calon BN Robert Lau Hoi Cew berjaya menang di kerusi parlimen itu dengan majoriti 3,235 undi iaitu satu jumlah yang sukar untuk digugat sebenarnya jika dicongak dengan mata kasar. Namun, akhirnya semua undi itu hilang apabila ramai penyokong BN tidak keluar mengundi dan ini memberi kemenangan buat DAP menerusi calon mereka yang juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dalam parlimen itu sendiri iaitu, YB Wong Ho Leng. Inilah keajaiban dan kehebatan "suara rakyat" sebenarnya. SPR sebagai komponen BN boleh lakukan apa sahaja untuk pastikan BN menang, namun jika suara rakyat itu mengatasi segalanya maka mereka akan tetap kecundang. Buktinya, bila majoriti DAP melebihi angka undi pos yang telah tersedia untuk dicampurkan dengan undi biasa, maka pihak SPR sudah gelabah kerana sudah nampak tanda awal Pakatan Rakyat akan merampas parlimen Sibu. Itulah yang berlaku, biarpun DAP hanya berjaya mendapat 70 undi sahaja dari keseluruhan undi pos yang dibuka. Malah, jika 100% undi pos berpihak kepada BN pun mereka masih kalah sebenarnya. Inilah hakikat dan takdir yang berlaku di pilihanraya kecil Sibu. Apapun, syabas dan tahniah kita ucapakan kepada semua pengundi yang telah bertindak bijak untuk mencaturkan perubahan baru dalam iklim politik di negeri Sarawak.

Rakyat Benci Sikap Taib Mahmud "Uban Putih"


Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan kepimpinan Ketua Menteri Taib Mahmud (foto), selain tidak mahu berundur dan ingin terus menongkat langit memerintah Sarawak sehingga kiamat. Perangai Taib Mahmud ini samalah dengan perangai Samy Vellu terajui MIC sampai mati. Lantaran itu rakyat melihat semakin hari semakin banyak kelemahan dan kecurangan yang berlaku. Malah, keluarga Taib Mahmud dilihat semakin kaya-raya bila mereka mengaut segala kekayaan dan khazanah negeri untuk "tembolok mereka". Rakyat dipedalaman dipinggirkan dan dijadikan alat untuk memastikan beliau terus menang dalam setiap kali pilihanraya berlaku. Taib Mahmud, banyak menyeleweng dan merompak wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan juga kroni beliau sendiri. Rakyat sebenarnya sudah lama muak melihat kerenah dan gelagat Ketua Menteri "uban putih" mereka itu. Tidak ada cara lain untuk menolak kepimpinan Taib Mahmud, melainkan dengan memastikan BN tumbang di Bumi Kenyalang itu. Maka itulah, pengundi Parlimen Sibu menatijahkan kebencian mereka dengan menolak calon BN yang akan bersekongkol dengan pentadbiran Kerajaan UMNO BN peringkat pusat dan negeri. Penolakan secara total dijangka berlaku dalam pilihanraya umum akan datang. Kemenangan di Sibu hanyalah satu amaran keras buat Taib Mahmud supaya melihat dan kembali kepada rakyat. Mujurlah ada pilihanraya kecil Sibu, sekurang-kurangnya seluruh rakyat Sarawak seenatero dunia dapat tahu kebobrokan dan pengabaian yang dilakukan oleh Taib Mahmud terhadap rakyat di kawasan itu. Kita ucapkan terima kasih kepada media arus perdana terutamanya RTM dan TV3 yang memaparkan kepincangan yang berlaku. Semoga semua ini dapat memberi pengajaran kepada rakyat untuk terus menolak BN itu.

Isu Lompat Parti Buatkan Rakyat Menolak BN


Ramai yang tercari-cari kenapakah BN ditolak rakyat di Sibu ini?. Namun, sedarkah kita bahawa rakyat sebenarnya benci dan meluat dengan kerenah media arus perdana yang sering memaparkan isu lompat parti terutamanya menjelang hari pengundian dalam satu-satu pilihanraya. Malah, dua hari sebelum hari pengundi pilihanraya kecil Sibu, tiba-tiba Ahli Parlimen Wangsa Maju dari Parti keadilan Rakyat, Wee Cho Keong (foto) keluar parti dan bertindak menjadi wakil rakyat bebas. Malah, puak-puak UMNO BN terutamanya TPM Muhyiddin Yassin begitu lantang dan sombong menghina PKR dengan mengatakan parti itu "Parti Kian Runtuh" susulan isu lompat parti mutakhir ini. Akhirnya, lompat parti "makan tuan", mereka pula yang menerima tamparan hebat apabila kerusi parlimen Sibu dirampas oleh Pakatan Rakyat. Justeru itu, ini membuktikan kepada kita bahawa rakyat sedikit pun tidak terkesan dengan beberapa orang "pengkianat lompat parti" yang digembar-gemburkan selama ini. Malah, mereka mendabik dada kononnya Parti Keadilan Rakyat akan berkubur selepas 10 orang wakil rakyatnya lompat parti. Kini semuanya sudah terbukti, bahawa 10 lompat parti di Semenanjung Malaysia masih tidak sama nilainya dengan satu parlimen "talian hayat BN" di Sarawak yang dirampas oleh Pakatan Rakyat. Malah sebelum ini, satu parti popular di sana iaitu Sarawak National Party (SNAP) telah bertindak menyertai pakatan itu. Rakyat juga melihat, semua Ahli Parlimen dan ADUN yang lompat parti itu sebenarnya "telah dibeli" dan mendapat habuan lumayan daripada kerajaan UMNO BN sendiri. Biarpun ia dinafikan oleh pemimpin terbabit, namun rakyat lebih mengetahui dan menilai apa yang berlaku. Lantaran itulah mereka tidak mengikut jejak "pengkianat rakyat" terbabit. Maka itu juga kita tidak hairan, setiap kali isu lompat parti diwar-warkan hanya kelihatan pengkianat terbabit sahaja dan bukannya ribuan rakyat yang mengundi mereka. Inilah bukti jelas bahawa rakyat benci dengan isu lompat parti sebenarnya dan pengundi di Sibu merealisasikan kebencian tersebut semalam. Inilah padahnya dan hikmah disebalik "isu lompat parti" yang sering dicanangkan oleh mereka itu.

Jika PKR Parti Kian Runtuh, BN Barisan Nazak


Ketika ditemubual selepas melancarkan Festival Hari Guru Kebangsaan di Kuantan semalam, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin (foto) dengan bangganya memperli dan menghina Parti Keadilan Rakyat. Kononnya, parti itu kini dikenali sebagai "Parti Kian Runtuh" susulan semakin ramai wakil rakyatnya yang "lompat parti". Kenyataan itu dibuat ketika rakyat dan pengundi sedang menunaikan tanggungjawab untuk membuang undi di Parlimen Sibu. Kata-kata menghina Munyiddin itu telah membuatkan pengundi bersimpati kepada PKR dan akhirnya mereka memilih DAP iaitu satu gabungan utuh dalam Pakatan Rakyat. Maknya, kehinaan di balasa dengan kehinaan juga. Inilah padahnya bila bercakap sombong dan bongkak, seolah-olah mereka terlalu kuat untuk dikalahkan. Maka itu, jika Muhyiddin menggelar PKR "Parti Kian Runtuh" maka BN pula kini layak digelar "Barisan Nazak". Maknanya, BN itu sudah menghampiri ke penghujung hayatnya dan akan berkubur bila-bila masa dari sekarang. Buktinya, talian hayat parlimen BN di Sarawak kini berjaya dirampas oleh Pakatan Rakyat. BN tidak boleh bergantung lagi kepada kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak. Ini kerana, gara-gara pilihanraya kecil di Sibu mereka mendedahkan segala kelemahan pentadbiran BN di negeri itu. Terbukti rakyat di situ terpinggir dari arus pembangunan. Sedangkan umum mengetahui Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud kaya raya dan merompak khazanah rakyat sesuka hati. Inilah hakikatnya yang perlu ditelan, jika dia dibairkan terus berkuasa maka sudah pasti Sarawak juga berkemungkinan besar akan tumbang dalam pilihanraya umum akan datang. Tumbangnya Sarawak bermakna akan tumbanglah kerajaan UMNO BN diperingkat pusat. Jika ini berlaku, maka kuasa akan kembali kepada rakyat. Oleh itu, marilah kita terus lakukan perubahan mulai sekarang !!

[Kenyataan yang harus ditelan sekarang ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap profesional dan tidak bersikap "double standard" dalam melaksanakan amanah rakyat. Pilihanraya perlu dilakukan secara adil dan saksama. Politik wang dan rasuah projek "mee segera" perlu diharamkan dalam setiap kali pilihanraya. Jika amalan ini diteruskan oleh puak-puak UMNO BN, maka harapan besar untuk kita melihat pakatan "BN @ Barisan Nazak" kian lumpuh pasti menjadi kenyataan dalam pilihanraya umum akan datang. Ketika itu, apa yang mahu dilakukan oleh SPR agaknya. Bila tanggungjawab melaksanakan pilihanraya yang adil disalah gunakan, maka inilah jadinya. Mahu membuat pengumuman dan diwawancara oleh media pun kita sudah dapat melihat dengan jelas wajah "pucat dan gelabah" Aziz Yusoff. Kenapa ini berlaku agaknya?. Kerana beliau diamanahkan memastikan BN menang di Sibu, tetapi beliau hahal dan menanti saatnya untuk dihembur oleh Perdana Menteri Najib Razak. BN perlu berubah jika mahu terus diterima oleh majoriti rakyat].

Read more »

Kerajaan UMNO BN Tergamak Halang Umat Islam Bangkit Tentang Maksiat Sebaliknya Sanggup Beri Pula Lesen Serta Ruang Program Itu Dianjurkan !!

Sumber: pahangdaily

Dalam keadaan gejala sosial seperti mat rempit, arak, judi, dadah, ragut, buang bayi, seks bebas dan sebagainya yang melambak-lambak mutakhir ini, tiba-tiba kerajaan membenarkan pula Konsert 12hours Pittbull di negara Islam 1Malaysia ini. Apakah motif sebenar kebenaran itu diberikan oleh sebuah kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu yang kononnya beragama Islam itu agaknya. Mereka seolah-olah ingin menyuburkan lagi aktiviti maksiat dan mungkar kepada anak-anak muda yang diketahui sudah rosak akhlak dan akidahnya. Mana pergi menteri agama dan pemimpin Melayu UMNO yang selama ini mendabik dada kononnya mereka rela mati untuk mempertahankan agama dan kedaulatan negara tercinta ini?. Menyepi dan tidak berani berhujjah. Bukankah kita ada Jamil Khir Baharom, Mashitah Ibrahim, Pirdaus Ismail dan ramai lagi yang kononnya bertanggungjawab untuk menegur dan memantau segala tindakan kerajaan yang bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri. Kini, mereka seolah-olah ditutupkan mata dan hati untuk menerima kebenaran. Mereka semua jadi "syaitan bisu" yang gagal melakukan apa-apa bagi mencegah kemungkaran yang berlaku di depan mata. Kami tidak dapat menggambarkan betapa dasyatnya aktiviti maksiat yang akan berlaku bermula jam 7.00 malam ini sehingga 2.00 pagi itu. Apa yang jelas daripada lebih 5,000 pengunjung yang dijangka akan hadir sudah pasti majoritinya adalah anak-anak orang Melayu yang kononnya beragama Islam. Siapa yang akan menanggung segala dosa dan kemungkaran yang diberi lesen ini agaknya?.

Bukankan mereka yang turut sama mengundi kerajaan UMNO Barisan Nasional dalam pilihanraya umum lalu bakal mendapat sahamnya di akhirat kelak. Apakah puak-puak UMNO sedar dengan apa yang berlaku ini agaknya?. Atau mereka terpaksa membisu takut untuk bersuara bagi mengelakkan daripada dituduh cenderong menyokong parti pembangkang dalam isu panas ini. Konsert yang bakal berlangsung di Arena Tertutup Bukit Kiara itu nanti turut akan dibantu oleh pihak polis, DBKL dan anggota Rela. Mereka dikatakan turut serta bagi membantu mengawal keadaan bagi menggelakkan berlaku insiden yang tidak diingini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Malah, konsert tersebut juga mendapat sokongan pihak lain seperti Kompleks Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Plaza Damas dan Plaza Damansara yang akan digunakan sebagai kawasan meletak kenderaan. Manakala itu difahamkan penganjur juga menyediakan beberapa buah bas bagi setiap 15 minit bagi memudahkan orang ramai hadir ke tempat konsert berkenaan berlangsung.


Pelik, umat Islam bantah program maksiat dihalang dan diganggu
oleh pihak polis dalam negara Islam Hadhari seperti 1Malaysia ini

Malah, anehnya pihak polis dengan bangganya menasihatkan orang ramai datang awal dan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Pihak polis didapati begitu prihatin untuk menjaga dan mengawal orang ramai yang hadir ke satu acara mungkar dan maksiat, sebaliknya mereka bertindak zalim menghalang satu perhimpunan aman yang diadakan selepas solat Jumaat bagi membantah kebenaran meluluskan lesen judi bola Piala Dunia dan konsert Pittbull di Masjid Jamek Kampung Bharu selepas solat Jumaat petang semalam. Perhimpunan aman yang dihadiri oleh lebih 500 jemaah itu telah diganggu oleh pihak polis dengan berbagai cara. Sedangkan rakyat membantah program mungkar berlaku di dalam sebuah negara Islam seperti Malaysia ini. Pihak polis pula yang bertindak menghalang mereka membuat protes !! Apa makna semua ini?. Bukankah ia jelas membuktikan bahawa kerajaan UMNO BN sebenarnya sudah "tersesat jauh dari Islam" dan wajar ditarbiyahkan untuk "kembali ke pangkal jalan". Jika inilah keadaannya, kita khuatir Allah akan menurunkan bala ke atas negara ini dan akhirnya kita semua akan menjadi mangsa kedurjanaan itu sebenarnya.

[Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada manusia durjana yang sanggup menghina dan memperlecehkan agama Islam. Mereka hanya melaungkan akan mempertahankan kesucian Islam ketika ada pilihanraya kecil, sebaliknya mendiamkan diri apabila Islam didicemari oleh unsur-unsur maksiat, mungkar dan durjana seperti ini. Malah, kita juga hairan dengan sikap pihak berkuasa yang menyokong program maksiat itu dan menghalang umat Islam memprotes program tersebut. Inilah bukti bahawa kerajaan 1Malaysia bukannya berminat untuk mengamalkan Islam, sebaliknya menjadi Islam itu sebagai perhiasan untuk memancing undi pilihanraya semata-mata. Wajarlah umat Islam di seluruh negara menjatuhkan kerajaan yang zalim ini, jika tidak masa depan generasi muda akan terus punah ranah akibat disogokkan dengan unsur perjudian dan hiburan melampau seperti ini. Apa yang jelas, niat murni mereka ialah supaya akhlak anak-anak muda terpesong dan akhirnya membenci Islam serta menolak keadilan tertegak di muka bumi ini. Akhirnya mereka yang sudah punah akhlak dan keimanan ini akan menyokong UMNO BN biarpun apa yang dilakukan jelas bertentangan dengan syariat Islam itu sendiri].

Read more »

Perbicaraan Kes Liwat II Saiful Bukhari vs Anwar Ibrahim Akhirnya Bersambung Semula Hari Ini !!

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh disambung di Mahkamah Tinggi hari ini dengan peguam beliau menyoal bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari yang merupakan mangsa kes itu. Ketika prosiding bermula pagi ini, peguam bela utama, Karpal Singh, memohon mendapatkan senarai nama saksi daripada pihak pendakwaan tetapi ini tidak dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. Selepas beliau menyoal Mohd Saiful selama 45 minit, Karpal Singh membuat satu lagi permohonan iaitu bagi mendapatkan semua keterangan bertulis daripada polis. Pihak pembelaan sepatutnya menyoal balas Mohd Saiful pada 8 Feb lepas setelah saksi itu memberi keterangan utama pada 5 Feb tetapi perbicaraan tertangguh kerana Anwar mengemukakan permohonan supaya Hakim Mohd Zabidin menarik diri. Anwar kemudian menukar fikiran dan menarik balik permohonannya itu. Mohamad Zabidin menetapkan lima hari bermula hari ini bagi meneruskan perbicaraan. Anwar, 63, yang juga ketua pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat Saiful di sebuah apartmen di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008. Pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara II Mohamed Yusof Zainal Abiden.

Read more »

Awasi Anak Dan Isteri Anda Dari Laman Sembang Sosial Kerana Ia Kini Menjadi Punca Utama Gejala Keruntuhan Institusi Kekeluargaan Mutakhir Ini

Sumber: pahangdaily

Rakyat Pahang dan seluruh Malaysia gempar dengan berita seorang isteri dibelasah sehingga mati oleh suaminya gara-gara cemburu. kejadian yang berlaku di Kg.Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang petang Ahad lalu dipercayai akibat tindakan mangsa Rosmawati Abd Rahman "curang dan bermain kayu tiga". Malah, suaminya bertambah panas hati apabila melihat mangsa asyik berbual-bual menggunakan telefon bimbit dengan lelaki terbabit. Menurut sumber, mangsa dikatakan sudah berhubung dengan lelaki terbabit sebelum kejadian itu lagi, malah suaminya sudah banyak mengumpul bukti kukuh kecurangan isternya termasuk menyimpan segala surat-surat dan dokumen yang berkaitan. Dalam kes ini, siapakah yang harus dipersalahkan?. Memang benar si suami mengambil tindakan nekad dengan memukul dan mencederakan isternya. Namun apakah beliau terfikir apa yang dilakukan itu boleh menyebabkan kehilangan nyawa, sedangkan dia tahu itu adalah isterinya. Mana-mana lelaki yang berada dalam situasi ini sudah pasti akan marah apabila melihat "jantan lain" berhubung dengan isterinya. Kejadian ini berlaku di mana-mana sebenarnya. Cuma banyak yang tidak dihebahkan di dalam media mungkin dek kerana tidak sampai ke peringkat yang lebih buruk. Apakah puncanya?. Bukankah ini menunjukkan bahawa betapa runtuhnya institusi keluarga di negara kita. Isteri berhubung dengan lelaki lain dan suami pula mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?. Mutahkir ini juga umum mengetahui bahawa kecurangan dan keterlanjuran itu banyak berlaku akibat tindakan isteri yang gagal mengawal diri mereka sendiri. Klik Dosa Dosa Pada Facebook

[Hari ini kewujudan begitu banyak laman sembang sosial seperti Facebook, Twitter, Tagged, Myspace, Hi5, eKawan, Friendster dan sebagainya telah menjurus ke arah keruntuhan institusi kekeluarga itu sendiri. Agenda Yahudi begitu jelas telah berjaya menyelinap masuk ke dalam rumah umat Islam hingga ia gagal dibendung sama sekali. Maka akibat rasa kekosongan dan kesunyian, si isteri akhirnya berhubung dengan lelaki lain. Malah, lelaki yang sudah bersuami pun tergamak berhubung dengan isteri orang atas dasar kononnya mengubat kesunyian dan kesepian. Akhirnya masing-masing bertukar nombor telefon dan meleret hingga kepada berbual dan SMS. Inilah yang menyebabkan berlaku keruntuhan yang amat mendadak kepada umat Islam di negara ini bahkan di seluruh dunia. Oleh itu, kita tidak hairan bila berlaku adik angkat abang angkat dikalangan orang yang sudah bergelar suami isteri. Malah lebih dari itu, suami orang berjumpa isteri orang hingga membawa kepada perbuatan zina dan sebagainya. Inilah yang menjadi masalah yang sukar untuk dibendung jika keimanan itu tidak ditanam dalam institusi kekeluargaan itu sendiri. Langkah terbaik ialah kembali kepada Islam, itu sahaja jalan terakhir untuk kita perjuangkan. Selagi UMNO BN terus berkuasa, maka selagi itulah gejala sosial dan segala macam aktiviti maksiatakan terus disuburkan di negara kita ini].

Read more »

Cucu Berjaya Membuat Laporan Polis Berkenaan Pendedahan Laporan Perubatan Dan Mencabar Saiful Bukhari Menyaman Pihak Yang Terbabit !

Tanggal 29 April sekitar jam 3.10 petang, Cucu telah membuat satu laporan polis terhadap pendedahan rekod perubatan mangsa liwat, Saiful Bukhari Azlan di IPD Kuantan. Laporan telah diterima oleh Kopral Md.Zainuddin Bin Hassan (R113177). Dalam laporan tersebut Cucu sekali lagi mahukan satu penyiasatan yang telus dan adil dilakukan terhadap pengedaran laporan perubatan Saiful yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Dalam laporan tersebut Cucu sekali lagi mahukan satu penyiasatan yang adil dan telus dilakukan terhadap pendedahan "rekod perubatan Saiful Bukhari Azlan", kerana ia jelas telah menbuatkan rakyat Malaysia seantero dunia semakin keliru dengan kes liwat yang diperkatakan ini. Malah, bukan satu laporan yang telah diedarkan tetapi dua iaitu satu dari Hospital Pusrawi dan satu lagi dari Hospital Kuala Lumpur. Bagi Cucu, pendedahan laporan ini telah mencemarkan nama baik dan maruah Saiful yang telah mengaku beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kes tersebut kini dalam prosiding mahkamah. Malah, bagi Cucu amat tidak adil untuk pihak polis menerima laporan Saiful pada 28 Jun 2008 yang mengatakan dia diliwat tanpa merujuk kepada laporan perubatan dua hospital terbabit seperti lazimnya dalam seperti ini.


Klik untuk besarkan imej laporan polis berkenaan


Dalam pada itu, Cucu turut mencabar Saiful agar membuat laporan polis dan seterusnya menyaman pihak-pihak yang cuai dan membocorkan laporan ini sehingga menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap kes yangs edang dihadapinya sekarang ini. Bagi Cucu, kiranya Saiful bermaruah dan betul berjuang untuk agama dan bangsa seperti yang dilaporkan maka beliau harus berani menyaman pihak terbabit daripada berbangga cuba untuk menyaman sebuah blog yang dikatakan melaporkan tentang "penyakit misteri" yang dialaminya dulu. Bahkan, pendedahan laporan perubatan oleh dua hospital terbabit akan mengganggu prosding kesnya malah Saiful mengaku telah berjumpa dengan doktor di Pusrawi tetapi menyebut nama doktor lain dan bukannya Dr.Mohamed Osman Abdul Hamid yang mendedahkan laporan perubatan tersebut sebelum ini. Bagi Cucu, perkara sumpah menyumpah yang dilakukan oleh Saiful dan kini menjadi "senjata" untuk puak-puak UMNO mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah bersalah hanya kerana "tidak berani sumpah laknat" itu adalah perkara kedua yang perlu diberi perhatian yang sebenarnya.


Hanya akhbar China Press sahaja yang menyiarkan berita tersebut

Soal pokoknya di sini ialah, kesahihah atau penipuan "laporan perubatan" yang didedahkan oleh pihak terbbait perlulah diberi perhatian serius jika mahu melihat kes ini menjadi logik dek akal fikiran manusia yang waras. Usah kita lupakan tanggungjawab untuk kita memperbetulkan keadaan. Jika benar-benar serius untuk menghakimi kes berkenaan, maka ia perlulah dilakukan secara telus dan adil. Rakyat tidak boleh selamanya ditipu dengan satu keadaan yang amat mengelirukan. Oleh itu rakyat perlu mendesak supaya kesahihan laporan perubatan ini dapat didedahkan dengan segera. Cucu telah dihubungi oleh pegawai polis berpangkat Inspektor dari Balai Polis Dang Wangi yang mengatakan kes ini telah disiasat selepas polis merampas risalah laporan perubatan HKL yang diedarkan pada bulan Mac lalu. Namun, hasil siasatan tidak dimaklumkan kepada umum dan kes ini masih mengelirukan sebenarnya. Oleh itu atas dasar kemanusian dan tanggungjawab maka Cucu akan membuat kenyataan terbuka selepas ini untuk mencabar Saiful Bukhari Azlan menyaman pihak yang mendedahkan laporan perubatannya sekiranya beliau benar-benar bermaruah dan menjadi mangsa kes ini.

Read more »

Laporan Perubatan Pusrawi Dan HKL: Si Saiful Wajar Buat Laporan Polis Dan Menyaman Pihak Yang Menfitnah Beliau Jika Benar Bermaruah !!

Biarpun kes Saiful yang dikatakan diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kini telah ke peringkat berbicaraan di Mahkamah Tinggi. Namun, ternyata ianya masih menimbulkan berbagai persoalan dan tanda tanya dikalangan rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang cintakan keadilan. Perbicaraan yang dijangka masuk ke fasa yang kedua tidak lama lagi, dilihat sebagai satu perbicaraan yang "sudah dapat dijangka keputusannya" oleh rakyat. Rakyat seolah-olah sudah boleh menjadi "Hakim Negara". Ini berikutan dengan rentetan perjalanan kes yang langsung tidak relevan dan penuh dengan kehilafan yang melampau atas kes berkenaan. Bayangkan, seorang tertuduh dihalang untuk mendapatkan salinan serta contoh bahan-bahan bukti, untuk tujuan pembelaan. Satu perkara yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana kes jenayah seperti ini sejak sekian lama. Malah, terbaru tindakan Mahkamah Tinggi Syariah, pula menolak permohonan tertuduh untuk mendapat pembelaan dari sudut Islam. Keadilan yang dituntut dinafikan oleh tokoh-tokoh agama kerajaan yang sepatutnya mempertahankan sistem undang-undang Islam itu sendiri. Akhirnya kini, ternyata nampak jelas pihak tertuduh seolah-olah akan menjadi "orang yang bersalah" tanpa ada asas yang kukuh dan boleh dipertikaikan.

Tindakan Mahkamah Yang Amat Memusykilkan


Perjalanan sistem kehakiman dan perbicaraan juga dilihat tidak menjurus ke arah keadilan bermula daripada perpindahan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi dulu. Bila mana seorang yang disyaki terlibat dengan kes "konspirasi liwat I" Anwar dulu iaitu Peguam Negara, Gani Patail (foto) dilihat menandatangni surat perpindahan kes. Malah, mahkamah meneruskan keputusan perindahan kes biarpun Hakim S.Koomathy dikatakan sedang bercuti atau mungkin juga dicutikan. Maknanya hakim terbabit dihalang mendengar perbicaraan tersebut, sedangkan dalam mana-mana kes jika berlaku hakim atau peguam bercuti serta mempunyai masalah untuk mengikuti perbicaraan maka kes berkenaan akan ditangguhkan. Persoalannya kenapa ia tidak berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ?. Malah, hakim yang menggantikan S.M.Koomathy juga dilihat begitu cepat membuat keputusan tanpa mengambil kira bantahan tertuduh bahawa sijil perpindahan tersebut ditandatangani oleh orang yang terlibat dengan kes pertama beliau dulu. Kenapa ini berlaku secara tergesa-gesa?. Kerana ia mungkin mendapat arahan pihak atasan yang mahu kes dipindahkan segera, jika tidak mereka gusar perbicaraan akan dijalankan secara adil dan saksama yang mana akhirnya menyebabkan tertuduh terbebas. Jika pun keadilan Islam mahu ditegakkan, kenapa kes jenayah syariah seperti ini tidak dibicarakan terus di Mahkamah Syariah. Bahkan, permohonan tertuduh untuk meminta Pendakwa Syarie Mahkamah mendakwa Saiful dibawah undang-undang Qazaf juga begitu lama untuk diproses. Wajarkah ini berlaku terhadap tertuduh yang beragama Islam?. Kenapa kes yang penting dan mendapat perhatian umum seperti ini tidak diberi keutamaan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan?. Apakah mereka lebih takutkan manusia daripada Allah SWT, tuhan pencipta sekalian alam?.

Prosedur Pihak Polis Yang Cukup Meragukan


Dalam prosedur biasa, andainya seseorang individu itu mengaku dirogol atau diliwat oleh sesiapa maka pihak polis akan merujuk terlebih dahulu kepada Laporan Perubatan Hospital yang telah disahkan sebagai bukti kukuh. Pihak polis tidak akan hanya menerima laporan "mulut" mangsa, sebagai asas untuk mereka menangkap atau mendakwa mana-mana suspek yang dipercayai melakukan perbuatan tersebut. Jika suspek dikenali, maka pihak polis terlebih dahulu akan mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku atau tidak. Caranya ialah dengan merujuk kepada laporan doktor yang berkaitan. Maknanya sesudah disahkan memang ada kes jenayah terbabit berlaku, maka barulah operasi menjejaki suspek akan dilakukan. Suspek bukan bermakna tertuduh selagi proses perbicaraa belum dijalankan. Kenapa dalam kes-kes yang lain sebelum ini, kes tersebut ditutup setelah pihak Peguam Negara mendapati tiada asas dan bukti untuk pendakwaan, seperti apa yang berlaku dalam kes penyanyi veteran terkenal Datuk M.Daud Kilau. Beliau yang juga dituduh meliwat seorang remaja, kenapa kes ditutup begitu sahaja?


Inilah bukti laporan artikel akhbarkes yang sama tetapi prosedur yang
cukup berbeza antara M.Daud Kilau dengan Anwar Ibrahim

Dalam kes yang pernah menggemparkan negara ketika itu, Ketua Polis Daerah Sentul sendiri, iaitu Asisten Komisioner Ahmad Sofian Yassin (foto) mengesahkan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menutup siasatan selepas mendapati tiada bukti kukuh untuk meneruskan pendakwaan di mahkamah. "Kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara Kuala Lumpur sejak Mei 2007 termasuk menyerahkan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pengadu untuk pengesahan dan siasatan lanjut. "Kertas siasatan seterusnya mendapati tiada sebarang bukti untuk menyabitkan artis berkenaan dalam kes liwat tersebut," katanya kepada media ketika itu.Persoalannya sekarang kenapa dalam kes Anwar ini ia nampak begitu berbeza sekali. Kenapa Peguam Negara masih meneruskan perbicaraan sedangkan terdapat banyak keraguan dalam kes yang dinyatakan itu?. Apakah kerana Datuk M.Daud Kilau itu bukannya ahli dan musuh politik UMNO maka kesnya tidak dibicarakan atas alasan tidak cukup bukti. Sedangkan senarionya adalah sama, seorang remaja membuat laporan polis mengatakan dia diliwat oleh celebriti terkenal itu.

Hebatnya Cakap Mulut Dari Laporan Perubatan


Dalam kes ini jelas bermakna laporan mulut Saiful Bukhari lebih hebat dan diterima oleh pihak polis daripada Laporan Perubatan Hospital. Ini tidak berlaku kepada mana-mana "mangsa seperti ini" yang lain. Jika terkena kepada individu lain, sudah pasti kiranya laporan perubatan membuktikan mereka tidak menjadi mangsa maka tindakan tegas akan diambil oleh pihak polis kerana berbohong dan menabur fitnah kepada orang lain. Tetapi ia berbeza sama sekali dengan kes Saiful Bukhari Azlan ini. Cuba lihat, Saiful membuat laporan polis selepas dia sendiri membuat pemeriksaan doktor. Bermakna, dia sepatutnya menunggu laporan perubatan itu disahkan oleh Hospital Pusrawi dan juga Hospital Kuala Lumpur (HKL). Anehnya, Saiful membuat laporan polis dan polis menerima laporan dia diliwat tanpa merujuk kepada laporan perubatan yang sepatutnya dilakukan mengikut prosedur biasa. Maknanya cakap mulut Saiful lebih hebat daripada laporan perubatan itu sebenarnya. Malah, mengikut prosedur biasa pihak polis akan menghantar Saiful untuk mendapatkan pemeriksaan doktor pakar bagi membuktikan dia diliwat. Dalam kes ini, Saiful sendiri mengatakan sudah membuat pemeriksaan. Maknanya, pihak polis boleh merujuk kepada hospital yang berkenaan dan doktor terbabit untuk menghantar laporan perubatan itu. Ini bermakna, doktor dari Hospital Pusrawi dan tiga doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) perlu menghantar laporan berkenaan kepada pihak polis untuk disahkan. Seandainya terbukti memang benar Saiful diliwat, maka barulah pihak polis boleh melakukan tindakan seterusnya termasuk menjejaki suspek (bukan tertuduh lagi). Pihak polis boleh mengarahkan pihak hospital berkenaan faxkan sahaja laporan tersebut jika diperlukan. Tetapi kenapa ia tidak berlaku kepada Saiful Bukhari. Pihak polis menerima 100% percakapan beliau tanpa merujuk kepada laporan berkenaan. Sedangkan laporan tersebut sudah disediakan oleh pihak hospital. Kenapa ini berlaku?. Apakah hebatnya Saiful Bukhari?. Kenapa pihak polis tidak mengikut prosedur biasa dan melanggar tatacara kerja mereka?. Semua ini menimbulkan kesangsian yang amat sangat dikalangan rakyat sebenarnya.


Bukti, inilah laporan perubatan doktor Hospital Pusrawi terhadap Saiful

Saiful Dicabar Saman Hospital Yang Berkenaan

Berasaskan kepada kes ini sedang dibicarakan, dan laporan perubatan keempat-empat doktor terbabit sudah pun diedarkan kepada umum sekarang ini. Maka, rakyat makin keliru dengan kes liwat yang diperkatakan ini. Maka itulah rakyat terutamanya umat Islam di Malaysia hatta seantero dunia tidak percaya dan yakin dengan kes berkenaan, bairpun pihak yang dikatakan menjadi mangsa membuat beribu-ribu kali "sumpah laknat" sekalipun. Tambahan pula, ramai yang berkata, jika budak-budak "blackmetal" disuruh "sumpah laknat" mengatakan dia diliwat Anwar sekali pun pasti mereka akan lakukan. Kerana mereka semua berani memijak-mijak Al-Quran seperti yang pernah didedahkan oleh media sebelum ini. Soalnya, mana yang benar sekarang?. Laporan Perubatan Hospital atau percakapan lisan Saiful Bukhari yang mengatakan dia diliwat?. Inilah yang menimbulkan persoalan sebenarnya. Tambahan pula, selepas laporan perubatan Hospital Pusrawi (foto) dikeluarkan kepada umum dulu. Maka satu lagi laporan perubatan sulit tiga doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah dikeluarkan pula kepada umum baru-baru ini. Soalnya sekarang, kenapa Saiful dan barisan peguamnya tidak memberi respon atas laporan berkenaan. Bukankah ia akan mengganggu perjalanan kes di mahkamah. Tambahan pula jika kesemua doktor terbabit dipanggil sebagai saksi Anwar. Bukankah ini akan menimbulkan lebih banyak keraguan dan kemusykilan.

Atas alasan kononnya Saiful dipihak yang benar, maka beliau wajar membuat laporan polis dan seterusnya menyaman doktor yang mengeluarkan laporan perubatan tersebut, hospital yang berkenaan, Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Malaysia kerana telah memalukan dirinya. Rasionalnya, dia mengatakan dirinya diliwat sedangkan kesemua laporan perubatan tersebut mengesahkan secara klinikal bahawa tidak ada tanda dan bukti-bukti mengatakan dia diliwat oleh sesiapa pun. Maka, cakap siapakah yang mahu kita percayai sekarang ini, walaupun mahkamah meneruskan perbicaraan ini. Saiful perlu menutup aibnya dengan membuar laporan polis supaya siasatan yang rapi wajar dilakukan terhadap mereka yang mengeluarkan laporan tersebut dan kesahihan laporan perubatan berkenaan. Andainya terbukti ia palsu dan beliau boleh menfailkan saman terhadap pihak terbabit demi maruahnya. Tindakan Saiful mendiamkan diri seolah-olah dia langsung tidak yakin kepada kebenaran sebenarnya. Justeru itu, rakyat secara keseluruhannya perlu mendesak agar Saiful membuat tindakan berkenaan yang dilihat boleh mempengaruhi perjalanan kes mahkamah yang bakal dihadapainya. Inilah kemusykilan yang kini menimbulkan keraguan terhadap kes liwat II ini.

Read more »

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Menang Tetap Menang Dan Yang Kalah Teruskan Perjuangan


Cucu sempat berceramah di Padang Awam Batang Kali malam terakhir
kempen pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor pada 24 April
Kekalahan yang dihadapai oleh Pakatan Rakyat di Hulu Selangor sedikit mencurigakan sebenarnya. Cucu sempat mengikuti perjalanan hari-hari terakhir kempen dan proses pengundian pilihanraya itu baru-baru ini. Ternyata, terlalu banyak provokasi melampau telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu hingga mencetuskan ketegangan dan kekecohan. Akibatnya, ramai yang ditangkap dan bakal didakwa atas kesalahan di bawah Akta Pilihanraya. Apapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri juga ada banyak melakukan kesalahan, namun mereka memejamkan mata dan hanya melihat parti pembangkang yang melakukan segala perbuatan tersebut. Seolah-olah SPR dan BN memang telah memeterai perjanjian usaha sama untuk merampai Hulu Selangor dari PKR. Pada malam terakhir Cucu sempat menyampaikan ceramah ringkas kira-kira 15 minit di Padang Awam Batang Kali. Melihat pada sambutan rakyat, ternyata tidak ada halangan langsung untuk PKR menang. Tambahan pula, banyak peti undi saluran 1 berjaya dimenangi PKR. Cucu sempat memantau ke beberapa buah lokasi pusat penamaan calon, seperti di Ampang Pecah, Sg.Rasa, Felda Sg.Buaya, Sek Ren JK (C) Khing Ming dan yang lainnya. Ternyata sambutan amat menggalakkan untuk melihat PKR mempertahankan kerusi tersebut. Malah, ramai pemimpin dan petugas BN sudah mula meninggalkan Hulu Selangor. Mereka sudah nampak petanda bahawa BN akan kalah teruk pada kali ini. Namun, entah mengapa tiba-tiba keputusan yang dikeluarkan pula sebaliknya. PKR yang kalah dengan majoriti 1,725 undi. Anehnya, walau BN menang dengan majoriti lebih besar namun sokongan terhadap PKR tidak tergugat sebenarnya. Malah jumlah undi yang diperolehi oleh Datuk Zaid Ibrahim iaitu sebanyak 23,272 hanya berbeza 95 undi sahaja daripada PRU-12 (23,177). Maknanya, PKR tidak kalah sebenarnya. Maka itu, apakah yang menyebabkan BN menang?. Peratusan keluar mengundi hanyalah sekitar 75.87% (48,935) iaitu meningkat sikit daripada PRU 2008 (74.81% = 47,622 pengundi).

Soalnya sekarang kenapa tiba-tiba PKR yang dicanangkan akan menang tiba-tiba dikalahkan?. Apakah ini satu lagi konspirasi yang dilakukan oleh SPR dan BN?. Malah perpindahan lebih 13,000 pengundi berdaftar di Hulu Selangor juga menjadi tanda tanya yang cukup memusykilkan kita sebenarnya. Apapun, pilihanraya telah berakhir dan BN tetap menang secara rasmi. Perjuangan harus diteruskan dan tidak perlu berputus asa. Lihat dulu, Tan Sri Khalid tewas di Ijok, tetapi kemudian bangkit dan menang dan kini bergelar Menteri Besar Selangor. Maka, apakah kita gusar dengan kehilangan satu kerusi parlimen itu agaknya?. Apa yang penting sokongan rakyat tidak berubah dan hanya peneroka Felda yang masih lagi terlena diulit mimpi mainan Najib Razak. Salam perjuangan!!

Read more »

Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor: Calon BN Kamalanathan Menang Menewaskan Datuk Zaid Ibrahim Dengan Majoriti Sebanyak 1,725 Undi !!

KUALA KUBU BARU, 26 April [10.20 am] - Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi P 094 Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti lebih besar iaitu 1,725 undi berbanding 198 majoriti yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu. BN yang diwakili P. Kamalanathan (foto) memperoleh 24,997 undi, sekali gus menewaskan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang memperoleh 23,272 undi. Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan pada pukul 9.20 malam tadi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru. Kawasan Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi dengan 34,020 atau 52.7 peratus terdiri daripada Melayu, 16,964 atau 26.3 peratus Cina, 12,453 atau 19.3 peratus India dan kira-kira 1,000 Orang Asli. Kerusi Parlimen kawasan itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac akibat barah otak. Penamaan calon telah diadakan pada 17 April lalu. Dr Zainal Abidin memenangi kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 198 undi selepas menewaskan Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel (MIC). PDO

[Tahniah diucapakan kepada calon BN, P.Kamalanathan atas kemenangan yang cukup mengejutkan itu. Ini kerana, ramai penyokong dan petugas BN sudah meninggalkan Hulu Selangor sebenarnya, selepas mencongak calon mereka itu memang kalah. Malah, pemimpin MIC sendiri seperti Samy Vellu awal-awal lagi sudah cabut dan angkat kaki, Buktinya beliau tergesa-gesa hadir ketika pengumuman keputusan di buat malam tadi, setelah mendapat laporan PM dan TPM turut hadir secara tiba-tiba. Apapun, menang tetap menang dan keputusan bijak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memindahkan 13,000 nama pengundi berdaftar di Hulu Selangor telah memberi kekuatan buat BN. Apapun tahniah buat PKR kerana berjaya menarik kembali lebih 11,000 pengundi baru yang telah dipindahkan oleh SPR itu. Maknanya, PKR juga menang untuk menggagalkan strategi awal BN untuk menang dengan majoriti lebih besar iaitu sebanyak 6,000 undi itu. Salam perjuangan buat semua petugas!!].

Read more »

Al-Kisah: Sebuah Catatan Perjalanan Ku Ke Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Hulu Selangor


Berucap di Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Hulu Selangor
Cucu telah meluangkan masa untuk hadir ke Kuala Kubu Bharu bagi mengikuti Hari Pencalonan dan perjalanan Pilihanraya Kecil pada 17 April 2010. Cucu menumpang kenderaan Hj.Rusli (PAS Indera Mahkota) yang ditemani oleh isterinya dan Sdr Azman (PAS). Kami bertolak dari Kuantan sekitar jam 6.00 petang dan tiba di Kuala Lumpur dalam pukul 10.30 malam. Sebelum ke Kuala Kubu, Hj.Rusli telah menghantar isterinya ke Kota Damansara (rumah anaknya) dan kemudian kami meneruskan perjalanan. Malang tidak berbau, keluar dari rumah anaknya tayar kereta Hyundai Matrixnya telah "bocor" dan terpaksa berhenti di tepi jalan untuk diperbaiki. Selepas menukar tayar, kami singgah sebentar di Stesen Petronas berhampiran kawasan itu. Malang berganda, mungkin ujian dariNya apabila selepas mengisi angin tayar tiba-tiba enjin kenderaan beliau pula tidak boleh dihidupkan. Ini mengakibatkan kami terpaksa menunggu beberapa ketika untuk diperbaiki. Mujurlah ada staff dan pengurus stesen minyak terbabit membantu. Ketika itu jam sudah menunjukkan hampir 11.30 malam. Selepas menukar bateri kereja terbabit dengan kereta waja milik pengurus stesen itu, akhirnya kenderaan berjaya dihidupkan dan kami mengucapkan terima kasih kepada mereka. Baik sungguh hati pengurus stesen itu, sudahlah dipinjamkan baterinya untuk menghidupkan enjin kenderaan kami, kemudian disajikan pula dengan air minuman secara percuma. Semoga perniagaan beliau akan terus maju jaya.

Kami kemudian meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan dan keluar menerusi exit Bukit Beruntung. Kemudian terus melalui jalan kawasan industri di situ terus ke Kuala Kubu Bharu yang jaraknya sekitar 25km dari situ. Jalan masuk ke Pekan Kuala Kubu Bharu dikawal rapi oleh pihak polis. Kami terus ke Masjid Jamek Al-Rahimah disitu, mujurlah ada "parking lot VIP" yang paling hampir dengan tangga masjid masih kosong. Selepas itu, kami mengambil peluang untuk pekena "teh tarik" dan "roti canai" di sebuah restoran yang menempatkan Bilik Gerakan BN berhadapan dengan masjid berkenaan. Ramai juga penyokong Pakatan Rakyat yang mengambil kesempatan menjamu selera di situ akibat kepenatan berjalan jauh. Selepas menjamu selera kami kembali ke masjid dan melihat begitu ramai penyokong Pakatan Rakyat dari PAS dan PKR bergelimpangan di dalam masjid. Mereka keletihan dan ada juga yang sedang menunaikan solat sunat. Suaasana di dalam masjid nampak begitu meriah sekali dengan kehadiran begitu ramai sahabat seperjuangan dari seluruh negara. Kami melelapkan mata buat seketika. Cucu bangun sekitar jam 4.30 pagi dan terus ke bilik air untuk mandi. Masya Allah!, ketika itu sudah ada ramai yang beratur menanti giliran untuk ke bilik air. Terpaksalah Cucu berbaris panjang dan bersabar menunggu giliran. Sekiat setengah jam barulah Cucu dapat mandi. Manakala sahabat yang lain iaitu Hj.Rusli dan Azman tidak dapat beratur kerana terlalu panjang. Solat Subuh di Masjid Jamek Al-Rahimah pagi itu menempa sejarah kerana jemaah yang ramai seperti solat Jumaat. Bacaan oleh Imam Masjid juga amat merdu dan menusuk hati. Selepas solat, masing-masing mencari ruang untu berehat seketika sebelum menyiapkan diri berarak ke Pusat Penamaan Calon. Cucu mengambil kesempatan mengemaskini blog, dan kemudiannya terus berehat hingga jam 7.00 pagi.


Rakaman foto Cucu ketika perarakan calon PKR ke pusat penamaan
Sekitar jam 7.30 pagi Cucu memulakan perjalanan untuk operasi berita di kawasan terbabit. Cucu keluar dari Masjid Jamek dan terus menyaksikan orang ramai yang mula kecoh di depan masjid tersebut. Cucu mengambil kesempatan menjamu selera dengan membeli nasi lemak bungkus dan air teh yang dijual di bahu jalan. Kemudian melihat gelagat beberapa orang penyokong Pakatan Rakyat yang berada dipinggir jalan tersebut. Selang beberapa ketika Cucu mula meneruskan perjalanan ke lokasi yang menempatkan para penyokong Pakatan Rakyat sebelum ke Pusat Penamaan Calon. Suasana sudah mula kecoh dengan penyokong yang bersorak gembira umpama berpesat. Cucu sempat menyaksikan perarakan calon PKR iaitu Datuk Zaid Ibrahim bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rakaman gambar dan video juga sempat diambil untuk tatapan semua. Cucu mengiringi mereka sehingga ke kawasan 100 meter dari pusat penamaan. Kelihatan beberapa trak polis dan anggota yang berkawal berhampiran kawat duri yang telah diletakkan di kawasan itu. Amat menghairankan sekali tindakan tersebut, seolah-olah para penyokong yang hadir akan bertindak ganas. Walhal polis yang kelihatan ingin cuba mengganas apabila menganggu penyokong dan menyuruh mereka beredar sedangkan kesemuanya berada dalam jarak yang jauh dari pusat penamaan calon. Tindakan ini amat memalukan sebenarnya. Cucu kemudian berpeluang untuk berucap dalam masa 5 mini di atas lori ketika orang ramai sedang berasak-asak. Chegubard dan Nazree Yunus (bekas Pengeru Gerak) memberi ruang kepada Cucu untuk bercakap tentang isu Saiful Bukhari Azlan. Bersemangat sekejap melihat orang ramai. Terasa macam ahli politik yang hebat pulak ..hehhehe. Apapun, itulah kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Sebelum ini, Cucu juga pernah diberi peluang berucap di Manek Urai. Maka, ini kali kedua Cucu berucap di pagi hari pencalonan sesebuah pilihanraya kecil.


Besemangat bersama pemimpin orang asal kaum Jahut dari Kuala
Krau
Pahang yang tiba-tiba turut naik ke atas ketika aku berucap
Sempat juga bertemu dengan sahabat dari Pahang seperti Saudara Jefri Rashid (Ketua Cabang Pekan), Saudara Ram dan isteri (Timbalan Ketua PKR Pahang), Kamarul Hatta (Timbalan Ketua AMK), Saudara Suhaimi (Ketua Ranting Panching Timur), Ustaz Nasron (Yang Dipertua PAS Indera Mahkota) dan sahabat yang lain. Ada juga penyokong Pakatan Rakyat yang mengambil kesempatan bergambar dengan Cucu. Macam orang popular pulak. Sempat berbual dengan sahabat dari TV Selangor. Terima kasih kepada semua, dan Cucu kemudian berjalan balik ke Masjid Jamek yang jaraknya hampir 4km dari lokasi tersebut. Berpeluh dibuatnya, kesesakan jalan raya berlaku dalam kawasan Pekan Kuala Kubu Bharu. Mujurlah Cucu berjalan kaki sahaja dan mengambil masa hampir 1 jam untuk tiba ke masjid. Kemudian kami bersolat Zuhur di situ.. Bersambung...

Read more »

Edisi Pilihanraya: Hulu Selangor, BN Pasti Bakal Berhadapan Dengan Masalah Besar Jika PM Najib Razak Tersilap Membuat Percaturan Pada Kali Ini

Sumber: Pahang Daily Online

UMNO Barisan Nasional bakal berhadapan dengan situasi yang amat meruncingkan menjelangnya pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor tidak lama lagi. Ini berikutan terdapat ura-ura yang kuat mengatakan UMNO mahu merampas kerusi parlimen itu daripada MIC. Ini dibuktikan dengan beberapa kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Najib Razak yang jelas menjurus ke arah itu. Antara lain, Najib mahu calon yang dipilih diterima oleh penduduk setempat atas gagasan "rakyat didahulukan". Makanya, memikirkan bahawa calon MIC terdahulu iaitu G.Palanivel (foto), telah tewas kepada bekas Timbalan Menteri Besar Selangor Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dalam pilihanraya umum ke-12 lalu maka UMNO kononnya mempunyai hak untuk bertanding di situ. Tambahan pula majoriti pengundi melayu disitu ialah 51% sedangkan pengundi kaum India hanyalah 19% sahaja. Maknanya, kawasan parlimen itu dimonopoli oleh pengundi Melayu dan seharusnya UMNO diberikan peluang untuk bertanding pada kali ini. Soalnya sekarang, apakah Presiden MIC, Si Samy Vellu akan berdiam diri dengan senario yang bakal berlaku ini agaknya. Malah, Samy punyai alasan tersendiri untuk mengekalkan calon MIC di situ, atas alasan G.Palanivel hanya tewas dengan majoriti tipis 198 undi sahaja. Ini bermakna, jika usaha diperhebatkan maka peluang untuk BN menang pasti amat cerah.

Segala keputusan kini ditangan PM Najib Razak. Beliau yang layak menentukan siapakah yang bakal menjadi calon yang paling sesuai di situ. Jika menggunakan konsep "rakyat didahulukan" maka sudah pasti UMNO yang lebih layak. Malah, Najib juga mahu membuktikan bahawa beliau kini diterima oleh rakyat biarpun terlibat dengan berbagai skandal sebelum ini. Paling menarik di sini, siapakah yang akan menjadi calon BN dari UMNO jika hak itu dipertahankan. Terdapat desas desus yang mengatakan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo kini sedang mengintai untuk bertanding di situ. Apakah Samy Vellu dan MIC akan berdiam diri jika kerusi mereka itu dirampas oleh UMNO?. Sudah pasti sesuatu yang lebih menarik akan terjadi. Kemungkinan besar jika senario ini tidak berubah, maka Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpeluang menang dengan majoriti yang lebih besar. Ini kerana, sudah pasti BN akan menerima tamparan undi protes daripada masyarakat kaum India jika calon MIC dibuang dari bertanding di situ. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan terkini isu calon BN ini. Sesuatu harus diingat, masalah besar buat Pakatan Rakyat jika MIC terus dikekalkan kerana majoriti yang dimilik PKR hanya 198. Apapun boleh terjadi dengan jumlah undi sebanyak itu. Namun, harus diingat juga bahawa ramai pemimpin dan ahli UMNO pasti kecewa jika pucuk pimpinan gagal melantik calon UMNO bertanding di situ. Ini kerana pengundi Melayu adalah majoriti di parlimen itu. Kemungkinan besar mereka juga akan membuat undi protes jika isu ini gagal ditangani dengan baik oleh PM Najib Razak pada kali ini.

[Pakatan Rakyat sebenarnya mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mempertahankan kerusi parlimen Hulu Selangor itu. Tambahan pula, rakyat terutamanya masyarakat di desa dan pendalaman telah mula menikmati berbagai faedah dan kebajikan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat. Selama ini, tatkala pilihanraya kecil diadakan di negeri-negeri lain, segala maklumat itu hanya diwar-warkan sahaja oleh pemimpin Pakatan Rakyat dari Selangor. Kini, pilihanraya kecil berada di negeri mereka, maka itu ianya lebih menarik untuk diperkatakan. Tambahan pula rakyat kini sudah mula percaya dan yakin kepada kewibawaan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Maka, itu BN dilihat agak sukar untuk memesongkan minda pengundi di situ biarpun media arus perdana sekali lagi bakal digunakan sewenangnya untuk menjadi sejata ampuh UMNo BN nanti].

Read more »

Edisi Pahang: Ceramah PAS Malam Ini Terpaksa Di Pindahkan Ke Markas Darul Hisab, Sg.Isap !!

Sumber: Pahang Daily Online

KUANTAN, 12 Mac
[10.40 am] - Ceramah Umum PAS yang dijadualkan akan diadakan di Pasti As-Sa'adah, Kg.Razali dipindahkan ke Markas PAS Darul Hisab, Perkampungan Sg.Isap (Sebelah pasaraya Tunas Manja) jam 9.00 malam ini. Perpindahan ini terpaksa dilakukan selepas perbincangan dengan Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, OCPD Jasmani Yusof pagi tadi. Dalam perbincangan itu, PAS diwakili oleh Ustaz Rosli Jabar, Yang Dipertua PAS Kawasan Kuantan (foto) dan Ustaz Fadli Ibrahim, Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan manakalah UMNO BN hanya diwakili oleh Saudara Azmi, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sg.Belat. Semalam, Ustaz Rosli telah diarahkan oleh pihak polis agar hadir ke IPD Kuantan untuk berbincang berhubung dengan pertembungan dua ceramah di lokasi yang sama iaitu Kg.Razali. Menurut Jasmani, ceramah UMNO yang akan menampilkan bekas pemimpin Keadilan Lokman Noor Adam dan Ruslan Kassim itu telah terlebih dahulu mendapat permit polis, sementara PAS pula mengadakan ceramah di dalam premis persendirian yang tidak memerlukan permit. Namun, atas faktor keselamatan dan bagi menggelakkan tiba ketegangan yang pastinya akan berlaku kerana kedua-dua ceramah di lokasi yang sama dengan jarak yang terlalu dekat maka salah satu pihak mesti beralah. Justeru itulah PAS terpaksa mengambil langkah bijak dengan memindahkan lokasi ceramah PAS ke tempat lain.

UMNO Tipu Rakyat Guna Logo PKR Pada Poster

Dalam pada itu Ustaz Rosli ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. "Saya agak terkilan kerana YB Sahfik tidak hadir dalam pertemuan pagi ini dan hanya menghantar wakil seorang Ketua Pemuda Cawangan untuk perbincangan tersebut. Sebelum ini saya difahamkan UMNO akan diwakili oleh beliau, malahan ceramah itu juga akan dibuat di kediaman beliau sebenarnya" katanya. "UMNO sebenarnya tertekan kerana gusar rakyat tidak hadir seperti yang dijangkakan dalam program mereka. Ini terbukti ketika mereka mengadakan program Juara Rakyat sebelum ini. Malah, tindakan menggunakan logo PKR dan memperbesarkan saiz tulisan lokasi ceramah iaitu sebelah Pasti As-Sa'adah itu pun menunjukkan mereka cuba untuk menipu rakyat sebenarnya" tambah beliau lagi. Perbuatan keji dan bacul UMNO inilah yang menyebabkan PAS terpaksa mengadakan ceramah di lokasi yang terbabit (Pasti As-Sa'adah) bagi mengelakkan rakyat dikelirukan sebenarnya.


Bukti, Tiada logo UMNO tapi logo Parti Keadilan Rakyat yang dipaparkan

Bukti, lokasi Pasti As-Sa'adah diperbesarkan untuk kelirukan rakyat

Apapun, rakyat dijemput hadir beramai-ramai ke Markas PAS Darul Hisab di Sg.Isap jam 9.00 malam ini. Ceramah malam ini dijangkan panas kerana sahabat karib Lokman Noor Adam yang mempertahankan beliau ketika dipecat dari Parti Keadilan Nasional dulu iaitu Blogger Cucumatkilau akan turut berceramah dan mendedahkan beberapa rahsia siapakah Lokman sebenarnya. Malah, Cucumatkilau juga turut menyimpan kenangan pahit ketika bersama Ruslan Kassim dulu. Ini bermakna, kedua-dua pemimpin PKR yang hadir itu amat mengenali Cucumatkilau dan terkejut apabila terdapat hebahan di media alternatif yang beliau akam membongkarkan rahsia kedua-dua bekas pemimpin Keadilan itu sendiri.

[Kami agak hairan dengan sikap tidak bertanggungjawab UMNO yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam poster ceramah mereka semata-mata untuk mengelirukan rakyat. Bukankah Lokman dan Ruslan kini sudah menyertai UMNO, maka kenapa takut menggunakan logo UMNO?. Apakah kerana mereka takut rakyat tidak hadir mendengar ceramah mereka seperti kebiasaannya. Ternyata, pertembungan yang tidak disangka ini telah menyebabkan UMNO bagai cacing kepanasan. Mereka tahu, rakyat akan menolak setiap hujah yang sampaikan oleh kedua-dua pengkhianat itu sebenarnya. Ceramah PAS malam ini turut akan diserta oleh Ustaz Rosli Jabar sendiri dan Exco Pemuda PAS Selangor iaitu Saudara Sany Hamzan (foto). Perjuangan bagi menegakkan Islam dan Keadilan adalah satu tanggungjawab kepada seluruh umat Islam sebagai Khalifah di atas muka bumi Allah ini].

Read more »

Cucu Berceramah Di Kg.Razali Kuantan 12 Mac Ini

Ada dua berita penting untuk Cucu perkatakan kali ini, pertamanya tindakan pihak polis menangkap Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) dan Exco PAS Pusat baru-baru ini jelas sekali merupakan satu pencabulan terhadap undang-undang itu sendiri. Mazlan yang merupakan rakan seperjuangan Cucu ketika kami sama-sama bertanding dalam pilihanraya umum ke-12 lalu. Mazlan menjadi calon PAS bagi kerusi Parlimen Bera dan Cucu calon PKR bagi kerusi DUN Kemayan dalam kawasan Bera itu sendiri. Gerak kerja dan tindakan yang dilakukan oleh Mazlan amatlah teratur dan terancang. Justeru itulah, beliau kini amat digeruni oleh pemimpin tertinggi Felda termasuk Perdana Menteri, Najib Razak sendiri. Sebelum ini buku panasnya "Felda Dulu Tolong, Sekarang Along.." telah disaman oleh pihak Felda. Malah Mazlan sendiri dilarang mengadakan sebarang program di kawasan Felda. Namun, atas keberanian dan kecekalannya, beliau terus membuat roadshow bagi menerangkan isu-isu Felda kepada masyarakat peneroka dan generasi kedua. Kekuatan Mazlan adalan semangat juangnya yang cukup tinggi. Maka itu, Cucu amat kecewa bila mendapat maklumat beliau ditangkap oleh pihak polis di Raub semalam. Malahan, tindakan pihak pengurusan Felda menganggu majlis yang diadakan didalam rumah juga amatlah keterlaluan. Mazlan bukannya mengajar ajaran sesat, tetapi menyatakan kebenaran. Maka itu, kenapa pengurusan Felda harus terus menerus menjadi tali barut Felda itu sendiri. Nasib peneroka perlu dibela dan dipertahankan demi masa depan mereka.

Pada 12 Mac ini pula, Cucu telah dijemput untuk sekali lagi mengadakan ceramah di Kuantan. Kali ini Cucu akan bersama Yang Dipertua PAS Kuantan, Ustaz Rosli Jabar dan Exco Pemuda PAS Selangor. Ceramah akan diadakan di Kg.Razali, mulai jam 9.00 malam. Difahamkan pada malam tersebut juga sahabat lama Cucu, Lokman Nor Adam turut akan berceramah di pentas UMNO. Lokasi yang agak berdekatan dengan tapak ceramah yang akan Cucu sampaikan. Sesuatu yang menarik perlu diingat, Lokman adalah sahabat karib Cucu yang amat disanjungi dulu. Masih Cucu ingat, ketika beliau dipecat daripada Parti Keadilan Nasional (PKN) pada tahun 2004 dulu selepas berbalah dengan Ezam Md.Nor maka Cuculah orang yang beliau cari untuk membantu karier politiknya. Akhirnya hasil bantuan Cucu, menyebabkan Parti Keadilan Nasional Paya Besar terpaksa dibubarkan dan Cucu menarik diri dari bertanding di DUN Lepar ketika itu. Begitu juga dengan Ketua Bahagian Paya Besar, Wan Jusoh Wan Kolok yang terpaksa digantikan dengan Shaari Sungib bagi Parlimen Paya Besar menenatang Zaharah Sulaiman. Semua ini gara-gara kelicikan Lokman menggunakan Cucu untuk bernafas semula. Cuculah orang yang membawa beliau mengadap Menteri Besar Pahang dan Perdana Menteri, Najib Razak ketika itu. Dalam perjanjian, Lokman hanya mahu menjatuhkan Ezam kerana khianat kepada beliau dan tidak ada cerita untuk kembali kepada UMNO. Namun, Cucu ada banyak rahsia tentang sikap sebenar Lokman Nor Adam ini. Beliau menang untuk jawatan Exco Pemuda UMNO dalam pemilihan lalu, kini selesa untuk berceramah dan berkokok pula dipentas UMNO. Tambah memalukan beliau juga pernah duduk sepentas dengan Ezam Md Noor, musuhnya yang amat dibenci ketika itu. Cucu menjadi orang yang bertanggungjawab untuk menaikkan semula Lokman biarpun tanpa beliau sedari. Maka itu, Lokman amat kecewa bila Cucu tidak menyertai UMNO. Kononnya Cucu menipu beliau, sedangkan UMNO tidak pernah terwujud dalam minda Cucu. Oleh itu, ikuti penjelasan Cucu seterusnya tentang Lokman Nor Adam. Baca juga beberapa buah artikel yang pernah Cucu tulis berkaitan dengan Lokman Nor Adam dulu .
  1. Lokman: Benarkah Tiada Lagi Keadilan Dalam Parti Keadilan
  2. Lokman: Perginya Wira Dari sebalik Tirai Perjuangan
  3. Lokman: Spekulasi Pembubaran KeADILan Paya Besar
  4. Lokman: Parti KeADILan Paya Besar Bakal Di Bubar
  5. Ezam: Jawab Sumpah Lokman Dulu, Sebelum Cabar Anwar

Read more »

Cucu Ke Pentas Ceramah Dan Lancar Facebook !!

Setelah lebih 10 tahun berada di alam siber, baru-baru ini Cucu telah diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah di atas pentas Parti Islam SeMalaysia (PAS). Ceramah pertama telah diadakan di Markas PAS Taman Guru, Kuantan dan ceramah kedua di adakan di Markas PAS, Felda Keratong Dua, Rompin. Dalam ceramah di Taman Guru Cucu sempat bersama dengan YB Zaki Ibrahim, ADUN Kelaboran yang juga merupakan Timbalan Speaker DUN Kelantan. Antara isu yang Cucu bawa dalam ceramah tersebut ialah beberapa penipuan yang dilakukan oleh UMNO BN Pahang serta isu-isu semasa termasuk sedikit kes fitnah liwat Anwar Ibrahim. Alhamdulillah, Cucu berjaya menyampaikan ceramah dengan lancar biarpun itulah kali pertama selepas pilihanraya umum ke-12. Sayugia diingatkan kali terakhir Cucu dapat berceramah ialah ketika menjadi calon PKR dalam pilihanraya umum lalu. Maka, kesempatan yang ada telah memberi satu semangat baru dalam diri Cucu untuk meneruskan perjuangan yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang. Begitu juga dalam ceramah yang diadakan di Felda Keratong 2, Muadzam Shah. Banyak juga isu yang telah Cucu sentuh baik dalam negeri mahupun nasional. Terima kasih kepada sahabat seperti Wak Rabidin (PKR Cabang Rompin) dan Ustaz Fadhli (Ketua DPP PAS Kuantan) yang telah banyak memberi sokongan. Cucu juga dengan rasminya melancarkan Facebook bagi memudahkan ruang interaksi dengan sahabat-sahabat di seluruh dunia. Anda boleh temui Cucu di Facebook pada bila-bila masa mulai sekarang!


Bersemangat, Cucu berceramah di Markas PAS Taman Guru Kuantan

Read more »

Mahkamah: Prosiding Terpendek Hari Ke Empat, Karpal Memohon Supaya Hakim Zabidin Menarik Diri Daripada Bicara Kes Liwat Anwar Ibrahim !!

Sumber: Pahang Daily Online

KUALA LUMPUR, 8 Feb
[10.12 am] - Perbicaraan kes liwat Saiful hari keempat menyaksikan perbicaraan terpendek. Belum sempat saksi pertama, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diriya diliwat dipanggil untuk disoalbalas, peguam pembela Karpal Singh (foto) telah membuat permohonan di depan Hakim. Karpal memohon supaya hakim Mohd Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada membicarakan kes. Pendakwa telah membuat bantahan dan meminta masa untuk bersedia. Karpal membuat permohonan berasaskan kepada keputusan hakim pada perbicaraan tertutup pada hari kedua dimana “ia mempunyai elemen bias”. Ia dikatakan berhubung dengan tajuk utama Utusan Malaysia yang menggunakan perkataan 'lagi' tetapi dipertikaikan oleh pihak pembelaan. Selain itu, sekeping gambar dengan penerangannya juga dijadikan bahan pertikaian kedua-dua pihak. Karpal pada minggu lalu meminta hakim supaya mengeluarkan perintah menghina mahkamah terhadap akhbar-akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian. Karpal berkata hakim Mohamad Zabidin tidak membuat keputusan terhadap permhonan lalu dengan “fikiran terbuka.” Sekalipun dibantah oleh Pendakwa namun, hakim membenarkan permohonan Karpal untuk diperdengarkan dan mahkamah telah menetetapkan pada hari esok 9 Feb.


Hakim Zabidin semacam peguambela Saiful Bukhari pula sekarang ini

Tukar Hakim, Jelaskan Lagi Unsur Konspirasi

Sementara itu menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto) berkata Hakim Zabidin Md Diah didapati bertindak tidak profesional apabila kelihatan "bias" dalam banyak hal. Sebagai hakim beliau tidak sepatutnya hadir ke Kondominium Desa Damansara mengikut Saiful Bukhari menunjukkan katil, tilam, jelly serta bermacam-macam lagi bahan yang dikatakan bukti anak mudaitu mangsa liwat. Kehadiran hakim Zabidin boleh mempengaruhi keputusan beliau sebagai hakim kes yang cukup kontoversi ini. Malah, permohonan Karpal untuk menggugurkan beliau ada asasnya dan kiranya ini berlaku maka kes liwat ini akan bertambah kontroversi dan berpanjangan lagi. "Hakim sepatutnya mengawal pergerakan dan tingkah laku beliau supaya tidak kelihatan memihak kepada indidividu tertentu. Konspirasi ini kini berada diperingkat kritikal apabila mereka cuba untuk menjatuhkan hukuman ke atas Anwar sebelum Tahun Baru Cina ini. Malah mereka juga akan berusaha merampas Selangor sebelum tarikh tersebut. Mujurlah Allah sayangkan hambaNya yang dizalimi, akhirnya hakim pula dipertikaikan dan wajar digantikan dengan yang baru. Perancangan yang dibuat musuh akhirnya tidak jadi kenyataan dengan permohonan oleh Karpal ini" kata Azan.

[Perbicaraan terpaksa ditangguhkan bilamana hakim jelmaan "coklat hacks" dan "correct correct correct" sudah dilihat tanda-tandanya membicarakan kes ini. Ternyata, mereka cuba untuk memastikan keadilan itu digagalkan. Meneruskan perbicaraan bermakna menjerat leher. Puak-puak UMNO dan penyokong Saiful memang marah kononnya Anwar sengaja menangguhkan kes. Masalahnya, kes terpaksa ditangguhkan sebab terdapat bukti-bukti kukuh berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku. Justeru itu, adalah lebih elok hakim ditukarkan demi menjaga kreadibiliti institusi itu agar tidak dipandang hina masyarakat].

Read more »