This is default featured post 1 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured post 2 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured post 3 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured post 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured post 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
Panas: Gara-Gara Fitnah Cium Anwar Dan Artikel Keluar PKR, Blogger Cucumatkilau Bakal Failkan Saman Terhadap 'Artikel Fitnah' Utusan Malaysia
Di fahamkan, selepas Utusan Malaysia menyiarkan berita tersebut beliau telah dihubungi oleh berbagai pihak yang mahu penjelasan lanjut tentang perkara ini. Bukan sahaja isu "keluar PKR" malah lebih hangat lagi tentang "cium Anwar". "Saya tidak menafikan beberapa kali bertemu Anwar secara berdepan sebelum ini. Malah saya juga sempat "peluk" Anwar ketika memberi semangat kepada beliau semasa hari-hari terakhir perbicaraan kes liwat I di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (ketika itu di bangunan Sultan Abd Samad depan Dataran Mereka). Saya adalah antara lima orang awam yang berjaya masuk dan menyaksikan detik-detik Anwar dihukum oleh mahkamah gara-gara kes pertama dulu. Memang benar, ketika sesi rehat saya ada peluk dan tepuk bahu Anwar ketika beliau bertemu dengan ahli keluarganya. Ketika itu saya duduk di galeri keluarga Anwar bersama Wan Azizah, Nurul Izzah, Arwah bonda Anwar dan yang lainnya. Saya hanya berpeluk untuk nyatakan sokongan kepadanya. Gambar yang disebarkan itu adalah seolah-olah saya mencium Anwar, sedangkan ketika kejadian saya tidak berada di lokasi yang dinyatakan. Malah, saya juga mempunya saksi bahawa gambar berkenaan memang bukan gambar saya sebenarnya", tambah Shukri lagi.
Tindakan Saman Demi Maruah Serta Pengajaran
Susulan fitnah Utusan Malaysia dan penyebaran gambar tersebut menyebabkan kehidupan beliau dalam keadaan trauma. "Ramai yang terkejut dengan gambar tersebut selepas mengetahuinya melalui Utusan Malaysia. Ada yang kata saya homoseks dan gay, malah tidak kurang juga mengatakan saya juga mungkin salah seorang mangsa liwat Anwar. Sedangkan semua itu tidak berlaku dan hanyalah dusta semata-mata sebenarnya", katanya. Difahamkan, notis seminggu untuk memberi peluang kepada Utusan Malaysia akan dihantar pada hari Isnin (6 Disember) ini. Beliau bakal melantik peguam Mohd Fadli Mohd Ramly (foto) dari Tetuan Mohd Fadzli & Co untuk urusan yang berkenaan. "Saman terpaksa dilakukan setelah melihat kecurangan akhbar terbabit yang tergamak melaporkan berita tidak benar sedangkan mereka melaung-laungkan kononnya mempunyai wartawan yang profesional dan berintegriti. Tindakan wartawan terbabit jelas sekali mencemarkan amalan kewartawanan itu sendiri sebenarnya. Utusan bukanlah blog, ia dibaca oleh jutaan rakyat yang tidak tahu apa-apa. Mereka pasti percaya dengan laporan tersebut. Memang saya ada menafikan kenyataan tersebut sehari selepas itu, tetapi itu bukan permohonan maaf dari pihak terbabit. Itu adalah kenyataan saya untuk menafikannya. Kenapa mereka tidak perbesarkan penafian saya itu seperti berita kononnya saya telah keluar PKR dan sanggup cium Anwar Ibrahim sehari sebelumnya? ", kata Shukri.

Bukti, antara blog yang fitnah CMK selepas laporan Utusan itu
Sila klik imej untuk besarkan, atau klik SINI untuk info lanjut

Bukti, blog mykmu.net juga siarkan fitnah ini, Info sila klik SINI
[PDO ucapkan syabas kepada CMK atas ketegasan beliau dalam hal ini. Ternyata, tindakan beliau untuk menyaman Utusan Malaysia memang sangat dinantikan oleh semua pihak. Tambahan pula laporan yang tidak betul dan jelas sekali berunsur fitnah itu telah menjatuhkan maruahnya. Tidak dapat difahamkan, berapakan jumlah saman yang akan dikemukakan terhadap pihak terbabit setakat ini. Semuanya bergantung kepada perbincangan beliau dengan peguamnnya Ahad ini. Apapun, langkah ini adalah wajar untuk memberi amaran kepada Utusan Malaysia agar tidak terus melakukan provokasi kepada rakyat. Mereka mendabik dada kononnya media arus perdana melaporkan kebenaran, namun kini terbukti laporan yang diceduk dari blog jelas sekali telah menyebabkan mereka terperangkap sekarang. Malah, tuduhan liar tanpa bukti yang kukuh mencerminkan betapa tidak profesionalnya wartawan terbabit. Laporan seterusnya akan dibuat dari masa ke semasa].
Memalukan: "Bajet Defisit" Untuk Tahun Yang Ke-13, Negeri Punyai Hasil Yang Terhad Atau Menteri Besar Pahang Gagal Laksanakan Tanggung Jawab

[MB mempunyai jawapan mudah untuk menolak kenyataan yang berlaku. Bajet defisit 13 tahun berturut-turut membuktikan bahawa Adnan Yaakob gagal melaksanakan tanggungjawabnya secara serius. Biarpun ia dikatakan dek kerana negeri Pahang mempunyai hasil yang terhada, namun rakyat lebih mengetahui bahawa ketirisan dan penyelewengan yang berlaku adalah punca segalanya. Banyak hasil kerajaan negeri kini dirompak sesuka hati oleh pemimpin UMNO serta juak-juaknya. Malah, ahli keluarga MB Pahang sendiri dipercayai "kembung perut" meraih harta-harta, khazanah dan hasil mahsul kerajaan negeri menerusi beberapa buah anak syarikat milik kerajaan itu sendiri. Malah, perkara ini dapat dibuktikan dan akan didedahkan oleh pihak-pihak tertentu dalam masa terdekat ini. Adnan dilihat gagal menyakinkan rakyat akibat kelemahan pentadbiran beliau. Sedangkan dalam masa yang sama mereka tahu jutaan ringgit masuk ke kantung pihak-pihak yang berkenaan tanpa sedikit pun rasa malu. Justeru itu, rakyat Pahang tidak harus terus ditipu lagi dan perlu lakukan perubahan dalam PRU-13 nanti. Jika tidak mereka akan terus dirundung malang dan ditipu oleh pihak berkuasa buat selamanya]. selamatkanpahang
Saman Anwar Terhadap Khairy Di Dengar 13 April
KUALA LUMPUR 1 Dis - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 13 dan 14 April tahun depan untuk mendengar saman fitnah ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Hakim Dr. Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh itu selepas menemui peguam Anwar, Gobind Singh Deo dan peguam Khairy, Sarah Abishegam di kamarnya apabila kes itu tampil untuk pengurusan hari ini. Sebelum ini, mahkamah menetapkan 8 dan 9 Disember ini untuk mendengar kes itu. Anwar, 63, menfailkan saman pada 7 Sept 2007 dengan mendakwa Khairy yang ketika itu timbalan ketua pergerakan Pemuda Umno, menfitnah beliau semasa menghadiri satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007. Beliau berkata, kenyataan fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan eletronik dalam negara pada 3 Ogos 2007. Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi bagi menghalang Khairy, atau ejennya, daripada mengulangi kenyataan itu
Perubahan Pucuk Pimpinan UMNO, Nasib Adnan Yaakob Kini Masih Jadi Tanda Tanya Di Pahang !!
Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti itu di semua peringkat selama 18 bulan mulai Oktober 2011 sehingga April 2013 ini jelas sekali mengejutkan ramai pihak sebenarnya. Asasnya cukup muda, apabila PM Najib Razak mengatakan penangguhan itu bertujuan untuk menggelakkan pergelutan politik yang boleh menimbulkan perbalahan dalam parti seperti apa yang berlaku kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang ini. Apa yang lebih mengejutkan ialah penyusunan semula kepemimpinan parti itu di peringkat negeri akan diumumkan sebelum hujung tahun ini. Malah Najib berkata beliau memerlukan sedikit masa bagi menentukan tugasan dan jangkaan kepada mereka yang bakal dilantik nanti. Katanya, penyusunan semula kepemimpinan di peringkat negeri itu nanti akan menyaksikan terdapat pemimpin yang dilantik kembali selain muka baru. Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata perubahan kepimpinan parti itu mungkin akan membabitkan kepimpinan UMNO di peringkat negeri, antaranya Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu serta Selangor. Soalnya, kini di Pahang juga bahangnya sudah mula terasa. Ramai pemimpin UMNO kini mula berdebar-debar menantikan rombakan yang bakal berlaku tidak lama lagi. Masing-masing takut diri mereka terpelanting terutamanya bagi mereka yang dipercayai team "Pak Lah Khairy". Di Pahang juga kini timbul desas-desus bahawa kerusi Menteri Besar juga akan bertukar. Biarpun sudah beberapa kali perkara ini diwar-warkan, namun ia tetap tidak menjadi kenyataan. Tambahan pula apabila melihat hubungan erat antara MB Adnan Yaakob dengan pihak istana. Namun, ura-ura itu semakin ketara bila beluau diangerahkan pingat khas "Dato' Seri DiRaja" oleh Sultan Pahang baru-baru ini. Menurut sumber, itulah penghargaan tertinggi buat seorang pemimpin negeri. Ia bermakna, riwayat politik Adnan Yaakob di Pahang bakal berakhir tidak lama lagi.Selepas lebih 10 tahun mentadbir negeri Pahang, Bajet Defisit masih terus disediakan untuk rakyat negeri ini. Semuanya ini membuktikan bahawa KPI Adnan berada diparas paling merudum sebenarnya. Itulah yang menyebabkan Perdana Menteri Najib Razak terpaksa menukarkan Adnan dengan muka baru agaknya. Nama-nama panas yang dijangka mengisikan kekosongan yang bakal ditinggalkan Adnan sekarang ini bukanlah dikalangan Exco atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sedia ada sekarang. Inilah yang memusykilkan semua pihak sekarang ini. Bukan Sharkar, bukan Shafik Fauzan, bukan Wan Adnan, bukan Dato Tan dan bukan semuanya. Khabarnya, ada calon lain yang kini sedang hangat diperkatakan. Antaranya termasuklah Ahli Parlimen Rompin (Dato' JJ), Suhaimi Ibrahim (mantan ADUN Benta) dan lain-lainnya. Jika ini berlaku, pastinya UMNO Pahang bakal menerima tamparan yang cukup besar. Kini, masing-maisng sedang mencongak ke mana arah mereka. Adnan dipercayai tidak sehaluan dengan PM Najib Razak. Lantaran itulah kemungkinan besar beliau ditukarkan kini bakal menjadi kenyataan. Apapun, siapa sahaja yang bakal menjadi MB Pahang, selagi ia dari parti UMNO BN maka masalah pasti akan tetap sama. Oleh itu, rakyat perlulah membuat perubahan besar dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang, jika mahu hidup selesa dan masa depan mereka lebih terjamin kelak.
Kenyataan CMK Tentang Isu Artikel Keluar Parti Yang Telah Di Siarkan Dalam Utusan Malaysia !!
Tambah menyedihkan, wartawan terbabit juga telah menyiarkan kenyataan kononnya "CMK Cium Anwar". Sedangkan, perkara itu tidak pernah berlaku sebenarnya. CMK sendiri kurang arif, dari mana beliau mendapatkan maklumat tersebut. Inilah yang memusykilkan dan amat mengecewakan CMK sebenarnya. Susulan gambar cium terbabit, kini ramai yang memandang serong kepada CMK. Terus terang CMK ingin maklumkan bahawa gambar tersebut bukanlah CMK tetapi ia adalah merupakan wajah salah seorang penyokong tegar Anwar yang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sila klik DI SINI untuk bukti. CMK hairan, kenapa seorang wartawan yang profesional dari akhbar terbabit tergamak menuduh demikian berdasarkan kepada gambar-gambar yang disebarkan secara meluas di internet sekarang ini. Kecewa dengan perkara itu CMK telah pergi ke Pejabat Biro Utusan Malaysia di Kuantan semalam. Ia bagi tujuan untuk memperbetulkan fakta yang berkenaan. Pembetulan telah dibuat dalam akhbar terbabit hari ini atas tajuk "CMK nafi Cium Anwar". Cuma masalahnya, CMK tidak mendapat permohonan maaf dari wartawan terbabit yang telah menjatuhkan maruah CMK itu. Justeru itu, sebagai balasannya, CMK tidak teragak-agak akan membuat laporan polis dan tindakan saman malu terhadap wartawan dan akhbar berkenaan dalam masa terdekat ini. Ia sebagai pengajaran supaya pihak berkenaan lebih berhati-hati dalam menyampaikan laporannya selepas ini.
CMK Akan Buat Laporan Polis Dan Sidang Media
Ramai sahabat yang terkejut dengan pendedahan satu gambar kontroversi yang kini tersebar di internet (foto) kononnya aksi ghairah CMK cium Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut mereka kejadian berlaku selepas Anwar keluar dari penjara Sg.Buloh pada tahun 2004 yang lalu. Gambar ini telah dijaja oleh beberapa buat blog panas seolah-olah CMK adalah seorang "gay" gara-gara tergamak berbuat demikian kepada Anwar. Bagi menjawab soalan kontroversi ini maka CMK akan membuat satu laporan polis dan seterusnya mengadakan sidang media berkenaan perkara yang berkenaan petang nanti. Justeru itu, kepada pihak-pihak berkenaan diharap dapat bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan kiranya ia berlaku. Sokongan semua amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.Tindakan Keluar Parti Bukanlah Satu Keputusan Yang Bijak, Namun Demi Meneruskan Perjuangan CMK Rela Bebaskan Diri Jika Itu Sudah Takdirnya

Proses Pemilihan Parti Memang Amat Diragukan
Bagi CMK ini adalah tidak baik untuk parti. Selama ini CMK mempertahankan Keadilan atas alasan parti itu lebih baik dari UMNO. Berbagai hujah dan alasan diberikan untuk menolak hujah pihak lawan yang mempertikaikan perjuangan Keadilan. Namun, apalah guna untuk berpura-pura buat selamanya. Segala yang berlaku kini terbentang didepan mata malah bertambah parah lagi dipusingan akhir pemilihan 2010 ini sebenarnya. Tambah parah lagi, apabila badan bebas yang sepatutnya bertindak secara adil dan profesional bagi mengadili pemilihan parti juga dilihat semakin tidak telus mutakhir ini. Badan bebas yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), sekadar menjadi robot untuk memuaskan nafsu pihak-pihak tertentu. Badan tersebut tidak wajar disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu yang secara jelas mencabuli amalan demokrasi yang mahu dipertahankan itu. Malah salah seorang calon Timbalan Presiden iaitu Mustafa Kamil Ayub sendiri mengatakan "Proses pemilihan Parti KEADILAN telah bermula pada 29 Oktober 2010, namun apa yang kita harapkan untuk memperolehi satu sistem pemilihan yang adil dan telus daripada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) semasa mengendalikan proses pemilihan amatlah mendukacitakan". Kata orang "jika tiada angin masakan pokok bergoyang". Namun, mungkin ada yang tidak dapat menerima kenyataan ini dan sanggup biarkan ia berlaku didepan mata. Namun, ia tidak mungkin bagi CMK. Pemimpin yang rosak akhlaknya tidak layak untuk disanjung oleh rakyat apatah lagi mereka yang jelas cuba menipu dan mempermainkan parti sendiri. Bukankah amalan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah parti yang memperjuangkan agenda perubahan buat rakyat.
Keputusan Keluar Parti Bukan Satu Yang Bijak
Keputusan untuk tinggalkan PKR bukanlah satu keputusan yang bijak sebenarnya. Sebab itu CMK mengambil tempoh yang lama untuk membuka ruang perbincangan tentang hal ini. Namun, tiada jalan penyelesaian konkrit yang sepatutnya menjadi alternatif kepada semua ini. Ramai yang menuduh kononnya CMK kecewa dan tidak punyai semangat perjuangan yang kental jika keputusan ini dibuat. Mereka bebas mengatakan apa saja, termasuk menghemburkan kata-kata hina kepada CMK. Namun, bagi CMK jika berlaku pun tindakan yang dimaksudkan bukan bermakna CMK tewas dalam perjuangan. Perjuangan membela rakyat masih diteruskan seperti biasa cuma mungkin dalam medium yang berbeza. Jika selama ini CMK terikat dengan imej kepartian, mungkin selepas ini CMK lebih bebas dan neutral. Ruang kebebasan itu memberi peluang kepada CMK untuk menegur dan mengkritik secara lebih telus lagi pada masa-masa yang akan datang. CMK bukanlah pemimpin politik seperti lain-lain sahabat biarpun pernah bertanding dalam Pilihanraya Umum Ke-12 pada tahun 2008 dulu. Maka itu CMK punyai hak untuk memilih jalan sendiri sebenarnya.
Krisis 2004 Bukanlah Asas Kepada Keputusan Ini
Ramai yang mempertikaikan kononnya CMK memang pengkhianat kerana pernah keluar parti dan bubarkan Parti Keadilan bahagian Paya Besar pada tahun 2004 dulu. Tapi mereka lupa, krisis yang melanda itu akibat tindakan CMK mempertahankan pemecatan Lokman Nor Adam dan mempertikaikan beberapa tindakan Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Md Noor ketika itu. Memang benar CMK dipanggil mengadap Menteri Besar Pahang dan Perdana Menteri (TPM ketika itu). Namun, CMK tidak pernah bertindak menyertai UMNO seperti yang dimahukan. Niat CMK hanyalah kecewa dengan Ezam yang dipercayai menjadi dalang hingga membawa pemecatan Lokman. Orang menuduh CMK dan sahabat Wan Jusoh Wan Kolok (Ketua Bahagian Paya Besar) dan Ariffin Ismail (Setiausaha) menerima habuan dari Najib. Tapi hakikatknya kami tidak masuk UMNO dan sekadar tidak bersetuju dengan Ezam. Kini terbukti apabila Ezam menyertai UMNO dan selesa bergelar Senator pula. Begitu juga dengan Lokman yang CMK perjuangkan, juga serta UMNO dan kini menjadi Exco Pemuda parti itu. Tapi CMK? dimana. Terus kembali bersama rakyat dan kembali bersama parti selepas itu. CMK daftar semula sertai parti melalui Fuziah Salleh di Bahagian Kuantan. Biar pun mendapat tetangan, namun akhirnya CMK diterima. Jika CMK mendapat habuan jutaan ringgit seperti yang diheboh-hebohkan mengapa harus kembali bersama keadilan. Jiwa dan semangat CMK bersama rakyat sebenarnya. Bukan mudah untuk membuat keputusan, apatah lagi bersetuju menjadi calon PKR dalam PRU12 dulu jika benar CMK seorang pengkhianat. Malah, CMK teruskan perjuangan "lawan tetap lawan" dan tidak khianat kepada parti biarpun mendapat tekanan dan tawaran untuk tarik diri ketika menjadi calon ketika itu. Ini harus difahami oleh ahli-ahli PKR yang masih sangsi dengan kesetiaan CMK bersama parti itu san menuduh kononya CMK pengkhianat.
CMK Rela Dituduh Pengkhianat Jika Ditakdirkan
Keputusan CMK untuk keluar PKR jika berlaku sudah pasti akan menyebabkan para penyokong PKR "tegar" menuduh macam-macam. Inilah yang berlaku kepada mereka yang cuba untuk memperbetulkan parti itu sebenarnya. Mereka ditekan dan dicop dengan berbagai gelaran. Kadangkala kita kena terima hakikat perjuangan dengan ikhlas dna jujur. Inilah yang berlaku kepada nenek moyang CMK dulu... gara-gara mempertahankan agama dan tanahair Mat Kilau, Tok Gajah dan Bahaman juga dituduh pengkhianat oleh pihak British. Malah dalam kebanyakkan buku-buku Sejarah, fakta-fakta tersebut masih belum diperbetulkan lagi sebenarnya. Mungkin selepas ini CMK akan berjuang membela rakyat mengikut landasan sendiri tapa kongkongan dari mana-mana parti politik. Sidang media rasmi akan CMK adakan dalam masa terdekat ini. Tiada apa yang mahu diselindungkan lagi sekarang. Pemimpin PKR jelas telah melakuka agenda perubahan dalam parti itu sebelum untuk rakyat. Mereka lupa di mana diri mereka berpijak sebenarnya. Masing-masing kini sudah mula "kemaruk untuk berkuasa", lantaran itulah mereka sanggup lakukan apa saja demi kepentingan peribadi. Matlamat kini menghalalkan cara. Selama ini mereka menuduh pihak lain, kini semua dosa-dosa itu sudah terpalit semula kepada batang tubuh mereka. Sikap kepura-puraan inilah yang menyebabkan CMK merasa terhina dan kecewa sebenarnya.
Sidang Media Rasmi Pada Isnin 29 November Ini

CMK tidak tolak kemungkinan sertai parti baru yang ditubuhkan
Datuk Zaid Ibrahim jika keadaan tidak mengizinkan kelak
Biar Pun Ada Sambutan, Namun Jelas Kehadiran Anwar Ke Pahang Semalam Gagal Menghuraikan Segala Kekalutan Yang Masih Ada Itu Sebenarnya
KUANTAN, 24 Nov - Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pahang semalam dilihat masih gagal sepenuhnya untuk menyatu padukan ahli serta meyakinkan rakyat terhadap hala tuju perjuangan parti itu sebeneranya. Apa yang diharapkan oleh ahli dan rakyat ternyata tidak kesampaian dan seperti apa yang diharapkan. Ramai yang kecewa dan terkilan dengan tindakan Anwar tidak mahu berterus terang dengan isu-isu semasa dan kemelut yang sedang dihadapi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang ini. Anwar berceramah selama lebih kurang satu jam dengan hanya menceritakan tentang kehairanan beliau terhadap tindakan pemimpin UMNO BN yang begitu takut dengan kelibatnya sejak akhir-akhir ini. Beliau mengatakan media arus perdana begitu ghairan mensensasikan ceritanya hingga lupa memberi fokus kepada isu-isu dunia yang sedang melanda sekarang ini. Malah, beliau menegaskan dia sedikit pun tidak terasa dengan serangan-serangan yang dilakukan terhadapnya itu. "Saya bukan sahaja mahu digantung dari parlimen, bakal dipenjarakan kembali ke Sg.Buloh kini mereka mahu menghalang pula saya ke luar negara. Saya dituduh khianat kepada bangsa Melayu gara-gara beberapa kenyataan ketika ditemuramah oleh media asing. Ini bukti yang mereka begitu takut dan tergamak melakukan apa saja", kata Anwar Ibrahim.Sajian Lagu Lama Terus Dialunkan Untuk Rakyat
Dalam pada itu beliau lebih banyak menceritakan kembali apa yang sudah diceritakan ketika berada di pentas yang sama awal tahun lalu. Cerita soal kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Malah, Anwar juga banyak menceritakan secara terperinci sifat peribadi mulia beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Tuan Guru Nik Aziz (MB Kelantan), Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang), Ustaz Azizan Razak (MB Kedah) dan Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor). Disamping itu juga beliau turut menyentuh tentang "Isu Memali" dan sedikit berkenaan kes perbicaraan yang sedang beliau hadapi di mahkamah sekarang ini. Anwar dilihat gagal mengulas dengan baik berkenaan isu dan kemelut yang melanda dalam PKR sekarang ini, terutamanya berkaitan tindakan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dan keluar dari parti itu. Ini menyebabkan ramai hadirin yang hadir kecewa kerana apa yang diharapkan tidak kesampaian. Mereka mahu tahu apakah tindakan dan perancangan Anwar dalam menyakinkan rakyat terutamanya ahli PAS, DAP dan pengundi atas pagar terhadap PKR. Namun tindakan Anwar yang masih terus "menyajikan lagu lama" dalam ceramah beliau malam tadi sedikit mengecewakan mereka sebenarnya. "Ulang tayang cerita dan isu yang sama", tanpa memberikan harapan baru buat rakyat. Malah, ramai yang melihat kehadiran beliau ke Pahang itu tidak lebih untuk mempertahankan segala apa yang berlaku dalam PKR sekarang ini, tanpa mahu membongkarkan kepincangan dan penyelewengan yang sepatutnya perlu diperbetulkan.
Panas: Lagi Bukti Penyelewengan Di Bongkarkan ! Kali Ini Melibatkan Pemilihan PKR Di Parit Sulong
Nampaknya semakin hari semakin banyak pendedahan tentang bukti penyelewengan pemilihan PKR 2010 dibuat sekarang ini. Terbaru pendedahan dibuat oleh calon Pengerusi Tetap AMK iaitu Azimuddin Ahmad (foto) menerusi laman blognya Sharpshooter. Menurutnya, terdapat kepincangan yang telah dikenalpasti dalam pemilihan yang dijalankan di cabang Parit Sulong baru-baru ini. Terdapat unsur penyelewengan pengurusan dan pemilihan berlaku di cabang itu yang mengadakan pemilihan pada 21 November 2010. Terdapat lima kepincangan yang berlaku dalam pemilihan di cabang itu katanya. Antara yang dikenalpasti ialah pemilihan dilakukan di luar kawasan, tempat mengundi yang tidak sah mengikut peraturan kerana diadakan di rumah Bendahari Keadilan yang belum laya mengundi telah dibenarkan mengundi (pengundi hantu), penyelaras pemilihan tidak mengumumkan keputusan pemilihan di lokasi dan penyelaras pemilihan seolah-olah telah mengatur kemenangan Hasmi Hashim sebagai Ketua Cabang. Satu laporan polis yang telah dibuat oleh Saudara Zailan bin A.Hamid selaku Timbalan Pengerusi PKR Cabang Parit Sulong.

Bukti pengundi hantu yang jelas boleh dilihat pada buku pendaftaran
[ Sila klik untuk membesarkan imej gambar yang dipaparkan ini ]
Panas: Ramai Ahli-Ahli PKR Merasa Amat Kecewa, Majlis Dialog Yang Di Janjikan 'Bertukar' Jadi Sesi Penerangan Satu Hala Anwar-Saifuddin Semalam
Antara tetamu dan hadirin yang telah hadir dalam majlis petang semalam
Asyik mendengar "satu hala" tetapi gagal ambil bahagian untuk berdialog
Guna Media, Kenapa Ada Dua Tindakan Berbeza
Ini yang memusykilkan rakyat sebenarnya. Kenapa ada orang boleh buat sidang media dan bersahabat dengan Utusan Malaysia, tetapi ada yang lain pula dianggap kurang ajar dan khianat kepada parti. Kenapa ada dua peraturan yang berbeza?. Sedangkan dalam PKR itu sendiri tidak ada surat pekeliling khas atau arahan rasmi supaya media arus perdana terutamanya Utusan Malaysia itu diboikot. Maka kenapa dalam kes Zaid ia dicanang-canangkan sedemikian rupa seolah-olah beliau memang pesalah besar?
Kenapalah Saifuddin Sanggup Putar Belit Fakta
Banyak fakta yang diperkatakan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution (foto) dalam majlis semalam telah diputarbelit sebenarnya. Antaranya ialah tentang pemilihan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang kononnya dipilih dari 250, dihantar kursus dan sebagainya. Tapi beliau tidak sedar dalam dewan semalam ada JPP "bidan terjun" yang dilantik secara "pasang siap". Tiada kursus, tiada latihan tiada ilmu tapi ditugaskan jaga pemilihan peringkat cabang. Maknanya apa yg dikatakan oleh Saifuddin hanyalah wayang semata-mata. Begitu juga dengan kenyataan beliau kononnya JPP sudah menyelesalikan beratus-ratus laporan cabang tentang kemelut pencalonan dan pemilihan. Sebaliknya beliau lupa, cabang Indera Mahkota sendiri (tempat beliau bercakap) statusnya masih diragui hingga ke hari ini. Bahkan Pengerusi Majlis (MC) majlis itu sendiri iaitu Razali Alias adalah calon Ketua Cabang yang telah menghantar protes bantahan tersebut. Mungkin ianya antara yang terawal dihantar kepada JPP, namun hingga ke hari ini tiada maklumat tentang siasatan yang diterima. Jangan surat rasmi malahan satu panggilan telefon pun tidak diterima oleh beliau sebenarnya. Namun, anehnya Saifuddin mengatakan "sudah selesai". Apa yang selesai agaknya?. Melihat dua penipuan kenyataan ini, jelas sekali ternyata Setiausaha Agung PKR itu sengaja memberi penjelasan "satu hala" tanpa memberi ruang kepada ahli untuk bersoal jawab. Mereka dimomokkan dengan laporan salah oleh Saifuddin tentang pemilihan parti, sedangkan ahli-ahli yang datang lebih tahu apa yang telah berlaku di cabang mereka.[Melihat kepada apa yang berlaku ini, bermakna memang kemelut yang melanda PKR sekarang amat sukar untuk dipulihkan sebenarnya. Biarpun dalam pertemuan tersebut Anwar ada menjelaskan bahawa dia tidak mahu penyokong Zaid dinafikan hak untuk terus bersama parti, namun kenyataan Azmin pula sebaliknya. Ini menunjukkan bahawa pembersihan yang mahu dilakukan oleh Azmin selepas Kongres Nasional PKR minggu ini pasti akan menjadi kenyataan sebenarnya. Soalnya sekarang, apakah Anwar akan datang semula untuk memperbetulkan keadaan supaya rakyat terutamanya pengundi atas pagar yakin dengan apa yang diperkatakan itu. Jika tidak harapan untuk melihat Pakatan Rakyat menuju Putrajaya pasti akab berliku sebenarnya. Pemimpin PKR perlu jujur dan ikhlas untuk berjuang dan jangan sekadar retorik serta menabur kata-kata manis kepada rakyat. Sebaliknya mereka sendiri berpuak-puak dan mengamalkan budaya UMNO yang amat dibenci oleh seluruh rakyat itu sebenarnya].
Pendedahan Terbaru "Bukti Penglibatan" Anwar Dalam Pemilihan PKR Oleh "Chegubard", Apakah Beliau Juga Bakal Dituduh Sebagai Pengkhianat !!
[Kini, dengan apa yang berlaku apakah mereka yang mahu menuntut keadilan dan kebenaran ini akan dikatakan petualang oleh parti?. Kebenaran akhirnya disembunyikan dan mereka yang cuba mempertahankannya pula bakal dinyahkan agaknya. Inilah yang amat ditakuti oleh para penyokong Chegubard sekarang ini. Namun, diharapkan Wan Azizah selaku Presiden PKR dapat mengambil berat laporan ini dan memperbetulkan segala kepincangan yang berlaku itu. Jika tidak, kita khuatir rakyat akan hilang kepercayaan kepada PKR itu suatu hari nanti. Apakah Chegubard juga akan menerima nasib yang sama seperti Datuk Zaid Ibrahim atas ketegasan beliau ini. Jika ini berlaku, sudah pasti ia akan mengecewakan ramai pihak sebenarnya. Justeru itu langkah yang terbaik dan berhati-hati perlu dilakukan demi menjaga keharmonian parti. Jika tidak, sudah pasti permasalahan yang lebih besar berlaku nanti].
Pemilihan 2010: PKR Pahang Pelawa Semua Calon Majlis Pimpinan Pusat Untuk Hadir Ke Sesi Majlis Memperkenalkan Calon Dekat Kuantan 23 Okt Ini
Sumber: pahangdaily - Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat Pahang sebulat suara bersetuju untuk mengadakan Majlis Memperkenalkan Calon Pimpinan Pusat pada 23 Oktober ini di Pejabat Perhubungan PKR Negeri Pahang. Semua calon-calon dari seluruh Malaysia dipelawa hadir untuk memperkenalkan diri masing-masing bermula jam 3.30 petang hingga jam 7.00 petang pada hari tersebut. Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan di Raub pada 10 Okt lalu. Mesyuarat juga turut memutuskan untuk memilih Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan) untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden mewakili negeri ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) itu juga turut menyokong pencalonan beberapa orang pemimpin ke jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam pemilihan 2010 ini. Antara calon yang telah dipersetujui ialah Zakaria Abd Hamid (Ketua Cabang Lipis), Hj.Suhaimi Said (Ketua Cabang Kuala Krau), Hj.Abas Awang (Ketua Cabang Bera) dan Nizam Abd Hamid (Ketua Cabang Temerloh). Mesyuarat juga sebulat suara menyokong perlantikan Hj.Zahari Mamat (Ketua Cabang Paya Besar) untuk jawatan Pengerusi Tetap. Mesyuarat juga telah bersetuju untuk . Dalam pada itu Dato' Fauzi, selaku dalam ucapannya menegaskan bahawa pertandingan jawatan penting parti di peringkat pusat adalah antara anak beranak dan sahabat seperjuangan. Justeru itu beliau berharap semua calon-calon yang bertanding tidak terlalu "overboard" dalam berkempen. Sementara itu difahamkan Calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dikatakan bakal bertemu dengan ahli dan kepimpinan PKR Pahang Zon Timur pada 24 Oktober 2010 ini mulai jam 4.00 petang di Rumah Cikgu Zul dekat Kg.Permatang Badak Kuantan.Masanya Kini Sudah Tiba, Blogger Cucumatkilau Tawarkan Diri Sebagai Calon Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat Dalam Pemilihan PKR 2010
Selepas lebih 10 tahun berkecimpung dalam dunia blogger dan berada dibelakang tabir perjuangan, maka CMK rasa sudah tiba masanya untuk sama-sama menyahut cabaran untuk berada di saf kepimpinan anak muda dalam pemilihan parti tahun ini. CMK sudah menghasilkan blog sejak awal pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO dan kerajaan Malaysia pada tanggal 2 September 1998 lagi. Semuannya akibat melihat berlakunya ketidakadilan dan penyelewengan yang nyata terhadap kes Anwar dan pentadbiran kerajaan UMNO BN secara keseluruhannya. Hingga kini terdapat banyak artikel tulisan CMK yang dipaparkan dalam banyak laman blog pro-reformasi mahu pun media arus perdana yang lain. CMK sudah melalui berbagai pengalaman pahit manis sepanjang karier ini. Malah, sudah terlalu banyak dugaan dan cabaran yang menghimpit perjuangan untuk membuat perubahan sebenarnya yang CMK tempohi. Semua ini menyebabkan CMK semakin berani untuk meneruskan agenda perubahan. Apa yang penting bagi CMK, perjuangan untuk memartabakan agama, bangsa dan negara tercinta ini harus diteruskan selagi hayat dikandung badan. Justeru itulah, CMK terpanggil untuk menyahut seruan rakan-rakan untuk menawarkan diri sebagai salah seorang calon Exco AMK Pusat dalam pemilihan kali ini. Semuanya juga dek kerna mahu melihat satu perubahan besar dapat dilakukan dalam memantapkan lagi hala tuju perjuangan anak muda itu sendiri. Selama ini CMK, tidak pernah serius untuk menawarkan diri dalam mana-mana jawatan baik diperingkat cabang, negeri malah pusat sekali pun. Ia kerana CMK melihat, semangat yang ada pada anak muda itu sudah memadai untuk mengharungi setiap cabaran untuk meneruskan agenda perubahan. Cuma suntikan baru amatlah diperlukan sekarang demi mengukuhkan lagi perjuangan ini.Memantapkan Peranan Media Baru Menjelang Pilihanraya
Kini, CMK merasakan sudah terpanggil untuk sama-sama membina kekuatan dalam mencipta kejayaan untuk melihat kebenaran dan keadilan tertegak di bumi tercinta ini. Justeru itulah, dengan rasa rendah diri CMK bersedia untuk menawarkan diri bagi mengisi salah satu jawatan penting dalam kepimpinan anak muda tidak lama lagi. Mungkin ramai yang terkejut dengan kenyataan ini, kerana melihat CMK lebih selesa berada di belakang tabir perjuangan itu sendiri. Namun, apalah erti perjuangan jika CMK gagal untu memainkan peranan dalam memberi harapan baru kepada gerakan anak muda di negara ini. Masa yang terlalu lama untuk CMK berjuang menerusi alam siber perlulah di manfaatkan sepenuhnya untuk memantapkan parti itu secara keseluruhannya. CMK melihat, masih ada ruang-ruang yang perlu diperbetulkan jika mahu melihat misi menawan Putrajaya itu membuangkan hasilnya dalam masa terdekat ini. Malah, selepas gelombang tsunami politik 2008 lalu sememangnya jelas membuktikan bahawa peranan media alternatif terutamanya blog berjaya meruntuhkan tembok kekuasaan UMNO Barisan Nasional itu sebenarnya.
Perang Siber, Melancarkan Misi "Satu Cabang Satu Blog"
Cuma, selepas pilihanraya umum lalu masih jelas dapat dilihat bahawa kecernaan terhadap media baru itu masih ditahap biasa, sedangkan pihak lawan terus menggembelingkan tenaga mereka untuk menjuarai apa yang dipanggil "perang siber". Mereka menyusun strategi dan tatacara yang sistematik untuk memastikan matlamat mereka tercapai. Mereka tahu bahawa jutaan pengundi muda yang majoritinya celik ICT akan menjadi penentu ke arah kejayaan dalam pilihanraya umum akan datang. Selaras dengan itulah, CMK amat berharap untuk dapat memberikan kerjasama sebaik mungkin atas segala kepakaran dan pengalaman yang ada, bagi membentuk satu "Team ICT Pakatan Rakyat" yang benar-benar digeruni oleh UMNO BN. Selama ini, sudah banyak kali CMK cuba untuk menyumbangkan buah fikiran dan tenaga ke arah itu. Namun, mungkin dek kerana keupayaan dan suara "dari luar" sukar untuk didengari apatah lagi diberi perhatian oleh kepimpinan sedia ada maka akhirnya hasrat tersebut terkubur begitu sahaja. CMK berhasrat untuk membantu anak muda keadilan agar benar-benar mantap dan bersedia untuk menyahut cabaran bagi menggalas tanggungjawab memperkukuhkan pemahaman tentang ICT dikalangan generasi muda hari ini. Misi utama CMK ialah untuk mewujudkan jaringan ICT yang meluas dikalangan anak muda diperingkat cabang mahu pun ranting-ranting di seluruh negara. CMK bersedia menggerakakkan kempen "Satu Cabang Satu Blog" agar ianya dapat memberi gambaran yang jelas tentang aktiviti dan perjuangan parti dari segenap sudut. Semua ini memerlukan komitmen, tenaga dan masa. Maka itulah, CMK perlu berada didalam saf kempimpinan untuk mengetuai agenda perubahan yang ingin dibawa bagi memantapkan perang siber itu.

Berita tangkapan CMK dalam akhbar Suara Keadilan pada tahun 2007

Laporan polis yang dibuat CMK tentang kes penyelewengan kerajaan
Pengalaman Pahit Manis Dalam Meniti Arus Perjuangan
CMK melihat, iklim politik di Malaysia hari ini sudah jauh berbeza di awal gerakan reformasi dulu. Malah perubahan minda rakyat juga telah mendorong kebenaran dan keadilan itu tertegak jua akhirnya. CMK amat terharu dengan perkembangan ini. CMK bukanlah seorang pejuang politik seperti rakan-rakan yang lain sebelum ini. Namun begitu, CMK rasa sekarang masa yang paling sesuai untuk membina keyakinan dan meneruskan agenda perubahan buat rakyat sebenarnya. Terlalu banyak kenangan CMK sejak terlibat dengan gerakan reformasi ini sebenarnya. Pancutan gas pemedih mata, semburan water canon, diburu seperti penjenayah, ditekan, diugut dan diancam dengan berbagai gertakan telah CMK terima. Namun kenangan paling pahit ialah ketika ditangkap oleh 8 orang anggota polis dalam satu serbuan pada 24 Disember 2007. Berita tersebut telah disiarkan dalam banyak laman blog. CMK dipukul, diugut dan diperlakukan sesuka hati oleh mereka dengan tangan yang bergari.
Manakala itu, kenangan manis CMK pula ialah ketika menjadi juruhebah Majlis Perkahwinan Nurul Izzah Anwar di Bukit Damansara dulu. Malah CMK juga telah terlibat dalam banyak acara yang melibatkan pimpinan tertinggi parti sama ada menjadi Juruhebah atau pun Pengacara Majlis sebelum ini. Dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu, CMK telah terpilih sebagai calon mewakili PKR untuk kerusi DUN Kemayan, Parlimen Bera. Hubungan CMK dengan ramai pemimpin politik baik pembangkang mahupun kerajaan agak rapat. Ini kerana ayahanda dan bonda CMK adalah merupakan antara pemimpin utama UMNO setempat sejak saya kecil lagi. Bahkan CMK juga sering mengendalikan majlis-majlis keramaian dan acara besar yang melibatkan pemimpin tertinggi negeri dan negara. CMK juga pernah menjadi penulis sambilan dibeberapa buah akhbar tabloid sebelum ini dan pernah terlibat dengan berbagai aktiviti kemasyarakatan yang lain.
Pengalaman Politik, NGO Dan Aktiviti Kemasyarakatan
Antara pengalaman tersebut ialah menjadi Ketua Penerangan AMK Pahang pada tahun 2009, Calon PKR DUN Kemayan dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. ,Sebelum itu CMK juga pernah menjadi Ketua AMK Cabang Paya Besar (2004). Semua itu CMK lakukan tanpa sebarang persediaan yang rapi sebenarnya. Mungkin ia lebih kepada desakan dan keperluan yang tidak sepatutnya ketika itu. Dalam kerajaan juga CMK ada terlibat dengan NGO seperti menjadi Pengarah Keahlian Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Pahang, AJK Biro Penerangan ABIM Pahang dan AJK Biro Penerbitan & Dokumentasi Majlis Belia Negeri Pahang. CMK menjadi Ketua Pengarang Majalah Belia Negeri Pahang ketika dilancarkan oleh Datuk Najib Razak di Bentong ketika itu. Disamping itu CMK juga pernah terlibat sebagai Juruhebah di RTM Pahang (95-99). Semasa di pusat pengajian tinggi CMK juga pernah terlibat sebagai Naib Yang Dipertua Pelajar ITM Perak (90-91) dan Presiden Kelab Perancang Bandar ITM Perak (1990). Malah CMK banyak terlibat dengan program-program kampus yang menjurus ke arah memperjuangkan nasib para pelajar ketika itu. CMK juga pernah menjadi Setiausaha UMNO Cawangan ketika berada di kampung (Felda Jengka 7, Maran) pada tahun 93 hingga 95. Malah diperingkat sekolah lagi CMK telah bergelar Ketua Pengarang Majalah Sekolah dan Asrama di Sekolah Menengah Jengka 2, Maran (88). CMK sebenarnya banyak terlibat dengan Pengurusan Acara bermula dari awal tahun 90an sehinggalah sekarang. Awal tahun 2010 lalu CMK telah mendapat liputan meluas dari media arus perdana termasuk TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya. Semuanya kerana CMK menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk yang membantah pencerobohan tanah tapak rizab surau di Indera Mahkota Kuantan. Terbaru, CMK mengetuai Suara Anak Pahang (SUAP) dan membuat laporan polis terhadap TV3 berkaitan kes Iklan Hari Raya Hina Islam.Kalah Menang Bukanlah Alasan Untuk Jadi Penghalang
Susulan kenyataan CMK ini, ramai juga sahabat yang mempertikaikan dan mahu CMK terus seperti biasa macam sekarang. Tapi bagi CMK, inilah masanya untuk CMK perkenalkan diri menerusi ruang politik kepada rakyat Malaysia. Sebelum ini, medium "blogger" yang lebih mengangkat nama CMK ke persada maya. Namun, sejak CMK mula berjinak-jinak dengan ceramah politik atas jemputan PAS di Pahang maka CMK merasakan sudah tiba masanya untuk naik ke pentas itu. Setakat ini, CMK mungkin tidak mempunyai proksi yang benar-benar tulin dan sebolehnya bukan itu matlamat CMK. Justeru itu CMK akan menyokong siapa sahaja yang dilantik sebagai Ketua AMK Pusat nanti. Malah, kerjasama tetap akan diteruskan dengan sesiapa sahaja. CMK juga tidak perlu untuk menjatuhkan sesiapa kerana setakat ini CMK tidak tahu apakah potensi yang ada atau sebaliknya. Jika kalah sekali pun CMK tetap seperti biasa dan akan meneruskan perjuangan menerusi wadah ini. Namun, besar harapan CMK untuk duduk sebaris dengan kepimpinan anak muda yang bakal menerajui pergerakan itu selepas ini. CMK mengharapkan sokongan semua pihak untuk membantu bagi merealisasikan hasrat ini. Cabaran yang lebih besar menanti di depan sana. Oleh itu perjuangan harus diteruskan biar apa jua sekali pun. Salam Perjuangan buat semua perwakilan AMK!
Panas: Iklan Raya TV3 Hina Islam, Laporan Polis Berjaya Dilakukan Semalam Dan Tindakan Saman Akan Menyusul Atas Kebiadapan Pihak Terbabit !
Tindakan Saman Terhadap TV3 Akan Menyusul
Beliau turut menambah bahawa semua mereka yang terlibat termasuk pihak pengurusan TV3 sendiri iaitu CEO Datuk Farid Ridzuan (foto) disiasat ata perkara yang amat memalukan ini. Ternyata usaha yang dilakukan adalah bertujuan bagi menyebarkan dakyah secara halus untuk memesongkan akidah umat Islam di negara ini. Biar pun kemaafan telah dibuat oleh pihak TV3, namun begitu kes yang cukup biadap ini perlulah diberi perhatian oleh pihak berkuasa demi kesucian agama Islam di negara ini. Jika pihak polis boleh bertegas dalam isu perkauman, maka isu agama Islam seperti ini perlu diberi keutamaan untuk mengelakkan ia berulang lagi pada masa depan. Beliau juga mahu supaya pihak polis menjalankan siasatan yang telus dan adil perlu dilakukan demi kepentingan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. Laporan ini dibuat untuk membolehkan kami menfailkan tindakan saman terhadap Pengarah Kreatif TV3 , Pengarah Urusan TV3, Media Prima Berhad dan Kementerian Penerangan. "Kes ini bukan satu isu yang main-main kerana ia jelas menunjukkan mereka sengaja berbuat demikian sebenarnya. Kenapa perlu tiga hari baru ambil tindakan untuk tarik balik iklan ?. Apakah tiada badan penapisan atau pihak yang bertanggung jawab di TV3 yang memantau perkara ini sebelum ia disiarkan?. Sepatutnya kecuaian ini tidak berlaku melainkan mereka memang mempunyai agenda terancang untuk memesongkan akidah umat Islam", tambah Shukri lagi.[Kami ucapkan syabas dan tahniah kepada Suara Anak Pahang (SUAP) atas keberanian mereka membuat tindakan dan bukan setakat berkata-kata semata-mata. Kemaafan yang dibuat oleh golongan munafik tidak wajar dianggap satu keinsafan. TV3 yang memohon maaf, tapi bagaimana dengan mereka yang tergamak membuat iklan tersebut? Apakah motif dan tujuan mereka sebenarnya?. Semoga ada peguam-peguam hebat akan bersama dengan SUAP untuk menfailkan tindakan saman tersebut. Manusia amat marah jika maruah mereka tercalar dan sanggup buat tindakan saman, seperti yang berlaku sebelum ini. Nah, sekarang agama Islam tercabar, apakah cukup dengan tindakan maaf?. Agenda jahat mereka perlulah dibongkarkan agar rakyat tahu kini TV3 sudah menjadi satu saluran propaganda Yahudi untuk merosakkan akidah umat Islam di negara ini. Makanya, tindakan saman wajar dilakukan selepas segala bukti berkaitan telah berjaya dikumpul oleh pihak yang berkenaan. pahangdaily].












