BLOG INI SEDANG DIKEMASKINI | TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE SINI | SOKONGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI | SILA DATANG LAGI
@ybterjah2

Edisi Terjah 27 Dis, Bandar Ikan Patin Pula Di Tenggalami Air !


Edisi Terjah Banjir NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) diteruskan lagi semalam, dengan menerjah ke lokasi seterusnya di Temerloh "Bandar Ikan Patin". Kami bertolak dari Kuantan melalui Plaza Tol LPT Kuantan di Bukit Goh. Perjalanan terhenti setiba di exit Plaza Tol Maran. Trafik sesak apabila pihak polis memaklumkan jalan ditutup kerana air banjir di LPT Temerloh. Aliran trafik begitu perlahan kerana banyak kenderaan terpaksa melalui Maran untuk ke Kuala Lumpur akibat masalah terbabit. 

Kami membuat pusingan U berhampiran Plaza Tol Maran  dan meneruskan perjalanan ke Temerloh seperti biasa. Walau pun engkar arahan, namun niat kami ialah untuk mendapatkan gambar-gambar banjir secara dekat dari lokasi. Kami berjaya melepasi exit Plaza Tol Chenor dan kemudian meneruskan perjalanan ke R&R Temerloh untuk solat dan makan. Selepas itu kami teruskan perjalanan dan ternyata air Sungai Pahang naik tinggi dan sungguh membimbangkan. 


[4.30 PM] - Laluan LPT Dr Ktn Ke KL Di Tutup Kpd Lalu Lintas. Semua Kenderaan Di Lencongkan Ke Maran Menyebabkan Kesesakan Yg Luar Biasa. Di Fahamkan Banjir Berlaku Di LPT Temerloh Dan Hanya Kenderaan Ringan Di Benarkan Lalu. Pihak Polis Memantau Di Simpang Ke Plaza Tol Maran. Sila Berhati2. ‪#‎cmknews‬


[5.11 PM] ~ Kami Berjaya Melepas Plaza Tol Maran Ke Chenor, Selepas Membuat U-Turn Sebelum Bayar TOL. Niat Kami Nak Dptkan Gambar Dr Lokasi Banjir. Ternyata Banjir Di LPT Maran - LPT Chenor Sudah Surut. Kami Skrg Rehat Di R&R Temerloh. ‪#‎cmknews‬


[5.20 PM] ~ Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Dr Maran Ke Chenor Lengang Tiada Kenderaa Yg Lalu. Hanya Krew Kami Yg Bergerak Utk Memantau Banjir, Bg Memberi Maklumat Terkini Kpd Shbt2. Ternyata Dr Maran Ke Chenor Sudah Boleh Di Lalui.. Banjir Sudah Surut. ‪#‎cmknews‬


 [6.45 PM] ~ Laluan Di Simpang Plaza Tol Temerloh Sudah Di Naiki Air & Bahaya Kpd Kenderaan Ringan. Mmg Tak Boleh Di Lalui Dr Kedua2 Arah Skrg. ‪#‎cmknews‬



[6.50 PM] ~ Situasi Di LPT kat Simpang Plaza Tol Temerloh Skrg Agak Tragis, Bila Ada Yg Sanggup Meredah Banjir Utk Balik Kampung. Air Banjir Sanggup Di Redah. Semua Kenderaan Ringgan Di Halang Melalui Jalan Ini. Amat Berbahaya. ‪#‎cmknews‬


[7.01 PM] ~ Beberapa Buah Bas Ekspress Terpaksa Meredah Air Akibat Banjir Di Simpang Plaza Tol Temerloh. ‪#‎cmknews‬


Ini Foto Banjir Di Felda Sungai Nerek, Keluar Tol Chenor Masuk Kiri Utk Ke Pekan Awah /Temerloh Mmg Sudah Tak Lepas. Rakaman Petang Tadi Dr Lokasi. ‪#‎cmknews‬


Kami sempat merakamkan gambar di atas jambatan dan kemudian teruskan perjalanan untuk keluar melalui Plaza Tol Temerloh.




 Malahnya, di KM126 simpang masuk ke Plaza Tol Temerloh, sudah tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan akibat dinaiki air lebih 300 meter. Demikianlah serba sedikit rentetan perjalanan kami untuk tatapan pembaca budiman. Video sila tengok di bawah:-

Read more »

Edisi Terjah Banjir 26 Dis, Krew Angkara Bertandang Ke Pekan


Susulan laporan air mula naik di kawasan Pekan, maka malam tadi krew Angkara telah bergegas ke Bandar DiRaja itu bagi memantau situasi di sana. Ternyata para air Sungai Pahang mula naik mendadak dan sudah mencecah jambatan. Terdapat kawasan penempatan terutamanya kampung-kampung tradisional yang sudah mula dinaiki air. 

TERKINI [8.17 PM] ~ Krew Angkara Berada Di Kg. Sawah , Simpang Lamir, Pekan. Air Sedang Naik Skrg. Hujan Masih Turun. ‪#‎cmknews‬


TERKINI [8.44 PM] ~ Kami Tiba Di Jambatan Sultan Abu Bakar, Pekan. Air Sungai Naik Skrg. Hujan Masih Turun. Situasi Di Pekan Bandar DiRaja Masih Terkawal. ‪#‎cmknews‬


TERKINI [9.48 PM] ~ Kami Berada Di PEKAN RIVER FRONT Depan Petronas. Keadaan Air Stabil, Air Yg Naik Smlm Hinga Ke Maybank Dan Perpustakaan Pekan Sudah Surut. Keadaan Terkawal. ‪#‎cmknews‬


Sebelum Tinggalkan Pekan Tadi, Terjah Sekali Lagi Air Sungai Pahang Di Jambatan Sultan Abu Bakar. Air Masih Bertahan Skrg. Hujan Renyai2 Dah Berhenti. ‪#‎cmknews‬


Kami berada di Pekan sehinggan jam 10.30 malam bergegas balik ke Kuantan untuk meninjau masalah bekalan elektrik yang terputus di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan Kampung Padang. Alhamdulillah setiba kami di SK Kg.Padang tiba-tiba bekalan elektrik pulih semula selepas makumat berkenaan disebarkan menerusi media sosial kepada pihak-pihak yang berkenaan.

BLACKOUT ~ Krew Angkara Baru Tiba Di Penempatan Banjir SK Kg.Padang Yg Bergelap. Alhamdulillah, Kami Sampai Jer Api Terus MENYALA... Tkasih TNB... Laporan Cepat Dan Pantas. ‪#‎cmknews‬


TERBAIK ~ Layanan Mesra Dari Petugas2 Di Pusat Penempatan Banjir SK Kg.Padang. Siap Boleh Mengeteh Lagi. Letrik Pun Dah OK. Tkasih Shbt2 Semua Tok JanggutAlbakri SalimKhairul Yope


Sementara itu di sebelah petangnya kami sempat menerjah Pusat Pemindahan Banjir JPD di Kemunting dan Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di Taman Tas. Ikuti rentetan perjalanan kami semalam.

EDISI TERJAH BANJIR ~ Bergambar Bersama Petugas NGO Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dalam Edisi Terjah Pusat Penempatan Banjir Di JPS Tanah Putih. ‪#‎cmknews‬


TERBAIK ~ Shbt Lama Masa Di Bandar Jengka Dulu, Sdr Kama (MElan Storm River) .. Petugas Banjir Di Pusat Pemindahan JPS, Kemunting Yg Banyak Membantu Kebajikan Mangsa2 Di Situ. Selamat Bertugas Shbt2 Di Sana. Sempat Bertemu Dato' Hamid Nazahar Di Situ Tadi. Rakyat Di Dahulukan. #cmknews



ZIARAH BANJIR ~ Pusat Pemindahan SMK Pandan, Taman Tas. Sempat Berbual Dgn Bro Azmi CHEF Masakan. Kat Sini Ada Bantuan Dr ATM. Khabarnya Mlm Ni Ada Tahlil Dan Doa Selamat Di Surau Mlm Ini Yg Akan Di Hadiri Oleh ADUN Panching, YB Dato Mohd Zaili. Apapun Syabas Dan Tahniah, Laporan Di Terima Urusan Di Sini Amat Memuaskan. Sikit2 Masalah Biasalah. Selamat Bertugas Semua. ‪#‎cmknews‬


BANJIR KUANTAN ~ Kat Lain Nampak Dah OK Sikit.. Tp Kat Kg.Chendering, Permatang Badak Masih Ada Air Atas Jalanraya. Sempat Singgah Selepas Terjah Bersama Krew Angkara Di Pusat Pemindahan Banjir SMK Pandan Ptg Tadi. ‪#‎cmknews‬


Demikianah perjaanan edisi terjah banjir kami pada 26 Disember 2014. Perjalanan seterusnya menyusul. #cmkterjah

Read more »

Kerajaan Wajar Sediakan Khemah Di Pusat Pemindahan Banjir


Setahun yang lalu, ketika banjir 2013 melanda ada ura-ura mahu menyediakan khemah kepada keluarga banjir di pusat-pusat pemindahan banjir di negeri ini. Namun, perkara ini nampaknya belum terlaksana walau pun menteri berkenaan mengatakan pengurusan banjir di Malaysia adalah yang terbaik.

Wakil kami sempat menerjah ke lokasi yang berkenaan semalam, dan mendapati ternyata ketiadaan khemah amat menyukarkan mangsa terutamanya yang beragama Islam.

Keadaan bercampur lelaki perempuan menyebabkan mereka merasa tidak selesa, apatah lagi ketika mahu bersolat, tidor dan kepada yang mahu menyusukan bayi masing-masing.

Maka, sebagai sebuah negara yang Islam agama rasminya perkara ini perlulah diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan. Keselesaan mangsa untuk beribadah dan sebagainya juga perlu dijaga, bukan sekadar makan minum serta kebajikan lain semata-mata.

Kami ucpakan syabas dan tahniah jika perkara ini dapat dilaksanakan. Segala yang baik itu pastinya akan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.

Mohd Shukri Mohd Ramli
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]

Read more »

Edisi Terjah Banjir 25 Dis, Krew Angkara Redah Air Naik Truck


Edisi Terjah Banjir Krew Angkara malam tadi agak lewat memandangkan ramai yang tidak berapa sihat terkena hujan malam semalam. Apapun, perjalanan kami malam tadi lebih mendebarkan kerana beberapa kali terpaksa mengharungi air banjir yang melimpah di atas jalanraya. Edisi bermula di Tanah Putih kemudian ke Taman Seri Inderapura. Sempat singgah santai di rumah salah seorang penduduk yang sedang bersiap sedia dan berjaga-jaga menghadapi banjir di sana. Perjalanan paling menakutkan ketika terjah banjir di Perkampungan Taman Cenderawasih. Kami mengharungi air ke dalama kawasan taman perumahan terbabit sekitar jam 5.00 pagi tadi. Sungguh menakutkan ketika tiba di kawasan Masjid Syaidina Umar Al-Khatab, air begitu dalam dan kami terpaksa berpatah balik demi kesalamatan. Apapun, ikuti rentetan perjalanan kami bermula malam tadi dan pagi ini. 



TERKINI [2.57 AM] ~ Air Mula Naik Di Jalan Tanah Putih, Berhadapan Tanah Putih Baru Hingga Ke Batu 3. Longkang Besar Pembahagi Jalan Kini Sudah Di Penuhi Air. Skrg Masih Naik Lagi Dgn Pantas. ‪#‎cnknews‬



TERKINI [3.00 AM] ~Bersama Shbt3 Team TRUCK Di Jalan Tanah Putih, Air Sedang Naik Skrg ‪#‎cmknews‬



TERKINI [3.02 AM] ~ Laluan Di Depan KIPSAS ke Pekan Sudah Boleh Di Lalui. Air Surut Di Kedua2 Belah Jalan. # cmknews



TERKINI [3.12 AM] ~ Banjir Kuantan; Krew Angkara Sudah Memasuki Taman Seri Inderapura Skrg. Air Sedang Memenuhi Jalan Utama. Nampaknya Air Naik Agak Laju. Orang Ramai Sedang Bersiap2 Utk Berpindah Skrg. ‪#‎cmknews‬



TERKINI [4.56 AM] ~ Laluan Depan KIPSAS Dr Arah Pekan Ke Kuantan, Air Masih Melimpahi Atas Jalan. Jalab Masih Di Tutup Utk Kenderaan Kecil.‪#‎cmknews‬



TERKINI [5.06 AM ] ~ Air Bertahan Di Kg.Belukar, Batu 3 1/2. Ramai Penduduk Sudah Berpindah. ‪#‎cmknews‬



TERKINI [5.25 AM] ~ Jalan Pintasan Dr Tamah Putih Ke Bukit Setongkol Tidak Boleh Di Lalui Oleh Kenderaan Ringan. Hati2. ‪#‎cmknews‬



TERKINI [5.30 AM] ~ Krew Angkara Berjaya Terjah Masuk Ke Kawasan Perumahan Cenderawasih. Situasi Sungguh Tragis. Gelap Gulita... Perjalanan Berbahaya. ‪#‎cmknews‬



TERKINI [5.34 AM ] ~ Perjalanan Kami Terhenti Di Masjid Syaidina Umar Al-Khatab, Taman Cenderawasih Akibat Air Terlalu Dalam Dan Cukup Berbahaya. Terpaksa Berpatah Balik Keluar Demi Keselamatan. ‪#‎cmknews‬



TERKINI [5.41 AM] ~ Edisi Terjah Banjir Kami Berakhir Di Depan Surau Putih, Cenderawasih. Selamat Semua Dr Krew Angkara. ‪#‎cmknews‬



TERKINI [5.58 AM] ~ Destinasi Terakhir Banjir Di Jalan Bukit Setongkol Ke Kg.Tiram. Bahaya Untuk Kenderaan Ringan. #cmknews




TERKINI [6.01 PM] ~ Banjir Di Jalan ByPass Dr Bukit Setongkol Ke Kg.Tiram. Kenderaan Ringan Tidak Di Galakkan Melalui Jalan Ini. ‪#‎cmknews‬



TERKINI [6.04 AM] ~ Bertemu Budak2 Sedang Asyik Menangkap LINTAH BANJIR.. Mmg Banyak Atas Jalan. Tak Tido Dia Org Ni.. Sama Mcm Angkara. ‪#‎cmknews‬

Read more »