This is default featured post 1 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured post 2 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured post 3 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured post 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured post 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
Ikhtibar Kes Lemas Di Tapak Bekas Lombong Bauksit, Semua Pihak Kena Cakna Demi Rakyat !
Isu Langgar Lembu, NGO Bongkar Banyak Lokasi Pagar Bocor Di LPT !
Mengejutkan, bila terdapat masalah kealpaan dan kecuaian yang telah dikenalpasti hingga menyebabkan binatang seperti harimau, babi, kerbau dan lembu berkeliaran di kawasan lebuhraya.
Penyelaras NGO Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli, 45, dalam satu kenyataan di blog www.angkaraterjah.blogspot.my berkata isu pagar-pagar yang tidak selamat dan mengancam nyawa pengguna leburaya bukanlah mainan semata, malah terdapat bukti-bukti kukuh tentang kegagalan pihak konsesi lebuhraya menjalankan tanggungjawab sosial mereka untuk memperbetulkan keadaan, biar pun mereka tahu banyak nyawa melayang akibat kemalangan langgar lembu sejak beberapa tahun lalu.
"Kami telah menerjah ke beberapa lokasi termasuk di KM339.2 Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) laluan Paka ke Kuala Terengganu dan melihat sendiri situasi sebenar yang berlaku. Memang jelas pagar-pagar rosak dan berlubang akibat dibolosi binatang kini sudah tidak selamat lagi untuk digunakan", katanya.
"Antara faktor utama ialah kualiti pagar yang sudah tidak sesuai, pokok-pokok renek menutupi pagar hingga menjadi tempat lembu mencari makanan malah simen konkrit juga tidak digunakan antara pagar dengan tanah, agar kedudukan pagar jadi kukuh dan sukar ditembusi oleh mana-mana binatang".
"Malah saya melihat sendiri ada pintu pagar yang tidak ditutup hingga menjadi laluan keluar masuk binatang. Paling menyediahkan ada lokasi terdapat kandang lembu betul-betul berada di tepi lebuhraya laluan Paka-Kuala Dungun. Sebab tulah banyak lembu masuk ke kawasan lebuhraya dengan sewenang-wenangnya", dakwa Shukri.
Beliau turut menyaksiakan sendiri truck LPT2 mengejar lembu-lembu yang memasuki lebuhraya. "Kadang jadi lucu pula, petugas LPT2 terpaksa kejar lembu, mujur hari siang.. kalau malam macam mana.. Paling haru bila lembu lompat ke laluan sebelah, sedangkan truck LPT2 berada dilaluan sebelah lagi.. ini boleh membahayakan nyawa orang awam", kata beliau lagi.
"Memang benar pihak LPT meletakkan papan tanda awas lembu yang tertulis hati-hati memandu untuk makluman kepada pengguna lebuhraya, namun itu bukanlah jalan penyelesaian terbaik kerana ia langsung tidak efektif pada masa ini. Pihak konsesi wajar mengeluarkan kos untuk membina pagar baharu yang lebih kukuh dan berkualiti demi keselamatan pengguna".
"Jangan sayang duit, kutip tol dan untung juta-juta... buat penambahbaikan demi nyawa orang awam.. itulah tindakan yang wajib dilakukan oleh konsesi lebuhraya.. bukan sahaja di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), malahan lebuhraya lain di seluruh negara... Itu baru betul.. kos pasang papantanda gambar lembu murah dan tak berbaloi...sedangkan lembu dan binatang lain terus memasuki kawasan lebuhraya dengan sewenangnya", tambah beliau.
Blogger Gesa Parti Pembangkang 'Kembali Bersatu' Untuk Menang PRU14 !
KUANTAN: Parti-parti pembangkang terbesar di negara ini seperti Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) perlu bersatu kembali, jika mahu melangkah setapak lagi ke Putrajaya. Itulah harapan rakyat untuk meihat perubahan tampuk pemerintahan selepas pilihnaraya umum ke-13 tidak lama lagi. Jika terus bertelagah sesama sendiri akhirnya "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".
Demikian ditegaskan oleh Blogger Cucumatkilau AKA Mohd Shukri Mohd Ramli, 45, hari ini. Beliau yang pernah bertanding atas tiket PKR (2008) dan Bebas (2013) berkata, kecelaruan politik antara pakatan pembangkang amatlah merugikan rakyat marhaen secara keseluruhannya. Mana mungkin mereka perlu buat tiga pilihan untuk masa depan anak-anak dan generasi mereka. Seboleh-bolehnya, pertembungan tiga penjuru perlu dielakkan demi kelangsungan perjuangan yang sudah sekian lama membara itu.
Shukri mendakwa, selepas sekian lama berjuang akhirnya pakatan pembangkang utama negara berpecah belah dikala misi mereka sudah hampir tercapai. Pakatan pembangkang membentuk gabungan mantap bermula dengan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) sekitar tahun 1990 hingga 1996.
Selepas itu wujud pula gabungan baru Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat-Parti Tindakan Demokratik-Parti Islam Se-Malaysia (PKR-DAP-PAS) bermula sekitar tahun 2008. Namun ia berkubur selepas krisis PAS-DAP pada tahun 2015.
Sementara itu PAS pula membentuk gabungan pembangkang baharu yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera yang terdiri daripada PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) untuk bertembung tiga penjuru pada PRU14 tidak lama lagi.
"Jika nak menang, kena kembali duduk semeja dan sedia untuk satu lawan satu... saya tak nampak jalan bila berlaku pertembungan tiga penjuru pembangkang akan menang.... hatta di kerusi tradisi masing-masing. Pengundi majoriti ialah yang tidak berparti iaitu pengundi atas pagar.. mereka melihat apa yang berlaku ini.. saya bimbang akhirnya mereka tidak mahu keluar mengundi.
"Apa yang berlaku di Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sabak Bernam pada 2016, haruslah dijadikan ikhtibar. Maka itu, lupakan sengketa.. kembalilah duduk semeja demi rakyat marhaen. Buanglah sikap ego masing-masing.. Jangan berbangga dengan pertembungan tiga penjuru yang pastinya akan menjerumus ke lembah kehancuran. Tolak ketepi dulu perbezaan, fikirkan soal rakyat yang mahukan perubahan... Apa guna mereka turun mengundi jika perubahan yang diharap semakin jauh untuk digapai", tambah beliau lagi dengan nada yang kecewa. Lagi kenyataan panas beliau di www.cucumatkilau.blogspot.my #sumber
"Pondok An-Nur" Terbakar Malam Tadi, 113 Pelajar Tinggal Sehelai Sepinggang
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang memaklumkan mereka mendapat panggilan berhubung kejadian itu jam 8.20 malam. Empat jentera dengan kekuatan 24 anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian dan sebaik tiba kita mendapati api sudah marak dan memusnahkan hampir keseluruhan bangunan asrama itu.
Pusat Pendidikan Islam An-Nuur lebih dikenali dengan nama Pondok An-Nur berdiri megah di atas tanah seluas 4.5 ekar di Kampung Penor sejak tahun 1994.. Pondok ini diasaskan oleh Ustaz Mokhtar Senik yang juga merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang. Pengambilan pelajar serta pengajian sulung pada di pondok ini bermula pada tahun 1996.
Aliran pengajian yang disediakan di Pusat Pendidikan Islam An-Nuur ialah pengajian pondok tradisional sehingga 4 Senawi atau 6 Tahun. Juga menyediakan Aliran Tahfiz (30 juzuk), Aliran Akademik (PMR dan SPM), Aliran Prasekolah (An-Nuur Islamic PreSchool – ANIS) dan Kolej Islam An-Nuur (KIAN) yang dalam pembangunan.
Sementara itu, anakanda kepada Pemangku Raja Pahang, YM Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah telah hadir ke lokasi sekitar jam 10.30 malam.
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengagihkan kain pelikat, alas tidor, bantal, selimut dan tuala kepada pelajar-pelajar berkenaan. Turut hadir ke lokasi malam tadi ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Dato’ Shafik Fauzan Sharif, Pegawai Daerah Kuantan, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Ketua Polis Kuantan.
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan bagi mengurangkan bebanan mangsa terbabit boleh salurkannya ke akaun Bank Islam (0601 9010 0218 680) dan Maybank (5560 1101 8085) atas nama Pondok An-Nur.
Lokman-Ezam: "Sejarah Yang Hilang", Dari Sebalik Tirai Perjuangan Blogger Cucumatkilau (2003-2004)
Pertama kali, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada sahabat Datuk Lokman Noor Adam dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Strategik di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 8 Disember 2016. Saya tidak hairan dengan kedudukan Lokman sekarang, kerana beliau sememangnya sesuai untuk jawatan tersebut memandangkan dia telah melaksanakan tugasnya dengan baik untuk membantu kerajaan UMNO BN pimpinan Najib selama ini.
Lokman dilantik sebagai Pengarah setelah melepaskan jawatannya sebagai Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dijawatnya selama enam tahun enam bulan. Cuma saya terpanggil untuk pengkisahan semula sejarah dari sebelaik tirai perjuangan "Lokman-Ezam" yang pernah saya lalui bersama mereka sekitar tahun 2003-2004 dulu.
Maka tidak hairan bila Najib mengangkat Lokman ke jawatan baharunya di Kementerian Kewangan. Diketika kedudukan Lokman semakin selesa, situasi yang berbeza pula berlaku kepada Ezam. Ketika Ezam sertai UMNO dulu, saya melihat masa depan politik beliau pasti akan bersinar. Namun, sebaliknya pula yang berlaku. Mungkin kerana Ezam masuk UMNO pada zaman Pak Lah jadi PM, dan masa depan beliau semakin kelam selepas Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Apa yang berlaku kepada Ezam amat "tragis" jika dibandingkan dengan Lokman Noor Adam. Sebagai sahabat yang sama-sama berjuang dalam Keadilan satu ketika dulu saya merasa terpanggil untuk membicarakan kisah belakang tabir kedua-dua individu ini.
Tambahan pula, saya melalui saat-saat getir ketika bersama Ezam dan Lokman suatu ketika dulu. Cuma bezanya, saya tidak bersama Keadilan dan tidak sertai mana-mana parti atau agensi seperti kedua-dua pemimpin terbabit. Malah, saya hanyalah pejuang kerdil yang lebih banyak berada di belakang tabir politik negara selama ini.
Saya masih ingat ketika perbalahan beliau dengan Lokman Noor Adam "sumpah Lokman" di Masjid Negara (foto) pada 19 Feb 2004 dulu?
Dalam sumpahnya sambil junjung Quran Lokman mendakwa bahawa cerita Ezam ambil duit RM 1 Juta Estrada (Presiden Filipina), sumbangan Ketua Pemuda Terengganu sebanyak RM 300,000 adalah benar. Beliau sedia dilaknat Allah s.w.t. jika dakwaannya tidak benar. Lokman cabar Ezam untuk lafaz sumpah junjung Quran ditempat yang sama pada 21 Feb 2004 tepat jam 11.00 pagi untuk menafikan dakwaannya itu. Beliau bersumpah selepas dipecat dari menjadi ahli Keadilan atas tuduhan membuat tuduhan liar tanpa bukti, memujuk orang untuk masuk UMNO dan memburukkan nama Keadilan di media massa.Lokman dipecat daripada Parti Keadilan Nasional (PKN) gara-gara pengaruh Ezam dalam Keadilan ketika itu. Ketika inilah hubungan rapat saya dengan Lokman bermula. Beliau telah menghubungi saya untuk mengadakan pertemuan di Kuantan.
Saya mahu Ezam beri penjelasan adakah ia benar atau sekadar fitnah semata-mata. Namun Ezam gagal memberikan jawapan yang meyakinkan. Ketika itu nama saya naik sebagai calon PKN di DUN Lepar dan Wan Jusoh pula Parlimen Paya Besar.
Wan Jusoh Wan Kolok meninggal dunia semasa mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah pada 11 Dismber 2016 baru-baru ini. Al-Fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal solehKami bersimpati terhadap Lokman Nor Adam dan berpihak kepada beliau, hingga membawa kepada pembubaran Parti Keadilan Nasional (PKN) Bahagian Paya Besar. Semuanya angkara tindakan Ezam yang membawa usul kami berpihak kepada Lokman Noor Adam, lantara nama saya dan Wan Jusoh ditukarkan kepada Shaari Sungib bagi kerusi Parlimen Paya Besar. Artikel berkenaan isu tersebut telah diviralkan pada 13 Mac 2004.
Kekuatan saya untuk membela Lokman Noor Adam ketika ini ialah kerana saya melihat perwatakan beliau lebih "mulia" dari Ezam. Lokman saya kenal sejak kami sama-sama belajar di Institut Teknologi Mara, Cawangan Perak (Bandar Seri Manjung, Sitiawan). Saya mengambil jurusan Perancangan Bandar dan beliau Sains Kesetiausahaan (SS10).
Ketika itu bahang Pilihanraya Umum Ke-11 kian terasa, kerana parlimen bila-bila masa saja akan dibubarkan. Semangat untuk melawan semakin membara, tambahan pula Lokman, saya dan beberapa orang pimpinan Keadilan Paya Besar telah dituduh pengkhianat oleh parti sendiri. Lokman banyak mengajar saya erti perjuangan, walau pun dari segi usia saya lebih tua dari beliau.
Dalam pertemuan dengan MB Pahang, Lokman menerangkan beberapa perkara dan dokumen penting termasuk video untuk diterbitkan bagi menolak sokongan rakyat terhadap Keadilan. Akibat kelewatan dan kesibukan tugas, MB Pahang lambat memberikan kerjasama terbaik kepada Lokman dan saya diarahkan membuat pertemuan pula dengan Timbalan Perdana Menteri (ketika itu), Dato' Sri Najib Tun Razak di Pekan.
Allahyarham Abdul Manaf, 74, meninggal dunia di kediaman anaknya di Bandar Baru Bangi kira-kira 6.30 pagi 9 Ogos 2016 kerana sakit tua. Jenazah dikebumikan di Kampung Mengkasar, Pekan. Al-Fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal solehPertemuan tidak rasmi antara Dato' Sri Najib dengan Lokman Nor Adam itu turut dihadiri oleh Allahyarham Wan Jusoh Wan Kolok (Ketua Bahagian) dan Ariffin Ismail (Setiausaha). Keadaan sangat genting ketika itu kerana Ezam dilaporkan akan menentang Najib di Parlimen Pekan. Pada pertemuan tersebut, Lokman telah berjaya meyakinkan Najib bahawa kami akan membantu beliau di Pekan.
Saya turut berada di dalam bilik sulit ketika pertemuan. Najib mendengar dengan tenang apa yang Lokman sampaikan tentang Ezam. Hasilnya, Ezam gagal lawan Najib di Pekan ketika itu.
Sebelum beredar kami sempat disajikan dengan sarapan pagi "Nasi Lemak Zaman" selepas pertemuan tersebut. Turut bersama ialah isteri PM ketika itu, Datin Sri Rosmah Mansor.
Pertemuan sekitar 45 minit itulah menjadi asas kejayaan Lokman Nor Adam pada hari ini. Saya masih ingat Najib ada memberi kata dua supaya kami sama-sama bertemu beliau di Putrajaya selepas pilihanraya umum ke-11. Lokman bernasib baik kerana laluan politiknya kembali bersinar selepas tenggelam gara-gara dipecat oleh Keadilan.
Saya juga sempat membawa Lokman keliling bandar Pekan bersama ADC Musa Safri (Polis Pengiring Najib) di dalam kenderaan yang saya pandu sendiri. Saya mendengar apa saja perbualan mereka namun tidak menyampuk bagi menghormati Lokman.
Saya sempat bertemu Lokman di Shah Alam selepas pertemuan dengan Najib itu. Pertemuan diatur dalam usaha untuk berjumpa dengan Najib di Putrajaya. Selepas itu hubungan saya dengan Lokman terus terpisah, hinggalah pada tahun 2008 iaitu ketika kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Saya terkejut melihat Lokman duduk sepentas dengan Ezam. Ketika itu calon Keadilan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, selepas isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail melepaskan jawatan Ahli Parlimen.
Ezam berceramah sepentas dengan Lokman, sambil saya hanya melihat dari jauh. Saya juga dengar Ezam sertai UMNO, dilantik jadi Senator dan kemudian menjadi Pengarah Strategi Komunikasi Kementerian Kewangan. Begitu juga Lokman Noor Adam, saya melihat beliau kembali kepada UMNO.
Asalnya dia sendiri tidak pernah meluahkan hasrat untuk kembali kepada UMNO. Jika ada pun dia mengajak saya masuk UMNO di Johor Bahru, kerana Ketua Bahagian Datuk Shahrir Samad sendiri pun pernah khianat kepada UMNO dengan menyertai Semangat 46 dulu. Maka tiada isu jika masuk UMNO di sana. Namun, saya tidak bersama Lokman dan dengar dia cemerlang dalam UMNO sekarang.
Saya hanya tumpang berbangga. Nukilan ini bukanlah untuk mengungkit, tapi sekadar mengingatkan sahabat bahawa ada orang lain yang turut membantu menaikkan semula karier politik beliau. Jika tidak kerana "sejarah" ini, pasti nama Lokman Noor Adam pasti akan hilang dari lipatan kenangan selepas dipecat dari Keadilan pada 2004.
Kemasukan saya semula ke dalam PKR atas sokongan Fuziah Salleh, Ketua Keadilan Kuantan. Ramai pimpinan Bahagian Kuantan tidak setuju dengan kemasukan semula saya ke dalam Keadilan, mungkin kerana saya pernah khianat dan meninggalkan parti pada 2004. Pada PRU12 itu, saya tewas di kerusi DUN Kemayan dan kemudian bergerak sebagai Ketua Penerangan AMK Keadilan Negeri Pahang hingga bulan Ogos 2008.
Dan ketika ini Ezam Mohamad Nor dan Datuk Lokman Noor Adam berada di puncak, saya pula terus dipinggirkan dari arus perjuangan. Apapun saya masih meneruskan perjuangan rakyat dengan platform sendiri iaitu bersama NGO, Angkatan Pembela Rakyat (Angkara).
Saya tidak menolak kemungkinan untuk bersama parti politik semula pada masa akan datang, tapi apa yang saya mahu perkatakan ialah, beginilah "resam politik", hari ini mereka kawan dan esok jadi lawan kemudian jadi kawan balik. Saya membela Lokman sebab lawan Ezam, akhirnya mereka bersama dan kini menjadi musuh politik semula. Sedangkan saya terus begini dan begini dari sebalik tabir perjuangan. Salam perjuangan leluhur buat sahabat semua.
BLOGGER CUCUMATKILAU
www.cucumatkilau.blogspot.my






















































