SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Kerajaan Baharu, Sekitar Edisi Terjah CMK Ke Istana Negara Dan Sheraton Hotel !


Seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada isu kerajaan baharu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Bermula dengan 'khabar angin' dan 'cakap kedai kopi', kini ia menjadi kejutan yang tidak dijangkan oleh semua pihak.


Saya berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja sebenarnya hari ini. Namun selepas menerima mesej daripada sahabat seperjuangan yang mendakwa ada berita panas dan menggemparkan akan berlaku hari ini, maka saya gagahkan diri untuk menerjah ke lokasi yang dinyatakan.

Sekitar jam 6.45 saya ke Istana Negara kerana dikhabarkan pimpinan tertinggi parti yang akan membentuk kerajaan iaitu dari Bersatu, UMNO, PAS, PKR, WARISAN (Sabah) dan GPS (Sarawak) mengadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. 

Mereka dikatakan mahu menzahirkan sokongan untuk pembentukan kerajaan baharru bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Ternyata kehadiran saya ke Istana Negara tidak meleset sama sekali. Ramai wartawan media telah menunggu di pintu pagar Istana Negara untuk melaporkan situasi terkini.


Beberapa ketika kelihatan kenderaaan yang membawa para pemimpin parti terbabit dilihat meninggalkan Istana Negara. Mereka dijadualkan mengadakan pertemuan pula di Hotel Sheraton, Petaling Jaya malam ini.


Saya bergegas ke hotel terbabit sekitar jam 10.25 malam. Kelihatan ramai penyokong UMNO, BERSATU dan PAS sudah menunggu di lobi sejak awal lagi. Begitu juga dengan para wartawan media yang dilaporkan sudah berada di situ sejak petang lagi. 


Namun, penantian semua pihak berakhir dengan kehampaan apabila dimaklumkan tiada sidang media dan pemimpin parti terbabit hanya bertemu dalam satu jamuan khas yang diadakan di lokasi tersebut. 

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dipercayai tidak hadir. Namun pimpinan lain seperti Datuk Zahid Hamidi  (UMNO), Tan Sri Muhyiddin Yassin (BERSATU), Datuk Seri Azmin Ali (PKR), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS), Datuk Seri Shafie Aphdal (Warisan) dan lain-lain pimpinan parti masing-masing dilihat hadir.
Selepas mendapat perkhabaran tiada sidang media (PC) saya meninggalkan lokasi sekitar jam 11.05 malam. Saya sempat membuat live FB di kedua-dua lokasi terbabit untuk tatapan semua sahabat yang tidak dapat bersama. 


Apapun, sama-sama kita nantikan adengan seterusnya perkembangan terhangat politik negara ini. Saya juga sempat bertemu dengan beberapa orang rakan politik yang turut hadir. Salam perjuangan untuk semua. #CMK

0 Komen Artikel Ini: