SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Ceroboh Tanah Tanam Musang King Di Sungai Lembing, Tapi 'Kayu Balak' Siapa Yang Sapu?

 

Selepas isu pembalakan di Maran, saya akan ulas pula isu di Sungai Lembing. Maran dengan Sungai Lembing tak jauh beza. Tahniah buat pejabat hutan kerana buat tindakan.

Tapi saya ada beberapa soalan yang perlu dibicarakan secara telus dan adil. Saya benci dengan aktiviti pencerobohan hutan dan pengondolan tanah di biarkan dulu, kemudian baru semua pihak mahu tunjuk profesional selepas segalanya musnah.

Antara persoalan dan kemusykilan saya ialah :-

1) 38.68 atau 96 ekar tanah kerajaan yang di tanam Musang King ini pd asalnya diceroboh. Soalan saya apa tindakan kepada pihak yang baham balak-balak tersebut? Biasanya yang mencuri balak mereka yang ada kabel dengan  orang politik, pihak berkuasa dan tauke balak.

2) Syarikat mana yang sakau kayu-kayu balak yang diceroboh atas tanah kerajaan itu? Jika dilihat keadaan pokok Musang King, masih baru lagi tak macam di Raub yang beberapa kali sudah keluarkan hasil. Memang susah bg kerajaan nak siasat pihak mana ceroboh dan bawa kayu balak seluas 4,400 ekar sebelum di tanam durian Musang King. Tapi Sg Lembing, luas tak sampai 100 ekar dan baru beberapa tahun lalu (Raub 20-30 tahun, susah sikit).

3). Tanah milik kerajaan itu diwartakan sebagai Hutan Simpan Sungai Lembing pd mesyuarat MMK ke-4 pada 26 Januari lalu. Persoalanya kenapa tanah milik kerajaan di hutan Bukit Makro, Maran yang telah dibatalkan lesen pembalakan pada 17 Januari, tidak diangkat sama untuk diwartakan? Walhal Bukit Makro adalah kawasan riadah dan sewajarnya lebih diutamakan, kerana ia juga tanah kerajaan.

4). Adakah kerana kayu balak di Sungai Lembing ini telah ditebang disakau oleh penceroboh, kemudian tamah ditanam Musanmg King baru ia mahu diwartakan? Sementara itu di Bukit Makro, ia lambat untuk diwartakan kerana kayu balak belum dikeluarkan lagi? Pembatalan lesen setakat ini tidak ada dokumen (surat rasmi), hanya sekadar kenyataan media sahaja.

5) Apalah adengan yang sama akan berlaku, seperti isu pencemaran Tasik Chini yang saya perjuangkan pada 2020 lalu. Tanah kerajaan diceroboh, balak disapu dan lombong haram tumbuh bagaikan cendawan. Selepas hasil mahsul dikeluarkan, barulah kerajaan umum kawasan itu akan dijadikan Hutan Simpan Tasik Chini. Barulah dibuat pemeliharaan dan pemuliharaan, walhal segala-galanya sudah digondolkan oleh mereka yang berkenaan.

Maka itu saya menggesa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) siasat dan dedahkan jiga pihak mana yang keluarkan kayu balak secara haram atas tanah kerajaan seluas 96 ekar itu. Malah, cekup sekali dalang 'orang dalam' yang terlibat jadi 'tali barut'. Tebang Musang King ni adengan biasa yang tidak memudara sesiapa sebenarnya. Apa yang lebih penting ialah dedahkan juga pihak terlibat, bukan sekadar taayang aktiviti penebangan.

Oleh kerana kawasan ini adalah tanah milik kerajaan, maka jabatam yang berlaitan seperti Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pahang dan Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan juga diminta siasat dan membongkarkan aktiviti pencerobohan tanah ini. Siapa dalang dan 'orang dalam' yang terlibat?


Jika tidak rakyat akan melihat, 'wal hasil. balik asal'. Cerita yang sama, pokok ditebang, hutan digondollkan, tanam pokok berjuta, balak diceroboh dan macam-macam lagi. Tapi isu ini tak pernah berhenti dan berapa ramai syarikat balak yang didakwa? Jentera dan kuli-kuli diangkut sekejap, tak lama lepas dan hilang dari lokasi.


 Beribu-ribu ekar kawasan diceroboh tapi tak disedari langsung oleh pemimpin setempat dan pegawai hutan, tanah dan bagai-bagai lagi. Bila tinggal beberapa ekar, barulah masing-masing perasan dan buat tindakan. Panggil media untuk maklum dah buat kerja berkaitan. Beribu-ekar balak yang ditebang atau dilelong dan yang beli biasanya ialah tauke yang sama upah penceroboh mencuri.  ~ CMK

0 Komen Artikel Ini: