SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Kerja Pemulihan Hutan Di Jalankan, Tapi Penceroboh Asyik Gagal Di Tangkap !

 

Senario ini memang senantiasa terjadi di bumi Pahang ini. Apa yang dihighlightkan ialah kerja pemulihan dengan menanam pokok oleh pihak berkuasa. Kemudiannya adengan tebang pokok durian musang king yang ditanam pihak kedua.

Walhal, sebelum ditanam musang king, hutan kayu balak telah diceroboh terlebih dahulu dan kayu-kayu sudah dikeluarkan sejak lima tahun yang lalu. Persoalannya ialah kenapakah pihak berkuasa tidak langsung menyiasat siapakah yang telah menceroboh dan keluarkan kayu balak terseebut? Apa kerja pihak berkuasa ini?

Adakah selama operasi menceroboh, langsung tiada aduan oleh penduduk, orang awam atau pemimpin setempat? Kayu-kayu balak dibawa keluar ikut jalan darat atau udara?. Kenapakah penceroboh senantiasa terlepas di Pahang ini?

Selepas balak ditebang, barulah ditanam durian musang king. Operasi pihak berkuasa menebang ladang terbabit. Itu pun masih lagi gagal menangkap pekebun ladang yang jelas melanggar undang-undang kerana menduduki tanah kerajaan secara tidak sah. 

Tapi pernah atau tidak mereka di dakwa? Biasanya yang ditangkap hanyalah 'kuli-kuli' sahaja. Tauke tersenyum riang ria, lepas tu guna kuli lain untuk menceroboh hutan kawasan lain pula.

Rakyat setuju kawasan yang diceroboh dibaik pulih semula dengan menanam pokok hutan. Tapi berapa luas kawasan hutan yang telah di ceroboh di Pahang, bukan pokok hutan yang ditanam tetapi kelapa sawit dan musang king.

Sebab itu rakyat mahu melihat, tindakan lebih tegas dan penguatkuasaan bersepadu dibuat termasuk mencari siapa dalang dijabatan yang berkenaan yang membiarkan tanah dan hutan diceroboh sewenangnya. 

Mana mungkin tiada siapa yang tahu sejak awal-awal pencerobohan itu lagi. Masakan semua tutup mata biarkan semua ini terjadi? Kerajaan rugi puluhan juta akibat adengan tak diingini ini. Maka ubahlah!

#CaknaDemiRakyat  #SuaraRakyatMarhaen 

Sumber:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/927135/meranti-ganti-musang-king-di-sungai-lembing

0 Komen Artikel Ini: