SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Kelewatan Pihak Berkuasa Tangani Isu Jalan Licin Dan Berminyak Jadi Punca Utama Kemalangan Sebenarnya !

Kemalangan yang yang berlaku di kilometer 34 Jalan Maran-Bandar Jengka berhampiran Kilang Sawit Felda Jengka 3 dekat sini semalam boleh dielakkan sekiranya pihak berkuasa cepat bertindak terhadap aduan rakyat berkenaan jalan licin dan berminyak sejak dua bulan lalu.

Saya sedih akibat kealpaan pihak tertentu dalam menangani isu tersebut, akhirnya orang awam yang tidak berdosa cedera dan kehilangan nyawa.

Sebelum ini telah berlaku beberapa kemalangan di lokasi terbabit dan termasuk juga di simpang Kilang Sawit Felcra Simpang Jengka di Pekan Tajau.

Sudah ada mangsa yang cedera akibat kenderaan mereka terbabas gara-gara jalan licin dan berminyak di laluan keluar masuk di kedua-dua lokasi terbabit. Malah, isu juga ditularkan dalam media sosial membuktikan kejadian memang sudah lama berlaku.

Orang ramai sudah bising dan saya sendiri menerima aduan tersebut. Kebimbangan itu timbul apabila beberapa buah kenderaan termasuk kereta dan lori tiba-tiba gagal dikawal ketika memalui jalan tersebut akibat licin dan berminyak.

Ahli Dewan Negeri Kuala Sentul iaitu Dato' Jasri Jamaluddin juga ada membawa isu tersebut ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah (MJPD) Maran Bilangan 02/2024 pada 17 Julai lalu. 


Difahamkan mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh   Pegawai Daerah Maran iaitu Dato' Khairun Nisa Aris. Turut hadir mewakili Menteri Besar Pahang ialah  Dato' Mohamad Nizar Najib yang merupakan exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Pahang. 


Yang turut hadir ialah Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin (Ketua UMNO Bahagian Maran), Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau), Mohd Sofian Abd Jalil (ADU Luit), Ustaz Mujibur Rahman Ishak (ADUN Chenor) serta lain-lain ketua jabatan yang berkenaan.

Persoalannya apa fungsi Jawatankuasa Pembangunan Daerah (MJPD) Maran, jika isu rakyat yang penting seperti jalan licin dan berminyak yang mengakibatkan kemalangan itu gagal diambil tindakan segera untuk mengatasinya.

Sepatutnya semua yang terlibat turun padang buat pemantauan dan keluarkan arahan lisan serta bertulis kepada kilang sawit terbabit agar mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Lori keluar masuk ke kilang terbabit perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum berada di atas jalanraya, sama macam kes Baiksit di Kuantan.

Gunakan pekerja sembur tayar lori atau sediakan takungan air untuk laluan lori agar kesan minyak dapat dibersihkan terlebih dahulu. Kegagalan inilah menyebabkan jalan licin dan berminyak hingga menggangu keselesaan orang awam menggunakan jalanraya melalui simpang masuk ke kilang terbabit sebenarnya. 

Paling mengejutkan ketika berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori berkahmpiran Kilang Sawit Felcra, Pekan Tajau pada 27 Ogos lalu, ADUN Kuala Sentul juga telah memuat naik hantaran di facebooknya menyatakan beliau sudah mengangkat isu itu dan menyuarakan kebimbangan jika tindakan tidak dilakukan. 



Bukti jelas memang jalan licin dan berminyak dapat dilihat pada tanda anak panah yang saya dipaparkan ini. 

Cuba lihat jalan di sebelah kanan tidak licin dan berkeadaan elok. Inilah punca utama mengapa terjadinya kemelangan demi kemalangan di kedua-dua lokasi terbabit sebenarnya. Sudah sewajarnya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak kilang yang tidak mematuhi peraturan dengan membiarkan lori dengan tayar berminyak keluar masuk. 


Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan menggeza mereka mmelantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap semua pihak yang gagal melaksanakan tanggungjawab memastikan keselamatan orang awam ini.

Saya mendesak tindakan diambil oleh kerajaan terhadap kilang Felcra dan Felda yang cuai kepada tanggungjawab ini. Keuntungan yang lebih diutamakan, keselamatan pengguna jalanraya diabaikan. 

Blogger Cucumatkilau

0 Komen Artikel Ini: