SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Dua Kali Kemalangan Maut Akibat Lori Siram Pokok Bunga Di Lokasi Sama Di Kuantan, Kontraktor Wajar Di Ambil Tindakan !

Dua kemalangan maut libatkan lori kontraktor kerja-kerja menyiram pokok berlaku dalam tempoh tidak sampai sebulan di Bulatan Cengkih, jalan pintasan Kuantan - Kemaman.

Ini membuktikan terdapatnya pelanggaranan Standrd Operation Procedur (SOP) yang gagal dipatuhi oleh kontraktor terbabit. Justeru, pihak berwajib digesa mengambil tindakan tegas termasuk menamatkan operasi syarikat terbabit.

Bayangkan 7 Ogos lalu sudah berlaku kemalangan maut melibatkan kenderaan pacuan empat roda dan semalam 19 Ogos satu lagi kemalangan membabitkan motosikal pula. Kenapa tiada tindakan diambil terhadap kontraktor atas kejadian pertama?.

Sekurang-kurangnya hentikan operasi dan pihak berwajib buat kejadian apakah ada pelanggaran SOP yang berlaku. Bila tidak dihentikan kerja-kerja berkaitan maka akhirnya satu lagi kemalangan maut terjadi. Dua nyawa melayang begitu saja tanpa pembelaan.

Saya pernah mengikuti belakang lori terbabit selepas kejadian pertama berlaku bagi melihat sendiri kerja-kerja penyiraman pokok bunga yang dilakukan.

Ternyata, memang jelas tidak ada ciri-ciri keselamatan langsung untuk orang awam. Jika dikawasan lain boleh diterima lagi sebab jalan yang ada banyak lampu isyarat. Maka kenderaan dibawa perlahan terutamanya  sekitar Indera Mahkota 2, Indera Mahkota 7 dan Indera Mahkota 8.

Namun di kawasan bulatan Cengkih, lokasi kejadian itu ternyata berbahaya kerana lori berada dilaluan laju sebelah kanan. Hanya satu dua kon sahaja yang diletakkan, itu pun terkadang tidak disediakan. Papan tanda kerja dan pemegang bendera (merah) hanya berada di atas lori yang sedang melakukan kerja.

Ini menyebabkan, pengguna jalanraya yang begerak laju dilaluan terbabit tidak sempat mengelak dan mengganggap lori berkenaan sedang bergerak di laluan kanan (memotong). Bila dah dekat baru perasan, dah pasti tak sempat nak elak dan merempuh belakang lori terbabit.

Saya menggesa langkah pembaikan dilakukan demi keselamatan orang awam yang lain selepas ini. Sepatutnya selepas kejadian pertama ia sudah dibuat penambahbaikan. Namun, akibat kealpaan pihak terbabit maka terjadilah kemalangan kedua di lokasi sama.

Sepatutnya beberapa kon diletakkan pada jarak 50  meter dari lori, ia memudahkan pengguna jalanraya memperlahankan kenderaan masing-masing bila tiba di lokasi. Ini menyebabkan mereka akan lebih berhati-hati melalui kawasan tersebut.

Keduanya, teknik menyiram pokok menggunakan lori dilaluan utama adalah berbahaya. Kenderaan begerak laju dari kedua-dua arah, mereka tidak sempat mengelak bila tidak nampak isyarat jelas kerja-kerja menyiram pokok sedang dilakukan.

Langkah terbaik, di kawasan itu disediakan paip khas dalam jarak 20 meter yang boleh menyebur air secara automatik untuk tempoh tertentu. Tidak perlu lagi lori kontraktor mengganggu laluan jalan utama hingga menyebabkan kemalangan.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi yang terlibat perlu bertindak segera agar nyawa orang awam yang lain dapat diselamatkan daripada tragedi seperti ini di kemudian hari. Kesemalatan pengguna jalanraya haruslah diutamakan. #CMK

0 Komen Artikel Ini: