SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Dakwaan Kerajaan Pahang Akan Tumbang, Langkah Terdesak Pihak Tertentu Yang Kemaruk Untuk Ambil Alih Kuasa !

Mutakhir ini iklim politik di Pahang kembali panas apabila ada dakwaan kerajaan negeri akan bertukar dalam masa terdekat ini. Tular di media sosial satu mesej "Pahang sdg goyang! New state goverment akan naik. Anak Bossku sudah jumpa PN".

Persoalannya kenapakah isu ini ditimbulkan semula selepas ia hangat diperkatakan seketika menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai pada 7 Oktober tahun lalu. Siapa punya kerja? Adakah ia dilakukan oleh cybertrooper Perikatan Nasional (PN) atau dari kalangan orang dalam UMNO sendiri?.

Inilah yang sedang hangat diperkatakan, ditambah lagi dengan keadaan kesihatan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail yang dipertikaikan oleh pihak berkenaan. Walhal, sudah dimaklumkan Wan Rosdy akan kembali menjalankan tugasnya bermula pada Rabu ini.

Beliau kini masih berehat selepas menjalani  prosedur pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7 Jun lalu. Selama dua bulan rehat, pentadbiran dan politik di Pahang berjalan lancar tanpa ada sebarang insiden yang tidak diingini.

Cuma, tiba-tiba bagai 'bom jangka' di saat Wan Rosdy akan kembali menjalankan amanah dan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar cerita jatuhkan Kerajaan Pahang ini dihebohkan.

Isu Kerajaan Pahang Bertukar Gagal Di PRK Pelangai

Masih saya ingat, ketika PRK Pelangai ada dakwaan pembangkang tawarkan kerajaan negeri yang baharu jika menang. Alasannya, terdapat beberapa orang ADUN Barisan Nasional (BN) yang akan melompat dan menyebabkan Kerajaan Pahang tumbang.

Malah diawar-warkan terus, Timbalan Presiden PAS yang juga merupakan ADUN Cheka, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man bakal dilantik menjadi Menteri Besar Pahang yang baharu, 

Dakwaan itu meleset apabila Calon BN, Dato' Amizar Abu Adam menang dan sekali gus mempertahankan kerusi tersebut. Amizar menang dengan majoriti undi  sebanyak 2,949 undi, menerusi saingan tiga penjuru, Beliau  memperolehi 7,324 undi, sementara dua lagi pencabarnya, calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat mendapat 4,375 undi dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya memperoleh 43 undi.

Dengan kemenangan itu, maka cerita Kerajaan Pahang akan bertukar tangan senyap seketika. Kononnya, mereka yang akan melompat ialah beberapa orang ADUN yang kecewa tidak dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri yang baharu. Malah, ada senarai nama yang telah disebarkan bagi menyokong dakwaan tersebut. Namun, ternyata rakyat DUN Pelangai lebih bijak dan tidak melayan 'khabar angin' dan 'omongan kosong' tersebut. 

Rakyat lebih yakin dengan susuk tubuh Wan Rosdy sebagai Menteri Besar. Ditambah lagi dengan kejayaan Kerajaan Pahang mencatatkan kutipan hasil melebihi RM1.0 bilion sejak kebelakangan ini. Ia satu pencapaian yang cukup luar biasa dan menjadi satu rekid yang bersejarah sebenarnya bagi negeri ini. 

Pertumbuhan Ekonomi Pahang Terus Meningkat

Malahan  Wan Rosdy juga telah berjaya meletakkan negeri Pahang di tempat kedua dalam senarai empat buah negeri yang mengatasi pertumbuhan ekonomi di peringkat nasional bagi prestasi ekonomi iaitu sebanyak 5.2 peratus. 

Empat negeri mengatasi pertumbuhan di peringkat nasional tahun lalu iaitu Selangor yang berkembang 5.4 peratus, Pahang 5.2 peratus, Johor 4.1 peratus dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 3.7 peratus.

Kejayaan luar biasa yang diraih oleh negeri Pahang dibawah petadbiran Wan Rosdy inilah mungkin dicemburui oleh sesetengah pihak. Lantaran itu mencari jalan untuk menjatuhkan beliau dalam apa jua cara sekali pun. Tambahan pula dengan tahap kesihatan beliau yang mungkin sedikit menurun selepas menjalani pembedahan jantungnya itu.

Siapa Yang Sebar Cerita Kerajaan Pahang Akan Tumbang?

Adakah 'khabar angin' Kerajaan Pahang tumbang ini dilakukan oleh  pembangkang? Atau mungkin juga kerja-kerja oleh orang dalam UMNO sendiri?. Sebelum ini sudah ada usaha pihak-pihak tertentu mahu menjatuhkan kepimpinan Wan Rosdy, namun usaha itu gagal kerana ia telah dihidu terlebih dahulu. 

Malah saya sendiri telah menulis artikel panas "Agenda Jatuhkan MB, Usaha 'Tikam Belakang' Oleh 'Musuh Dalam Selimut' Wajar Di Halang Demi Selamatkan Kerajaan Pahang!lebih awal terhadap isu tersebut. Ini menyebabkan pihak terbabit, bagai 'cacing kepanasan' dan usaha itu akhirnya tidak menjadi kenyataan apabila pemilihan UMNO ketika itu menyaksikan orang-orang Wan Rosdy menang menang bergaya.

Selepas kegagalan menerusi pemilihan parti, maka usaha tersebut dilihat kian lenyap dan Wan Rosdy terus kekal sebagai Menteri Besar Pahang. 

Hentikan Fitnah, Demi Keharmonian Politik Di Pahang

Justeru, saya menyeru pihak-pihak yang kemaruk sangat untuk melihat pemimpin mereka berkuasa agar menghentikan fitnah tersebut. Hormati Wan Rosdy yang kini menjalani rawatan kesihatan akhirnya untuk kembali bertugas pada bulan Ogos depan.

Rentak sumbang mereka ini boleh dibaca sebenarnya. Sebagai orang lama yang arif fengan senario politik di Pahang memang saya melihat kerja-kerja ini sengaja dibuat untuk menimbulkan keadaan 'gawat' politk di negeri ini.

Malah, dakwaan kononnya anak 'Bossku" Dato' Sri Nizar ada bertemu dengan pemimpin PN juga sudah dinafikan oleh beliau. Maknanya, cerita pertemuan sengaja dibuat untuk memberi persepsi negatif dikalangan UMNO sendiri. Maknanya 'Dato Jaja' sudah cuba 'tikam belakang' Wan Rosdy melalui kerjasama dengan PN. Benda macam ini nampak tidak masuk dek akal, tetapi apa pun boleh berlaku jika tidak ditangani dengan betul oleh Kerajaan Pahang.

Saya juga melihat, senario ini sedikit boleh mengganggu tahap kesihatan Wan Rosdy sebenarnya. Namun, sebagai orang yang berpengalaman dalam politik di Pahang, saya amatlah berharap beliau tabah melalui semua ini. Kenyataan penafian telah dibuat oleh individu terbabit, makna segala dakwaan ini adalah sekadar 'khabar angin' semata-mata.

Jika dilayan, ia sudah pasti akan menyeronokkan mereka. Maka, jalan terbaik 'persetankan' khabar angin dan fitnah yang dilontarkan demi masa depan perjuangan. #CMK

0 Komen Artikel Ini: