SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Sekilas Pandang Dari Konvensyen PKR Pahang !!

Cucu sempat hadir di Konvensyen PKR Pahang yang di adakan di Restoran Tan Jung, Jalan Hj.Ahmad Kuantan, Ahad lalu. Biarpun agak lewat sampai, iaitu sekitar jam 9.30 pagi namun program masih belum berjalan dan proses pendaftaran sedang diadakan. Cucu sempat bertemu dengan sahabat PKR dari seluruh negeri Pahang yang turut menjadi perwakilan. Masuk ke dewan, Cucu duduk di kawasan yang dikhaskan untuk media. Kelihatan wartawan dari NST yang turut hadir membuat liputan. Sementara itu bagi media alternatif pula kelihatan wartawan Suara Keadilan (SK) bersama Ketua Editornya Saudara Dzulkarnain Taib (DT). Konvesyen dipengerusikan oleh Saudara Razali Alias iaitu Setiausaha Perhubungan PKR Pahang. Cucu sempat mengikuti pembentangan kertas kerja dan perbahasan yang diadakan oleh ahli panel iaitu Saiffuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR), Yaakob Sapari (Exco Selangor), Shamsul Iskandar (Ketua AMK), Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita) dan Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan). Moderator bagi sessi pembentangan kertas kerja ialah Rizal Jamin (Ketua AMK Pahang). Cucu sempat mengemukakan soalan kepada ahli panel iaitu Shamsul Iskandar berkenaan dengan tindakan yang dilakukan oleh AMK bagi mempertingkatkan penguasaan golongan muda terhadap media baru. Sekitar jam 4.30 petang, dewan diriuhkan dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau kemudiannya menyampaikan ucaptama dan menutup Konvensyen sekitar jam 6.00 petang, selepas itu satu sidang media telah diadakan. Cucu sempat hadir dalam sessi sidang media itu. Anwar diajukan dengan berbagai soalan panas terutamanya berhubung isu khalimah Allah. Beliau turut dibantu oleh Datuk Chua Jui Meng yang turut hadir dalam majlis tersebut. Selepas majlis berakhir, Cucu sempat bertemu dengan rakan-rakan untuk berbual tentang isu-isu semasa.

Sekitar jam 8.30 malam, Cucu masuk ke dewan untuk bersama dalam majlis Jamuan Makan Malam PKR dengan Anwar Ibrahim. Agak memeranjatkan bila mana, dewan dipenuhi dengan masyarakat kaum Tionghua. Difahamkan tiket yang berharga RM50 dan meja sebanyak 100 set yang disediakan telah habis ditempah. Kelihatan beberapa buah meja sahaja yang dibeli oleh tetamu berbangsa Melayu. Terdapat juga satu meja yang dibeli oleh pegawai polis Cawangan Khas (SB), mereka sibuk mencatat kenyataan yang dibuat oleh Anwar dalam majlis tersebut. Turut menyampaikan ucapan ialah Dato' Fauzi, Datuk Chua Jui Meng, Tian Chua dan lain-lain lagi. Cucu kemudian bergegas ke Beserah, untuk menyaksikan ceramah umum yang berlangsung di sana. Jalam penuh sesak dengan kenderaan, dan difahamkan hampir 10,000 rakyat telah hadir berbondong-bondong semata-mata untuk mendengar ceramah Anwar malam itu. Turut berceramah ialah Nizam Hamid, Nik Nazmi, Chua Jui Meng, Hamzah Jaafar dan kemudiannya Anwar sendiri. Anwar banyak membangkitkan isu khalimah Allah dan sesekali tentang kebajikan rakyat yang ditawarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang telah dimenangi dalam pilihanraya umum ke-12 lalu. Gelombang kebangkitan rakyat seakan bermula, bila menyaksikan ribuan yang hadir pada malam itu. Ceramah berakhir sekitar jam 11.45 malam. Kelihatan turut hadir ialah OCPD Kuantan, Tuan Jasmani. Cucu sempat bersalaman dan berbual-bual dengan beliau. Apapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur yang telah berjaya menyemarakkan harapan rakyat ke arah perubahan. Semoga negeri Pahang bakal ditakluki oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang hendaknya. Salam Perjuangan !!

0 Komen Artikel Ini: