SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Pakatan Rakyat Perlu Perkemaskan Jentera Parti Jika Mahu Realisasikan Hasrat Menawan Pahang

Menutup tirai bulan Januari 2011 ini, CMK memenuhi undangan ceramah bersama Pakatan Rakyat di Pahang. Terbaru (28 Jan) di Felda Jengka 7 , DUN Chenor dalam parlimen Maran bersama Usta Suhaimi Saiad (Ketua Pemuda PAS Pahang) dan sebelum itu (23 Jan) di DUN Dong, Parlimen Raub bersama Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Presiden PAS Pusat). Walau pun kini CMK dilihat telah terbuang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat kenyataan panas kononnya akan keluar dari parti itu, namun perjuangan membela rakyat terus dijalankan biar pun dalam rentak yang berbeza. CMMK akui, ada sahabat-sahabat dalam PKR yang mahu CMK kembali untuk memantapkan parti itu. Namun, jauh di sudut hati CMK sebenarnya sudah merasa terlalu lama masa dihabiskan untuk berjuang dalam parti itu. Apa yang dapat ialah satu situasi politik yang tidak menentu sebenarnya. Malah, PKR Pahang terutamanya dilihat masih tercari-cari rentak perjuangan dalam keadaan Pilihan Raya Umum Ke-13 sudah hampir tiba. Parti itu juga masih gagal membentuk satu gerakan yang kuat untuk menjatuhkan kerajaan UMNO BN di Pahang sebenarnya. Apa yang ada banyak aktiviti dan program yang dijalankan secara bersama atau menumpang program-program yang dianjurkan PAS.


Antara peneroka Jengka 7 yang berani kedepan untuk dengar ceramah
Inilah yang amat tidak wajar sebenarnya. Sepatutnya PKR sudah merangka banyak aktiviti ceramah umum terutamanya memaksimumkan penggunakan pentas ceramah di Pejabat Perhubungan Negeri PKR Pahang di Jalan Beserah. Namun, apa yang berlaku janji-janji untuk membawa penceramah terkenal setiap bulan atau dua bulan sekali seperti yang diwar-warkan selama ini hanyalah tinggal angan-angan. Jelas dapat dilihat pentas yang indah dan gagah dalam kawasan sendiri itu hanya digunakan untuk ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata. Selepas itu ianya lengang dan tiada aktiviti ceramah besar diadakan disitu. Mahu disalah kepada Dato' Fauzi Abd Rahman selaku Pengerusi PKR Pahang tidak mungkin, kerana kerja-kerja itu sepatutnya diatur oleh satu jawatankuasa khas yang dibentuk oleh Majlis Pimpinan Negeri. Akhirnya CMK selesa bersama di pentas PAS biar pun banyak tohmahan yang dilemparkan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Bagi CMK, ruang yang ada perlu digunakan sebaik mungkin untuk menyedarkan rakyat supaya menolak UMNO BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. PKR sepatutnya sudah matang untuk mencatur politik, dan bukan sahaja bergantung kepada PAS. Apakah pilihanraya umum kali ini, mereka masih mahu berharap dan bergantung kepada jentera PAS seperti dulu. Paling menakutkan, PKR Pahang dilihat masih gagal melahirkan pencerah-penceramah muda untuk membantu Pakatan Rakyat dalam apa jua program ceramah yang diatur di seluruh negeri Pahang. Ke mana hilangnya taring anak muda keadilan yang sepatutnya di manfaatkan untuk memastikan kemenangan itu agaknya?.

Jika di pihak PAS ramai yang kenal dengan kelibat Ustaz Suhaimi Saad selaku Ketua Pemudanya. Beliau yang naik ke pentas ceramah hampir saban hari dengan menggunakan kemudahan ICT untuk memberi maklumat berguna kepada rakyat. Tetapi, mana perginya Ketua AMK Pahang?. Ramai yang tertanya-tanya siapakah Ketua AMK Pahang yang sebenarnya. Kenapa kelibatnya tidak langsung membantu perjuangan Pakatan Rakyat di Pahang. Malah, ada yang langsung tidak kenal siapakah gerangannya. Inilah yang menimbulkan tanda tanya sejak dulu lagi. Maka itu, harapan kita selepas ini Pemuda Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP dapat bekerja sama berganding bahu untuk mengiatkan usaha menawan Pahang dalam PRU-13 nanti. Usahlah berkhayal dengan sejarah silam jika mahukan kemenangan. Perjuangan bukaan sekadar perlaksanaan dengan kata-kata tetapi tindakan yang paling diutamakan. CMK bukanlah mahu mempertikaikan mereka yang sedang berjuang, tetapi rakyat mahu melihat perjuangan itu direalisasikan. Apa guna mempunyai jawatan tetapi sekadar gah pada namanya sahaja. Terimalah hakikat ini biarpun pahit untuk ditelan.


Ustaz Yusof Syawal (Ketua PAS Cawangan Jengka 7) dan Pak Daud
Abas Jengka 6 ( Wakil PKR Cabang Maran) turut hadir (27 Jan)

Rombakan dan perubahan besar yang berlaku dalam PKR Pahang baru-baru ini diharap akan memantapkan perjuangan parti itu. Mereka yang dilantik dan dikekalkan harus sedar akan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Maka itulah, gerak kerja yang lebih bersepadu perlu dirancang dengan baik dan teliti agar natijah asal perjuangan dapat diteruskan. Rakyat Pahang memang mahukan perubahan besar kali ini. Pahang juga adalah negeri besar yang sudah pastilah memerlukan perbelanjaan besar untuk menggerakkan segala macam aktiviti. Maka itu, perbanyakkanlah aktiviti termasuk penambahan pengundi berdaftar agar mereka terlibat sama dalam memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum akan datang hendaknya. CMK doakan agar perjuangan tersebut dapat diteruskan dengan jayanya. Jangan biarkan kesempatan dan kekurangan yang ada itu menyebabkan musuh mudah untuk mengambil peluang mereka. Pakatan Rakyat ada strategi, tetapi UMNO BN juga punyai perancangan yang rapi untuk memastikan kuasa yang ada ditangan mereka terus dikekalkan sebenarnya. Buat perubahan dan jangan sekadar mengharap kepada pihak-pihak tertentu semata-mata. Bersama-samalah meneruskan perjuangan untuk membela rakyat secara keseluruhannnya.

0 Komen Artikel Ini: