SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Edisi Terjah PRK Rompin, Tinjau Isu-Isu Rakyat Di Keratong


Nampaknya bahang Pilihanraya Kecil Parlimen P091 Rompin kini semakin terasa. Tinggal beberapa hari lagi sebelum Hari Pencalonan. BN sudah pun umumkan calon mereka iaitu orang lama, bekas Timbalan Menteri Besar Pahang, Dato' Hassan Ariffin. Cuma tinggal calon PAS sahaja yang masih jadi tanda tanya. 

Bagi Angkatan Pembela Rakyat (ANGKARA), persiapan dan jentera masih bertahan. Kelmarin, Jumaat (17 April) saya telah luangkan masa untuk menerjah DUN Bukit Ibam, Parlimen Rompin. Saya telah singgah ke beberapa lokasi termasuk Felda Keratong 1, 2,3,4 dan 5 sebelum ke Muadzam Shah.

Sempat bertemu sambil menunaikan solat Jumaat di Masjid Felda Keratong 4. Ikuti catatan perjalanan saya yang dipetik dari facebook.

12.30 PM ~ Berada Di Felda Keratong Dua Atas Jemputan Shbt2 Dr BN Dan PR Yg Mahu Lakukan Perubahan Pd PRK Rompin Ini. Sokongan Amat Menakjubkan Dan Di Luar Jangkaan. "Dari Rakyat Utk Rakyat



1.00 PM ~ Sempat Solat Jumaat Di Felda Keratong 4... Bertemu Dgn Shbt2 Di Sini. Sokongan Smakin Mengejutkan.. Tinggal Lagi Hasrat Utk Buat Perubahan Shja Yg Di Perlukan. Apapun.. Tkasih Shbt2 UMNO Dan PAS Yg Sudi Bertemu Hari Ini. Dari Rakyat Untuk Rakyat



2.15 PM ~ Tinjau Pembangunan Dan Isu2 Rakyat Di Bandar Tun Razak. Salah Satu Kawasan Di Bawah Parlimen Rompin. Byk Juga Isu Yg Perlu Di Bongkar Demi Rakyat



2.30 PM ~ Singgah Di Felda Keratong Satu... Jumpa Shbt2 Seperjuangan.. Tak Sempat Nak Ngeteh.. Kena Cepat.. Apapun.. Demi Rakyat..



2.50 PM ~ Jumpa Shbt2 Di Felda Keratong Dua.. Ambik Isu2 Rakyat Masyarakat Felda Di Sini.. Insya Allah Akan Di Highlightkan Walau Pun Tidak Di Pilih Rakyat Mewakili Mereka.. Sbb Kami Adalah Angkatan Pembela Rakyat.


Isu Jalan Utama Kuantan Segamat Yg Di Kenali Dgn Nama Lebuhraya Tun Razak (Gambang-Segamat) Masih Gagal Di Tangani Oleh Kerajaan Walau Pun Sejak Merdeka Berkuasa Di Parlimen Rompin. 


Banyak Nyawa Terkorban Akibat Jalan Sempit, Rosak, Berlubang Sana Sini Dan Amat Berbahaya. Janji Kerajaan Utk Membina Lebuhraya Pd Zaman Menteri Kerjaraya, Datuk Saziman Abu Mansor Kini Hanya Tinggal Janji. Mohon Peruntukan Kecemasan Utk Jalan Ini Di Lulusan Segera Waktu PRK Rompin Ni. Demi Rakyat.. Rakyat Di Dahulukan.

0 Komen Artikel Ini: