SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Sri Pahang FC Perlu Pulihkan 'Demam Panas', Tukar Nama Lebih Garang Dan Bertenaga !

Dua kekalahan  berturut-turut pasukan Pahang menyebabkan saya terpanggil untuk beri komen dan cadangan. Soal nak terima atau tidak, itu terpulang. 

Namun, memang ramai peminat yang mempersoalkan kewajaran Sri Pahang FC diguna sebagai nama rasmi Skuad Tok Gajah untuk saingan bolasepak tempatan musim ini. 

Sri Pahang FC Pahang tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Selangor FC 1-3 di Stadium MBPJ, kemudian tersungkur lagi malam tadi di gelanggang sendiri Stadium Darul Makmur kepada Perak FC 0-2. 

Semua ini mengundang persoalan dikalangan  peminat. Apa sudah jadi dengan Sri Pahang FC?. Ingatkan dengan pengurusan baru, ketua jurulatih diimport dari luar negara (USA) , Thomas Dooley supaya Sri Pahang FC dapat mempamerkan aksi menarik untuk menang perlawanan di gelanggang sendiri malam tadi. 

Ketua Jurulatih Sri Pahang FC, Thomas Dooley

Kisahnya, indah khabar dari rupa. Permainan pasukan Sri Pahang FC jelas membosankan dan bagai hilang punca. 

Justeru, saya syorkan nama Sri Pahang FC di tukar kepada nama lain yang lebih sesuai untuk mengembalikan kebangkitan Skuad Tok Gajah. 

Nama 'Sri' nampak lembut, bersopan dan penuh dengan keharmonian. Ia nampak tidak sesuai digunakan pada sebuah pasukan bolasepak yang perlu bersikap garang, bertenaga dan bersemangat waja.

Nama 'Sri' lebih sesuai untuk kumpulan tarian, drama dan benda-benda yang berbentuk kediaman atau pejabat. Contohnya Flat Sri Pahang, Wisma Sri Pahang dan sebagainya. Semua tempat ini perlukan kedamaian.

Kumpulan tarian sesuai guna nama 'Sri'
Wisma Sri Pahang di Kuantan
Flat Sri Pahang di Kuala Lumpur

Bola adalah sejenis permainan yang perlukan kekuatan, semangat untuk menggempur dan mempertahankan kubu. Jika nama 'Sri' diguna, ia nampak agak lembut dan musuh secara secara psikologinya tidak langsung gentar untuk bertemu dengan Skuad Tok Gajah.

Musuh nampak mudah dan pasukan Pahang jadi rapuh terutamanya di penghujung permainan seperti yang berlaku ketika menentang Perak FC dan Selangor FC.


Selama ini saya tidak pernah komen tentang isu ini, walau pun ramai peminat bersuara di media sosial. Bayangkan, Skuad Tok Gajah dengan imej binatang besar serta hebat seperti itu, tiba-tiba nampak mudah diratah oleh musuh gara-gara nama Sri Pahang FC.

Pengurusan pasukan wajar mendengar pandangan peminat. Ubahlah kepada nama yang lebih sesuai seperti Tok Gajah FC (TGFC), Pahang FC, Pahang United atau nama-nama yang lebih garang. Nama Sri nampak terlalu tradisional, sedangkan ramai pemain dan jurulatih Pahang sendiri diimport dari luar negara. 

Peminat menegur untuk kebaikan demi masa depan bolasepak negeri ini. Peminat sedih dan terharu melihat Sri Pahang FC kini berada ditangga terbawah liga. 

Terkadang bila anak asyik demam panas dan kesihatan tidak stabil, orang dulu-dulu ubah nama anak terbabit. Selepas diubah barulah kesihatan kembali pulih seperti biasa. 

Mungkin jika Sri Pahang FC diubah kepada nama lain lebih garang, permainan skuad Tok Gajah akan berubah. Macam mana nak menang satu piala musim ini jika diawal musim sudah teruk dibelasah lawan.

Sekadar pandangan ikhlas semata-mata, bukan untuk menjatuhkan pasukan bola sepak Pahang. Terima kasih. #CMK


0 Komen Artikel Ini: