SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Lantik Nurul Izzah, Keputusan Betul Bagi Anwar Tetapi Tidak Di Mata Rakyat Marhaen !

 

Saya amat terkejut dengan tindakan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai penasihat kanan kewangan dan ekonomi.

Bukan soal setuju atau tidak, tapi saya melihat ia tidak kena pada masa dan tempatnya. Rakyat mula percaya serta yakin dengan kepimpinan Anwar, tapi isu seperti ini boleh hilangkan kepercayaan rakyat terhadap beliau sebenarnya.

Anwar boleh bagi apa saja hujjah untuk menghalalkan cara, namun hakikatnya ia jelas menjurus ke arah amalan nepotisme dalam kerajaan Perpaduan Nasional pimpinannya. 

Hebat mana Nurul Izzah, dengan latar belakang pendidikannya namun beliau tetap anak Anwar Ibrahim. iaitu Perdana Menteri Malaysia. Jika beliau bukan anak Anwar, mungkin isu ini tidak terlalu panas. 

Justeru, Anwar perlu mengkaji semula tindakan 'tidak popular' yang beliau lagi lakukan ini. Bukankah beliau sendiri yang umumkan dasar baru yang tidak benarkan mana-mana pemimpin politik memegang jawatan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Maka ramai pemimpin politik terutamanya daripada UMNO yang undur diri dan meletakkan jawatan.

Tiba-tiba Anwar lantik anak sendiri, bukan dalam GLC tapi kerajaan. Biar pun 'tanpa gaji' atas kertas (slip gaji), tapi rakyat melihat gaji atau elaun itu akan datang dari berbagai sumber sebenarnya.. Mana mungkin menjadi penasihat kerajaan tanpa gaji.. Sudahlah Nurul Izzah tiada gaji Wakil Rakyat (YB) gara-gara tewas di kerusi tradisi keluarganya Parlimen Permatang Pauh. Tidak logik, tiba-tiba dilantik penasihat kanan kewangan dan ekonomi tanpa ada pendapatan bulanan.

Saya menyokong kerajaan Anwar, tapi saya tetap bantah perlanyikan Nurul Izzah atas prinsip yang jelas, beliau anak PM dan akan timbulkan fitnah dikalangan rakyat marhaen. 

Pada masa ini, yang menjadi mangsa ialah pendokong Anwar kerana terpaksa mencari jawapan daripada berbagai sudut untuk mengiyakan perlantikan Nurul Izzah. 

Namun bagi saya, alasan tidak menghalalkan cara. Lebih elok jawatan tersebut diberikan kepada individu yang lebih pakar dalam bidang kewamgan dan ekonomi. 

Anwar tidak boleh bandingkan zaman beliau dilantik jadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dulu, kerana rakyat melihat beliau memang layak. Malah pengalaman dan kepakaran beliau menjadi antara Menteri Kewangan terbaik di Asia merupakan satu aset yang berguna untuk memacu pembangunan negeri Selangor.

Memang kita akui, Nurul Izzah ada memiliki ijazah dalam dasar awam dari Johns Hopkins School of Advanced International Studies. Malah, pemeriksaan ke atas profilnya mendapati ia merupakan ijazah peringkat sarjana.

Namun, itu tidak cukup untuk dilantik senagai penasihat kewangan dan ekonomi negara. Bersepah-sepah lagi pakar ekonomi yang lebih layak. Apa yang paling penting, kenapa membuka ruang untuk dikecam dan disumpah seranah oleh rakyat.

Malah, isu ini juga boleh dijadikan modal oleh parti pembangkang untuk. membelasah Anwar sebenarnya. Jika menolak amalan korupsi dan mahu laksanakan reformasi kerajaan 'Madani', mengapa harus buat tindakan sebegini?.

Belum terlambat untuk Anwar menarik balik perlantikan tersebut. Usah buka ruang kepada musuh untuk menyerang diketika bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan semakin terasa sekarang ini.

Apa pun, Anwar mungkin ada sebab musabab tersendiri untuk. berbuat demikian.. Sebagai rakyat, kita hanya mampu bersuara dari jauh sahaja. Semoga tidak ada sesuatu yang boleh merosakkan Kerajaan Perpaduan atas tindakan ini kelak. Salam perjuangan!

BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)  People's Activist N Freedom Journalist  [ https://cucumatkilau.blogspot.com ] 

0 Komen Artikel Ini: