SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Gara-Gara iPad 'iPhone', Suspek Kes Pecah Rumah Berjaya Di Tangkap Tidak Sampai 24 Jam Di Indera Mahkota !


Saya sempat luangkan masa hingga jam 4.00 pagi tadi untuk terjah satu kes jenayah pecah rumah di IM3 (The Radiance) kat belakang KFC (Pasaraya Pantai Selamat) di Indera Mahkota. 

Kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 8.00 - 10.00 pagi. Suspek seorang lelaki Melayu didapati telah memotong mangga pada grill pintu dan masuk ke dalam rumah semasa tuan rumah keluar bekerja awal pagi.

Ini adalah kes keempat yang terjadi dikawasan perumahan terbabit sejak setahun lalu. Saya tiba di lokasi pada jam 7.30 malam selepas dimaklumkan oleh penduduk. Kejadian disedari oleh mangsa selepas mereka pulang kerja.

Kerugian dianggarkan mencecah RM20,000 apabila suspek didapati mencuri wang tunai, barang kemas, set TV, dua IPad, telefon bimbit, dua buah laptop, dua jam tangan G-Shock dan lain-lain barangan lagi.

Ketika saya sampai, pihak PDRM sudah berada di lokasi rumah mangsa yang terletak di jalan masuk utama untuk ke taman terbabit. Orang ramai terutama penduduk setempat juga berada di lokasi untuk dapatkan info lanjut.

Selepas siasatan dilokasi selesai, saya bersama anggota PDRM telah ke lokasi rumah suspek di Indera Mahkota 2 yang terletak beberapa kilometer dari lokasi terbabit.

Telefon Bimbit iPhone Jadi Panduan
-----------------------------------
Maklumat lokasi diperolehi menerusi iPad jenama iPhone (Apple) yang dicuri suspek. Kami menjejaki rumah suspek berdasarkan lokasi yang dinyatakan pada telefon bimbit mangsa. Mujurlah jenama iPhone ada kemudahan canggih itu, jika tidak sudah pasti operasi tidak dapat dijalankan pada masa yang sama.

Kami berkumpul bersebelah Masjid Al-Makmur IM2 sebelum bergeral ke lokasi. Selepas menunggu beberapa orang lagi anggota PDRM dari Alor Akar, kami mula bergerak ke lokasi rumah suspek selepas mangsa yang terbabit mengesahkan lokasi tepat rumah suspek.

Sila berhati-hati ketika meninggalkan rumah pada waktu pergi bekerja bagi menggelakkan kejadian yang tidak di ingini terjadi. Lebih elok pasang CCTV demi keselamatan harta benda anda.

Suspek Berjaya Di Tangkap Di IM2
---------------------------------
Ketika sampai ke rumah suspek, hanya ada beliau dengan seorang rakannya ketika itu. Dipercayai, suspek menyewa bilik di rumah berkenaan dan selepas disiasat ternyata beliau telah mengaku terlibat dengan kes terbabit.

Suspek seorang lelaki Melayu berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai buruh binaan. Beliau baru seminggu menyewa bilik di situ. Dua buah iPad IPhone berkaya dijumpa dalam tong sampah selepas dibuang oleh suspek. Barangan yang lain seperti TV, laptop, wang tunai dan lain-lain lagi berjaya diperolehi semula.

Pihak PDRM pantas bertindak dan kes ini dan kes-kes lain berjaya dirungkai selepas penangkapan suspek terbabit. Antaranya kes kecurian motosikal di Melaka. Kenderaan itu ditemui dalam rumah suspek ketika operasi PDRM malam tadi. Rakan serumah suspek dibebaskan kerana dia tidak terlibat dengan kes ini. Suspek didapati telah mempunyai rekod jenayah yang sama (pecah rumah) sebelum ini di Kelantan.

Selepas operasi berakhir kami bersama mangsa ke Komplek Polis Alor Akar bagi menuntut beberapa barangan yang tidak dinyatakan dalam laporan yang telah dibuat. Antaranya ialah dua buah laptop dan jam jenama G-Shock.

Selesai di Alor Akar kami terus ke IPD Kuantan untuk membawa mangsa bertemu dengan pegawai penyiasat kes ini (IO) untuk diambil keteranga

Syabas dan tahniah kepada semua anggota PDRM yang terlibat. Anda memang hebat dan terbaik. Terbaik juga kepada sahabat yang bersama edisi terjah kes ini iaitu Syed Khairul Anuwar dan Zul IM3, usahawan Nasi Ayam RM5 yang popular di Indera Mahkota.

Selepas siasatan selesai, kami sempat makan pagi di restoran H Lee Dah di Kampung Tengah. Sekitar jam. 4.00 pagi barulah tiba ke rumah. Agak letih juga sebab petang semalam terjah isu lubang berbahaya di Jalan Lim Hoe Lek (https://youtu.be/IZaY3e2EGm0) kemudian terus sambung kes pecah rumah sampai awal pagi. Apa pun saya seronok dapat membela rakyat biar pun saya bukanlah sesiapa. Semoga segalanya dipermudahkan. Terjah ✊

#SuaraMarhaen
#CaknaDemiRakyat

MOHD SHUKRI B MOHD RAMLI
(Blogger Cucumatkilau @ CMK)
People's Activist N Freedom Journalist
https://cucumatkilau.blogspot.com

0 Komen Artikel Ini: