SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Beri Bantuan Sama Rata Kepada Anak-Anak Pahang, Bukti Tok Wan Tidak 'Pilih Kasih' Soal Peruntukan Kepada Rakyat.!

Berita berkenaan seramai 200 anak-anak Pahang yang melanjutkan pelajaran di Jordan mendapat AS$100 seorang oleh kerajaan negeri, jelas sekali membuktikan bahawa kepimpinan Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail amat cakna dan prihatin soal pendidikan.

Malah difahamkan  kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang turut menyalurkan sumbangan RM10,000 kepada Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan.

Apa yang dilakukan ini jelas sekali membuktikan kerajaan Pahang salurkan bantuan kepada rakyat tanpa membezakan fahaman politik kepartian ibubapa mereka sebenarnya.

Saya rasa, daripada 200 orang anak-anak Pahang yang belajar di Jordan itu sebahagian besarnya pastilah penyokong pembangkang terutamanya daripada parti PAS.  Malah, ketika agihan bantuan dibuat, tidak pula MB (Tok Wan) mengarahkan bantuan hanya diberikan kepada anak-anak penyokong kerajaan sahaja.

Maknanya bantuan itu sampai kepada rakyat tanpa ada sikap pilih kasih dan double standard seperti yang didakwa pemimpin pembangkang selama ini. Mereka kata tidak dapat dan dinafikan peruntukan, walhal kerajaan bagi terus kepada rakyat termasuk juga anak-anak mereka.

Justeru, beliau menggesa pemimpin pembangkang agar menghentikan tohmahan dan tuduhan liar bahawa mereka dinafikan hak peruntukan bermakna rakyat dikawasan DUN mereka juga tidak dapat.

Amalan biasa bagi sesebuah kerajaan yang kekuatan politiknya sama dengan pembangkang (17-17 DUN) untuk mengkaji bab-bab peruntukan ini sedalam-dalammnya. Ia adalah demi kelangsungan politik sesebuah parti itu sebenarnya.

Bukan sahaja mahasiswa dan pelajar-pelajar sekolah menikmati bantuan Kerajaan Pahang, malahan Tok Imam, Bilal dan Siak juga turut mendapat elaun dan bonus tanpa membezakan fahaman politik kepartian masing-masing, walau pun kerajaan tahu majoriti mereka tidak menyokong kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu.

Apa yang penting, peruntukan itu ada disalurkan terus melalui penyelaras DUN untuk diagihkan kepada rakyat di kawasan masing-masing. 

Bukanlah terus ke poket wakil rakyat yang tidak sealiran dengan aspirasi kerajaan. Berbeza di negeri-negeri yang kerajaannya mempunyai kerusi majoriti, memang tiada masalah sebab kedudukan selesa. Tapi di Pahang situasinya jauh berbeza, kena fahamlah tu kan. 

Suara Rakyat Marhaen, 

MOHD SHUKRI B MOHD

RAMLI @ JAMALUDDIN

(Blogger Cucumatkilau) 

www.cucumatkilau.com

0 Komen Artikel Ini: