SELAMAT DATANG KE BLOG PERIBADI BLOGGER CUCUMATKILAU (CMK)

Kejayaan Kutipan Hasil Lepasi RM1 Bilion Tiga Tahun Berturut-Turut Bukti Tiada Sebab Tukar MB Pahang

 

Kejayaan luar biasa Kerajaan Negeri Pahang mencatatkan kutipan hasil melepasi sasaran RM1 bilion  untuk tiga tahun berturut-turut membuktikan pentadbiran Menteri Besar, Dato' Sri Diraja Hj Wan Rosdy Wan Ismail bersama pasukannya ternyata cekap, profesional dan wajar dikekalkan.

Saya cukup kagum kerana jumlah kutipan hasil  sudah mencecah RM1.06 bilion, biar pun tahun 2023 ada sebulan lagi untuk berakhir.

Ini sesuatu yang menakjubkan. Bukan mudah untuk mencapai sasaran seperti itu jika tiada sokongan padu dari pada semua pihak terutamanya daripada kakitangan kerajaan negeri.

Slogan 'PAS Teraju Pahang' yang dilaung-laungkan oleh parti pembangkang di negeri ini yang mahu rakyat menyokong mereka untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang sudah tidak releven lagi sebenarnya.

Untuk apa rakyat mahu tukar kerajaan yang sudah melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan terbukti berkesan?. Tukar kerajaan tidak boleh dijadikan bahan ujikaji buat rakyat. Tambahan pula ketika prestasi kerajaan untuk menunjukkan peningkatan yang terbaik.

Saya tidak nampak atas alasan apa, pembangkang nak tukar kerajaan yang berwibawa seperti hari ini. Jika hanya kerana mahu mengambil alih kuasa politik, rakyat tidak boleh dijadikan alat untuk berbuat demikian. Lainlah jika rakyat langsung tidak mendapat nikmat atas pencapaian dan kejayaan tersebut.

Prestasi yang ditunjukkan oleh Kerajaan Pahang hari ini adalah satu sejarah yang tidak pernah terjadi selama ini. Justeru sudah semesti barisan kepimpinan yang ada hari ini dikekalkan. 

Menteri Besar Pahang seorang pemimpin yang cukup berwibawa dalam membawa perubahan besar atas kejayaan ini. Tidak ada sebab untuk rakyat memperjudikan nasib mereka dengan memilih pihak lain yang belum tentu boleh melakukan perkara yang sama.

Rakyat Pahang usahlah terpedaya dengan dakyah politik murahan yang langsung tidak releven dengan senario hari ini. 

Lainlah, kerajaan Pahang hari ini gagal meningkatkan ekonomi dan membantu rakyat menerusi berbagai sumbangan seperti Bantuan Prihatin Pahang (BPP) yang mencecah ratusan juta ringgit sejak ia dilaksanakan.

Rakyat Pahang perlu berikan sokongan padu agar kepimpinan Kerajaan Pahang yang ada sekarang ini terus kekal releven menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 nanti. Buat pilihan yang bijak, usah terpedaya dengan emosi politik semata-mata. #CMK

0 Komen Artikel Ini: