This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Pantun Azimat Khas Buat Pengundi Di DUN Chini !


BEBAS BERI MANDAT !
RAKYAT DAPAT NIKMAT
(Dari Pulau Tawar Ke Tasik Chini)

AKU TAK HEBAT
AKU BUKAN KUAT

AKU ADA HASRAT
AKU ADA SEMANGAT
AKU PEGANG AMANAT

AKU BUKAN KOPORAT
AKU BUKAN KEPARAT

BUKAN SALAH TEMPAT
BUKAN SALAH ALAMAT

ADA ISU RAKYAT
AKU AKAN ANGKAT
AKU TAK KHIANAT
AKU TAK REMBAT

TASIK KIAN TENAT
HUTAN KENA KERAT

UNTUNG SIAPA DAPAT
RAKYAT  BOLEH LIHAT
AKU BUKAN MUSIBAT
AKU TIADA MUSLIHAT

ITULAH AZIMAT
ANGKAT DARJAT
ANGKAT MARTABAT

DEMI RAKYAT !!
AKU PEGANG ERAT

ITULAH NIAT !!
ITULAH HASRAT
YANG AKU SEMAT

HIDUP BERKAT
DAPAT RAHMAT
RAKYAT  SELAMAT

MENANG TAK DAPAT
KALAH ITU FIRASAT 

MASA KIAN SINGKAT
BILA DAH NAK DEKAT
BANYAK PROJEK BUAT

UNDI RAKYAT TEPAT
SUARA RAKYAT !!
SUARA KERAMAT !!

RAJA BERDAULAT
TETAP AKU TAAT

Salam Perjuangan:-
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
(BLOGGER CUCUMATKILAU)

Like, Follow N Subscribe:-
Facebook #cmkCucumatkilau
Youtube #cmkmedia #cmkfm
Instagram *#cmk_cucumatkilau*
Twitter *#cmkcucumatkilau*
www.cucumatkilau.blogspot.com
www.angkaraterjah.blogspot.com

Isu Premis Warga Asing, Laporan Polis Di Buat Terhadap MPK !


KUANTAN  -  Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli telah membuat satu laporan polis terhadap Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berkaitan isu premis warga asing yang "tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan" di bandar ini.

Laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan jam 2.30 petang semalam. Terdahulu pihak MPK dipercayai telah membuat laporan polis terhadap beliau dan dia dipanggil untuk siasatan kes yang sama pada Isnin.

Meurut Shukri, laporan terpaksa dibuat memandangkan beliau mengesyaki ada sesuatu yang mencurigakan berlaku di PBT terbabit hingga lambakan premis warga asing dibiarkan beroperasi tanpa sekatan terutamanya di Jalan Bukit Ubi dan Jalan Pasar dekat sini.

Beliau yang mencetus kontroversi baru selepas isu warga asing di Selayang baru-baru ini mendakwa, banyak perkara yang seharusnya diberi perhatian oleh pihak berkuasa bagi menangani isu ini. Jika tidak isu warga asing menjalankan perniagaan dalam negara ini tidak akan selesai.

"Laporan polis terhadap PBT ini adalah pemangkin kepada laporan berikutnya di PBT seluruh negara. Saya akan gerakkan kesederan rakyat tentang mengapa kita perlu bangkit sekarang. Saya yakin memang ada unsur khianat dalam isu ini hingga menyebabkan warga asing bermaharajalela menjalanan perniagaan," dakwa Shukri.

Beliau turut mendakwa, jawapan daripada pihak PBT ialah semua premis terbabit mematuhi SOP, kerana ada lesen dan pemiliknya pula adalah warga tempatan. Maka mereka tidak boleh ambil tindakan, malah warga asing hanyalah pekerja sahaja.

Walhal katanya, beberapa kali mendedahkan ada penyelwengan berlaku terhadap isu ini. Warga asing menggunakan nama wanita tempatan untuk tujuan lesen perniagaan mereka disini.  Wanita terbabit menerima bayaran tertentu setiap bulan dan hanya akan dipanggil bila ada operasi oleh pihak berkuasa. Hari lain, warga asing yang berada di premis terbabit sebab modal, serta segala urusan dibuat mereka bukanlah pemilik asal. Justeru lesen yang dialibaba wajar ditarik balik kerana ia jelas mencabar kedaulatan dan undang-undang negara ini.

"Warga asing berada disini atas pas lawatan dan kerja, bukannya dibenarkan membuka perniagaan. Mereka jelas menipu atau bersekongkol dengan pihak berkuasa untuk mengaburi mata masyarakat", kata Shukri.

Difahamkan beliau juga akan membuat laporan berikutnya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ini. 

"Mereka yang khianat ini perlu dibawa ke muka pengadilan. Isu ini memang sudah sekian lama terjadi dan tiada pihak yang membangkitkannya secara lebih detail seperti ini. Banyak isu yang saya huraikan bagi membuktikan kes warga asing ini serius sekarang. Jika terus dibiarkan, pasti negara ini akan dijajah secara terhormat oleh mereka sebenarnya.

"Justeru kesedaran adalah penting agar kita dapat mewarisi kedaulatan negara ini dengan sempurna kepada generasi akan datang. Kita tidak mahu mereka menyalahkan kita akibat kealpaan dan tidak berjuang menentag isu ini secara efektif," dakwa Shukri lagi.

Sementara itu difahamkan satu laporan polis juga telah dibuat terhadap beliau oleh isteri warga asing Bangladesh yang berbangsa Melayu. Ia berikutan Shukri membuat hantaran di facebook gambar premis beliau beberapa hari lalu. Siasatan lanjut menyusul. #pahangdaily

Isu Warga Asing: Siasatan Polis Terhadap NGO Selesai, Laporan Polis Dan SPRM Menyusul !



KUANTAN - "Saya beri kerjasama baik kepada pihak polis ketika siasatan", kata Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli ketika dihubungi PDO hari ini.

lSemalam PDO melaporkan beliau disiasat polis susulan laporan yang dibuat oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berkaitan posting premis warga asing di Kuantan.

Menurut Shukri, beliau disiasat hampir satu jam di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan pada jam 3.00 petang semalam.

"Saya terkejut kerana PBT buat laporan terhadap isu ini, walhal sepatutnya mereka berterima kasih kerana kami membantu mempermudahkan kerja mereka," kata Shukri.

Ketika ditanya butir-butir siasatan, Shukri mendakwa beliau tidak boleh maklumkan bagi tidak mengganggu siasatan yang dilakukan.

"Saya mungkin akan membuat laporan polis terhadap PBT terbabit dalam masa terdekat ini. Selepas itu laporan SPRM pula akan menyusul kerana saya syak memang ada dalang yang bersekongkol dengan warga asing ini sebenarnya. Sebab itu mereka memberi alasan tidak boleh berbuat apa-apa sebab mereka ada lesen perniagaan yang sah atas nama warga tempatan," dakwa Shukri lagi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh rakyat serta netizen di media sosial terhadap isu ini. 

Katanya lagi, perjuangan baru bermula dan mereka yang terlibat mempertahankan isu ini pasti akan dibawa ke muka pengadilan. #PDO

MPK Lapor Polis Isu Premis Warga Asing, Penyelaras NGO Terjah Di Panggil Untuk Siasatan !


KUANTAN - Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli telah dipanggil untuk membantu siasatan oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan petang ini. 

Ia susulan satu laporan polis yang telah dibuat oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) terhadap posting NGO terbabit di page rasmi mereka berkenaan isu premis warga asing di bandar ini.

"Saya dihubungi oleh pegawai polis sekitar jam 2.30 petang semalam, yang meminta saya ke IPD Kuantan untuk membantu siasatan susulan laporan polis yang dibuat oleh MPK terhadap isu premis warga asing", dakwa Shukri.

Apa pun katanya, dia akan memberikan kerjasama kepada pihak polis dan akan terus memperjuangkan isu premis warga asing ini biar pun terpaksa berhadapan dengan berbagai tindakan.

"Saya rasa inilah sejarah, apabila pihak PBT membuat laporan polis terhadap orang awam berkaitan isu premis warga asing yang didedahkan di media sosial", kata beliau lagi.

NGO terbabit sebelum ini mendedahkan operasi premis warga asing yang tumbuh bagaikan cendawan di Jalan Bukit Ubi dekat sini.

Turut didedahkan lokasi lain seperti di Permatang Badak dan Jalan Pasar. PDO akan mendapatkan maklumat lanjut tentang siasatan pihak polis terhadap aduan ini. #PDO

Kluster Bali Di IIUM, NGO Persoal Portal SEBENARNYA.MY !


KUANTAN - Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini mempersoalkan kredibiliti portal rasmi SEBENARNYA.MY yang diuruskan oleh pihak kerajaan. Portal tersebut kononnya untuk menangkis berita fitnah dan tidak pasti yang dikongsikan oleh orang ramai di laman media sosial. 


Namun dalam kes dakwaan mesej kakitangan IIUM positif Covid-19 yang didakwa palsu oleh portal terbabit, klik sini https://sebenarnya.my/dakwaan-mesej-kakitangan-uia-positif-covid-19-adalah-palsu/ ternyata ia sungguh mengelirukan orang ramai terutamanya warga Kuantan.

Demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli kepada PDO hari ini. Beliau yang pernah membongkar isu pusat perubatan swasta mana yang dikatakan menjadi punca merebaknya 'kluster Bali' akibat pandemik Covid-19 di Kuantan, pernah mendesak Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan secara rasmi pusat perubatan terbabit sebelum ini.


Namun susulan seramai 1.500 orang warga Kuantan diarahkan menjalani ujian saringan semalam maka dengan jelas Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Bahari Tok Muda menyebut kesemua mereka terdiri daripada kontak langsung dan tidak langsung pesakit Covid-19 dari kluster Bali di Hospital Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) Kuantan. 


Menurutnya, mereka yang dikenal pasti merupakan kumpulan berisiko Covid-19 yang perlu diberi perhatian. "Mereka ini termasuklah pesakit yang dirawat di IIUM sejak 19 hingga 21 April, staf yang bertugas serta ahli keluarga dan anak-anak kepada petugas kesihatan yang bekerja di hospital terbabit," kata kenyataan itu.

Ini bermakna kluster Bali sudah muncul di IIUM sejak dari awal lagi dan ia bukannya satu laporan palsu. Malah difahamkan kematian pertama Covid-19 di Pahang juga pesakit dikatakan telah ke hospital terbabit sebelum ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Bahkan dua lagi kematian turut melibatkan kluster yang sama dan pesakit dipercayai ada menerima rawatan di hosital terbabit sebenarnya. Perkara ini tidak boleh dinafikann lagi kerana ramai pihak yang sudah tahu. Namun anehnya pihak IIUM sendiri beriya menafikan perkara ini, seolah-olah tidak berani perpijak di bumi yang nyata.


Akibatnya mereka masih menerima pesakit yang datang mendapatkan rawatan dan tidak menutupnya (lockdown) lebih awal. Kini semakin ramai dilaporkan positif Covid-19 akibat ada kontak rapat dengan petugas di hospital tersebut.

"Saya hairan bagaimana IIUM sanggup keluarkan kenyataan yang bercanggah, kononnya mereka ada fakta. Walhal kes sememangnya berlaku di situ. kenapa perlu disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai?. Alasan yang diberikan oleh pihak tertentu kerana takut rakyat panik adalah tidak berasas sama sekali. Sekarang barulah rakyat panik apabila kluster Bali semakin merebak dalam diam", tambah Shukri.

Gara-gara kenyataan pihak IIUM, kini kreadibiti portal sebenarnya.my mula diragui. Mereka sendiri tidak pasti tapi telah kongsi cerita yang bercanggah dengan fakta sebenarnya. Mohon portal terbabit memperbetulkan kenyataan berkaitan. #sumber

Polis Nafi, Tada "Total Lockdown" Di Indera Mahkota Dua !


KUANTAN: Polis menafikan dakwaan kononnya kawasan Indera Mahkota 2, Kuantan akan dilaksanakan ‘total lockdown’ seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata orang ramai diminta tidak mendengar berita tidak benar disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Memang tidak ada (lockdown). Justeru, saya menasihati orang ramai jangan mendengar berita yang tidak benar ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial kononnya kawasan Indera Mahkota 2 akan dilaksanakan ‘total lockdown’ yang bermakna orang ramai tidak boleh keluar masuk.


Berita "lockdown" seperti yang ditularkan semalam


Mesej itu antara lain turut mendakwa Tuan OCS Indera Mahkota meminta semua pihak bersedia untuk ‘total lockdown’.

Mohamad Noor berkata, orang ramai seharusnya menyemak sebarang maklumat yang diterima dengan pihak berkuasa serta tidak menyebarkan berita palsu dan tidak sahih.

“Saya memberi amaran kepada sesiapa yang menyebarkan berita palsu ini, kita boleh diambil tindakan mengikut undang-undang.

“Saya juga ingin ingatkan penduduk di daerah (Kuantan) ini supaya duduk di rumah dan tidak melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak berkuasa, ” katanya. #sumber

Kerajaan Baharu, Sekitar Edisi Terjah CMK Ke Istana Negara Dan Sheraton Hotel !


Seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada isu kerajaan baharu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Bermula dengan 'khabar angin' dan 'cakap kedai kopi', kini ia menjadi kejutan yang tidak dijangkan oleh semua pihak.


Saya berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja sebenarnya hari ini. Namun selepas menerima mesej daripada sahabat seperjuangan yang mendakwa ada berita panas dan menggemparkan akan berlaku hari ini, maka saya gagahkan diri untuk menerjah ke lokasi yang dinyatakan.

Sekitar jam 6.45 saya ke Istana Negara kerana dikhabarkan pimpinan tertinggi parti yang akan membentuk kerajaan iaitu dari Bersatu, UMNO, PAS, PKR, WARISAN (Sabah) dan GPS (Sarawak) mengadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. 

Mereka dikatakan mahu menzahirkan sokongan untuk pembentukan kerajaan baharru bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Ternyata kehadiran saya ke Istana Negara tidak meleset sama sekali. Ramai wartawan media telah menunggu di pintu pagar Istana Negara untuk melaporkan situasi terkini.


Beberapa ketika kelihatan kenderaaan yang membawa para pemimpin parti terbabit dilihat meninggalkan Istana Negara. Mereka dijadualkan mengadakan pertemuan pula di Hotel Sheraton, Petaling Jaya malam ini.


Saya bergegas ke hotel terbabit sekitar jam 10.25 malam. Kelihatan ramai penyokong UMNO, BERSATU dan PAS sudah menunggu di lobi sejak awal lagi. Begitu juga dengan para wartawan media yang dilaporkan sudah berada di situ sejak petang lagi. 


Namun, penantian semua pihak berakhir dengan kehampaan apabila dimaklumkan tiada sidang media dan pemimpin parti terbabit hanya bertemu dalam satu jamuan khas yang diadakan di lokasi tersebut. 

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dipercayai tidak hadir. Namun pimpinan lain seperti Datuk Zahid Hamidi  (UMNO), Tan Sri Muhyiddin Yassin (BERSATU), Datuk Seri Azmin Ali (PKR), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS), Datuk Seri Shafie Aphdal (Warisan) dan lain-lain pimpinan parti masing-masing dilihat hadir.
Selepas mendapat perkhabaran tiada sidang media (PC) saya meninggalkan lokasi sekitar jam 11.05 malam. Saya sempat membuat live FB di kedua-dua lokasi terbabit untuk tatapan semua sahabat yang tidak dapat bersama. 


Apapun, sama-sama kita nantikan adengan seterusnya perkembangan terhangat politik negara ini. Saya juga sempat bertemu dengan beberapa orang rakan politik yang turut hadir. Salam perjuangan untuk semua. #CMK

Facebook Di Sekat Gara-Gara Siarkan Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Radio Internet CMK FM


KUANTAN - Gara-gara akaun Facebooknya disekat (block), Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli tampil meluahkan kekesalannya. Tambah menegecewakan beliau, tindakan tersebut dibuat oleh Facebook atas laporan daripada admin pages Ustaz Azhar Idrus Official. 

Menurut Shukri, semua itu kerana beliau menyiarkan sedutan rakaman program "Soal Jawab Ramadan Bersama Ustaz Azhar Idrus" untuk slot Kuliah Ramadan di Radio Internet CMK FM baru-baru ini. (Soal Jawab Ramadhan - Ustaz Azhar Idrus Official)


Akaun Facebook beliau kini langsung tidak boleh diakses dan sudah tiada dalam carian di Facebook. Ini bermakna akaunya sudah dihapuskan sepenuhnya dari laman media sosial tersebut.

"Saya terharu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Niat untuk sebarkan agama Islam kepada para pendengar CMK FM akhirnya menyebabkan akaun asal Pages CMK FM itu sendiri pun sudah tidak boleh diakses lagi. Malah, akaun page NGO Angkatan Pembela Rakyat (Official) juga turut menjadi mangsa", katanya.


Beliau kini kehilangan 5,000 rakan dan 8,000 follower di Facebook peribadinya. "Semua sahabat dari dulu hingga sekarang sudah tiada lagi. Akaun saya telah dikenakan tindakan oleh Facebook Management Team gara-gara menyiarkan program agama Ustaz Azhar Idrus", tegasnya.

Sementara itu difahamkan pihak UAI Official tidak membenarkan mana-mana pihak menyiarkan semual video mereka atas nama "hak cipta".  Berdasarkan kepada aduan yang dibuat kepada pihak Facebook, membuktikan mereka serius tentang hal ini.

Namun, bagi Shukri apa yang disebarkan itu ialah dakwah dan dia tidak boleh share link dari page terbabit kerana ia segmen live streaming.




"Sebab itu kami siarkan Youtube program UAI di UPM untuk tontonan pendengar. Tambahan pula kami merasakan ia adalah ilmu agama dan dakwah. Maka menyebarkannya bermakna memanjangkan pahala di bulan Ramadan Al-Mubarak. Tapi, lain pula jadinya" tambah Shukri.



Beliau turut mendakwa diarahkan menhentikan siaran Live FB ketika program Uasta Azhar Idrus di Masjid Tepian Putra dekat sini malam tadi. 

"Saya membuat live FB untuk follower CMK FM, bukan semua mereka like atau follow page UAI Official. Lagi pun saya merasakan ia bukan siaran live DJ dan tidak ada akta atau pengumman yang dibuat oleh pihak penganjur yang tidak membenarkan rakaman dibuat", katanya. 

Malah dakwa Shukri, mereka sepatutnya menghubungi beliau terlebih dahulu kerana ada dikalangan mereka mengenalinya di Kuantan. Namun, tindakan drastik yang dilakukan jelas sekali amat mengecewakan.

"Atas apa jua alasan, saya tidak boleh terima semua ini. Kami bukan siarkan ceramah fitnah atau politik. Tetapi panjangkan ilmu agama UAI. Sepatutnya pihak yang terlibat bersyukur kerana pahala mereka berpanjangan dengan penyiaran ini. UAI buknalah artis syarikat rakaman hingga perlu merujuk terus kepada Facebook untuk sekat akaun saya". katanya lagi selepas menyiarkan rakaman kenyataannya di FB CMK FM malam tadi. #sumber

Tindakan Tidak Bertanding PRK Sandakan, BN Dan PAS Gagal Uji Pengaruh Mereka Di Sabah


Tindakan BN dan PAS tidak meletakkan calon mereka pada PRK Sandakan adalah sesuatu yang tidak baik untuk menguji pengaruh pembangkang di negeri Sabah sebenarnya.

Atas apa jua alasan sekali pun, BN dan PAS sepatutnya menyertai PRK Sandakan walau pun tahu kekuatan mereka tidak sehebat di semenanjung.

Umum mengetahui UMNO lumpuh di Sabah selepas pemimpin dan ahli mereka berbondong-bondong menyertai Bersatu dan Warisan. Namun, ia mungkin hanya di atas kertas, atas padang belum tentu lagi.

Biar pun BN dan PAS gusar kekalahan mereka akan menyebabkan moral ahli sedikit luntur selepas mendapat kemenangan hatrik dalam tiga PRK sebelum ini iaitu di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.

BN dan PAS juga harus menguji sokongan rakyat terhadap mereka di Sabah. Bahkan, ia juga sebagai pemangkin untuk memastikan Pakatan Harapan (PH) menjadi "Kerajaan Sepenggal".

Sabah dan Sarawak adalah Fix Deposit BN setiap kali pilihanraya umum selama ini.. kecuali PRU14 lalu. Maka, bagaimana harus pembangkang ambil alih tampuk pimpinan negara jika majoriti kerusi parlimen di kedua-dua negeri tersebut kini bersama Pakatan Harapan?.  Bukan PRK Sandakan boleh dijadikan ujian untuk melihat banyak mana sokongan rakyat terhadap pembangkang. Soal menang atau kalah perlu ditolak ke tepi.

Pertembungan DAP dengan PBS dan lain-lain calon bebas tidak menggambarkan pertembungan sebenar dalam PRK Sandakan. Pemerhati boleh melihat dengan jelas bahawa Pakatan Harapan sudah pasti akan menjadi pemenang kali ini, sama seperti apa yang berlaku di PRK Rantau sebelum ini. 

Blogger Cucumatkilau
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat

Beri Ruang Kepada Mazlan Aliman Bersama NGO Feda Untuk Teruskan Perjuangan


Terbaik NGO felda, teruskan perjuangan demi masa depan generasi akan datang. Terima kasih Datuk Mazlan Aliman, masih terus memainkan peranan walau pun sudah berjawatan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Semoga nasib warga Felda lebih terbela selepas ini hendaknya.

Peneroka tak salah pangkah dah sbb berjaya humbankan pihak yg merosakkan Felda, yang habiskan duit Felda beli hotel, jual tanah Felda tak dapat untung satu sen, jadikan Felda estet dan kopporat, senaraikan Feld di Bursa dan paksa peneroka beli saham yg melingkup dan tuduh peneroka "haram jadah".



Tak salah dah peneroka buat pilihan, humbankan mereka yang khianat kepada tanggungjawab. Mazlan hanya pejuang yang membela, bukan perompak hasil mahsul Felda. Tak perlu salahkan Mazlan, yang perlu disalahkan ialan bajingan yang musnahkan Felda. Maka itu, kita tetap beri sokongan supaya masa depan peneroka Felda terus terbela selepas ini.

Duit, saham, aset Felda dah tergadai oleh mereka yg berkuasa sebelum ini, kenapa pula perlu salahkan Mazlan dan para pejuang Felda yang bangkit membela?. Kena pandai menilai sesuatu isu. Jangan pula nampak kesalahan Mazlan saja, sedangkan kesalahan mereka yang menghancur dan merosakkan Felda ditutup sebelah mata. Jangan kerana emosi dan kita penyokong parti orang yang menghancurkan Felda maka kita nak salahkan Mazlan sebab dia parti lawan.

Berapa banyak Mazlan songlap duit Felda? Atau jual aset, hasil mahsul Felda untuk diri dia selama ini? Bercakap jangan ikut emosi, tapi kaji. Felda dah hilang banyak harta dan wang oleh orang lain, Mazlan pulak dipersalahkan. Beri ruang utk beliau terus berjuang untuk masa depan generasi Felda akan datang. #CMK

PTPTN: Benarkah Penagih Dadah Lebih Untung Dari Mahasiwa Universiti Di Negara Ini ?


KUANTAN - Setiap tahun kerajaan Malaysia telah  menghabiskan ratusan juta ringgit untuk menanggung penagih dadah di negara ini, kini tiba masanya kerajaan menanggung pula kos kehidupan mahasiswa universiti.

Demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli kepada PDO hari ini. 

Katanya, isu ini mungkin tidak disedari oleh sebahagian besar rakyat namun sebagai NGO yang sering memperjuangkan isu-isu rakyat beliau sudah lama menyedari perkara ini.

"Bayangkan kerajaan terpaksa belanjakan  RM19.77 hingga RM35 sehari atau RM592.10  hingga RM1,050 sebulan untuk membiayai makan minum, emolumen kakitangan dan perkhidmatan serta bekalan untuk seorang penghuni puspen di negara ini. Jumlah itu jika diambilkira jumlah paling minima RM500 sebulan, maka untuk seorang pelatih kerajaan memperuntukkan RM6,000 setahun. Bayangkan jika dikira jumlah RM1,000 sebulan, banyak mana wang kerajaan belanjakan wang untuk penagih dadah selama ini?", kata Shukri.


Sila klik di sini untuk membaca laporan penuh artikel di atas

Tambahnya, ini bermakna jika seorang pelatih berada di puspen selama 3 tahun maka kerajaan terpaksa perbelanjaan mereka paling minima sebanyak RM18,000 (kiraaan minima RM500 sebulan). Bukankah ini sesuatu yang cukup menakjubkan bukan?.

"Bila pelatih keluar, ramai yang ditangkap dan masuk semula ke dalam puspen dan sambung lagu setahun atau dua tahun di situ.. kerajaan tanggung lagu RM6,000 hingga RM12,000. Maknanya kiraan mata kasar saya, seorang pelatih telah diperuntukkan hingga RM40,000 semata-mata untuk menanggung mereka". katanya.

Soalnya sekarang, apa yang pelatih berikan kepada negara dari sudut pembangunan dan ekonomi?. Bahkan mereka tidak perlu  membayar walau satu sen pun wang yang digunakan itu. Malah. sebahagian daripada pelatih kembali menagih dan akhirnya mati begitu sahaja tanpa memberikan input kepada negara.

Kerajaan membelanjakan RM778.5 juta untuk kos merawat penagih dadah di 57 buay pusat pemulihan di seluruh negara dari tahun 2011 hingga 2016, iaitu untuk tempoh 5 tahun sahaja. Ini bermakna dalam tempoh 10 tahun kosnya mencecah ke angka bilion ringgit sebenarnya.


Sila klik di sini untuk membaca laporan penuh artikel di atas

Justeru kata Shukri, tiba masanya kerajaan memikirkan satu langkah terbaik untuk menanggung pula  pelajar di pusat pengajian tinggi pula. 

"Mereka ini menuntut ilmu, belajar untuk menjadi insan berguna untuk masa depan negara.. mereka terpaksa meminjam wang dari tabung pinjaman  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  untuk menyara kehdupan mereka di IPT.  Pinjaman mereka hampir sama dengan jumlah yang dibelanjakan oleh  kerajaan untuk pelatih puspen, namun mereka terpaksa membayar selepas tamat pengajian", kata Shukri lagi.

Ini tidak adil dalam sebuah negara demokrasi katanya. Mana mungkin kerajaan tanggung penagih dadah yang tidak berikan apa-apa kepada negara tetapi tidak mahu menanggung para pelajar yang menuntut ilmu untuk masa depan negara.



"Justeru, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya memansuhkan PTPTN seperti yang dicanangkan dan termaktub dalam manifesto mereka sebelum ini. Ini bukan soal hutang lagi, tapi soal tanggungjawab sebuah kerajaan. Sama macam ibubapa yang menanggung anak-anaknya belajar, ia adalah tanggungjawab dan tidak boleh dituntut sebagai hutang", tambah beliau lagi.



Kerajaan yang baik dan bertanggungjawab harus melihat semua ini dari sudut positif. Lebih baik gunakan wang untuk menanggung penagih dadah kepada pelajar IPT. Bukankah itu lebih baik demi masa depan negara kita sebenarnya.

"Saya berharap perkara ini dapat dikaji dan dinilai secara mendalam oleh kepimpinan negara. Sudah tiba masanya perubahan dibuat. Kenapa bebankan pelajar yang menuntut ilmu dengan hutang, sedangkan satu situasi lagi penagih dadah ditanggung segala-galanya tanpa mereka atau keluarga perlu membayar balik. Apakah ini berbaloi untuk ekonomi negara?." tambah Shukri lagi.

Baru-baru ini kerajaan umumkan untuk menangguhkan mekanisme pembayaran baharu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Ia sesuatu yang baik kata Shukri, nama yang lebih baik ialah melupuskannya demi menunaikan janji-janji dalam manifesto pilihanraya yang telah dicanangkan sebelum PRU14 lalu. 

Bahkan, senario ini memperlihatkan penagih dadah lebih untung jadi rakyat Malaysia berbanding mahasiswa universit. Mereka "ditatang bagai minyak yang penuh", sebaliknya mahasiswa universiti umpama "anak tiri". Ubahlah. #sumber

Gempar: Video, Pahlawan Mat Kilau "Mandi Embun" Tersebar !



Penemuan video lama Pahlawan Melayu Pahang sedang "mandi embun" telah mengejutkan ramai pihak. Ini kerana selama ini, kita semua hanya dapat melihat gambar pahlawan tersebut sahaja

Dalam rakaman video tersebut Mat Kilau diusung oleh orang kampung, menantu dan ahli keluarganya untuk dimandikan air embun pagi yang menjadi kelaziman atau amalan hariannya selama ini. 

Mat Kilau… beliau i bukan calang-calang keturunannya kerana ayahandanya sendiri adalah salah seorang pejuang menentang penjajah ketika itu iatu Imam Rasu bin Shahrum, berpangkat Orang Kaya Raja iaitu setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang iaitu Tok Gajah sendiri. 

Dan Perjuangan Mat Kilau ni sebenarnya bukan saja setakat berjuang menentang British di negeri kelahiran beliau saja tapi melewati Terengganu dan Kelantan. Di ceritakan kehebatan Mat Kilau ketika bertempur dengan penjajah British dahulu… bahawa hanya dengan sekali libasannya sahaja… boleh mengorbankan 9 nyawa di hujung parangnya itu.  

Alkisah, kemunculan semula legenda itu pada 26 Disember 1969 menggemparkan tanah air setelah di kabarkan meninggal dunia ketika menentang penjajah dahulu. Pada tarikh tersebut setelah 74 tahun di percayai telah terkorban pada tahun 1895, bersama kuburnya yang terletak di Kelantan, Mat Kilau sekali lagi muncul dan kembali ke kampung halamannya di Pulau Tawar. 


Cerita kepulangan Mat Kilau di kabarkan telah tersebar dari mulut ke mulut dan pada hari bersejarah tersebut diceritakan hampir 15 ribu orang telah menunggu kedatangan beliau di perkarangan masjid. Semua yang hadir pada masa tu sememangnya menunggu-nunggu pengakuan lelaki tua misteri yang hanya dikenali dengan nama samaran Mat Siam dan bekerja di feri di Gambang, Pahang . 


Sekembalinya beliau ke kampungnya, Mat Kilau bersolat Jumaat bersama jemaah yang lain dan selesai solat, beliau membaca Al Quran dan selepas itu beliau akhirnya mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau pahlawan terbilang Melayu yang melawan British suatu masa dahulu. 

Orang ramai yang menunggu semenjak pagi pada hari tersebut menyambut berita itu dengan gembira dan linangan air mata kerana kembalinya hero bangsa ke kampung halaman mereka. Diceritakan ramai yang mengambil kesempatan untuk bersalaman dan mencium tangan insan yang besar jasanya itu. 

Dan pengistiharan ini memanglah meggemparkan seluruh Negara sehingga Kerajaan Pahang telah menubuhkan Jawatan Kuasa pada 8 Januari 1970 untuk menyiasat kesahihan kebenaran cerita tersebut. 

Alhamdulillah… 8 bulan selepas membuat kajian rapi lelaki misteri yang hanya dikenali sebagai Mat Siam itu akhirnya disahkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. 

Namun Allah lebih menyayangi insan yang berjasa besar ini, hanya 4 hari selepas pengisytiharan oleh menteri Besar tersebut, beliau akhirnya dijemput kembali menemui Yang Maha Pencipta di usia 123 tahun.


Inilah video yang menjadi sejarah dan menggemparkan seluruh negara itu. Selamat menonton. Moga roh Pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau ditemnpatkan kalangan orang-onrang beriman dan beramal soleh hendaknya. Al-Fatihah. Amin

Radio Internet CMK FM Kini Mula Di Terima Pendengar Secara Online Streaming


Akhirnya hasrat untuk mempunyai sebuah stesyen radio yang lengkap dengan siaran video live di konti tercapai jua. CMK FM kini mula mendapat perhatian rakyat Malaysia. Malah, pada satu ketika telah berjaya mencapai view melebihi 8,000 pendengar dalam satu-satu masa.

Semua ini adalah kerana usaha dan promosi berterusan yang dijalankan ke arah memantapkan radio internet CMK FM. Buat masa ini ia masih lagi dalam siaran ujian dan akan mula beroperasi sepenuhnya pada Oktober 2018 ini. 

Apa yang menarik kali ini, pendengar boleh mengikuti siaran Live FB di www.facebook.com/cmkfm, yang mana mereka boleh berinteraksi secara langsung dengan DJ bertugas. Malah, pendengar juga boleh melihat wajah dan konti secara live tidak seperti sebelum ini mereka hanya boleh mendengar suara DJ sahaja.


Siaran percubaan kini berada di tahap yang cukup membanggakan, dan CMK FM berjaya menarik perhatian pendengar dari Indonesia, Singapura, Brunei. Thailand, Filipina dan rakyat Malaysia yang berada di Korea Selatan serta negara-negara timur tengah.



Secara asasnya, hasrat untuk melihat kejayaan dan masa depan CMK FM kini semakin cerah. Saya menjangkakan jumlah pendengar akan terus meningkat dari masa ke semasa kerana kita memaparkan konsep radio yang begitu santai dan bersahaja. 


Semua DJ tidak terikat kepada peratutan, mereka bebas untuk berkomunikasi asalkann tidak  melibatkan unsur provokasi politik, perkauman, agama dan kelucahan. Pada masa ini, CMK FM sedang mengujibakat beberapa orang DJ baru untuk diketengahkan.

Kita juga membuka peluang kepada orang ramai untuk menempah iklan murah di CMK FM, serendah RM150 untuk dua bulan (1,000 kali siaran). Tawaran dibukan kepada semua usahawan IKS yang berminat. 

Paling terbaik, bagi pendengar yang terlepas siaran Live dari studio mereka boleh mendengar rakaman selepas ini. Ia membolehkan mereka mendengar berkali-kali terhadap apa jua isu dan topik yang diperkatakan. 

CMK FM masih mengekalkan motto asal iaitu "Suara Generasi Baru, Mantap Beb !!". Orang ramai boleh mendengar siaran CMK melalui tiga cara iaitu FB Live, Apps Playstore dan Blog. Justeru, anda boleh ikuti siaran CMK FM di:

 FB LIVE (RECORDED)
https://m.facebook.com/cmkfm

ANROID (PLAYSTORE) 
http://tun.in/se6gX (Tune In Radio)
   Install https://play.google.com/store/apps/details?id=tunein.player 
  (Search CMK FM)

BLOGWEB (OFFICIAL)
http://cmkradio.blogspot.my

Iklan Produk / Bisnes Anda? PM Hotline :
www.wasap.my/60123854400/IklanCMKFM
www.wasap.my/60123854400/IklanCMKFM
www.wasap.my/60123854400/IklanCMKFM

CMK FM EMAIL
cmkfm@yahoo.com
cmkradio@yahoo.com

RADIO INTERNET CMK FM

CERIA | MANTAP | KREATIF

Demi Islam Dan Melayu, PAS UMNO Perlulah Berani Nyatakan Pendirian Bentuk Satu Gabungan Politik Pembangkang Baharu !


Demi perjuangan Melayu dan Islam di negara ini, PAS dan UMNO perlu berani nyatakan pendirian bahawa mereka "bersatu" dalam wadah perjuangan baharu bukan sekadar suara pembangkang menjelang pilihanraya kecil semata-mata.

Hari ini rakyat terutamanya orang Melayu Islam semakin keliru dengan perjuangan pembangkang terutamanya PAS.

Saya rasa, jika sebelum PRU14 PAS dan UMNO bergabung melawan satu sama satu dengan Pakatan Harapan, mungkin kuasa di Putrajaya masih belum bertukar tangan. Tapi PAS dan UMNO sama-sama meletakkan calon di kerusi yang sepatutnya mereka menang (jika satu lawan satu).

Pendirian PAS untuk menjadi "King Maker" semasa PRU14 lalu perlu diubah kerana ia mengelirukan ahli dan pengundi mereka sendiri hingga mereka akhirnya terpaksa mengundi PH yang dilihat lebih terkehadapan dalam berbagai isu terutama 1MDB, GST dan sebagainya.

Bukti jelas bila pucuk pimpinan PAS mencadangkan ahlinya pangkah calon BN pada PRK Sungai Kandis baru-baru ini, ramai yang memboikot dan tidak mahu keluar mengundi. Walau pun ia dinafikan, namun itulah kenyataan pahit yang harus ditelan. Akibtanya BN sepatutnya berupaya menang telah tewas kerana peratusan keluar mengundi merudum.

Tiba masanya PAS dan BN insytiharkan mereka kini bergabung dalam satu wadah perjuangan baru yang memartabatkan bangsa dan agama dengan lebih jelas. Buktikan pada dua PRK (Seri Setia dan Balakong) yang akan menjelma tidak lama lagi.

Nyatakan pendirian dengan jelas dan tak perlu lagi berkias-kias. Bersatu atas nama Islam dan Melayu yang pasti akan mengukuhkan lagi hala tuju pakatan pembangkang itu sebenarnya.

Jika hanya mahu bergabung setiap kali PRK, ia akan menyebabkan undi prostes berlaku dan ia amat merugikan. Tidak salah untuk PAS dan UMNO memeterai perjanjian persefahaman yang baru dalam politik demi masa depan agama dan bangsa di negara ini. Kekeliruan menyebabkan ahli semakin tertekan dan akhirnya mengambil jalan pintas untuk tidak keluar mengundi.

Saya mencadangkan PAS dan BN membentuk gabungan baru dalam politik pembangkang dengan menggunakan nama "Gagasan Nasional" iaitu gabungan "Gagasan Sejahtera" dan "Barisan Nasional". 

Saya fikir ia lebih baik dari membiarkan ahli akar umbi terus terkapai-kapai dan tertanya-tanya setiap hari apakah status hubungan PAS dan UMNO itu sendiri. Tidak perlu lagi merisik dan bertunang, lebih elok nikah terus agak ia menjadi sah dan lebih mudah untuk mengatur strategi politik di masa hadapan.

MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN

(Blogger Cucumatkilau)

Cabar Azmin, Apakah Rafizi Juga Bakal Terima Nasib Yang Sama Macam Tan Sri Khalid Dan Zaid Ibrahim ?


Sebagai orang yang pernah bersama satu ketika dulu, saya terpanggil untuk memberi sedikit komen tentang pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2018. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menang tanpa bertanding untuk kerusi Presiden baru-baru ini.

Namun, fokus utama kali ini ialah bagi jawatan Timbalan Presiden antara Azmin Ali dan Rafizi Ramli. Kedua-dua nama ini sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi, tambahan pula mereka adalah jagoan PKR yang amat digeruni musuh ketika bergelar pembangkang sebelum ini. 

Walau pun awalnya, saya menjangkakan Azmin akan lawan Anwar untuk jawatan Presiden namun segalanya meleset. Bahkan ramai pihak yang melihat kejutan itu akan berlaku kerana Azmin akan mendapat malu besar jika tewas kepada Rafizi bagi jawatan Timbalan Presiden. 

Beliau adalah menteri kabinet Pakatan Harapan, sedangkan Rafizi tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan. Rafizi hanya Naib Presiden yang bergerak dengan INVOKE sejak beberapa tahun lalu. Jika Azmin kalah sudah pasti namanya akan merudum dan harapan untuk naik semula sukar kerana Rafizi dibayangi Anwar sejak sekian lama.


Tindakan Rafizi membentuk gabungan "Reformasi 20 Tahun" untuk pemilihan kali ini dilihat sebagai tindakan jelas bahawa ia mungkin mendapat mandat daripada pihak atasan. Siapa lagi kalau bukan Anwar, walau pun ia pasti cuba dinafikan.

Malah, berkali-kali pimpinan tertinggi PKR menafikan wujud kem dalam pemilihan parti kali ini. Sedangkan, hakikanya ia sudah awal-awal berlaku baik dipihak Azmin atau pun Rafizi. Hingga ada pihak menggangap pertembungan mereka adalah antara "INVOKE" lawan "KARTEL". 

Walau pun Rafizi nampak hebat, namun beliau harus ingat dua pemimpin PKR yang cuba melawan Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden sebelum ini telah menerima akibatnya. Sama ada dijatuhkan secara terhormat atau terpaksa tinggalkan PKR secara terhormat.

Inilah yang berlaku kepada Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Zaid Ibrahim. Mereka akur dan terpaksa membawa diri dari parti itu selepas gagal mengekang pengaruh Azmin Ali. Biar pun penyokong mereka punyai bukti berlaku berbagai penyelewengan ketika proses pengiraan undi. Semua itu gagal dibuktikan dan akhirnya Azmin tetap berjaya mengekalkan kedudukan.


Kini, apakah Rafizi bakal menjadi mangsa seterusnya?. Umum mengetahui kini Rafizi bukan lagi wakil rakyat dan beliau hanyalah pemimpin parti yang sedang menenanti "rebah". Jika Anwar tidak membantu, sudah pasti dia juga akan karam pada kali ini.

Sesiapa saja yang cuba lawan Azmin pasti akan menerima akibatnya. Walau pun isitilah "kiambang bertaut kembali" selepas pemilihan. Namun, ketika pemilihan calon PRU ia akan menimbulkan kesan dan inilah yang berlaku kepada ramai pemimpin PKT terdahulu sebenarnya.

Mereka terpaksa meninggalkan parti sedangkan mereka adalah pejuang asal yang berjuang bermati-matian untuk parti suatu ketika dulu. Kini nama mereka terus pudar dalam lipatan sejarah perjuangan. 

Apakah Rafizi akan menjadi pemimpin seterusnya. Kekuatan Azmin sukar digugat  dalam PKR. Justeru, tindakan Rafizi menentang Azmin jika tanpa mandat dari sesiapa, pasti mengundang musibah. Malah, Azmin kini dilihat orang kepercayaan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perjuangan politik sebenarnya. 

Apa pun, sama-sama kita nantikan pertembungan hebat kedua-dua pemimpin ini. Suburkan demokrasi tingkatkan kualiti.

MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
(Blogger Cucumatkilau)