Petang Isnin (2 Mei 2011) CMK telah meluangkan masa untuk bertemu dengan Chegubard (PKR) di sebuah restoran mamak dekat bandar Kuantan. Banyak benda yang kami bualkan, termasuk senario di Sarawak, isu saman Utusan, kes liwat II termasuk juga berkisarkan hala tuju perjuangan politik masing-masing. CMK hargai kunjungan Chegubard ke Kuantan, ketika dia dalam perjalanan dari Kemaman untuk berceramah malam itu di Lanchang. Turut hadir petang itu ialah Kamarul Hatta (PKR) dan Saudara Ito (Kg.Tengah). Dalam berbual, Chegubard sekali lagi meluahkan perasaan terkilan beliau akibat kegagalan PKR menyelesaikan kemelut pemilihan 2010 lalu. Parti katakanya seolah-olah cuba mengalih pandangan dan mahu beliau melupakan apa yangs udah berlaku, sedangkan perkara itu sebaptutnya diselesaikan seperti janji dua minggu yang dibuat oleg Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution semasa Kongres PKR di Petaling Jaya tahun lalu. Namun sehingga kini segalanya "indah khabar dari rupa". Ini menyebabkan Chegubard terpaksa memberi sedikit masa sahaja lagi untuk PKR membuat keputusan, sama ada mahu menyelesaikan kemelut itu atau membiarkan sahaja ia berlalu. Beliau turut menegaskan akan bertindak untuk "meninggalkan parti itu" andai jalan penyelesaian tiada. Malah katanya, itulah yang amat dikehendaki oleh mereka yang berkuasa sekarang ini. Ketika CMK tanya ke mana hala tuju politiknya andai keluar PKR. Chegubard beberapa kali menegaskan dia akan membuat satu keputusan mengejut berkenaan perkara itu. Namun, itu pun jika tiada tindakan daripada pucuk pimpinan tertinggi PKR sendiri. CMK merasakan, PKR bakal menerima pukulan TKO jika anak muda seperti Chegubard pula meninggalkan parti itu. Malah, dia khabarnya akan membawa bersama para penyokong dan pemimpin muda di peringkat cabang-cabang di seluruh negara. Ini satu tamparan hebat buat PKR, maka seharusnya Anwar Ibrahim memainkan peranan untuk menyelesaikan kemelut ini. Agak malang bila beliau yang masih bersama PKR tiba-tiba dihalang melakukan aktiviti termasuk berceramah di sana-sini oleh parti sendiri. Senario ini memang berlaku, dan sungguh memalukan. CMK harao, Chegubard dapat membuat keputusan yang bijak dalam menentukan masa depan perjuangannya. CMK hormati apa jua keputusan yang dibuat beliau.
kalau stakat bad syntom tu tak yahh laa....suruh dia kekal dlm pkr lagi baekk...
cari la alasan apa pun nak kekal dlm pkr, video palsu ka, konspirasi umno, bn takut dgn anwar, dll...
bayar 2 juta ka... sudaaa la mamat tolol....
kalo nk komen..tp takut kenalkan diri...baik xyah la...bacul...cuba ko bgtau nama ko dulu br layak nk komen ttg orang lain...
Angah Habib...Naib Ketua 1 AMK kedah/ketua AMK Sik
kalau CB tolol, dah lama dah dia join Umno.. hanya org2 yg tolol dan bongok jer yg masih bersama dgn Umno ni ibarat lembu kena cucuk hidung...
warghkahkahkahkahkah..