Tawar Diri Bertanding Kerusi DUN Pada PRU13
Justeru itulah, CMK merasakan sudah tiba masanya diwujudkan satu iklim politik yang lebih sihat dalam negara kita. Apakah salah dan dosa orang lain hingga mereka harus kita pinggirkan?. Baik sangatkah kita hingga menganggap orang yang tidak berpihak kepada kita adalah musuh kita buat selamanya?. Ini berlaku dalam politik hari ini dan sewajarnya diubah jika mahu kehidupan yang lebih selesa pada masa akan datang. Lantaran itulah CMK dengan beraninya menawarkan diri untuk menjadi Calon dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang. Ramai yang terkejut dengan keputusan berat ini, tetapi itulah hakikatnya. CMK perlu masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Pahang secara terhormat atas nama demokrasi. CMK mahu bersuara membela rakyat secara lebih agreasif lagi. Jalan terbaik ialah menawarkan diri walau pun CMK kini tidak berparti sebenarnya. Ada yang mengatakan CMK gila kuasa dan memilih jalan yang salah untuk meneruskan perjuangan. Tapi mereka juga harus ingat, akibat tidak memaklumkan keputusan mahu menawarkan diri sejak dari awal lagilah akhirnya nama CMK tercicir dalam senarai calon Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam pemilihan 2010 yang lalu. CMK dipersalahkan oleh pimpinan tertinggi PKR Pahang, kerana tidak memaklumkan secara rasmi hasrat tersebut. Sedangkan CMK sudah mewar-warkannya di dalam Facebook dan blog CMK sendiri. Mungkin kesilapan itu menyebabkan CMK akhirnya gagal untuk membantu memperkasakan Media Baru parti secara lebih praktikal lagi. Lantaran itu juga, CMK tidak mahu melakukan kesilapan buat kali yang kedua. Bagi CMK, niat ikhlas untuk berjuang membela rakyat perlulah dilakukan pula di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, selepas lebih 13 tahun CMK berjuang dijalanan serta sering berada di belakang tabir selama ini.Empat Kawasan DUN Yang Bakal Menjadi Pilihan
Ramai yang hairan kenapa CMK buat pengumuman terlalu awal, sedangkan tarikh pilihanraya umum pun masih menjadi teka teki lagi. Malah ada yang tertanya-tanya CMK mahu bertanding atas tiket apa, sedangkan CMK sudah tidak berparti sekarang ini. Semua ini pasti akan menimbulkan kontroversi yang berpanjangan. Apa yang penting CMK akan terus berjuang untuk membela rakyat walau dalam apa jua cara sekali pun. Bagi CMK dimana-mana jua pasti akan ada masalah yang tidak dapat diselesaikan menerusi saluran politik. Buat masa ini CMK hanya menawarkan diri sahaja, dan CMK akan maklumkan selepas ini antara kawasan DUN pilihan dan seterusnya atas tiket apa CMK akan meneruskan perjuangan ini. Bagi CMK rakyat perlu dilayan sama rata dalam apa jua cara sekali pun. Mereka adalah hakim negara dan hak mereka perlu dihormati. Jika ditakdir CMK tersungkur, maka ribuan maaf diucapkan atas apa yang terjadi. Namun andai CMK berjaya teruskan perjuangan ini, maka CMK akan buktikan bahawa masanya sudah tiba untuk meneruskan cita-cita selama ini. CMK amat mengharapkan sokongan semua. Soal atas tiket mana dan parti mana itu CMK tidak berani untuk putuskan lagi. Mungkin dalam masa terdekat ini CMK akan tentukannya. Namun antara kerusi DUN Pilihan yang difikirkan sesuai untuk CMK tandingi ialah DUN Pulau Tawar (tempat asal usul keturunan CMK), DUN Chenor (tempat CMK dibesarkan dan mengenal erti kehidupan), DUN Kuala Sentul (tempat CMK bersekolah dan bersosial) dan yang terakhir sekali ialah DUN Semambu iaitu tempat bermastautin dan tempat CMK mengundi pada PRU-13 ini. Semua kawasan ini adalah sinonim dengan hidup CMK dan sudah pasti ada kekuatan untuk CMK buktikan kepada rakyat andainya hasrat murni ini mendapat sokongan dari kalangan rakyat ini diteruskan.



Assalamualaikum...CMK nak tanding atas tiket apa? Selamat Berjuang....
CMK boleh bertanding dengan tiket DAP di kawasan majoriti Melayu.
Peluang adalah lebih cerah untuk mencapai matlamat bersama kita, Malaysians Malaysia. Hak sama kepada semua rakyat tanpa mengira keturunan dan agama sebagaimana dituntut oleh agama Islam.
CMK, saya nk bertanya, apakah yang CMK boleh bagi kepada rakyat jika menang atas tiket BEBAS..