SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Sidang Media: Majlis Perasmian Pejabat Baru PKR Negeri Pahang, Ceramah Perdana Serta Program Minum Petang Anwar Bersama Rakyat Di Kuantan

KUANTAN [pahangdaily] - Satu sidang media sempena majlis Minum Petang Bersama Rakyat dan perasmian Pejabat Perhubungan PKR Negeri Pahang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 April ini telah diadakan jam 12.00 tengahari tadi. Beberapa orang pemimpin kanan PKR Pahang telah hadir antara meraka ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Perhubungan PKR Negeri), YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), YB Tuan Syed Lonik (ADUN Beserah), Saudara Ram (Timbalan Pengerusi III PKR Pahang), Saudara Kamarul Hatta (Timbalan Ketua AMK Pahang), pimpinan PKR Negeri dan Bahagian, wakil PAS, DAP dan para wartawan media arus perdana. Dalam ucapannya Dato' Fauzi menyatakan terima kasih kepada semua wartawan yang hadir serta memaklumkan bahawa Ketua Umum PKR itu sepatutnya datang ke Kuantan sebulan yang lalu. Namun memandangkan ketika itu semua pihak sedang sibuk dengan persediaan pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, maka ia ditangguhkan ke tarikh 18 April ini. Beliau turut menyatakan perasaan bangganya atas kewujudan bangunan baru Pejabat Perhubungan PKR Pahang itu. Katanya bangunan baru itu telahh disewakan oleh parti daripada salah seorang ahli itu sendiri.

"Bangunan ini pada asalnya adalah sebuah pejabat kontraktor pembinaan, namun ia telah tidak digunakan sejak 5 tahun lalu. Maka itu pihak kami amat berterima kasih kepada pemilik bangunan terbabit yang sanggup memberi kemudahan kepada parti dengan membenarkan ia digunakan. Kos penyelengaraan kini telah mencecah hampir 50 ribu ringgit kerana kami terpaksa memperbaiki berbagai kerosakan yang berlaku" katanya. Antara kemudahan yang terdapat di bangunan baru itu ialah sebuah padang yang boleh menempatkan lebih lima ribu penonton. Turut disediakan ialah Dataran Rakyat, Bilik Pentadbiran, Bilik Seminar, Bilik Sektretariat, Bilik Mesyuarat Perhubungan Negeri, Pejabat PKR Bahagian Indera Mahkota dan lain-lain kemudahan yang sewajarnya. Tinjauan kami mendapati kelengkapan yang disediakan di pejabat baru itu amat baik sekali dan sesuai untuk digunakan bagi kemudahan rakyat. "Pejabat ini adalah untuk kegunaan semua, kita benarkan diadakan ceramah atau seminar oleh semua ahli Pakatan Rakyat tidak kira PKR, PAS atau DAP. Kita mahu jadikan pejabat ini sebagai pusat pertemuan rakyat berbagai kaum dan agama". Kita juga merancang akan mendirikan sebuah bangunan sendiri yang canggih selepas Pakatan rakyat berjaya mengambil alih kuasa di Pahang suatu hari nanti" tambah Dato' Fauzi lagi.

Sementara itu beliau turut menyatakan bahawa program Anwar pada hari itu bermula jam 5.00 petang. Dimana satu majlis minum petang bersama rakyat akan diadakan di situ. Antara acara lain yang akan turut diadakan ialah pemeriksaan barisan AMK dan Wanita, nyanyian lagu negaraku, negeri Pahang dan lagu parti. Disamping itu turut akan diadakan ialah persembahan kebudayaan dari pelbagai kaum semasa ketibaan Anwar. Pada jam 6.00 petang, satu perjumpaan tertutup Anwar dengan AJK Perhubungan Negeri, AMK dan Wanita PKR Negeri turut akan diadakan. Sebelah petangnya Anwar akan bersolat Maghrib dan menyampaikan tazkirah di Masjid Balok Kuantan dan kemudiannya ceramah umum mulai jam 9.30 malam. Turut akan berceramah ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang dan Pengerusi DAP Pahang. Justeru itu orang ramai terutamanya rakyat Pahang adalah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis bersama Anwar itu nanti.

[Jika tiada aral melintang semua krew kami di Pahang akan berada di Kuantan untuk membuat laporan lintas langsung kehadiran dua pemimpin besar negara ke negeri itu pada 18 April ini. Ramai yang sudah menyatakan persetujuan untuk pergi ke program bersama Perdana Menteri di sebelah paginya kerana pasti akan dapat makanan dan minuman percuma disamping elaun kehadiran. Sebaliknya petang dan malam mereka akan beramai-ramai pula membanjiri ke program Anwar Ibrahim biarpun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri tanpa ada makan dan minum percuma yang disediakan. Inilah bezanya program antara pemimpin kerajaan dengan pembangkan sebenarnya. Justeru itu rakyat Malaysia juga diseru hadir beramai-ramai ke Kuantan Pahang Sabtu ini].

0 Komen Artikel Ini: