SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Eksklusif: Rakyat Pahang Akan Menyaksikan Satu Pertembungan Dua Pemimpin Besar Negara Iaitu Najib Razak Dan Anwar Ibrahim Pada 18 April Ini

KUANTAN [pahangdaily] - Ini berita yang baru kami terima, jika tidak ada aral melintang rakyat Pahang bakal menyaksikan satu pertembungan dua pemimpin utama negara berlainan ideologi yang akan mengadakan program mereka pada hari Sabtu, 18 April 2009 ini. Kami difahamkan Kerajaan Negeri Pahang akan mengadakan satu majlis sambutan besar-besaran atas perlantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri pada hari itu. Sambutan itu bagi menghargai Najib selaku anak jati Pahang yang berjaya mengisi jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 selepas 33 tahun. Justeru itu kerajaan negeri dijangkan mengadakan sambutan gilang-gemilang bagi meraikan kepulangan Najib ke bumi Pahang ini. Rakyat Pahang dijangka akan hadir beramai-ramai untuk beramah mesra dengan Najib dalam program-program yang diadakan di Kuantan dan Pekan Pahang itu. Manakala itu, satu lagi program pada tarikh yang sama melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau dijangka mengadakan lawatan kerja sehari ke Pahang bagi merasmikan Pejabat PKR Negeri yang baru di Kuantan. Menurut sumber, satu jamuan "Hi-Tea" akan diadakan bermula jam 5 hingga 7 petang, manakala disebelah malamnya Anwar dijangka mengadakan satu Ceramah Perdana di Pejabat PKR Negeri Pahang dekat sini. Orang ramai adalah dijemput hadir.

[Senario ini amat menarik buat rakyat Pahang sebenarnya. Justeru itu diharap orang ramai dapat hadir beramai-ramai untuk memeriahkan kedua-dua program yang bakal diadakan pada 18 April ini. Semoga dengan ini, akan membuka minda rakyat untuk menilau sejauh mana kesungguhan kedua-dua pemimpin utama negara itu melakukan perubahan. Bagi mereka yang ingin menghadirkan diri ke ceramah perdana Anwar di Pejabat PKR Negeri yang baru, lokasi pejabat terbabit ialah jalan menghala ke Beserah dari arah bandar Kuantan, berhadapan dengan Klinik Kesihatan Beserah dan Petronas di sebelah kanan. Krew-krew kami akan berada dalam kedua-dua majlis berkenaan nanti untuk memberi gambaran sebenar sokongan rakyat kepada kedua-dua pemimpin itu].

0 Komen Artikel Ini: