 KOTA BAHARU [10.15 pm] - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto)  akan menunaikan umrah di Mekah selama 12 hari, mulai Isnin ini. Setiausaha Politiknya, Annual Bakhri Harun berkata Mursyidul Am PAS itu akan  berlepas ke Tanah Suci dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),  Sepang, dengan diiringi isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anak perempuan  bongsu mereka Nik Salsabila dan Serta Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Rosdi  Abdullah. “Sepanjang berada di Tanah Suci beliau tidak mempunyai program lain selain  mengerjakan ibadah umrah semata-mata,” kata Annual Bakhridi  majlis meraikan Nik Aziz sempena akikah cucunya ke-51 di rumahnya di Kampung  Pulau Melaka, di sini, hari ini. Annual Bakhri berkata cucu yang belum dinamakan itu hasil perkongsian hidup  anak kesembilan Nik Aziz, Nik Amalina dengan Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman, Ketua  Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Kelantan.

[Kami mengucapkan selamat menunaikan umrah kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, semoga dengan ini ia akan menyemarakkan lagi perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di bumi Malaysia yang tercinta ini. Salam perjuangan dari kami di Pahang Daily Online].
 
0 Komen Artikel Ini:
Catat Ulasan