SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Kerajaan Perlu Utamakan Warga Emas Usia Cecah 65 Tahun Tunai Haji, Tambah Kuota Rakyat Marhaen !

 

Kerajaan Arab Saudi hanya benarkan sejuta umat Islam dibawah 65 tahun tunaikan haji. Malah kuota haji Malaysia pula berkurangan kepafa 14,306 orang jemaah sahaja tahun ini.

Maknanya peluang para jemaah yang menanti sekian lama untuk menunaikan fardhu haji kini semakin tipis. Apatah lagi bagi warga rmas yang sudah berusia 64 atau 65 tahun, tetapi masih tidak terpilih lagi pada tahun ini.

Harapan mereka pudar, sebab tahun depan pada usia 65 tahun mereka juga sudah tidak layak. Persoalanya kenapa TH tidak utamakan warga emas pada usia terbabit, jika sudah tahu itu peraturan terbaharu yang dibuat oleh kerajaan Arab Saudi? Kenapa tidak utamakan golongan tersebut pada tahun ini?

Kesihan mereka, yang sudah menyimpan hasrat dan mengumpul wang sejak sekian lama tiba-tiba tidak dipilih tahun ini. Tahun depan memang sah tidak layak jika syarat bawah 65 tahun itu terus dikekalkan.

Musnah harapan ibubapa, golongan warga emas untuk menjejaki tanah suci akibat syarat baru ini. Sudahlah kuota pun makin kurang.

Apa yang memusykilkan, terdapat dakwaan dan rancangan haji di TV baru-baru ini jelas memaparkan wajah orang yang lebih muda tapi terpilih tunaikan haji. Malah ada jemaah terbabit yang secara terbuka menyatakan rasa syukur kerana dipilih tunaikan haji untuk kali yang kedua. Sedangkan dalam paparan lain, ahli keluarga bersedih kerana si bapa tidak dapat bersama gara-gara tidak layak kerana usia sudah mencecah 65 tahun.

Melihat adengan ada yang dua kali terpilih tunaikan haji, maka ramai yang menghubungi saya mahu perkara ini diangkat. Mereka tertanya-tanya bagaimanakah kaedan TH membuat pemilihan hingga jemaah muda terpilih dua kali, sedangkan warga emas yang sudah mencecah 64 tahun tidak dipilih. Ini jelas tidak adil dan meragukan sebenarnya.

Justeru, saya mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (Agama) menyiasat isu ini. Bagaimana TH boleh lepaskan jemaah yang lebih muda, dua kali tunaikan haji. Sedangkan golongan warga emas tidak terpilih? Sedih hati mereka melihat adengan yang dipaparkan di kaca TV itu. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

Malah, kerajaan sepatutnya utamakan rakyat marhaen warga emas yang baru pertama kali mahu menjejakkan kaki tunaikan fardhu haji. Kenapa utamakan mereka yang masih ada banyak peluang untuk mengerjakan haji? Atas faktor usia, utamakan yang berumur 64 tahun kerana tahun depan sah mereka tidak layak.

Saya juga mahu kuota VIP untuk golongan kayangan dihadkan kepada yang pertama kali tunaikan haji sahaja. Kita tahu mereka mampu walau pun pakej berharga ratusan ribu ringgit, namun ada dikalangan mereka sudah berkali-kali ke tanah suci. Ini tidak adil kepada  rakyat marhaen yang baru pertama kali mahu tunaikan fardhu haji. Kerajaan perlu sedar semua ini. Banyak kuota rakyat marhaen  dikala kuota Malaysia dikurangkan sekarang.

Apa pun saya ucapkan selamat menunaikan haji kepada mereka yang berada di Tanah Suci Mekah. Moga beroleh haji mabrur. Kepada yang tidak layak dipilih, bertabahlah kerana pahalanya juga dapat cuma tidak berpeluang melihat kaabah di depan mata sahaja. Moga kerajaan prihatin dan cakna isu ini hendaknya. #CMK

0 Komen Artikel Ini: