SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Filem 'Pecah Panggung', Produksi Di Syor Bantu Bangunkan Semula Rumah Peninggalan Mat Kilau Sebagai Destinasi Pelancongan Sejarah Baharu !

 

Filem 'Mat Kilau' dah untung jutaan ringgit, maka saya dengan ini syor dan cadangkan agar Syamsul Yusoff dan Produksi Studio Kembara buat kerja amal berbesar hati untuk menaja pembinaan semula rumah kelahiran Mat Kilau di Pulau Tawar, Jerantut dan Batu 5, Jalan Gambang, Kuantan untuk dijadikan produk pelancongansejarah baru negara kita. 

Kedua-dua rumah ini sudah lama terbiar layu ditelan dek zaman. Di Kampung Kedondong, Pulau Tawar iaitu rumah kelahiran Mat Kilau hanya ada papan tanda dan tapak rumahnya sahaja.

Sementara itu di Batu 5,  pula rumah sedia ada memang sudah usang dimamah dek anak-anak, menunggu masa untuk terus mereput. Walhal disitulah Mat Kilau habiskan sisa-sisa hidupnya sebelum mengisytiharkan dirinya adalah pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di bumi Pahang dulu. Peristiwa itu berlaku pada Disember 1969, sebelum beliau meninggal dunia dan dimakamkan di Kampung Kendondong Pulau Tawar pada Ogos 1970. 

Kedua-dua lokasi ini wajar dibina semula supaya ia memjadi daya tarikan baru untuk pelancongan di negeri Pahang. Dengan terbinanya rumah terbabit maka, banyak lagi bahan sejarah silam boleh dipamerkan disitu.

Pada masa ini hanya ada Galeri Mat Kilau di Pulau Tawar, itu pun hanya dibuka pada hari bekerja sahaja. Sedangkan pelancong biasa datang pada hari cuti hujung minggu atau pun cuti umum.

Begitu juga lokasi di Batu 5, Kuantan yang ada hanya galeri sementara yang dibina oleh Cucu Mat Kilau, Alhamdi Abu Bakar di Sekolah Kebangsaan Padang Garuda. Itu pun kerana beliau menjadi Guru Besar di sekolah terbabit sekarang. Namun, sudag pasti ia hanya boleh dikunjungi pada hari persekolahan sahaja kerana Sabtu Ahad sekolah cuti. 

Justeru dengan terbinanya replika rumah Mat Kilau pastinya akan dapat menarik lebih ramai  pelancong dari  dalam dan luar negara untuk berkunjung ke sini. Harus diingat di Melaka, perigi Hang Tuah pun boleh dijadikan tarikan pelancongan dan sumber ekonomi penduduk apabila orang ramai berkunjung dan membeli buah tangan serta cenderamata di situ.

Walhal pahlawan Hang Tuah kisahnya wujud sejak beribu tahun dahulu, entahkan betul atau sekadar legenda semata-mata. Tapi Mat Kilau masih hidup pada zaman moden iaitu selepas negara kita sudah capai kemerdekaan. Sepatutnya peninggalan sejarah pahlawan itu diangkat dan dimajukan, bukan sekadar cerita semata-mata. Banyak lagi bahan sejarah Mat Kilau di Pulau Tawar dan Batu 5 yang boleh dijadikan bahan sejarah sebenarnya. 

Tiba masanya rumah kelahiran dan kediaman Pahlawan Melayu Pahang ini dinaiktaraf agar ia terus dikenang dek anak cucu dan generasi akan datang. Sejarah perlulah dipertahankan!

Sebab itu saya cadangkan produksi filem Mat Kilau, menaja pembinaan tersebut kerana mereka sudah mengaut untung besar atas pembikinan filem menggunakan jenama Mat Kilau, biar pun sekadar fiksyen semata-mata.

Bahkan, filem Mat Kilau boleh terus kekal ditayangkan dalam galeri rumah Mat Kilau selamanya untuk tontonan pelancongan yang tidak sempat menyaksikannya sekarang. Ia boleh dijadikan bahan sejarah berharga bagi menaikan semangat perjuangan agama, bangsa dan negara kepada generasi muda.

Saya juga merayu agar pihak kerajaan turut menyedari perkara ini. Sudah puluhan tahun terbiar, apa salahnya ia didirikan semula bagi menyemarakkan lagi industri pelancongan sejarah di bumi Pahang Darul Makmur ini. Apa guna kita sekadar menonton semata-mata tapi hakikatnya warisan Mat Kilau terus terbiar dan tidak dipulihara seperti warisan sejarah yang lain di negara kita. #CMK

0 Komen Artikel Ini: