SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Usaha Pemulihan Dan Pemeliharaan Tasik Chini Di Harap Dapat Kekalkan Status Rizab Biosfera UNESCO !

 

Saya sungguh terkejut apabila membaca laporan status Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) kini dalam penelitian dan penemuan awal tidak menggalakkan.

Saya adalah antara salah seorang rakyat Pahang yang lantang bersuara tentang isu kemusnahan alam sekitar di Tasik Chini.

Niat saya agar kelestarian alam, flora dan fauna di tasik air tawar kedua terbesar di Malaysia itu terus terpelihara dan dijaga dengan baik.

Dua tahun sudah berlalu, akhirnya apa yang ditakuti kini menjelma. Sayang sungguh jika pengikhtirafan dunia ini ditarik balik.

Bagi saya, biar pun asalnya agak marah dan kecewa dengan kerosakan alam sekitar yang terjadi akibat aktiviti pembalakan dan juga perlombongan di kawasan terbabit.

Namun, selepas melihat usaha serius Kerajaan Pahang dalam memulihara dan memelihara kelestarian Tasik Chini mutakhir ini maka saya percaya ia akan menjadi kenyataan akhirnya.

Usaha penanaman berjuta-juta pokok yang dilakukan kerajaan bagi menghijaukan semula muka bumi Tasik Chini diharap dapat mengembalikan keindahannya.

Malah Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail sendiri dilihat turun padang untuk bersama dalam kempen penanaman pokok terbabit.

Saya kira ini satu tindakan yang baik bagi menunjukkan kerajaan memang komited terhadap alam sekitar ini.

Kerosakan yang sudah berlaku tidak wajar dibiarkan saja, moga usaha murni ini dibantu oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) serta lain-lain agensi kerajaan pasti membuahkan hasil positif satu hari nanti.

Saya juga difahamkan, Kerajaan Pahang sudah menghantar semua laporan berkaitan usaha pemuliharaan di Tasik Chini kepada UNESCO. Kerajaan telah menjalankan pelbagai inisiatif untuk mengukuhkan pengurusan Rizab Biosfera Tasik Chini (TCBR) sejak UNESCO mengeluarkan penemuannya tahun lepas.

Inisiatif yang dijalankan adalah selaras dengan saranan Jawatankuasa Penasihat Antarabangsa mengenai Rizab Biosfera (IACBR), termasuk mengemas kini pengezonan bagi mengekalkan tiga fungsi TCBR, mewartakan Hutan Simpan Kekal Chini, menjalankan aktiviti penguatkuasaan bersepadu, dan menghentikan semua aktiviti perlombongan di kawasan tasik.

Justeru, saya berharap UNESCO akan menilai perkara ini daripada berbagai sudut. Moga Tasik Chini akan terus kekal statusnya sebagai Rizab Biosfera. Peliharan kelesetarian alam ini. #CMK

0 Komen Artikel Ini: