SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Saya Dah Terlalu Lama Dengan Media Sosial, Tiba Masa Curah Ilmu Pada Yang Muda !

Saya sudah terlalu lama dengan media  sosial sejak 1998 lagi. Masa tu, ramai yang tak jangka kepentingan media sosial boleh ubah iklim politik negara.

Saya bergerak sendiri sejak 1998 tanpa ada sebarang peruntukan daripada mana-manq pihak sebenarnya. Cuma, ada seketika saya dibayar gaji dan elaun oleh sebuah parti politik.

Namun, dek kerana bayaran dibuat tidak berkala, runcit-runcit, acuh tak acuh maka akhirnya saya ambil keputusan buat urusan sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak.

Saya tinggalkan parti politik sejak bulan Februari 2011, hingga kini saya bergerak sendiri atas kapasiti aktivis dan jounalis bebas, tidak terikat lagi dengan mana-mana pihak.

Bergerak bebas lebih selesa kerana apa yang nak kita sampaikan lebih telus dan terbuka sebenarnya.

Bermula pada 2022, saya diberi tugas membantu Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail untuk berhadapan dengan PRU-15.

Selesai tugas, saya kembali jadi aktivis bebas. Cuma ketika Tok Wan nak tanding Naib Presiden UMNO, saya turut membantu sekadar termampu.

Saya bukanlah sesiapa dan tidak ada apa-apa jawatan dalam kerajaan. Saya buat kerja ikhlas dan sukarela sejak sekian lama.

Tidak perlu ada yang iri hati dan tak puas hatu dengan kerja-kerja saya, kerana saya hanya bekerja atas kapasiti saya.

Jika ada mana-mana pihak perlukan khidmat saya, mereka boleh bersama saya untuk dibantu.  Namun, jika ada yang lebih hebat dari saya tak perlu untuk saya bantu sebab ia boleh jadi kontroversi. Eloklah saya terus begini dan tidak terikat dengan sesiapa.

Saya membantu sekadar termampu. Jika anda perlu bantuan saya, kenapa malu-malu nak bersuara. Sudah lama saya tunggu sebenarnya. Namun tak kunjung tiba. Saya umpama menunggu bulan jatuh ke riba. Sampai bila?

So, biarlah saya buat urusan sendiri. Nak berkawan kita tetap kawan. Nak berlawan, kita lawan cukup-cukup di media sosial. Ini dunia saya, ini masa depan saya. Salam perjuangan ~ CMK

0 Komen Artikel Ini: