SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI CMK SEISI KELUARGA | SEBARANG ADUAN DAN PERTANYAAN BOLEH PM 0 1 2 - 3 8 5 4 4 0 0 (CMK)

Banjir Bentong: Kes Saman RM1 Juta Oleh Kerajaan Pahang Terhadap CMK 'Selesai' Luar Mahkamah !


Alhamdulillah, kes saman sivil RM1 juta berkaitan isu banjir Bentong pada 2021 yang difailkan oleh Kerajaan Negeri Pahang terhadap saya akhirnya mendapat persetujuan untuk penyelesaian luar mahkamah. 

Saya disaman akibat posting facebook bertarikh 27 Disember 2021 atas tajuk 'Banjir Besar Akibat Air Bukit, Bukan Air Sungai Pahang Dari Hulu Sebenarnya, Mangsa Boleh Saman Pihak Berkenaan'.

Antara lain, tanpa usul periksa dan maklumat yang tepat saya mendakwa kejadian banjir lumpur yang berlaku di sekitar kawasan Temerloh,  Mentakab, Lanchang, Karak dan Bentong ketika itu akibat kerakusan tangan-tangan manusia yang mahu mengumpul dana, duit, harta dan kekayaan. 


Saya turut mengaitkan banjir tersebut berlaku di kawasan-kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK). 

Hantaran penuh saya yang disaman itu adalah seperti berikut:-

BANJIR BESAR AKIBAT AIR BUKIT, BUKAN AIR SUNGAI PAHANG DARI  HULU SEBENARNYA !!
MANGSA BOLEH SAMAN PIHAK BERKENAAN
======================================
[ Banjir Kawasan Pembalakan Di Hutan2 HSK ]
---------------------------------------------------------------------------
Selepas dua hari melihat kesan banjir di sektar  kawasn Temerloh, Mentakab, Lanchang, Karak dan Bentong maka saya mengesahkan banjir lumpur yang berlaku memang akibat kerakusan tangan-tangan manusia itu sendiri sebenarnya.

Rakus untuk mengumpul dana, duit, harta dan kekayaan maka akhirnya menggunakan kuasa politik untuk nemohon, melobi dan meluluskan kwasan Hutan Simpan Kekal (HSK) atas nama projek ladang hutan. Walhal beribu-ribu ekar kawasan hutan ditebang, digondolkan untuk tanaman kelapa sawit dan musang king.

Siapa yang dapat? Kontraktor sebagai proksi orang politik dan tokey2 sebagai pemaju dan pemberi dana. Mewah orang politik hasil duit kelulusan kawasan terbabit. Mereka langsung tidak mahu ambil kira, hutan yang ditarah itu adalah kawasan tadahan hujan. Apa yang lebih penting ialah duit. Wang adalah segalanya !!

Selama ini mereka seronok mengumpul harta cara ini kerana kes banjir lumpur tidak libatkan kematian. Namun kali ini berbeza, ramai yang maut akibat rempuhan air deras bersama kayu balak yang turun dari atas bukit.

Akibat hantaran panas tersebut saya telah disaman sebanyak RM1 juta oleh Kerajaan Negeri Pahang.


Selama hampir dua tahun kes ini berjalan dan mutakhir ini saya terpaksa berulang alik ke Mahkamah Tinggi Temerloh selepas peguam saya menarik diri awal tahun ini.


Maka terpaksalah saya membela diri, berhadapan kes  ini tanpa peguam. Perbicaraan penuh kes ini dijadualkan selama empat hari bermula pada 18 sehingga 22 Disember 2023 ini.

Memandangkan hubungan saya dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail semakin baik mutakhir ini, maka saya telah menghantar surat permohonan maaf bertarikh 21 Jun 2023. 

Surat tersebut telah dijawab oleh Tetuan Nurul Hidayah & Partners iaitu syarikat guaman yang mewakili Kerajaan Pahang pada 21 Julai 2023 lalu. 

Dan semalam, 26 Julai 2023, Jam 10.30 pagi saya telah hadir ke pejabat syarikat guaman terbabit di Jalan Tun Ismail, Kuantan untuk menyatakan permohonan maaf secara terbuka dihadapan media rasmi kerajaan, Pahang Media


Saman sivil terhadap saya telah difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada awal 2022.

Kenyataan penuh saya, 

"Saya, Mohd Shukri Bin Mohd Ramli, dengan ini ingin membuat permohonan  maaf secara terbuka kepada Kerajaan Negeri Pahang atas khilaf saya dalam menyebabkan penerbitan bertarikh 27.12.2021 melalui akaun ‘Facebook’ 
peribadi saya yang dikenali sebagai ‘Cmk Shukrie Ramly

"Saya telah menyedari bahawa Penerbitan tersebut disifatkan sebagai mengaibkan dan menghina Kerajaan Negeri Pahang sehingga menerima pelbagai kritikan sinis dan hentaman daripada masyarakat umum di Pahang dan di seluruh Malaysia. 

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak sama sekali berniat untuk memburukkan nama baik serta reputasi tersohor Kerajaan Negeri Pahang, apatah lagi mempengaruhi masyarakat umum di Pahang dan di seluruh 
Malaysia untuk berbuat sedemikian. 

"Saya sedar bahawa perbuatan saya dalam menyebabkan Penerbitan tersebut adalah silap dan tidak sepatutnya berlaku. Sehubungan dengan itu, saya telah memadam Penerbitan tersebut 
daripada akaun Facebook saya dengan kadar yang segera. 

"Saya juga amat kesal kerana tindakan saya dalam menerbitkan Penerbitan tersebut telah menyebabkan keaiban yang berpanjangan kepada Kerajaan 
Negeri Pahang sehingga mencemarkan nama baik Kerajaan Negeri Pahang. 

"Adalah menjadi harapan saya agar dengan permohonan maaf terbuka saya ini, masyarakat umum akan berhenti daripada terus-menerus mengecam, mengkritik, dan mengeluarkan kata-kata yang negative terhadap kerajaan Negeri Pahang. 

"Secara peribadi, saya percaya bahawa Kerajaan Negeri 
Pahang merupakan sebuah kerajaan negeri yang tidak dapat disangkal 
prestasi baiknya selama ini yang terbukti dengan reputasinya yang tersohor. 

"Dengan ini, saya sekali lagi memohon maaf atas kekhilafan saya dan saya akan memastikan perkara sebegini tidak akan berulang pada masa hadapan. Sekian terimakasih. 

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang atas keterbukaan menerima permohonan maaf saya ini. Besar harapan saya agar rakan-rakan aktivis lain juga akan berbuat demikian selepas ini. 

Insya Allah pada 18 Ogos 2023, ini saya akan ke Mahkamah Tinggi Temerloh untuk penyelesaian rasmi kes ini. 

Moga apa yang berlaku terhadap saya akan dijadikan tauladan oleh semua pihak agar  berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang diperolehi secara 'hear say' daripada mana-mana pihak. 

Ingatlah, ada kalah kita perlu buang sikap ego dan merendah diri dalam semua hal. Moga segala urusan saya dipermudahkan selepas ini. ~ CMK



0 Komen Artikel Ini: